Friday 31 December 2021

054.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian 2
Pernikahan Ali dengan Fathimah


Sebenarnya, Abu Bakr dan Umar pernah meminang Fathimah radhiyallahu'anha. Namun, Nabi ﷺ menyampaikan kepada beliau berdua bahawa Fathimah masih kecil. Kemudian di lain waktu, saat Ali bin Abi Thalib meminangnya, Nabi menikahkan Ali dengan Fathimah.

خَطَبَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَاطِمَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ  إِنَّهَا صَغِيرَةٌ فَخَطَبَهَا عَلِيٌّ فَزَوَّجَهَا مِنْه
"Abu Bakr dan Umar –semoga ALLAH meridhai keduanya- meminang Fathimah. Rasulullah ﷺ menyatakan:
"Sesungguhnya ia masih kecil."
Kemudian Ali meminang Fatimah, Nabi menikahkannya."
[H.R an-Nasai dari Buraidah, disahihkan Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi' dalam al-Jami'us Sahih Mimma Laysa fis Sahihayn)]

Sebahagian Ulama' menjelaskan makna hadits tersebut adalah bahawa saat Abu Bakr dan Umar meminang Fathimah, memang Fathimah masih belum cukup umur. Kemudian ketika beranjak usianya menjadi 15 tahun, saat itu Ali meminangnya lalu diterima oleh Nabi. 

Mahar yang diberikan Ali saat menikahi Fathimah adalah baju besinya.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا تَزَوَّجَ عَلِيٌّ فَاطِمَةَ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ  أَعْطِهَا شَيْئًا قَالَ مَا عِنْدِي شَيْءٌ قَالَ أَيْنَ دِرْعُكَ الْحُطَمِيَّةُ
Dari Ibnu Abbas ia berkata: "Ketika Ali menikahi Fathimah, Rasulullah ﷺ bersabda kepada Ali:
"Berikanlah sesuatu kepadanya (Fathimah)." Ali menyatakan: "Aku tidak memiliki apa-apa." Nabi bersabda:
"Manakah baju besi al-Huthamiyyah milikmu?"
[H.R Abu Dawud, an-Nasaai, dishahihkan Ibnu Hibban dan al-Albani]

Sedangkan kisah bahawa mahar Ali adalah 400 mitsqal perak yang ditawarkan Nabi, kemudian Ali meridhai, adalah riwayat yang dinyatakan palsu oleh Ibnul Jauzi.

Pernikahan yang benar-benar barakah. Sungguh besar kemuliaan Ali dengan adanya pernikahan dengan Fathimah tersebut.

Sebaik-baik mertua adalah Rasulullah ﷺ. Fathimah, sang isteri, adalah pemuka para wanita di syurga. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

سَيِّدَاتُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ أَرْبَعٌ: مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ ، وَفَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ  ، وَخَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ ، وَآسِيَةُ
"Para wanita yang menjadi pemuka wanita penduduk syurga ada 4, yaitu: Maryam bintu Imran, Fathimah puteri Rasulullah ﷺ, Khadijah bintu Khuwailid dan Asiyah."
[H.R al-Hakim, dinyatakan sahih sesuai syarat al-Bukhari dan Muslim oleh adz-Dzahabi]

Sedangkan dua putera yang terlahir dari pernikahan Ali dengan Fathimah, iaitu al-Hasan dan al-Husain adalah pemuka para pemuda di syurga.

الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ سَيِّدَا شَبَابِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
"Al-Hasan dan al-Husain, keduanya adalah pemuka para pemuda penduduk syurga."
[H.R Ahmad, disahihkan Syaikh Muqbil dalam al-Jaami'us Sahih mimma Laysa fis Sahihayn]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli2

Friday 10 December 2021

053.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian  1⃣


Tidakkah engkau ridha jika kedudukanmu terhadapku adalah bagaikan kedudukan Harun terhadap Musa.
[H.R al-Bukhari]

Tumbuh dalam pengasuhan dan didikan Nabi Muhammad ﷺ sejak kecil. Hingga menjadi anak kecil pertama yang masuk Islam. Saat usia sekitar 7 atau 8 tahun.

Di antara para Khulafaur Rasyidin, beliaulah yang paling dekat nasabnya dengan Rasulullah ﷺ. Kerana beliau adalah sepupu Nabi. Abu Thalib adalah abang kandung Abdullah, ayah Rasulullah ﷺ. Sedangkan Ali adalah putra Abu Thalib. Tidak hanya itu, Ali juga menjadi menantu Rasulullah ﷺ dengan menikahi Fatimah bintu Muhammad ﷺ.

Abu Thalib adalah seseorang lelaki yang miskin, memiliki banyak anak. Keadaan gawat membuat keadaan semakin sulit. 

Sebagai bentuk tanggungjawab dan keinginan membalas jasa, Nabi Muhammad ﷺ mengajak pamannya Abbas untuk mengasuh sebagian anak Abu Thalib. Untuk meringankan beban kehidupannya.

Mereka berdua mendatangi Abu Thalib dan menyatakan:

إِنَّا نُرِيْدُ أَنْ نُخَفِّفَ عَنْكَ مِنْ عِيَالِكَ حَتَّى تَنْكَشِفَ عَنِ النَّاسِ مَا هَمْ فِيْهِ 
Kami ingin meringankan beban tanggungan keluargamu, hingga nantinya masa sulit ini berlalu dari manusia.

Abu Thalib mempersilakan mengambil anaknya yang manapun untuk diasuh, selain Aqil. Rasulullah ﷺ pun mengambil Ali untuk diasuh, sedangkan Abbas mengambil Ja’far.

Mujahid menyatakan:

فَلَمْ يَزَلْ عَلِيٌّ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ حَتَّى بَعَثَهُ اللهُ نَبِيًّا فَاتَّبَعَهُ وَصَدَّقَهُ
Ali terus menerus bersama Rasulullah ﷺ hingga ALLAH mengutus beliau sebagai Nabi. Ali mengikuti dan membenarkan beliau.
[H.R al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dalailun Nubuwwah, dan at-Thabari dalam Tarikh]

Berada di bawah pengasuhan Nubuwwah, menjadikan Ali sebagai peribadi yang kokoh keimanannya, pemberani, dan berilmu.



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli1

Friday 29 October 2021

052.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

      ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣7️⃣ (AKHIR)
Akhir Masa Kekhalifahan Utsman


Utsman wafat pada hari Jum'at, 12 Dzulhijjah setelah Asar, dimakamkan di Baqi' antara Maghrib dengan Isyak dalam usia 82 tahun. Beliau disolatkan jenazah oleh Jubair bin Muth'im bersama 16 orang lainnya, namun tidak dimandikan.
[Siyar A'lamin Nubala']

Kesedihan yang sangat dialami oleh para Sahabat Nabi. Abu Humaid as-Sa'idi radhiyallahu'anhu sampai bernadzar bahawa ia tidak akan tertawa sampai meninggal nanti, sebagai bentuk kesedihan yang sangat atas meninggalnya Utsman. Diriwayatkan bahwa Abu Humaid berkata:

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ أَنْ لَا أَضْحَكَ حَتَّى أَلْقَاكَ
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku bernadzar kepada-MU bahwasanya aku tidak akan tertawa hingga berjumpa dengan-MU."
[Siyar A'lamin Nubala']

Qatadah menjelaskan bahawa masa kekhalifahan Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu berlangsung selama 12 tahun kurang 12 hari.
[Siyar A'lamin Nubala']


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman17

Thursday 14 October 2021

Kekeliruan Seputar Maulid Nabi

••{ ﷽ }••


Terkadang manusia tergelincir perasaannya untuk membenci sesuatu yang tidak ia kenal. Dikeranakan itu terbitnya pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tak hairanlah kaum musyrikin begitu benci terhadap manusia yang terindah akhlaknya lagi sebaik-baik contoh ikutan, Muhammad ﷺ . Kebencian mereka bukan lahir dari pengenalan yang menyimpang tetapi kecintaan hawa-nafsu yang diturutkan. Cinta kerana sesuai keinginan hawa-nafsu lalu akan membenci sesuai hawa-nafsu pula. Begitulah tidak menghairankan apabila sebahagian mereka setelah mengkaji dan mengaji[1] siapakah Muhammad ﷺ itu, maka telah berputar 360darjah perasaan benci tadi kepada cinta penuh ketaatan hingga sedaya-upaya menjauhi larangannya, tidak beramal melainkan apa yang telah beliau ﷺ contohkan hinggakan turut mencintai ahlul baitnya. Mencintai apa yang beliau ﷺ cintai serta membenci apa yang beliau ﷺ benci. Beliau ﷺ setelah itu menjadi sanjungan dan dibela melebihi kebencian sebelumnya tadi. Kerana cinta tadi dibangunkan atas dasar ilmu yang benar. Barakallahu feekum.

Alhamdulillah, tulisan yang tak seberapa ini khusus buat para kaum Muslimin yang sangat mencintai sebaik-baik manusia yang pernah diutuskan ke mukabumi, itulah junjungan kita Rasulullah, Muhammad ﷺ. Insan teristimewa yang hanya berbicara dan berbuat selaras wahyu Ilahi jauh sekali menurut hawa-nafsu. Walaupun tak pernah bertemu, namun perasaan indah mendamaikan ini lahir melalui kalamullah wa kalamurrasul. Asbab-musabab lisan ibu-bapa serta catatan walhasil perih-jerih para ulama' silam. Sungguh beruntung kita. Sungguh beruntung! Disebabkan ulama' ahlul hadits maka kualiti berita-berita yang kita terima -biizdnillah- terpelihara dari sebarang kekeliruan atau perubahan. Bukan zhan (sangka teka) tapi fakta nyata!


Walhamdulillah, dengan kaji dan mengaji tadi maka tertancaplah keyakinan bahawa ALLAH yang Maha Tahu lagi Bijaksana telah mengutuskan Nabi Muhammad ﷺ sebagai penutup para Anbiya' yang menyempurnakan syiar-NYA[2]. Yang mengajarkan apa ALLAH suka dan apa ALLAH tak suka. Beliau ﷺ yang dengan penuh kebijaksanaan telah menyampaikan dengan sempurna lagi amanah tanpa menyembunyikan barang suatupun ajaran untuk selamat di dunia dan ahirat. Itulah syariat Islam yang mulia nan agung ini[3]; tak mendikriminasi mana-mana negara, ras bangsa, warna kulit hatta miskin-kaya sekalipun; kita semua meyakini Islam satu-satunya agama yang diredhai ALLAH. Dan kerana itulah Islam menjadi agama yang sempurna tiada cacat-celanya[4] bahkan tidak ada agama yang dapat menandingi ketinggiannya. Memang tiada agama sesempurna Islam, yang sentiasa terpelihara dari sebarang perubahan. Tersedia segala macam jalan keluar menuntun manusia dari kesulitan sistem hidup di di dunia yang sementara. Menyedarkan kita akan kenyataan akhirat nan kekal abadi itulah destinasi hakiki. Bersyukurlah atas nikmat tak terukur ini, ya, kita terlahir sebagai Muslim. Dan telah merugilah orang yang mencari keberuntungan selain Islam. Walhal zaman-berzaman telah diutuskan para Anbiya' alayhissalam tu wassalam yang dengannya(Islam), ALLAH mengeluarkan manusia dari kegelapan(kesesatan) menuju cahaya(petunjuk). Justeru, Nabi Muhammad ﷺ telah menyempurnakan penyampaian syariat tersebut. Musailamah al-Kazzab di Yamamah bukan Nabi,  al-Aswad al-Ansi di Yaman bukan Nabi, demikian Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi(sempat bertaubat), Mukhtar bin Abi Ubaid ats-Tsaqafi, al-Harits, Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani(India), Dajjal al-Kazzab dan lain-lain semisal mereka samada yang mengaku sebagai Nabi hatta disifati dengan sifat-sifat ketuhanan atau berperilaku seolah-olah memiliki darjat kenabian, mereka semua adalah Nabi palsu sepalsu-palsunya, penipu[5]!

Oleh itu, sebagaimana terpeliharanya keaslian Islam begitu pula terpeliharanya sunnah Nabi ﷺ. Dipermisalkan hal tersebut sebagai mata kunci yang membuka pintu. Tanpa mata kunci yang betul maka pintu pasti tidak akan terbuka. Iaitu pemeliharaan as-Sunnah terletak pada;
  1. Sebab secara syariat pelaksanaan ibadah tersebut terlaksana,
  2. Jenisnya sesuai dengan tuntunan syariat,
  3. Kadar(jumlah atau ukuran),
  4. Kafiat tatacaranya,
  5. Waktu dan
  6. Tempatnya.
Silalah tekuni huraiannya melalui nota kaki[6] bagi kefahaman yang benar. Barakallahu feekum.
Tanpa hal di atas maka dikhuatiri pincangnya amal yang berakibat tertolaknya amalan tersebut.


Namun, tetap saja ada yang terpancing emosinya dengan tipu-daya para Nabi palsu tersebut. Dan kita merayu agar diteguhkan keimanan di atas jalan yang benar[7] serta memohon perlindungan kepada ALLAH ﷻ dari makar jelek mereka, amin. Mahal sungguh hidayah ini ya. Di saat mereka (mudzabzab, orang yang bersangka-teka) yang sebelum ini antara ragu dengan yakin pada jalan kebenaran kemudian hanyut terpesona dek godaan penyimpangan. Kemudian terkumpullah mereka di antara dua jenis kelompok ekstrim[8] yakni kelompok yang ifrath(berlebih-lebihan) atau tafrith(melecehkan) dalam beragama. Samada mereka menyerupai Yahudi yang dimurkai iaitu berilmu namun tegar menyembunyikan sebahagiannya justeru menggiring manusia ke arah pengamalan songsang. Atau menyerupai Nasrani yang disesatkan, yakni sungguh tekun mereka dalam beramal namun miskin ilmu pemahamannya. Makanya, hakikat titik-temu mereka dalam beragama adalah meninggalkan keabsahan ilmu dan menuruti hawa-nafsu(syahwat dan syubhat) atas nama taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada ALLAH). Itulah dasar kebathilan cinta dan benci kerana ALLAH dan Rasul mereka. Apa mereka tidak punya dalil? Bahkan mereka punya dalil namun kecenderungan hawa-nafsulah yang menginderai arah tujuannya. Wal'iyadzubillah.


Alhamdulillah bi ni'mati tatimmassolihat, cinta kepada Rasulullah ﷺ terzahir sudah pada fizikal kita iaitu pakaian menutup aurat, memanjangkan/membiarkan lehyah (janggut) serta memangkas/mencukur kumis, tidak melabuhkan pakaian melebih mata kaki bagi kaumnya laki-laki dan menjauhi tasyabbuh (penyerupaan) penerampilan orang kafir. Adapun manifestasi ittiba' ar-rasul lainnya adalah selawat Nabi yang menjadi bab khusus kali ini. Ya, ma'ruf di kalangan orang awam sekalipun, hanya orang yang jahil dan kikir lagi merugi akan melepaskan peluang untuk tidak mahu berselawat kepada  Nabi ﷺ. Walhal selawat itu teramat lumayan fadhilatnya[9].

Baiklah, jom kita masuk ke topik lebih khusus, Maulidan atau Maulid Nabi yang darinya perayaan ulang tahun ikut menjadi ibadah masyarakat moden[10]. Satu tajuk yang menjadi polemik banyak pihak. Di situ muncul jenis-jenis selawat yang tidak dikenal oleh para Salafunassoleh terutama dari ulama' kurun emas (Sahabat, Tabiin dan Atba' Tabiin) seperti selawat[11] Badr, Fatih, al-In'am, Nariyah, Sa'adah, Syifa, Tafrijiyah dan bermacam bentuk rekayasa yang kemudian menjadi sangat laris di kalangan masyarakat umum yang mencintai  Nabi ﷺ. Namun fikirkanlah dengan saksama, seandainya hal tersebut baik[12], nescaya Nabi ﷺ akan menyampaikan jenis-jenis selawat tadi  melalui para Sahabatnya lalu diwariskan kepada generasi seterusnya. Bukankah para Sahabat adalah orang yang paling hebat cinta(mahabbah) dan hormat(ta'zhim) kepada  Nabi ﷺ? Siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka(?)

Nah, bagaimana dengan perayaan(eid) Maulid? Padanya terdapat nasyid yang berintikan sanjungan sambil diiringi tabuhan rebana disertai gabungan alat muzik moden hatta nyalaan lilin ikut memeriahkan suasana. Ada yang berkumpul setempat mengayun lenggok badan. Ada pula yang berarak di jalanan. Kepalang gembiranya dengan eid ini. Sebaik-baik manusia yang diutuskan disangka lahir pada tarikh tersebut. Itu belum ikhtilath(berbaurnya) laki-laki dengan perempuan ajnabi malah yang dinobatkan sebagai asatidzah bersama dalam program TV contohnya, menggolek-golekan kepala bersama hos wanitanya ajnabinya. Belum dikira yang bertabarruj(berhias ala jahiliah) lagi.
Aduhai takkanlah salah menzahirkan kecintaan kepada  Nabi ﷺ?
Baiklah, pertama-tamanya ayuh kita selusuri sejarahnya[13] terlebih dahulu. Syariat Maulidan ini asalnya direkayasa oleh Abu Sa’id al-Muzhaffar, sang penguasa Irbil (sekarang Kurdistan) yang wafat pada 630Hijriah dari Bani Fathimiyah al-Ubaidiyyah (agama syiah Ismailiah ar-Rafidhah). Pelopornya Syiah yang rata-rata dimaklumi kesesatan agamanya? Ini bukan propaganda kebencian tapi kenyataan hakiki Syiah telah dijadikan sandaran dalil terawal? Apa pantas asal-usulnya dari Syiah? Allahul mustaan, di manakah kewarasan dan imbangan emosi jika pantas Syiah dirujuk(?)

Selain itu, telah datang banyak soalan uji minda bagi menjernihkan akal agar dicermati hal ini setelah dalil-dalil syar'i berlalu menyuluh sebelumnya. Di antara soalannya;

  1. Apakah ini amalan ketaatan iaitu barang pastinya ada dalil menyatakan syariat eid ini (bersama kafiat tatacaranya) atau kemaksiatan?
  2. Adakah Nabi ﷺ mengetahui acara Maulidan ini beliau sendiri sebagai pembawa risalah (utusan ALLAH ﷻ) telah terlupa untuk menyampaikan(memerintahkannya)?
  3. Berapa kali Nabi ﷺ pula merayakannya? Dan di manakah Maulid pertama kali para pewaris(sahabat) Nabi ﷺ merayakannya pula? Siapakah pula murid(Tabiin) mereka yang menerima ijazah ilmu maulid ini? Siapakah di antara Nu'man bin Tsabit, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris, Ahmad bin Hanbal dll ulama' terdahulu (rahimahumullah) yang punya sanad hadits sahih terkait ritual ini?
  4. Jika Maulid adalah tanda gembiranya di atas kelahiran Nabi ﷺ , maka apakah kegembiraan Abu Lahab terhitung ibadah? Atau para Sahabat radhiyallahu'anhum kurang mencintai Nabi ﷺ kerana tidak bergembira untuk merayakannya? Atau kita dari zaman mutakhir ini lebih gembira daripada mereka? Nah, kita beradu gembira dengan para Sahabat radhiyallahu'anhum atau dengan Abu Lahab?
  5. Kaum Nasrani merayakan kelahiran Isa itupun tidak pantas untuk ditiru-tiru, sedangkan Nabi ﷺ wafat pada 12 Rabi' al-Awwal pula dirayakan kewafatannya?
  6. Namun seandainya Maulidan ini hanya sebatas dengan makan-minum tanpa campur-gaul lelaki dengan wanita ajnabi, tanpa muzik mahupun bait-bait syair atau selawat songsang, tanpa bangkit berdiri menyambut kononnya kedatangan sang Rasul maka apakah ia tetap ritual yang disyariatkan?
  7. Mahu ikut Nabi atau siapa sebenarnya kita? Atau ada manusia di zaman belakangan yang lebih faham rasa cinta kepada Sang Rasul melebihi para Sahabatnya sendiri?
Telah banyak rakaman audia-video dari penganut Maulidan ini penulis dengar dan tonton. Tiada satu pun dalil syar'i yang mampu mereka hidangkan melainkan simpang-siur bersilat lidahnya semata. Natijahnya, yang terutama lagi terpelihara dari sebarang kegelinciran adalah mencintai yang dicintai sesuai dengan apa yang telah yang dicintai tadi tuntunkan. Bukan dengan kebijaksanaan yang dibuat-buat sehingga mencalarkan ajarannya. Cintailah dia ﷺ sepertimana yang telah diperintahkan oleh Sang Maha Tahu segala sesuatu. Bukankah Rasulullah ﷺ memiliki hak-hak yang wajib kita penuhi dalam memanifestasikan persaksian terhadap kerasulan beliau, lambang cinta kita kepadanya? Dan  bukan pula sepertinya kaum Nasara yang dituntun syubhat dan syahwat dalam mencintai Nabi Isa alayhissalam. Atau bukan juga sepertinya kaum Syiah yang membunuh Ahlel Baiti Nabi ﷺ kemudian meratapinya.



Friday 8 October 2021

051.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

     ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣6️⃣
Fitnah Besar dengan Terbunuhnya Utsman



Terbunuhnya Utsman adalah fitnah yang sangat besar bagi kaum muslimin. Peristiwa itu adalah salah satu dari 3 fitnah, yang apabila seseorang selamat darinya, maka ia akan selamat.
Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ نَجَا مِنْ ثَلَاثٍ فَقَدْ نَجَا
"Barangsiapa yang selamat dari 3 hal, nescaya ia akan selamat."
Nabi mengucapkan ini tiga kali. Mendengar hal itu, para Sahabat bertanya:
"Apakah (3 hal) itu wahai Rasulullah?"
Nabi ﷺ bersabda:

مَوْتِي وَمِنْ قَتْلِ خَلِيفَةٍ مُصْطَبِرٍ بِالْحَقِّ يُعْطِيهِ وَالدَّجَّالِ
"Kematianku, terbunuhnya seorang khalifah yang sabar berpegang teguh dengan kebenaran yang diberikan kepadanya dan (fitnah) ad-Dajjaal."
[H.R Ahmad, disahihkan al-Hakim dan disepakati kesahihannya oleh adz-Dzahabi]

Pada saat Nabi meninggal, sebahagian kaum muslimin menjadi murtad. Itu bahagian dari fitnah besar. Fitnah Dajjal nanti di akhir zaman juga menjadi ujian besar terhadap keimanan seseorang yang masih hidup di masa itu. 

Sedangkan khalifah yang sabar, berpegang teguh dengan kebenaran yang diberikan kepadanya, itu adalah Utsman bin Affan. Sebagaimana diisyaratkan Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah. 

Jika seorang muslim ingin selamat dalam deennya, janganlah ikut terlibat dalam pembunuhan Utsman. Baik terlibat langsung atau ikut memprovokasi atau menyukai hal itu terjadi. Bagi orang yang hidup setelahnya, jangan larut dan terlibat dalam fitnah itu dengan ucapan dan sokongan yang menyokong pihak yang zalim, serta mencela Utsman atau Sahabat Nabi yang lain.

Sesungguhnya pemberontakan pihak-pihak zalim itu terhadap pemimpinnya yang sebenarnya telah bersikap adil, dipicu oleh celaan-celaan terhadap pemerintah atau pemimpin muslim yang disebar-luaskan.

Semestinya, jika ada teguran dan nasihat yang ingin disampaikan kepada penguasa/ pemimpin muslim, sampaikanlah dengan beradab, tidak perlu diketahui pihak lain. Sampaikan nasihat secara tersembunyi. 

Usamah bin Zaid pernah ditanya oleh seseorang: "Tidakkah engkau masuk ke Utsman bin Affan dan berbicara kepadanya?" Usamah bin Zaid menjawab:

أَتَرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ كَلَّمْتُهُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ
"Apakah engkau menganggap bahawa pembicaraanku dengannya pasti aku perdengarkan kepada kalian? Demi ALLAH, aku telah berbicara berdua dengan dia saja."
[H.R Muslim no 5305]

Tidak boleh seorang muslim mencela dan menjelek-jelekkan pemerintahnya. Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا تَسُبُّوا أُمَرَاءَكُمْ، وَلَا تَغِشُّوهُمْ، وَلَا تَبْغَضُوهُمْ، وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاصْبِرُوا؛ فَإِنَّ الْأَمْرَ قَرِيبٌ
"Janganlah kalian mencela para pemimpin kalian, jangan menipu mereka, jangan marah kepada mereka, bertakwalah kepada ALLAH dan bersabarlah, kerana urusannya sudah dekat."
[H.R Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah dengan sanad yang baik (jayyid)]

Sahabat Nabi Anas bin Malik radhiyallahu'anhu menyatakan:

كَانَ اْلأَكَابِرُ مِنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَوْنَنَا عَنْ سَبِّ اْلأُمَرَاءِ
"Para pembesar dari Sahabat Rasulullah ﷺ melarang kami dari mencela para pemimpin."
[H.R Ibnu Abdil Bar dalam at-Tamhid]

Sahabat Nabi Abud Darda' radhiyallahu'anhu menyatakan:

وإنَّ أوَّل نِفَاقِ الْمَرْءِ طَعْنُهُ عَلَى إِمَامِهِ
"Sesungguhnya awal kemunafikan pada seseorang adalah celaannya kepada pemimpinnya."
H.R Ibnu Abdil Bar dalam at-Tamhid dan Ibnu Asakir]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman16

Friday 1 October 2021

050.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

     ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣5️⃣
Menjemput Syahadah 2/2


Dalam keadaan berpuasa, sebagaimana kebiasaannya, ia bersimpuh membaca mushaf Al-Qur'an. Ia biarkan rumahnya terbuka. Mungkin bagi orang yang masih ada iman dan kasih-sayang, tidak akan berani berbuat buruk kepadanya.

Namun para pengepung rumah Utsman, bergerak masuk. Sebahagian sempat keluar kembali setelah Utsman memperingatkan mereka. Namun, ada yang begitu kejam dan bengis menebaskan pedangnya hingga melukai Utsman bin Affan. Darah mengalir sebahagian mengenai mushaf di hadapannya.

Sungguh benar-benar kejam dan seakan-akan tidak punya hati. Padahal sebelumnya Nailah, isteri Utsman telah berkata:

أَنْ تَقْتُلُوْهُ أَوْ تَدَعُوْهُ فَقَدْ كَانَ يُحْيِي اللَّيْلَ فِي رَكْعَةٍ يَجْمَعُ فِيْهَا الْقُرْآنَ
"Silakan kalian mahu bunuh atau bebaskan beliau, sesungguhnya beliau adalah seseorang yang menghidupkan malam dalam 1 rakaat membaca seluruh Al-Qur'an."
[As-Sunnah karya al-Khallal]

Duhai sesungguhnya ucapan itu akan menghalau orang yang masih ada perasaan malu, kasih-sayang dan persaudaraan iman dalam dirinya. Namun tidak demikian dengan para pemberontak itu. Malam hari sebelumnya Utsman bermimpi diajak berbuka puasa bersama oleh Nabi. Menjelang Maghrib beliau mengakhiri puasanya dalam salah satu keadaan terbaik, menyemput syahadah saat tengah beribadah. Mengapa Utsman tidak menyerahkan saja kekhalifahan beliau itu seperti yang diinginkan para pemberontak tersebut? Kerana Nabi ﷺ dulu pernah berpesan kepada Utsman:

يَا عُثْمَانُ ! إِنَّ اللهَ مُقَمِّصُكَ قَمِيْصًا فَإِنْ أَرَادَكَ الْمُنَافِقُوْنَ عَلَى خَلْعِهِ فَلَا تَخْلَعْهُ حَتَّى تَلْقَانِي
"Wahai Utsman, sesungguhnya ALLAH memberikan pakaian kepadamu. Jika orang-orang munafiq ingin melepaskannya darimu, janganlah lepaskan pakaian itu hingga engkau bertemu denganku."
[H.R Ahmad dan lainnya, disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Jami']

Tidak ada seorang pun dari para Sahabat Nabi yang terlibat dalam tertumpahnya darah Utsman tersebut. Mereka justeru orang-orang yang sangat bersemangat membela Utsman, namun Utsman menghalanginya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ادْعُوا لِي بَعْضَ أَصْحَابِي قُلْتُ أَبُو بَكْرٍ قَالَ لَا قُلْتُ عُمَرُ قَالَ لَا قُلْتُ ابْنُ عَمِّكَ عَلِيٌّ قَالَ لَا قَالَتْ قُلْتُ عُثْمَانُ قَالَ نَعَمْ فَلَمَّا جَاءَ قَالَ تَنَحَّيْ جَعَلَ يُسَارُّهُ وَلَوْنُ عُثْمَانَ يَتَغَيَّرُ فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الدَّارِ وَحُصِرَ فِيهَا قُلْنَا يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَلَا تُقَاتِلُ قَالَ لَا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَهِدَ إِلَيَّ عَهْدًا وَإِنِّي صَابِرٌ نَفْسِي عَلَيْهِ
Dari Aisyah –semoga ALLAH meridhainya- ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Panggilkan sebahagian Sahabatku." Aku berkata: "Abu Bakr?" Nabi menyatakan: "Tidak."
Aku berkata: "Umar?" Nabi menyatakan: "Tidak." Aku berkata: "Putera bapa saudara anda, Ali?" Nabi berkata: "Tidak." Aku berkata: "Utsman?" Nabi bersabda: "Ya."
Ketika Utsman datang, Nabi melakukan perbincangan rahasia dengannya. Berubahlah warna wajah Utsman. Ketika terjadi masa pengepungan di rumah Utsman, kami berkata:
"Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anda berperang (dan kami akan berjuang bersama anda)?" Utsman berkata:
"Tidak. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ  telah mengambil perjanjian denganku dan aku akan berusaha sabar dalam hal itu."
[H.R Ahmad, disahihkan al-Hakim dan disepakati keshahihannya oleh adz-Dzahabi]

Ibnu Sirin berkata: Zaid datang menemui Utsman dan berkata:
"Kaum Ansar telah datang kepadaku dan berkata: Kami siap menjadi penolong-penolong ALLAH 2 kali (untuk membela anda, pent)." Utsman berkata:
"Kalau itu perang, jangan."
[H.R al-Khallal dalam as-Sunnah]



Al-Hafidz Ibnu Katsir rahimahullah menyatakan:
"Adapun yang disebutkan oleh sebagian manusia bahawasanya sebahagian Sahabat menyerahkan Utsman dan redha dengan terjadinya pembunuhan itu, ini tidaklah benar. Tidak ada seorang pun dari Sahabat Nabi yang redha dengan pembunuhan Utsman radhiyallahu'anhu. Bahkan seluruhnya membencinya, marah dan mencela pelakunya."
(al-Bidayah wan Nihayah (7/221))

Al-Imam an-Nawawiy rahimahullah menyatakan:
"Tidak ada seorang pun dari Sahabat yang terlibat dalam pembunuhan terhadap beliau (Utsman)."
[Syarh Sahih Muslim lin Nawawi (15/148)]

Jika terdapat tuduhan bahwa Sahabat Nabi ada yang terlibat dalam pembunuhan Utsman bin Affan, hal itu ada 2 kemungkinan:
Pertama: Nama yang dipastikan terlibat dalam peristiwa tersebut setelah dikaji lagi, ternyata bukan Sahabat Nabi.
Kedua: Memang nama itu adalah Sahabat nabi, namun keikut-sertaan dia dalam pembunuhan Utsman ternyata diriwayatkan dalam riwayat sejarah yang lemah. Hal itu dapat dilihat pada sanad riwayat tersebut yang tidak jarang berisi perawi yang dusta.



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman15

Friday 17 September 2021

049.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

    ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣4️⃣
Menjemput Syahadah 1/2


Kejayaan Islam semakin terlihat dengan perluasan wilayah-wilayah baru di masa pemerintahan Utsman bin Affan. Hal ini menimbulkan kejengkelan pada orang-orang Yahudi. Salah satu Yahudi yang membenci hal itu adalah Abdullah bin Saba'. Ia berpura-pura sebagai Muslim, menyamar masuk ingin menebarkan fitnah. Ia berusaha mempengaruhi kaum Muslimin untuk membenci pemimpinnya yang mulia, iaitu Utsman bin Affan.

Ia berkeliling untuk misi jahatnya itu. Makkah, Madinah dan Syam ia jelajahi. Namun penduduknya tidak dapat dipengaruhi. Rakyat di wilayah-wilayah itu faham benar keutamaan Utsman. Namun, di Mesir ia mulai berhasil menanamkan pengaruh. Orang-orang bodoh yang hanya punya berbekal semangat buta ikut bergabung bersamanya. Beberapa syubhat ditebarkan untuk menjauhkan rakyat dari pemimpinnya. Orang-orang Mesir ini mendapat sokongan juga dari Iraq. Mereka pun berangkat menuju Madinah untuk menemui Utsman. Namun, syubhat-syubhat mereka dapat disingkap oleh Utsman. Mereka pun kembali hendak menuju Mesir. Di tengah perjalanan pulang, terdapat surat palsu yang mengatasnamakan Utsman bahwa Utsman memerintahkan pada gabernor Mesir untuk menangkap dan membunuh orang-orang itu. Padahal Utsman sama sekali tidak memerintahkan demikian dan tidak ada sangkut-pautnya sama sekali dengan surat itu. Itu hanyalah surat palsu yang dibuat oleh pihak penyebar fitnah.

Akhirnya sekelompok orang datang lagi ke Madinah. Merasa bahwa Utsman memang tidak layak jadi pemimpin. Terjadilah pengepungan di rumah Utsman. Namun, awalnya mereka menampakkan diri seakan-akan hendak bermusyawarah dengan Utsman. Tentu saja tidak akan ada yang menghalangi rakyat yang ingin bermusyawarah dengan pemimpinnya. Sehingga tidak ada yang mengira sebelumnya akibatnya adalah terbunuhnya Utsman.

Masa itu adalah musim haji. Banyak para Sahabat yang berangkat berhaji. Sebagian kecil Sahabat yang tersisa sempat berjaga di rumah Utsman dan siap membela beliau, namun Utsman tidak meridhainya. Terjadilah pengepungan oleh pihak-pihak yang zhalim yang membuat Utsman tertahan di rumah beliau. 

Seorang Sahabat mulia yang sudah lanjut usia, memakmurkan hidupnya dengan pengabdian kepada ALLAH, bermanfaat bagi banyak kaum Muslimin, justeru dihalangi keluar dari rumahnya. Ia tidak dapat menuju masjid untuk beribadah, padahal perluasan wilayah masjid itu dulu dengan sebab hartanya. Utsman menyatakan:

هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ الْمَسْجِدَ ضَاقَ بِأَهْلِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ مَنْ يَشْتَرِي بُقْعَةَ آلِ فُلَانٍ فَيَزِيدَهَا فِي الْمَسْجِدِ بِخَيْرٍ مِنْهَا فِي الْجَنَّةِ فَاشْتَرَيْتُهَا مِنْ صُلْبِ مَالِي فَأَنْتُمْ الْيَوْمَ *تَمْنَعُونِي أَنْ أُصَلِّيَ فِيهَا رَكْعَتَيْنِ
"Tidakkah kalian tahu bahawasanya masjid dulunya sempit hingga Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa yang membeli tanah keluarga Fulan untuk ditambahkan memperluas masjid ia akan mendapat yang lebih baik di syurga."
"Kemudian aku membelinya dari hartaku. Sedangkan kalian saat ini mencegah aku untuk sekadar solat 2 rakaat di dalam masjid itu!"
[H.R at-Tirmidzi]

Dihalangi pula untuk meminum air yang segar dari sumur Rumah yang dulu ia wakafkan untuk kaum muslimin.
Utsman menyatakan:

هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَلَيْسَ بِهَا مَاءٌ يُسْتَعْذَبُ غَيْرَ بِئْرِ رُومَةَ فَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي بِئْرَ رُومَةَ فَيَجْعَلَ دَلْوَهُ مَعَ دِلَاءِ الْمُسْلِمِينَ بِخَيْرٍ لَهُ مِنْهَا فِي الْجَنَّةِ فَاشْتَرَيْتُهَا مِنْ صُلْبِ مَالِي فَأَنْتُمْ الْيَوْمَ تَمْنَعُونِي أَنْ أَشْرَبَ حَتَّى أَشْرَبَ مِنْ مَاءِ الْبَحْر
"Tidakkah kalian tahu bahwasanya Rasulullah ﷺ tiba di Madinah dalam keadaan tidak ada air tawar di sana selain dari sumur Rumah. Nabi bersabda:
"Barangsiapa yang membeli sumur Rumah kemudian ia jadikan timbanya bersama timba-timba kaum muslimin, akan mendapatkan yang lebih baik dari itu di syurga." Kemudian aku pun membelinya dari hartaku. Sedangkan kalian saat ini melarangku minum sampai aku minum dari air laut!"
[H.R at-Tirmidzi]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman14

Friday 10 September 2021

Mencari Asy-Syafie (II)

••{ ﷽ }••



...sambungan (artikel sebelum),
Berikut adalah beberapa perkataan al-Imam asy-Syafie rahimahullah yang sangat memotivasikan. Semoga bermanfaat.


ILMU
Ilmu itu bukan hanya (tentang) banyaknya yang telah dihafal.
Namun, ilmu adalah yang memberikan manfaat.
[📚 Tadzkiratus Sami' Ibnu Jama'ah, hlm. 48]¹

Siapa yang ingin agar ALLAH membukakan pintu hatinya dan memberikan ilmu kepadanya, maka hendaklah sering menyendiri (fokus melakukan ibadah), mempersedikit makan, tidak berbaur dengan orang bodoh dan tidak pula dengan sebahagian orang berilmu yang tidak memiliki keadilan dan tidak beradab.
[📚 Bustanul Arifin lil Imam an-Nawawi, 47]

Termasuk sikap merendahkan ilmu adalah dengan engkau mendebat semua orang yang mendebatmu dan melayani bantahan semua orang yang membantahmu.
[📚 Manaqib asy-Syafie, karya al-Baihaqy, jilid 2 hlm. 151]

Siapa yang tidak mencintai ilmu, tidak ada kebaikan pada dirinya. Maka dari itu, jangan sampai ada perkenalan dan persahabatan antara dirimu dan dirinya.
[📚 Tawaalii at-Ta'nis bi Ma'aalii Ibn Idriis, hlm. 168]

Yunus bin Abil A’la rahimahullah mengatakan, aku mendengar asy-Syafie berkata,
Jika aku melihat seorang lelaki ahli hadits, seolah-olah aku melihat sahabat Nabi ﷺ.
[📚 Talbis Iblis, Ibnul Jauzi rahimahullah, 33—34]


KEMULIAAN JIWA
Kemuliaan jiwa seseorang ada pada tiga perkara:
• Menyembunyikan kefakiran hingga orang lain menyangka bahawa engkau berkecukupan.
• Menyembunyikan kemarahan hingga orang lain menyangka bahawa engkau redha.
• Menyembunyikan penderitaan hingga orang lain menyangka bahawa engkau hidup enak.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Fakhruddin ar-Razi, jilid 2 hlm. 188]

Seandainya engkau mencurahkan segala upaya dan kesungguhan agar semua manusia meredhaimu maka hal itu tak akan dapat dicapai. Jika demikian hakikatnya maka ikhlaskan amal dan niatmu kerana ALLAH semata..
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi 2/173]

Meraih keredhaan semua manusia adalah tujuan yang tidak mungkin dicapai. Sebab, tidak ada jalan untuk selamat dari (celaan) mereka. Oleh kerana itu, hendaknya engkau melakukan hal yang bermanfaat bagimu dan konsistenlah.
[📚 Siyar A'lam an-Nubala' lidz Dzahabi, 8/423]

Barangsiapa yang mengadu-domba orang lain padamu maka dia akan mengadu-domba dirimu kepada orang lain. Barangsiapa yang memberitakan aib orang kepadamu maka dia akan memberitakan aibmu kepada orang lain. Barangsiapa yang jika engkau membuatnya senang maka dia akan menyanjungmu dengan sesuatu yang tidak ada padamu, maka jika engkau membuatnya marah dia akan menjelekkanmu dengan sesuatu yang tidak ada padamu.
[📚 Manaqib Asy-Syafie lil Baihaqi, 2/197]

Siapa yang melakukan namimah untuk membela dirimu, maka dia juga akan melakukan namimah dengan menjadikan dirimu sebagai korban. Dan siapa yang mengabarkan keburukan orang lain kepadamu, maka dia juga akan mengabarkan tentang keburukan dirimu keada orang lain.
[📚 Tahzibul Asma' wal Lughat lin Nawawi, 1/56]

Al-Muzany berkata:
Aku mendengar As-Syafie berkata,
Barangsiapa dikuasai oleh kecintaan yang sangat kepada harta benda dunia, mesti ia akan menghambakan dirinya kepada para pemiliknya. Barangsiapa yang rela dengan pembagian ALLAH, nescaya akan sirna ketundukan kepada manusia.
[📚 Manaqib Asy-Syafi'e lil Baihaqi]


TAWADHDHU'
Tawadhu' termasuk akhlak orang-orang mulia, sedangkan takabbur merupakan salah satu perangai orang-orang tercela. Tawadhu' akan mewariskan kecintaan. Adapun qana'ah akan mewariskan rasa tenteram.
[📚 Siyar A'lam an-Nubala' lidz Dzahabi, 8/429]

Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah seorang yang tidak melihat kedudukan dirinya.
[📚 Siyar A'lamin Nubala' lidz-Dzahabi, 10/99]

Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang merasa tidak memiliki kemuliaan. Orang yang paling besar keutamaannya adalah orang yang merasa tidak memiliki keutamaan.
[📚 Syu’abul Iman lil Baihaqi, jilid 6 hlm. 304]



MURAQABAH
Imam Asy-Syafie mengatakan kepada muridnya al-Muzani rahimahumallah ta'ala.
Bertakwalah kepada ALLAH dan jadikanlah akhirat selalu di dalam hatimu. Jadikan kematian selalu berada dalam ingatanmu. Jangan lupakan tempat berdirimu di hadapan ALLAH. Hendaklah engkau selalu merasa takut kepada ALLAH,, hindarilah hal-hal yang dilarang dan tunaikan kewajiban-kewajiban-NYA dan teruslah bersama kebenaran di manapun berada.
[📚 Mukhtasar Tarikh Dimasyq (315/316)]

Menjauhi kemaksiatan dan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat bagimu akan menerangi kalbu. Hendaknya engkau bertafakur dalam kesendirian dan sedikit makan. Janganlah engkau bergaul dengan orang-orang bodoh dan orang yang tidak jujur terhadapmu. Apabila engkau mengucapkan kalimat yang tidak bermanfaat bagimu, kalimat itu justeru akan menguasaimu dan engkau tidak dapat menguasainya.
[📚 Siyar A’lam an-Nubala' lidz Dzahabi, 8/429]

Imam asy-Syafie berkata dalam sya'irnya:  
 Aku mengadu kepada Waki' tentang buruknya hafalanku  
Dia menasihatiku agar aku meninggalkan kemaksiatan  
“Ketahuilah, sesungguhnya ilmu itu karunia dan karunia ALLAH tidak akan diberikan kepada orang yang bermaksiat.”
[📚 Al-Jawabul Kaafi li Ibnul Qayyim: 54]


PERTEMANAN
Jika engkau mempunyai teman (yang soleh), maka peganglah dia erat-erat dengan kedua tanganmu. Kerana sesungguhnya mencari teman (yang baik) itu sulit namun berpisah dengannya mudah.
[📓 Hilyatul Auliya li Abi Nu'aim, 9/121]

Sesungguhnya ALLAH memiliki hamba-hamba yang cerdas. Mereka mencampakan dunia serta merasa takut akan fitnahnya. Mereka memandangi dunia, tatkala mereka mengetahui bahawasanya hakikat dunia bukanlah negeri untuk ditempati. Mereka menjadikan dunia sebagaimana lautan (untuk diseberangi), dan menggunakan amalan soleh di dunia sebagai perahunya (untuk menghantarkan kepada kenikmatan yang abadi.
[📚 Diwan Al-Imam Asy-Syafie]

Aku mencintai orang-orang soleh meskipun aku bukan termasuk di antara mereka. Semoga bersama mereka aku dapat mendapatkan syafa'at kelak. Aku membenci para pelaku maksiat meskipun aku tak berbeza dengan mereka. Aku membenci orang yang membuang-buang usianya dalam kesia-siaan walaupun aku sendiri adalah orang yang banyak menyia-nyiakan usia.
[📚 Diwan Al-Imam Asy-Syafie]

Al-Imam Ibnu Muflih rahimahullah menukilkan dalam kitabnya, bahawa al-Imam asy-Syafie rahimahullah  pernah mengatakan,
Barangsiapa yang memberikan nasihat kepada saudaranya secara tersembunyi, maka sungguh ia telah menasihatinya serta menghiasinya. Dan barangsiapa yang memperingatkan saudaranya secara terang-terangan, maka sungguh dia telah membongkar keburukannya dan membuatnya hilang kehormatan.
[📚 Kitab Al-Adabusy Syari'ah libni Muflih Hal. 287, Jilid 1, Cetakan 'Alamul Kutub]

Tidaklah aku berdebat dengan seorang yang berilmu, kecuali pasti aku mampu mengalahkannya. Dan tidaklah aku berdebat dengan seorang yang jahil, kecuali pasti dia akan mengalahkanku. Kerana orang jahil tidak akan mampu mendatangkan dalil. Jika engkau berhasil membungkamnya dengan dalil dan hujjah, nescaya dia akan memhukummu dengan hinaan/cacian, celaan, dan boleh jadi dia mengangkat tongkatnya (untuk memukulmu, -pen). Inilah 'dalilnya orang lemah', iaitu berbuat zhalim.
[📚 Syarh al-Qawa'id al-Arba'ah halaman 52]


MEMBUNGKAM AJARAN SESAT
Al-Baihaqy rahimahullah berkata:
Al-Imam asy-Syafie sangat keras terhadap orang-orang mulhid dan ahli bid'ah, dan beliau terang-terangan menampakkan kebencian terhadap mereka dan menjauhi mereka.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi, jilid 1 hlm. 469]

Yunus bin Abdul A'la rahimahullah berkata:
Al-Imam asy-Syafie dahulu sering mencela Rafidhah, dan beliau mengatakan bahawa mereka adalah kelompok yang paling jahat.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Fakhruddin ar-Razi, hlm. 142]

Dahulu Bisyr bin Ghiyats al-Mirrisi yang merupakan salah satu pemuka Mu'tazilah menolak ijma'. Suatu hari dia bertanya kepada al-Imam asy-Syafie di hadapan Khalifah Harun ar-Rasyid dengan tujuan untuk menyudutkan beliau. Dia mengatakan,
"Engkau mendakwa bahawa ijma' itu ada, apakah engkau mengetahui sedikit saja perkara yang seluruh manusia sepakat atasnya?"

Maka beliau menjawab,
"Ya, manusia sepakat bahawa yang hadir ini (Khalifah) adalah Amirul mu'minin, siapa saja yang menyelisihinya maka dipenggal lehernya."

Maka dia pun terbungkam dan tidak mampu menjawab lagi.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi, jilid 1 hlm. 401]

Hukumku pada ahlil kalam, mereka dipukul dengan pelepah kurma, dan dinaikkan ke unta, kemudian diarak keliling di kabilah-kabilah dan suku-suku, kemudian diserukan tentang mereka ‘Ini balasan orang yang meninggalkan Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah dan menghadap diri kepada Ilmu Kalam’ (filsafat).

Seandainya seseorang mempelajari tasawuf sejak pagi hari, maka belum sampai waktu zuhur kecuali engkau akan menjumpainya telah menjadi orang yang dungu.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi, jilid 2 hlm. 207]



Jum'at | 03 SHAFAR 1443H



Tuesday 31 August 2021

048.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

    ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣3️⃣
Khabar dan Isyarat Nabi Bahawa Utsman Akan Meninggal Sebagai Syahid


Saat Nabi sedang berjalan di atas bukit Uhud bersama Abu Bakar, Umar, dan Utsman, tiba-tiba Uhud bergetar. Nabi menyatakan:

اثْبُتْ أُحُدُ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ وَصِدِّيقٌ وَشَهِيدَانِ
"Tenanglah Uhud, kerana sesungguhnya di atasmu ada seorang Nabi, shiddiq dan 2 orang yang akan mati syahid."
[H.R al-Bukhari dari Anas bin Malik]

Dua orang syahid yang dimaksud Nabi adalah Umar dan Utsman.
Dalam sebuah kebun kurma yang berpagar, Abu Musa al-Asy'ari pernah menemani Nabi. Tiba-tiba datang seseorang minta izin masuk. Nabi menyatakan:
"Bukakanlah pintu untuknya dan beri khabar gembira ia dengan syurga." Ternyata itu adalah Abu Bakr. Berikutnya, ada lagi seseorang yang meminta izin masuk, Nabi menyatakan:
"Bukakanlah pintu untuknya dan beri khabar gembira ia dengan syurga." Ternyata orang tersebut adalah Umar. Pada kali ke-3, ada seseorang lagi yang meminta izin untuk masuk. Nabi bersabda:

افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ عَلَى بَلْوَى تُصِيبُهُ
"Bukakanlah untuknya dan berikan khabar gembira untuknya dengan syurga atas musibah yang menimpanya."
[H.R al-Bukhari]

Ternyata orang itu adalah Utsman. Saat Abu Musa al-Asy'ari menyampaikan pesan Nabi kepada Utsman itu, Utsman memuji ALLAH kemudian menyatakan:
"Allaahul Musta'aan (ALLAH jualah tempat meminta pertolongan)."


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman13

Thursday 12 August 2021

Mencari Asy-Syafie (I)

••{ ﷽ }••


Muhammad bin Idris? Sebut saja Imam asy-Syafie, namanya tidaklah asing di kalangan masyarakat Muslim Nusantara. Dikenal kerana praktik fiqh alirannya. Sang mujaddid bahkan bapa ilmuan usul fiqh ini telah menghafal Al-Qu'ran seawal usia 7tahun, menghafal pula Al-Muwaththa' lil Imam Malik pada usia 10tahun dan dikenal membahagi waktu malamnya menjadi 3 bahagian yakni belajar, beribadat dan beristirehat. Akhirnya diwafatkan pada tahun 204Hijriah. Mungkin saja seandainya beliau bangkit di zaman kita maka nescaya akan kita lihat beliau sebagai orang gila sebagaimana beliau melihat kefasikan pada diri-diri kita. Ini dikeranakan bagai langit dan bumi betapa jauhnya perbezaan kita menjalani hidup sebagai Muslim dalam menuju hari akhirat.

Baiklah, bukan calang-calang orangnya beliau ini, rahimahullah. Saksikan saja bagaimana tazkiyah(rekomendasi/pujian) para ulama' terhadap beliau. Sepertimana dalam kitab Tahdzibut Tahdzib karya Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah disebutkan bahawa:

Al-Imam Abu Zur'ah Ar-Razi rahimahullah berkata:
Tidak ada satu hadits pun yang Asy-Syafie keliru dalam meriwayatkannya.

Al-Imam Abu Dawud rahimahullah berkata:
Asy-Syafie belum pernah keliru dalam meriwayatkan suatu hadits.

Al-Imam Ali bin Al-Madini rahimahullah berkata kepada puteranya:
Tulislah semua yang keluar dari Asy-Syafie dan jangan kau biarkan satu huruf pun terlewat, kerana padanya terdapat ilmu.

Al-Imam Yahya bin Ma'in rahimahullah berkata tentang Asy-Syafie:
Tsiqah (terpercaya).

Al-Imam Yahya bin Sa'id Al-Qaththan rahimahullah berkata:
Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih berakal dan lebih faham tentang urusan agama daripada Asy-Syafie.

Al-Imam An-Nasa'i rahimahullah berkata:
Asy-Syafie di sisi kami adalah seorang alim yang terpercaya lagi amanah.

Al-Imam Mush'ab bin Abdullah Az-Zubairi rahimahullah berkata:
Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih berilmu dari Asy-Syafie dalam hal sejarah.

Dalam Mukadimah Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Syakir rahimahullah terhadap kitab Ar-Risalah karya Al-Imam Asy-Syafie(hal.6) disebutkan bahawa Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:
Kalau bukan kerana Asy-Syafie(atas kehendak ALLAH ﷻ, pen.), nescaya kami tidak mampu memahami hadits dengan baik. Beliau juga berkata:
Asy-Syafie adalah seorang yang paling faham tentang Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ.

Dalam kitab Manaqib Asy-Syafie karya Al-Imam Dawud bin Ali Azh-Zhahiri rahimahullah disebutkan
Telah berkata kepadaku Ishaq bin Rahawaih: Suatu hari aku pergi ke Makkah bersama Ahmad bin Hanbal untuk berjumpa dengan Asy-Syafie. Aku pun selalu bertanya kepadanya tentang sesuatu (dari agama ini) dan aku dapati beliau sebagai seorang yang fasih serta berbudi pekerti luhur. Setelah kami berpisah dengan beliau, sampailah informasi dari sekelompok orang yang ahli di bidang tafsir Al-Qur’an bahawa Asy-Syafie adalah orang yang paling mengerti tafsir Al-Qur'an di masa ini. Kalaulah aku tahu hal ini, nescaya aku akan bermulazamah (belajar secara khusus) kepadanya.
Dawud bin Ali Azh-Zhahiri berkata:
Aku melihat adanya penyesalan pada diri Ishaq bin Rahawaih atas kesempatan yang terlewatkan itu.


Dalam kitab Manaqib Asy-Syafie karya Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (2/42-44 dan 48) pula disebutkan bahawa:
Al-Imam Abdul Malik bin Hisyam Al-Mu'afiri rahimahullah (pakar bahasa Arab di Mesir)) berkata:
Asy-Syafie termasuk rujukan dalam bahasa Arab.

Al-Imam Abdul Malik bin Quraib Al-Ashma'i rahimahullah (pakar bahasa Arab di Iraq) berkata:
Aku mengoreksikan syair-syair Suku Hudzail kepada seorang pemuda Quraisy di Makkah yang bernama Muhammad bin Idris Asy-Syafie.

Al-Imam Abu Ubaid Al-Qasim bin Sallam Al-Harawi rahimahullah (sasterawan ulung di masanya) berkata:
Adalah Asy-Syafie sebagai rujukan dalam bahasa Arab atau seorang pakar bahasa Arab.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:
Perkataan Asy-Syafie dalam hal bahasa Arab adalah hujjah.

Al-Mubarrid rahimahullah berkata:
Semoga ALLAH ﷻ merahmati Asy-Syafie. Beliau termasuk orang yang paling ahli dalam hal syair, sastera Arab, dan dialek bacaan (qiraat) Al-Qur'an.

Imam Ahmad rahimahullah berkata:
ALLAH subhanahu wa ta'ala menetapkan bagi manusia, pada setiap seratus tahunnya ada seorang yang mengajari mereka As-Sunnah dan menafikan kedustaan atas nama Rasul. Kami pun menelaah. Ternyata di penghujung seratus tahun adalah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah. Di penghujung tahun dua ratus adalah asy-Syafie.

Imam Ahmad rahimahullah juga berkata:
Sejak tiga puluh tahun lalu, tidaklah aku tidur malam kecuali aku mendoakan kebaikan bagi asy-Syafie dan memohonkan ampunan untuknya.
[Lihat Mukhalafat ash-Sufiyah, hlm. 10-11]

Al-Imam Al-Muzani rahimahullah (salah seorang murid senior Al-Imam Asy-Syafi’i) di awal kitab Mukhtasor-nya berkata:
Aku ringkaskan kitab ini dari ilmu Muhammad bin Idris Asy-Syafie rahimahullah serta dari kandungan ucapannya untuk memudahkan siapa saja yang menghendakinya, seiring dengan adanya peringatan dari beliau agar tidak bertaklid kepada beliau maupun kepada yang lainnya. Hal itu agar seseorang dapat melihat dengan jernih apa yang terbaik bagi agamanya dan lebih berhati-hati bagi dirinya.
[Dinukil dari Manhaj Al-Imam Asy-Syafie fi Itsbatil Aqidah, 1/127]

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata,
Telah diriwayatkan dari Ar-Rabi' dan yang lainnya, dari para pembesar murid-murid Asy-Syafie, apa yang menunjukkan bahawa ayat dan hadits tentang sifat-sifat ALLAH ﷻ tersebut dimaknai sesuai dengan makna zahirnya. Tanpa dibayangkan bagaimana hakikat sifat tersebut (takyif). Tanpa diserupakan dengan sifat makhluk-NYA (tasybih). Tanpa ditiadakan (ta'thil), dan tanpa dipalingkan dari makna sebenarnya yang dimaukan ALLAH ﷻ dan Rasul-NYA ﷺ (tahrif).
[Al-Bidayah wan Nihayah, 10/265]




KALAM IMAM ASY-SYAFIE
Jika kalian mendapati sesuatu pada karya tulisku yang menyelisihi Sunnah Rasulullah ﷺ, maka ambillah Sunnah Rasulullah ﷺ tersebut dan tinggalkan perkataanku.

Jika apa yang aku katakan menyelisihi hadits yang sahih dari Nabi ﷺ, maka hadits Nabi ﷺ-lah yang lebih utama, dan jangan kalian taklid kepadaku.
[Lihat Manaqib Asy-Syafie, 1/472 dan 473]

Al-Imam Asy-Syafie mengatakan:
Demi ALLAH, jika Muhammad bin Idris tidak meyakini akan dilihatnya ALLAH ﷻ di hari kiamat, nescaya dia tidak akan beribadah kepada-NYA di dunia.
[Manaqib Asy-Syafie, 1/419]

Pujian Al-Imam Asy-Syafie  terhadap para Sahabat radhiyallahu'anhum:
Mereka di atas kita dalam hal ilmu, ijtihad, wara', ketajaman berpikir dan menyimpulkan suatu permasalahan berdasarkan ilmu. Pendapat mereka lebih baik dan lebih utama bagi diri kita daripada pendapat kita sendiri. Wallahu a’lam.
[Manaqib Asy-Syafie, 1/442]

Ibnul Qayyim rahimahullah meriwayatkan perkataan Imam asy-Syafie rahimahullah dengan sanadnya,
Ucapan tentang sunnah yang aku di atasnya, yang aku lihat para ahlul hadits sahabatku juga di atasnya, dan yang telah aku ambil ilmu dari mereka, seperti Sufyan, Malik, dan selain keduanya, ialah berikrar bahawa tidak ada yang berhak diibadahi selain ALLAH subhanahu wa ta’ala dan Muhammad ﷺ adalah utusan-Nya. Demikian pula bahawa ALLAH ada di atas Arsy-NYA, dekat dengan makhluk-NYA sebagaimana dikehendaki-NYA, dan ALLAH turun ke langit dunia sesuai dengan kehendak-NYA.
[Ijtima’ul Juyusy al-Islamiyah]

Celaan Al-Imam Asy-Syafie terhadap kaum Syiah Rafidhah yang penuturan Yunus bin Abdul A'la:
Aku mendengar celaan yang dahsyat dari Asy-Syafie –jika menyebut Syiah Rafidhah– seraya mengatakan:
Mereka adalah sejelek-jelek kelompok.
[Manaqib Asy-Syafie, 1/468]

Al-Imam Al-Buwaithi rahimahullah berkata:
Aku bertanya kepada Asy-Syafie, Apakah aku boleh solat di belakang seorang yang beraqidah Syiah Rafidhah?
Beliau menjawab,
Jangan solat di belakang seorang yang beraqidah Syiah Rafidhah, seorang yang beraqidah Qadariyyah, dan seorang yang beraqidah Murjiah.
[Lihat Manhaj Al-Imam Asy-Syafie fi Itsbatil Akidah, 1/480]

Celaan Al-Imam Asy-Syafie terhadap kaum Sufi
Tidaklah seorang sufi bisa menjadi sufi tulen hingga mempunyai empat karakter: pemalas, suka makan, suka tidur, dan selalu ingin tahu urusan orang lain.
[Manaqib Asy-Syafie, 2/207]

Demikian juga Ibnu Katsir rahimahullah (beliau termasuk ulama bermadzhab Syafie) ketika menafsirkan ayat ALLAH ﷻ:

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.
(An-Najm: 39)

Beliau berkata: 
Dari ayat ini, Al-Imam Asy-Syafie rahimahullah dan orang yang mengikutinya mengambil istinbath (kesimpulan hukum dari sutau dalil) bahawa hadiah pahala bacaan Al-Qur'an tidaklah sampai kepada orang mati, kerana hal itu bukan amal perbuatan mereka. Sehingga Rasulullah ﷺ pun tidak pernah menganjurkannya.
(Tafsir Ibnu Katsir)
[Lihat Mukhalafah hal. 169]


PENUTUP
Demikian serba ringkas tentang salah seorang alim besar sang pejuang as-Sunnah yang tumbuh tiada berganti, wafat bersama ilmunya pada pada malam Jum’at 29 Rajab 204H. Semoga ALLAH ﷻ  mengganjari beliau dengan balasan kebaikan yang melimpah-ruah, mengampuninya, merahmatinya serta menempatkan beliau ke dalam syurga-NYA.


Jum'at | 04 Muharram 1443H



Nota kaki,

Friday 6 August 2021

047.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

   ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣2️⃣ Pembelaan Ibnu Umar terhadap Utsman Seseorang dari Mesir saat pergi berhaji pernah bertemu dengan Ibnu Umar. Ia membawa 3 syubhat yang mengandung celaan terhadap Utsman. Ketiga hal tentang Utsman itu adalah: Pertama: Lari dari medan pertempuran saat perang Uhud. Kedua: Tidak ikut dalam perang Badr Ketiga: Tidak ikut dalam Baiatur Ridhwan. Ibnu Umar kemudian menjelaskan kepadanya: أَمَّا فِرَارُهُ يَوْمَ أُحُدٍ فَأَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَفَا عَنْهُ وَغَفَرَ لَهُ وَأَمَّا تَغَيُّبُهُ عَنْ بَدْرٍ فَإِنَّهُ كَانَتْ تَحْتَهُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ وَكَانَتْ مَرِيضَةً فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ إِنَّ لَكَ أَجْرَ رَجُلٍ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا وَسَهْمَهُ وَأَمَّا تَغَيُّبُهُ عَنْ بَيْعَةِ الرِّضْوَانِ فَلَوْ كَانَ أَحَدٌ أَعَزَّ بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنْ عُثْمَانَ لَبَعَثَهُ مَكَانَهُ فَبَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ عُثْمَانَ وَكَانَتْ بَيْعَةُ الرِّضْوَانِ بَعْدَ مَا ذَهَبَ عُثْمَانُ إِلَى مَكَّةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ بِيَدِهِ الْيُمْنَى هَذِهِ يَدُ عُثْمَانَ فَضَرَبَ بِهَا عَلَى يَدِهِ فَقَالَ هَذِهِ لِعُثْمَانَ "Adapun larinya Utsman dari perang Uhud, aku bersaksi bahwasanya ALLAH telah memaafkan dan mengampuni dia. Sedangkan ia tidak ikut perang Badr kerana isterinya yang merupakan puteri Rasulullah ﷺ sakit. Rasul berpesan kepada Utsman: "Engkau akan mendapatkan pahala seseorang yang ikut perang Badr dan bahagiannya." Sedangkan ketidakhadirannya dalam Baiatur Ridhwan, seandainya ada seseorang yang lebih mulia dari Utsman di kalangan penduduk Makkah, nescaya Rasulullah ﷺ akan mengutusnya. Baiatur Ridhwan terjadi setelah Utsman berangkat menuju Makkah. Kemudian Rasulullah ﷺ mengisyaratkan dengan tangan kanan beliau sambil berkata:" "Ini tangan Utsman." Beliau tepukkan pada tangan beliau yang lain dan berkata:" "Ini untuk Utsman (dalam baiat itu)." [H.R al-Bukhari] Penjelasan Ibnu Umar bahwasanya ALLAH telah memaafkan dan mengampuni para Sahabat yang lari saat perang Uhud –termasuk Utsman bin Affan - itu sesuai dengan firman ALLAH ﷻ: إِنَّ الَّذِينَ تَوَلَّوْا مِنْكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَانُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا وَلَقَدْ عَفَا اللَّهُ عَنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ "Sesungguhnya orang-orang yang berpaling lari pada hari pertemuan dua pasukan (perang Uhud), sesungguhnya syaithan telah menggelincirkan mereka dengan sebab sebahagian (dosa) yang mereka lakukan. Dan sungguh ALLAH telah memaafkan mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyantun." [Q.S Ali Imran ayat 155]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman12

Friday 30 July 2021

046.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

  ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣1️⃣
Pujian Ali kepada Utsman


Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu pernah menyatakan bahawa Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu adalah orang yang paling baik dalam menyambung silaturrahmi dan yang paling bertakwa. Ali bin Abi Thalib menyatakan:

لَقَدْ كَانَ أَوْصَلَنَا لِلرَّحِمِ وَأَتْقَانَا للهِ عَزَّ وَ جَلَّ
"Sungguh (Utsman adalah) orang yang paling menyambung silaturrahmi di antara kami dan paling bertakwa kepada ALLAH ﷻ."
[H.R Ahmad bin Hanbal dalam az-Zuhud dan adz-Dzahabi dalam Siyar A’lamin Nubala’, al-Khathib dalam Tarikh Baghdad]

Ali juga bersikap mendengar dan taat kepada Utsman saat ia menjadi khalifah. Ali bin Abi Thalib pernah menyatakan:

لَوْ سَيَّرَنِي عُثْمَان إِلَى صِرَارٍ لَسَمِعْت لَهُ وَأَطَعْتُ
"Kalau seandainya Utsman menyuruhku menempuh perjalanan menuju Sirar (sebuah tempat 3 mil (sekitar 4.8km) dari Madinah menuju Irak), nescaya aku akan mendengar dan taat."
[H.R Ibnu Abi Syaibah dalam Musonnaf]

Pujian Ali kepada Utsman juga mencakup pengakuan bahwasanya Utsman adalah termasuk orang yang beriman, beramal soleh, bertakwa dan berbuat ihsan, sebagaimana ALLAH sebutkan dalam firman-NYA surah al-Maidah ayat 93:

لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآَمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh terhadap apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, beriman, beramal soleh kemudian bertakwa dan beriman, kemudian bertakwa dan berbuat ihsan (kebaikan). Dan ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat ihsan."
[Q.S Al-Maaidah 5:93]

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ حَاطِبٍ , قَالَ : ذُكِرَ عُثْمَان , فَقَالَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ : هَذَا أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ يَأْتِيكُمَ الآنَ فَيُخْبِرُكُمْ , قَالَ : فَجَاءَ عَلِيٌّ , فَقَالَ : كَانَ عُثْمَان مِنَ الَّذِينَ {آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ} حَتَّى أَتَمَّ الآيَةَ
Dari Muhammad bin Hathib ia berkata: "Pernah disebutkan tentang Utsman, kemudian al-Hasan bin Ali berkata: Ini Amirul Mukminin datang sekarang, akan mengkhabarkan sesuatu kepada kalian. Kemudian datanglah Ali (bin Abi Thalib) dan berkata:"
"Utsman adalah termasuk orang yang beriman, beramal soleh kemudian bertakwa dan beriman, kemudian bertakwa dan berbuat ihsan. Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat ihsan."
(Ali menyebutkan demikian) hingga akhir ayat.
[Q.S Al-Maaidah 5:93]
[H.R Ibnu Abi Syaibah dalam Musonnafnya]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman11

Friday 16 July 2021

045.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

 ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 🔟
Sangat Gemar Membaca Al-Qur'an


Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu adalah sahabat yang meriwayatkan hadits Nabi:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Qur'an  dan mengajarkannya."
[H.R al-Bukhari]

Kalau seandainya hati kita bersih, nescaya hati tersebut tidak akan pernah kenyang dari membaca firman ALLAH. Utsman bin Affan tidak suka jika melewati hari tanpa memandang mushaf. Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu berkata:

لَوْ أَنَّ قُلُوبَنَا طَهُرَتْ مَا شَبِعَتْ مِنْ كَلامِ رَبِّنَا , وَإِنِّي لأَكْرَهُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَيَّ يَوْمٌ لا أَنْظُرُ فِي الْمُصْحَفِ
"Kalau seandainya hati kita suci, hati itu tidak akan kenyang dari Kalam Rabb kita dan sesungguhnya aku tidak suka jika berlalu suatu hari aku sama sekali tidak memandang kepada mushaf."
[H.R al-Baihaqi dalam al-Asma' was Sifat, Abu Nuaim dalam Hilyatul Awliya', dinukil sebahagian kalimatnya oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam al-Furqaan (1/192)]

Dalam satu rakaat solat malam, Utsman bin Affan biasa mengkhatamkan seluruh isi Qur'an. Subhaanallaah...
As-Saib bin Yazid radhiyallahu'anhu menyatakan:

أَنَّ عُثْمَانَ قَرَأَ الْقُرْآنَ لَيْلَةً فِي رَكْعَةٍ لَمْ يُصَلِّ غَيْرَهَا
"Sesungguhnya Utsman membaca Al-Qur'an (seluruhnya) dalam suatu malam pada 1 rakaat (solat witir). Ia tidak melakukan solat yang lain."
[H.R Muhammad bin Nashr, dinyatakan sanadnya sahih oleh al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Baari (2/482)]

Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu adalah termasuk sahabat yang hafal seluruh isi Al-Qur'an. Tidaklah beliau mempelajari 10 ayat Al-Qur'an dari Rasulullah ﷺ kecuali beliau juga berusaha mengamalkan isinya. Beliau menggabungkan ilmu dan amal terhadap Al-Qur'an.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menukil ucapan Abdurrahman as-Sulami –seorang tabi’i-:

حَدَّثَنَا الَّذِينَ كَانُوا يُقْرِئُونَنَا الْقُرْآنَ عُثْمَانُ بْنُ عفان وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ وَغَيْرُهُمَا أَنَّهُمْ كَانُوا إذَا تَعَلَّمُوا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ آيَاتٍ لَمْ يُجَاوِزُوهَا حَتَّى يَتَعَلَّمُوا مَافِيهَا مِنْ الْعِلْمِ وَالْعَمَلِ قَالُوا فَتَعَلَّمْنَا الْقُرْآنَ وَالْعِلْمَ وَالْعَمَلَ
"Telah menceritakan kepada kami orang-orang yang mengajari Al-Qur'an kepada kami: Utsman bin Affan dan Abdullah bin Mas'ud dan selain keduanya bahawasanya mereka jika mempelajari 10 ayat dari Nabi ﷺ tidaklah melampauinya hingga mempelajari kandungan ilmu di dalamnya dan pengamalannya. Mereka berkata:"
"Maka kami mempelajari Al-Qur'an dari sisi ilmu dan pengamalan."
[Majmu’ Fataawa Ibn Taimiyyah (13/308)]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman10

Friday 11 June 2021

044.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

 ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 9️⃣
Penyusunan Mushaf di Masa Utsman


Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan dalam kitab Usul fit Tafsir:
(Tahapan ke-3 Pengumpulan Al-Qur'an adalah) pada zaman Amirul Mukminin Utsman bin  Affan radhiyallahu'anhu pada tahun 25 Hijriyah. Sebabnya adalah perbezaan kaum muslimin pada dialek bacaan Al-Qur'an sesuai dengan perbezaan mushaf-mushaf yang berada di tangan para sahabat radhiyallahu'anhum. Hal itu dikhuatirkan akan menjadi fitnah, maka Utsman radhiyallahu'anhu memerintahkan untuk mengumpulkan mushaf-mushaf tersebut menjadi satu mushaf sehingga kaum muslimin tidak berbeza bacaannya kemudian berselisih pada Kitab ALLAH ﷻ dan akhirnya berpecah-belah.

Dalam kitab Sahih al-Bukhari disebutkan, bahawasanya Hudzaifah bin al-Yaman radhiyallahu'anhu datang menghadap Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu dari perang pembebasan Armenia dan Azerbaijan. Dia khuatir melihat perbezaan mereka pada dialek bacaan Al-Qur'an, dia katakan:
"Wahai Amirul Mukminin, selamatkanlah umat ini sebelum mereka berpecah-belah
pada Kitab ALLAH ﷻ seperti perpecahan kaum Yahudi dan Nasrani!"
Utsman lalu mengutus seseorang kepada Hafsah radhiyallahu'anha:
"Kirimkan kepada kami mushaf yang engkau pegang agar kami gantikan
mushaf-mushaf yang ada dengannya kemudian akan kami kembalikan kepadamu!"
Hafshah lalu mengirimkan mushaf tersebut.

Kemudian Utsman memerintahkan Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Az-Zubair, Sa'id bin al-Ash dan Abdurrahman bin al-Harits Ibn Hisyam radhiyallahu'anhum untuk menuliskannya kembali dan memperbanyaknya. Zaid bun Tsabit berasal dari kaum Ansar sementara tiga orang yang lain berasal dari Quraisy. Utsman mengatakan kepada ketiganya:
"Jika kalian berbeza bacaan dengan Zaid Ibn Tsabit pada sebagian ayat Al-Qur'an, maka tuliskanlah dengan dialek Quraisy, kerana Al-Qur'an diturunkan dengan dialek tersebut!", mereka pun lalu mengerjakannya dan setelah selesai, Utsman mengembalikan mushaf itu kepada Hafshah dan mengirimkan hasil pekerjaan tersebut ke seluruh penjuru negeri Islam serta memerintahkan untuk membakar naskah mushaf Al-Qur'an selainnya.

Utsman radhiyallahu'anhu melakukan hal ini setelah meminta pendapat kepada para sahabat radhiyalahu'anhum yang lain sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Ali radhiyallahu'anhu bahawasanya dia mengatakan :
"Demi ALLAH, tidaklah seseorang melakukan apa yang dilakukan pada mushaf-mushaf Al-Qur'an selain harus meminta pendapat kami semuanya." Utsman mengatakan :
"Aku berpendapat sebaiknya kita mengumpulkan manusia hanya pada satu mushaf saja sehingga tidak terjadi perpecahan dan perbezaan.” Kami menjawab:
"Alangkah baiknya pendapat anda itu."

Mush'ab bin Saad mengatakan :
"Aku melihat orang banyak ketika Utsman membakar mushaf-mushaf yang ada, merekapun kehairanan melihatnya, atau dia katakan:
"Tidak ada seorangpun dari mereka yang mengingkarinya, hal itu adalah termasuk kebaikan Amirul Mukminin Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu yang disepakati oleh kaum muslimin seluruhnya. Hal itu adalah penyempurnaan dari pengumpulan yang dilakukan Khalifah Rasulullah ﷺ Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu'anhu."
(Usul fit Tafsir karya Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin)


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman9