Saturday 27 December 2014

Dawrah Malaysia Shafar 1436H

Bismillah,


Jika di dawrah lalu[1] riadhah kami adalah bermain futsal. Di situ terjalinnya kemesraan dalam bersukan di antara anak-anak dengan orang dewasa. Ini jam, acaranya jauuuh lebih menarik. Setibanya saya bersama al-Ustadz Abu Muhammad al-Jawhari hafizhahullah, kelihatannya akhuna Faris dan Abu Darwisy Saufi sudah bermandi peluh dalam kerja-kerja pembinaan Surau Bukit Kuching yang baharu. Kemeriahan bertambah ceria dengan kehadirannya para ikhwah dari Singapura. Di tengah terik nan menyengat kulit, para ikhwan Salafiyyin bermundar-mandir mengangkut pasir, berbalapan menyambut dan menyusun batu angin dan lain-lain. Tergambar senyum dan manisnya ukhuwwah di atas Manhaj Salafiyyah di balik wajah-wajah keletihan itu. Bayangkan solat fardhu di surau lama saja sudah memenuhi hingga ke shaf terakhir! Suasana memang meriah pada hari tersebut. Dijamu pula beraneka juadah dan yang tambah menarik perhatian lagi ialah seperiuk ketam impor dari Balikpapan di samping pencuci mulut yang bervariasi adanya.

Bersama Kibar Úlama'


Setelah melalui penat yang tidak seberapa, maka sesi majlis ílmu pun bermula. Walhamdulillah, disampaikan dengan baik oleh Al-Ustadz Úsamah Faisal Mahri hafizhahullah. Apalah agaknya yang dapat kita gambarkan dari tema ini? Minta cuba direnung-renungkan bagi mengingat kembali bahan bacaan atau ceramah yang pernah didapati sebelumnya...

Baik, bagi memudahkan jalan cerita dengan lebih jelas, maka ada baiknya didengar langsung akan nasihat-nasihat yang telah disampaikan[2]. Teringat pula nasihat yang diwarisi kemudian disampaikan kepada kami oleh Ustadzuna Luqman baÁbduh hafizhahullah sekitar sebulan yang lalu agar membaca kisah-kisah úlama' ketika menuntut ílmu. Barulah terasa betapa kita ini kecil, jauh ketinggalan dibelakang, yang baru saja hendak mencicip sedikit kemanisan buah-buah hikmah walaupun fasiliti kita kononnya lebih maju daripada úlama' dulu; dengan sebesar-besar arkib, terjemahan, cetakan hatta internet. Sedang mereka, dengan serba-serbi kekurangan duniawi namun tetap menonjol lebih besar..gah bahkan tinggi menggunung kemuliaan mereka. Merekalah karunia ALLAH sebagai penyambung warisan risalah nubuwwah yang terunggul. Sesuai dengan kadar mujahadah mereka yang belum tentu kita mampu menempuhnya. Bayangkan suatu ketika dahulu, perkadaran antara úlama' dengan orang awwam tentunya tidak sama dengan kadar yang ada pada hari ini. Semakin sedikitnya mereka(kerana diwafatkan), semakin sulitlah untuk diraihnya ílmu dan kebersamaan itu jugalah semakin melata pula manusia dan kebodohan.  Tanpa úlama', ummat seumpama haiwan ternak yang kehilangan mencari arah tujuan. Di terpa pula dengan gulungan ribut dari setiap bucu kegelapan yang ada. Ke mana hendak kita tuju tanpa úlama'?

Akibat tidak mengikat diri kepada úlama' dan pedaya husnu zhan terhadap diri sendiri. Tidak sulit kita untuk dapatkan manusia yang bermudah-mudah dalam menyerahkan permasalahan agama kepada yang bukan ahlinya. Tidak sulit juga untuk kita dapati manusia yang kabur tak tahu-menahu apa langsung ehwal agamanya sendiri. Dia mengalir ke mana saja arus masyarakat mengalir. Di samping yang menobatkan ataupun dinobatkan sebagai úlama'. Contohnya penyeru kesesatan[3] yang merojakkan áqidah 3 dalam 1. Ásy'ariyyah, Maturidiyyah dan Ahlussunnah[4](dengar gelar, Wahabiyyah) sebagai Ahlussunnah wal Jamaáh. Ini bukan promosi syampu atau kopi 3 dalam 1, tapi pakej áqidah! Yang disebut oleh Rasulillah shallallahuálaihi wa sallam bahawa jalan beliau hanya satu... namun mereka menyelisihi maksud al-jamaáh(ketunggalan) dengan dicabang-cabangkan menurut selera semasa. Innaalillahi wa innaa ilayhi raajiúuún. Inilah salah satu kesan apabila úlama' kibar ditinggalkan. Kibar, bukan kibir(sombong), bukan juga kerabu(sejenis makanan), kelabu mahupun kerbau sekalipun.

Begitulah jua halnya dalam soal mendalami prinsip-prinsip agama. Dengarkanlah rakaman kajian kitab Kitab Ashlus Sunnah wa I'tiqaduddeen - Imam Abi Haatim & Abi Zur'ah ar-Razayyan[5] untuk lebih jelas lagi terang-benderang. Akan didapati samada persamaan atau perbezaan di antara mereka(úlama' salaf) dengan orang yang diúlama'kan baik sezaman mereka atau di zaman mutakhir ini. Persaksikanlah perbezaan antara pemikul amanah dalam menyeragami áqidah dari pemahaman para pendahulu mereka, Nabiyyuna Muhammad shallallahuálaihi wa sallam diikuti Para Shahabat radhiyallahuánhum álaihim ajmaín dengan para pengkhianat agama.
Nas alullah waal ááfiyah.



Jum'át | 04 Rabi' al-Awwal 1436H