Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Friday, 1 September 2023

059.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

    ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 7
Doa Nabi Agar Ali Memiliki Keahlian Sebagai Hakim




َنْ عَلِيٍّ قَالَ بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ ﷺَ إِلَى الْيَمَنِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ تَبْعَثُنِي وَأَنَا شَابٌّ أَقْضِي بَيْنَهُمْ وَلَا أَدْرِي مَا الْقَضَاءُ قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ فِي صَدْرِي ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اهْدِ قَلْبَهُ وَثَبِّتْ لِسَانَهُ قَالَ فَمَا شَكَكْتُ بَعْدُفِي قَضَاءٍ بَيْنَ اثْنَيْنِ
Dari Ali ia berkata:
Rasulullah ﷺ mengutusku menuju Yaman. Aku berkata:  Wahai Rasulullah, anda mengutus saya padahal saya masih muda, harus menjadi itu masalah menjadi penengah (hakim). Nabi kemudian menepukkan tangan beliau di dadaku. Kemudian beliau berdoa: 
Allahummahdi qolbahu wa tsabbit lisaanahu (Ya ALLAH, berikan petunjuk pada hatinya dan kokohkan lisannya). Ali berkata: Setelah itu, aku tidak pernah ragu dalam mengambil keputusan pengadilan terhadap 2 pihak.
[H.R Ibnu Majah, dishahihkan Syaikh al-Albani]

Doa Nabi terhadap Ali itu memberikan keberkahan yang luar biasa. Ali bin Abi Thalib menjadi Sahabat Nabi yang paling pintar dalam menengahi dan memutuskan perkara antara 2 pihak yang bersengketa.
Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu menyatakan:


َقْرَؤُنَا أُبَيٌّ وَأَقْضَانَا عَلِيٌّ
Yang paling tepat bacaan Qur'annya di antara kami adalah Ubay (bin Ka'ab) dan yang paling pintar dalam memutuskan perkara antara 2 pihak yang bersengketa adalah Ali (bin Abi Thalib).
[HR al-Bukhari]



☝🏻..insyaa-ALLAH akan bersambung.
(Siri bahasa Malaysia Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan *AtTuqa*.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy 🇲🇾
📚 t.me/IkhwahSalafyMalaysia
#SirahAli7

Thursday, 17 August 2023

058.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

   ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 6
Beberapa Hadits tentang Keutamaan Ali bin Abi Thalib



1️⃣ Mencintai Ali tanda keimanan, sedangkan membencinya adalah tanda kemunafikan.
Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu pernah menyatakan:

وَالَّذِى فَلَقَ الْحَبَّةَ وَبَرَأَ النَّسَمَةَ إِنَّهُ لَعَهْدُ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ ﷺ إِلَىَّ أَنْ لاَ يُحِبَّنِى إِلاَّ مُؤْمِنٌ وَلاَ يُبْغِضَنِى إِلاَّ مُنَافِقٌ
"Demi (ALLAH) yang membelah biji dan Yang Menciptakan manusia, sesungguhnya adalah perjanjian dari Nabi al-Ummi ﷺ kepadaku bahawa tidaklah ada yang mencintaiku kecuali ia adalah orang beriman dan tidaklah membenciku kecuali ia munafiq."
[HR Muslim]


2️⃣ Pemberitahuan dari Nabi bahwa Ali mencintai ALLAH dan Rasul-NYA, ALLAH dan Rasul-NYA mencintai Ali.

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ النَّبِيُّ ﷺ يَوْمَ خَيْبَرَ لَأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ غَدًا رَجُلًا يُفْتَحُ عَلَى يَدَيْهِ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيُحِبُّهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ فَبَاتَ النَّاسُ لَيْلَتَهُمْ أَيُّهُمْ يُعْطَى فَغَدَوْا كُلُّهُمْ يَرْجُوهُ فَقَالَ أَيْنَ عَلِيٌّ فَقِيلَ يَشْتَكِي عَيْنَيْهِ فَبَصَقَ فِي عَيْنَيْهِ وَدَعَا لَهُ فَبَرَأَ كَأَنْ لَمْ يَكُنْ بِهِ وَجَعٌ فَأَعْطَاهُ فَقَالَ أُقَاتِلُهُمْ حَتَّى يَكُونُوا مِثْلَنَا فَقَالَ انْفُذْ عَلَى رِسْلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحَتِهِمْ ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى الْإِسْلَامِ وَأَخْبِرْهُمْ بِمَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ
Dari Sahl bin Saad radhiyallahu'anhu beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda pada perang Khaibar: "Sungguh aku akan berikan besok bendera (kepemimpinan perang) pada seseorang laki-laki yang ALLAH akan membukakan (kemenangan). Seseorang yang mencintai ALLAH dan Rasul-NYA dan ALLAH dan Rasul-NYA juga mencintainya." Maka manusiapun melewati malam dengan memperbincangkan dan berharap siapa di antara mereka yang akan diberi bendera itu. Kemudian (paginya) Nabi bertanya: "Di mana Ali (bin Abi Thalib )?" Dikatakan bahwa Ali sakit mata. Kemudian Nabi sedikit meludah pada mata Ali dan mendoakannya. Maka sembuhlah Ali seakan-akan tidak pernah sakit mata sebelumnya. Kemudian Nabi menyerahkan bendera itu. Kemudian Ali berkata: "Aku akan memerangi mereka hingga mereka seperti kita." Nabi ﷺ bersabda: "Berjalanlah dengan tenang hingga engkau tiba di pelataran mereka. Kemudian dakwahi/ ajak mereka kepada Islam dan khabarkan yang wajib mereka lakukan. Demi ALLAH, jika ALLAH memberi hidayah kepada seseorang dengan sebabmu, itu lebih baik bagimu dibandingkan engkau mendapatkan unta merah (harta yang terbaik)."
[HR al-Bukhari dan Muslim]


3️⃣  Sabda Nabi kepada Ali: "Engkau adalah bahagian dariku dan aku adalah bahagian darimu."
أَنْتَ مِنِّي وَأَنَا مِنْكَ
"Engkau adalah bahagian dariku dan aku adalah bahagian darimu."
[HR al-Bukhari dari al-Bara']

Sebahagian Ulama menjelaskan bahawa maksud sabda Nabi tersebut menunjukkan kecintaan, kedekatan dan keutamaan Ali. Beliau dekat dari sisi kekerabatan, beliau juga menantu serta keutamaan beliau yang termasuk menjadi orang paling awal masuk Islam.


4️⃣ Kedudukan Ali terhadap Nabi seperti kedudukan Harun terhadap Musa
Saat perang Tabuk, Nabi menyuruh Ali untuk tetap di Madinah. Ali bin Abi Thalib sebelumnya merasa berat kalau harus tertinggal tidak ikut pertempuran, tertinggal bersama para wanita dan anak-anak. Namun Nabi ﷺmenghibur Ali dan menyatakan bahawa kedudukannya terhadap beliau adalah seperti kedudukan Nabi Harun terhadap Nabi Musa. Hanya saja tidak ada Nabi sepeninggal Nabi Muhammad ﷺ.

Ketika Nabi Musa mendatangi panggilan ALLAH, Musa tetap tinggal untuk mengurusi dan membimbing Bani Israil. Demikianlah pula Ali, saat Nabi berangkat berjihad ke Tabuk, Ali mengurusi keperluan di Madinah.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ خَرَجَ إِلَى تَبُوكَ وَاسْتَخْلَفَ عَلِيًّا فَقَالَ أَتُخَلِّفُنِي فِي الصِّبْيَانِ وَالنِّسَاءِ قَالَ أَلَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى إِلَّا أَنَّهُ لَيْسَ نَبِيٌّ بَعْدِي
"Sesungguhnya Rasulullah ﷺ akan keluar menuju Tabuk dan beliau menugaskan Ali tetap di Madinah. Kemudian Ali berkata: 'Apakah anda meninggalkan saya bersama para anak kecil dan wanita?" Nabi bersabda: "Tidakkah engkau ridha kedudukanmu terhadapku seperti kedudukan Harun terhadap Musa. Hanya saja tidak ada Nabi sepeninggalku."
[HR al-Bukhari dan Muslim dari Saad bin Abi Waqqah]


5 Barangsiapa yang Nabi sebagai pelindungnya, Ali adalah pelindungnya juga.

مَنْ كُنْتُ مَوْلَاهُ فَعَلِيٌّ مَوْلَاهُ
"Barangsiapa yang aku sebagai pelindungnya, Ali adalah pelindungnya juga."
[HR Ibnu Majah dari Saad]

Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad menyatakan:
"Maknanya adalah: Ali radhiyallahu'anhu memiliki kedudukan yang tinggi. Namun tidak dapat dikatakan bahawa hal itu khusus untuk Ali –semoga ALLAH meridhainya-. Sebagaimana disebutkan dalam hadits yang lain (yang artinya):
"Tidaklah ada orang yang mencintaimu kecuali ia adalah orang beriman dan tidaklah ada yang membencimu kecuali ia munafiq."
Telah terdapat hadits yang lain tentang keutamaan kaum Ansar secara umum (yang ertinya):
"Tanda keimanan adalah mencintai Ansar, dan tanda kemunafikan adalah membenci Ansar."
Nas yang menyebutkan tentang Ali radhiyallahu'anhu menunjukkan keutamaan beliau. Namun tidak bererti beliau lebih utama dibandingkan orang-orang lain yang lebih utama dari beliau (seperti Abu Bakr, Umar, dan Utsman, pent)."
[Transkrip soal-jawab di sela-sela pelajaran syarh Sunan Abi Dawud (26/381)]


☝🏻..insyaa-ALLAH akan bersambung.
(Siri bahasa Malaysia Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan *AtTuqa*.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy 🇲🇾
📚 t.me/IkhwahSalafyMalaysia
#SirahAli6

Wednesday, 2 August 2023

057.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

  ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian 5

Ayat-ayat al-Quran terkait dengan Ali bin Abi Thalib


1️⃣ Surat al-Hajj ayat 19

Sebelum dimulai perang Badar, dilakukan perang tanding satu lawan satu antara pihak kaum muslimin dengan kaum musyrikin. Kaum muslimin diwakili oleh Ali bin Abi Thalib, Hamzah bin Abdil Muththalib dan Ubaidah bin al-Harits. Sedangkan kaum musyrikin adalah Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan al-Walid bin Utbah.

Ali melawan al-Walid. Hamzah bertarung dengan Syaibah. Sedangkan Ubaidah bin al-Harits berusaha mengalahkan Utbah. Seluruh perwakilan kaum musyrikan tewas di tempat. Perwakilan kaum muslimin yang terluka parah adalah Ubaidah bin al-Harits, yang meninggal beberapa hari kemudian.

Abu Dzar radhiyallahu'anhu bersumpah bahawasanya surat al-Hajj ayat ke-19 turun berkaitan dengan peristiwa pertarungan duel menjelang perang Badar antara perwakilan kedua kelompok tersebut. Kelompok muslimin melawan kelompok musyrikin.

عَنْ قَيْسِ بْنِ عُبَادٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ يُقْسِمُ قَسَمًا إِنَّ هَذِهِ الْآيَةَ { هَذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ } نَزَلَتْ فِي الَّذِينَ بَرَزُوا يَوْمَ بَدْرٍ حَمْزَةَ وَعَلِيٍّ وَعُبَيْدَةَ بْنِ الْحَارِثِ وَعُتْبَةَ وَشَيْبَةَ ابْنَيْ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ
Dari Qais bin Abbad ia berkata: Aku mendengar Abu Dzar bersumpah bahawasanya ayat ini, iaitu:

هَذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ
"Kedua kelompok ini saling berseteru mengenai Rabb mereka..."
[QS al-Hajj 22:19]

Ayat tersebut turun terkait dengan orang-orang yang berperang tanding (satu lawan satu) dalam perang Badr. (Kelompok) Hamzah, Ali, Ubaidah bin al-Harits dengan (kelompok) Utbah, Syaibah putra Rabi'ah, dan al-Walid bin Utbah.
[HR al-Bukhari dan Muslim]


2️⃣ Surat As-Sajdah ayat 18
ALLAH ﷻ berfirman:

أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا يَسْتَوُونَ
"Apakah orang yang beriman, sama dengan orang fasiq? Tidaklah sama."
[QS As-Sajdah 32:18]

Ibnu Abbas menjelaskan bahwa ayat itu turun terkait dengan perbincangan Ali bin Abi Thalib dengan al-Walid bin Uqbah. Ali menyatakan kepada al-Walid:

اُسْكُتْ، فَإِنَّمَا أَنْتَ فَاسِقٌ
"Diamlah, sesungguhnya engkau adalah orang yang fasiq."
[HR Ibnu Abi Laila, dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Siyar A'lamin Nubala' (3/415) dan dinyatakan oleh beliau sanadnya kuat]


3️⃣ Surat Ali Imran ayat 61

وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ } دَعَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ اللَّهُمَّ هَؤُلَاءِ أَهْلِي
Ketika turun ayat ini:

فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ
"Maka ucapkanlah: Marilah memanggil anak kami dan anak kalian..."
[Q.S Ali Imran 3:61]

Rasulullah ﷺ memanggil Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Beliau bersabda: "Ya, ALLAH ini adalah keluargaku."
[HR Muslim]

Hal itu menunjukkan bahwa Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu adalah termasuk bahagian keluarga Nabi yang terdekat.


4️⃣ Surat al-Mujaadilah ayat 12
Banyaknya kaum muslimin yang berundingcara kepada Nabi secara sendiri-sendiri dan adanya orang-orang munafik yang berunding akan al-hal yang buruk atau tidak penting, menyebabkan keadaan yang menyulitkan bagi Nabi. Hingga kemudian ALLAH ingin memberikan kemudahan bagi Nabi-NYA, mengurangi jumlah orang-orang yang berunding secara sendiri-sendiri kepada beliau dengan menurunkan ayat yang berisi perintah agar kaum muslimin yang ingin bertanya atau berunding khusus kepada Nabi hendaknya bersedekah terlebih dahulu.

Ayat itu adalah surat al-Mujadilah ayat 12. Ali bin Abi Thalib adalah satu-satunya orang yang mengamalkan ayat tersebut. Beliau bersedekah terlebih dahulu sebelum berunding sendirian dengan Nabi. Setelah itu, ALLAH menghapus hukum ayat tersebut dengan menurunkan ayat ke-13 dari surat al-Mujaadilah. Kaum muslimin yang ingin berunding dengan Nabi tidak perlu lagi bersedekah terlebih dahulu.
ALLAH ﷻ berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نَاجَيْتُمُ الرَّسُولَ فَقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَةً ذَلِكَ خَيْرٌ لَكُمْ وَأَطْهَرُ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (12) أَأَشْفَقْتُمْ أَنْ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَاتٍ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا وَتَابَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (13)
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian hendak menyendiri berunding dengan Rasul, dahulukanlah bersedekah sebelum rundingan itu. Itu adalah lebih baik dan lebih suci bagi kalian. Jika kalian tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan), sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (12) Apakah kalian merasa berat untuk bersedekah sebelum menyendiri berunding (dengan Nabi)? Jika kalian tidak melakukan hal itu, dan ALLAH menerima taubat kalian, tegakkanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada ALLAH dan Rasul-NYA. ALLAH Maha Mengetahui secara rinci apa yang kalian perbuat (13)."
[QS Al-Mujaadilah 58:12-13]

Mujahid rahimahullah menyatakan:
"Mereka (kaum beriman) dilarang menyendiri dalam berunding kepada Nabi ﷺ hingga bersedekah terlebih dahulu. Tidak ada seorang pun yang menyendiri dalam berunding (setelah turunnya ayat itu) selain Ali bin Abi Thalib. Ia bersedekah 1 dinar, kemudian menyendiri dalam berunding kepada Nabi ﷺ menanyakan 10 permasalahan. Kemudian turunlah (ayat yang memberikan) keringanan (tidak harus bersedekah terlebih dahulu)."
[HR at-Thabari dalam Tafsirnya]

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu menyatakan:

مَا عَمِلَ بِهَا أَحَدٌ غَيْرِي حَتَّى نُسِخَتْ 
"Tidak ada seorang pun selainku yang mengamalkan (ayat itu) hingga dihapus (hukumnya)."
[HR Abdurrazzaq, dinukil Ibnu Katsir dalam Tafsirnya]

 ...insyaa-ALLAH akan bersambung

(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli5

Friday, 15 April 2022

056.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

  ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian 4
Mengembalikan Barang Titipan



Rasulullah ﷺ adalah manusia yang terpercaya. Beliau dipercaya bahkan oleh orang-orang musyrikin Quraisy. Sebahagian mereka menitipkan barang-barang berharga miliknya untuk disimpan dan dijaga oleh Rasulullah ﷺ.

Sebelum berhijrah, Nabi menugaskan kepada Ali bin Abi Thalib agar tetap tinggal dulu di Makkah selama 3 hari 3 malam untuk mengembalikan titipan orang-orang tersebut. Setelah barang-barang titipan itu dikembalikan, Ali dapat menyusul Nabi berhijrah menuju Madinah

فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَأَقَامَ عَلِىُّ بْنُ أَبِى طَالِبٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ ثَلاَثَ لَيَالٍ وَأَيَّامَهَا حَتَّى أَدَّى عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ الْوَدِائِعَ الَّتِى كَانَتْ عِنْدَهُ لِلنَّاسِ حَتَّى إِذَا فَرَغَ مِنْهَا لَحِقَ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ-
Kemudian keluarlah Rasulullah ﷺ (untuk berhijrah) dan beliau menugaskan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu 3 hari 3 malam untuk menunaikan titipan yang ada pada Nabi milik orang-orang hingga menyelesaikan tugas itu. Jika sudah selesai, ia menyusul Rasulullah ﷺ.
[HR al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Irwaul Ghalil]

Ali menjalankan tugas itu dengan amanah. Beliau mendapatkan kepercayaan dari orang yang terpercaya. Hal itu juga menunjukkan keberanian Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu melakukan tugas seorang diri dan sendirian pula menyusul berhijrah.

فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ وَعَلِيٌّ نَائِمٌ قَالَ وَأَبُو بَكْرٍ يَحْسَبُ أَنَّهُ نَبِيُّ اللَّهِ قَالَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ قَالَ فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ ﷺ قَدْ انْطَلَقَ نَحْوَ بِئْرِ مَيْمُونٍ فَأَدْرِكْهُ قَالَ فَانْطَلَقَ أَبُو بَكْرٍ فَدَخَلَ مَعَهُ الْغَار
Abu Bakar datang saat Ali tidur. Abu Bakar mengira yang tidur itu adalah Nabiyullah. Abu Bakar berkata: "Wahai Nabi ALLAH." Kemudian Ali berkata: "Sesungguhnya Nabi ALLAH ﷺ telah pergi ke arah sumur Maimun. Pergilah menyusul beliau." Maka Abu Bakar pergi dan memasuki gua bersama Nabi.
[HR Ahmad dari Ibnu Abbas, dinyatakan sanadnya shahih oleh Syaikh Ahmad Syakir]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli4

Friday, 8 April 2022

055.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

 ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian 3
Tidur di Pembaringan Nabi


Kaum musyrikin Quraisy sempat berkumpul untuk membicarakan rencana makar terhadap Nabi; apakah menangkap beliau, membunuh atau mengusirnya.

Rencana penyergapan Nabi itu disampaikan oleh Malaikat Jibril melalui wahyu dari ALLAH. Nabi menyuruh Ali untuk menggantikan posisi beliau di rumah, memakai pakaian Nabi dan tidur di tempat tidur Nabi. Sedangkan Nabi sendiri telah keluar rumah sebelumnya. Orang-orang yang hendak menyergap beliau tersalah perhitungan, kerana ternyata yang mereka dapatkan adalah Ali, bukan Nabi ﷺ.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ { وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ } قَالَ تَشَاوَرَتْ قُرَيْشٌ لَيْلَةً بِمَكَّةَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ إِذَا أَصْبَحَ فَأَثْبِتُوهُ بِالْوَثَاقِ يُرِيدُونَ النَّبِيَّ ﷺ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ اقْتُلُوهُ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ أَخْرِجُوهُ *فَأَطْلَعَ اللَّهُ ﷻ نَبِيَّهُ ﷺ عَلَى ذَلِكَ فَبَاتَ عَلِيٌّ عَلَى فِرَاشِ النَّبِيِّ ﷺ تِلْكَ اللَّيْلَةَ وَخَرَجَ النَّبِيُّ ﷺ حَتَّى لَحِقَ بِالْغَارِ وَبَاتَ الْمُشْرِكُونَ يَحْرُسُونَ عَلِيًّا يَحْسَبُونَهُ النَّبِيَّ ﷺ فَلَمَّا أَصْبَحُوا ثَارُوا إِلَيْهِ فَلَمَّا رَأَوْا عَلِيًّا رَدَّ اللَّهُ مَكْرَهُمْ فَقَالُوا أَيْنَ صَاحِبُكَ هَذَا قَالَ لَا أَدْرِي فَاقْتَصُّوا أَثَرَهُ فَلَمَّا بَلَغُوا الْجَبَلَ خُلِّطَ عَلَيْهِمْ فَصَعِدُوا فِي الْجَبَلِ فَمَرُّوا بِالْغَارِ فَرَأَوْا عَلَى بَابِهِ نَسْجَ الْعَنْكَبُوتِ فَقَالُوا لَوْ دَخَلَ هَاهُنَا لَمْ يَكُنْ نَسْجُ الْعَنْكَبُوتِ عَلَى بَابِهِ فَمَكَثَ فِيهِ ثَلَاثَ لَيَالٍ
Dari Ibnu Abbas tentang firman ALLAH ﷻ:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ
"...dan ketika orang-orang kafir merencanakan makar untuk menangkapmu..."
[Q.S Al-Anfal 8:30]

(Ibnu Abbas berkata) Orang-orang Quraisy bermusyawarah pada suatu malam di Makkah. Sebahagian mereka berkata: Pagi hari besok, mereka akan menangkap beliau, iaitu Nabi ﷺ. Sebahagian mereka berkata: Sebaiknya, dibunuh saja. Sebagian mereka berkata: Usir saja.
ALLAH ﷻ kemudian memberitahukan rencana itu kepada Nabi-NYA ﷺ. Kemudian Ali menginap tidur di tempat tidur Nabi ﷺ pada malam itu. Nabi ﷺ keluar hingga nanti bertemu di gua. Pada malam harinya kaum musyrikin mengepung (tempat) Ali mengira itu adalah Nabi ﷺ. Ketika pagi harinya mereka mulai bergerak hendak menyergap. Ketika mereka melihat bahawa itu adalah Ali, ALLAH gagalkan makar mereka. Mereka bertanya: Di mana Sahabatmu? Ali mengatakan: Aku tidak tahu. Mereka pun menelusuri jejak beliau. Ketika sampai di gunung, mereka mengelilinginya. Kemudian mereka pun naik ke gunung, melewati gua. Mereka melihat di pintu gua ada sarang labah-labah. Mereka berkata: Kalau seandainya dia (Muhammad) masuk ke sini, tidak mungkin ada sarang labah-labah di pintunya.

Nabi bermalam di dalam gua itu 3 malam.
[H.R Ahmad, dihasankan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari dan Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah]

Salah satu riwayat lain yang disahihkan oleh sebagian ulama' tentang hal itu, di antaranya adalah:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : قَالَ : شَرَى عَلِيٌّ نَفْسَهُ وَلَبِسَ ثَوْبَ النَّبِيِّ ﷺ ثُمَّ نَامَ مَكَانَهُ وَكَانَ الْمُشْرِكُوْنَ يَرْمُوْنَ رَسُوْلَ اللهِ ﷺ وَقَدْ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ ﷺ أَلْبَسَهُ بُرْدَةً وَكَانَتْ قُرَيْش تُرِيْدُ أَنْ تَقْتُلَ النَّبِيَّ ﷺ فَجَعَلُوْا يَرْمُوْنَ عَلِيًّا وَيَرَوْنَهُ النَّبِيَّ ﷺ وَ قَدْ لَبِسَ بُرْدَةً وَجَعَلَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَتَضَوَّرُ فَإِذَا هُوَ عَلِيٌّ فَقَالُوْا : إِنَّكَ لَلَئِيْمٌ إِنَّكَ لَتَتَضَوَّرُ وَكَانَ صَاحِبُكَ لَا يَتَضَوَّرُ وَ لَقَدِ اسْتَنْكَرْنَاهُ مِنْكَ
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu'anhuma ia berkata:
Ali mengorbankan dirinya dan memakai pakaian Nabi ﷺ kemudian tidur di tempat tidur Nabi. Dulunya orang-orang musyrik biasa melempari Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ memakaian burdah pada Ali. Orang-orang Quraisy waktu itu hendak membunuh Nabi ﷺ. Mereka pun melempari Ali karena menganggap ia adalah Nabi ﷺ. Ali pada waktu itu menggunakan burdah. Ia berlindung dengan burdah itu menutupkan pada kepalanya. Ketika orang-orang musyrik itu melihat dari dekat, ternyata itu adalah Ali. Mereka berkata:
"Celaka engkau. Engkau menutupkan burdah pada kepalamu. Biasanya Sahabatmu itu (Nabi Muhammad) tidaklah menutupkan burdah pada kepalanya. Kami sudah curiga dengan kamu sebelumnya."
[H.R al-Hakim, dinyatakan sahih oleh adz-Dzahabi]

Dalam riwayat Ahmad, disebutkan bahawa Abu Bakar sebelumnya masuk ke tempat itu dan mengira itu adalah Nabi. Kemudian Ali menyampaikan bahawa Nabi menunggu Abu Bakar di dekat sumur Maimun. Kemudian Abu Bakar berangkat ke tempat itu dan bersama Nabi menuju gua Tsur.

فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ وَعَلِيٌّ نَائِمٌ قَالَ وَأَبُو بَكْرٍ يَحْسَبُ أَنَّهُ نَبِيُّ اللَّهِ قَالَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ قَالَ فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ ﷺ قَدْ انْطَلَقَ نَحْوَ بِئْرِ مَيْمُونٍ فَأَدْرِكْهُ قَالَ فَانْطَلَقَ أَبُو بَكْرٍ فَدَخَلَ مَعَهُ الْغَار
Abu Bakar datang saat Ali tidur. Abu Bakar mengira yang tidur itu adalah Nabiyullah. Abu Bakar berkata:
"Wahai Nabi ALLAH." Kemudian Ali berkata: "Sesungguhnya Nabi ALLAH ﷺ telah pergi ke arah sumur Maimun. Pergilah menyusul beliau." Maka Abu Bakar pergi dan memasuki gua bersama Nabi.
[H.R Ahmad dari Ibnu Abbas, dinyatakan sanadnya sahih oleh Syaikh Ahmad Syakir]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli3

Friday, 31 December 2021

054.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian 2
Pernikahan Ali dengan Fathimah


Sebenarnya, Abu Bakr dan Umar pernah meminang Fathimah radhiyallahu'anha. Namun, Nabi ﷺ menyampaikan kepada beliau berdua bahawa Fathimah masih kecil. Kemudian di lain waktu, saat Ali bin Abi Thalib meminangnya, Nabi menikahkan Ali dengan Fathimah.

خَطَبَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَاطِمَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ  إِنَّهَا صَغِيرَةٌ فَخَطَبَهَا عَلِيٌّ فَزَوَّجَهَا مِنْه
"Abu Bakr dan Umar –semoga ALLAH meridhai keduanya- meminang Fathimah. Rasulullah ﷺ menyatakan:
"Sesungguhnya ia masih kecil."
Kemudian Ali meminang Fatimah, Nabi menikahkannya."
[H.R an-Nasai dari Buraidah, disahihkan Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi' dalam al-Jami'us Sahih Mimma Laysa fis Sahihayn)]

Sebahagian Ulama' menjelaskan makna hadits tersebut adalah bahawa saat Abu Bakr dan Umar meminang Fathimah, memang Fathimah masih belum cukup umur. Kemudian ketika beranjak usianya menjadi 15 tahun, saat itu Ali meminangnya lalu diterima oleh Nabi. 

Mahar yang diberikan Ali saat menikahi Fathimah adalah baju besinya.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا تَزَوَّجَ عَلِيٌّ فَاطِمَةَ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ  أَعْطِهَا شَيْئًا قَالَ مَا عِنْدِي شَيْءٌ قَالَ أَيْنَ دِرْعُكَ الْحُطَمِيَّةُ
Dari Ibnu Abbas ia berkata: "Ketika Ali menikahi Fathimah, Rasulullah ﷺ bersabda kepada Ali:
"Berikanlah sesuatu kepadanya (Fathimah)." Ali menyatakan: "Aku tidak memiliki apa-apa." Nabi bersabda:
"Manakah baju besi al-Huthamiyyah milikmu?"
[H.R Abu Dawud, an-Nasaai, dishahihkan Ibnu Hibban dan al-Albani]

Sedangkan kisah bahawa mahar Ali adalah 400 mitsqal perak yang ditawarkan Nabi, kemudian Ali meridhai, adalah riwayat yang dinyatakan palsu oleh Ibnul Jauzi.

Pernikahan yang benar-benar barakah. Sungguh besar kemuliaan Ali dengan adanya pernikahan dengan Fathimah tersebut.

Sebaik-baik mertua adalah Rasulullah ﷺ. Fathimah, sang isteri, adalah pemuka para wanita di syurga. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

سَيِّدَاتُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ أَرْبَعٌ: مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ ، وَفَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ  ، وَخَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ ، وَآسِيَةُ
"Para wanita yang menjadi pemuka wanita penduduk syurga ada 4, yaitu: Maryam bintu Imran, Fathimah puteri Rasulullah ﷺ, Khadijah bintu Khuwailid dan Asiyah."
[H.R al-Hakim, dinyatakan sahih sesuai syarat al-Bukhari dan Muslim oleh adz-Dzahabi]

Sedangkan dua putera yang terlahir dari pernikahan Ali dengan Fathimah, iaitu al-Hasan dan al-Husain adalah pemuka para pemuda di syurga.

الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ سَيِّدَا شَبَابِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
"Al-Hasan dan al-Husain, keduanya adalah pemuka para pemuda penduduk syurga."
[H.R Ahmad, disahihkan Syaikh Muqbil dalam al-Jaami'us Sahih mimma Laysa fis Sahihayn]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli2

Friday, 10 December 2021

053.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian  1⃣


Tidakkah engkau ridha jika kedudukanmu terhadapku adalah bagaikan kedudukan Harun terhadap Musa.
[H.R al-Bukhari]

Tumbuh dalam pengasuhan dan didikan Nabi Muhammad ﷺ sejak kecil. Hingga menjadi anak kecil pertama yang masuk Islam. Saat usia sekitar 7 atau 8 tahun.

Di antara para Khulafaur Rasyidin, beliaulah yang paling dekat nasabnya dengan Rasulullah ﷺ. Kerana beliau adalah sepupu Nabi. Abu Thalib adalah abang kandung Abdullah, ayah Rasulullah ﷺ. Sedangkan Ali adalah putra Abu Thalib. Tidak hanya itu, Ali juga menjadi menantu Rasulullah ﷺ dengan menikahi Fatimah bintu Muhammad ﷺ.

Abu Thalib adalah seseorang lelaki yang miskin, memiliki banyak anak. Keadaan gawat membuat keadaan semakin sulit. 

Sebagai bentuk tanggungjawab dan keinginan membalas jasa, Nabi Muhammad ﷺ mengajak pamannya Abbas untuk mengasuh sebagian anak Abu Thalib. Untuk meringankan beban kehidupannya.

Mereka berdua mendatangi Abu Thalib dan menyatakan:

إِنَّا نُرِيْدُ أَنْ نُخَفِّفَ عَنْكَ مِنْ عِيَالِكَ حَتَّى تَنْكَشِفَ عَنِ النَّاسِ مَا هَمْ فِيْهِ 
Kami ingin meringankan beban tanggungan keluargamu, hingga nantinya masa sulit ini berlalu dari manusia.

Abu Thalib mempersilakan mengambil anaknya yang manapun untuk diasuh, selain Aqil. Rasulullah ﷺ pun mengambil Ali untuk diasuh, sedangkan Abbas mengambil Ja’far.

Mujahid menyatakan:

فَلَمْ يَزَلْ عَلِيٌّ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ حَتَّى بَعَثَهُ اللهُ نَبِيًّا فَاتَّبَعَهُ وَصَدَّقَهُ
Ali terus menerus bersama Rasulullah ﷺ hingga ALLAH mengutus beliau sebagai Nabi. Ali mengikuti dan membenarkan beliau.
[H.R al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dalailun Nubuwwah, dan at-Thabari dalam Tarikh]

Berada di bawah pengasuhan Nubuwwah, menjadikan Ali sebagai peribadi yang kokoh keimanannya, pemberani, dan berilmu.



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli1

Friday, 29 October 2021

052.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

      ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣7️⃣ (AKHIR)
Akhir Masa Kekhalifahan Utsman


Utsman wafat pada hari Jum'at, 12 Dzulhijjah setelah Asar, dimakamkan di Baqi' antara Maghrib dengan Isyak dalam usia 82 tahun. Beliau disolatkan jenazah oleh Jubair bin Muth'im bersama 16 orang lainnya, namun tidak dimandikan.
[Siyar A'lamin Nubala']

Kesedihan yang sangat dialami oleh para Sahabat Nabi. Abu Humaid as-Sa'idi radhiyallahu'anhu sampai bernadzar bahawa ia tidak akan tertawa sampai meninggal nanti, sebagai bentuk kesedihan yang sangat atas meninggalnya Utsman. Diriwayatkan bahwa Abu Humaid berkata:

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ أَنْ لَا أَضْحَكَ حَتَّى أَلْقَاكَ
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku bernadzar kepada-MU bahwasanya aku tidak akan tertawa hingga berjumpa dengan-MU."
[Siyar A'lamin Nubala']

Qatadah menjelaskan bahawa masa kekhalifahan Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu berlangsung selama 12 tahun kurang 12 hari.
[Siyar A'lamin Nubala']


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman17

Thursday, 14 October 2021

Kekeliruan Seputar Maulid Nabi

••{ ﷽ }••


Terkadang manusia tergelincir perasaannya untuk membenci sesuatu yang tidak ia kenal. Dikeranakan itu terbitnya pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tak hairanlah kaum musyrikin begitu benci terhadap manusia yang terindah akhlaknya lagi sebaik-baik contoh ikutan, Muhammad ﷺ . Kebencian mereka bukan lahir dari pengenalan yang menyimpang tetapi kecintaan hawa-nafsu yang diturutkan. Cinta kerana sesuai keinginan hawa-nafsu lalu akan membenci sesuai hawa-nafsu pula. Begitulah tidak menghairankan apabila sebahagian mereka setelah mengkaji dan mengaji[1] siapakah Muhammad ﷺ itu, maka telah berputar 360darjah perasaan benci tadi kepada cinta penuh ketaatan hingga sedaya-upaya menjauhi larangannya, tidak beramal melainkan apa yang telah beliau ﷺ contohkan hinggakan turut mencintai ahlul baitnya. Mencintai apa yang beliau ﷺ cintai serta membenci apa yang beliau ﷺ benci. Beliau ﷺ setelah itu menjadi sanjungan dan dibela melebihi kebencian sebelumnya tadi. Kerana cinta tadi dibangunkan atas dasar ilmu yang benar. Barakallahu feekum.

Alhamdulillah, tulisan yang tak seberapa ini khusus buat para kaum Muslimin yang sangat mencintai sebaik-baik manusia yang pernah diutuskan ke mukabumi, itulah junjungan kita Rasulullah, Muhammad ﷺ. Insan teristimewa yang hanya berbicara dan berbuat selaras wahyu Ilahi jauh sekali menurut hawa-nafsu. Walaupun tak pernah bertemu, namun perasaan indah mendamaikan ini lahir melalui kalamullah wa kalamurrasul. Asbab-musabab lisan ibu-bapa serta catatan walhasil perih-jerih para ulama' silam. Sungguh beruntung kita. Sungguh beruntung! Disebabkan ulama' ahlul hadits maka kualiti berita-berita yang kita terima -biizdnillah- terpelihara dari sebarang kekeliruan atau perubahan. Bukan zhan (sangka teka) tapi fakta nyata!


Walhamdulillah, dengan kaji dan mengaji tadi maka tertancaplah keyakinan bahawa ALLAH yang Maha Tahu lagi Bijaksana telah mengutuskan Nabi Muhammad ﷺ sebagai penutup para Anbiya' yang menyempurnakan syiar-NYA[2]. Yang mengajarkan apa ALLAH suka dan apa ALLAH tak suka. Beliau ﷺ yang dengan penuh kebijaksanaan telah menyampaikan dengan sempurna lagi amanah tanpa menyembunyikan barang suatupun ajaran untuk selamat di dunia dan ahirat. Itulah syariat Islam yang mulia nan agung ini[3]; tak mendikriminasi mana-mana negara, ras bangsa, warna kulit hatta miskin-kaya sekalipun; kita semua meyakini Islam satu-satunya agama yang diredhai ALLAH. Dan kerana itulah Islam menjadi agama yang sempurna tiada cacat-celanya[4] bahkan tidak ada agama yang dapat menandingi ketinggiannya. Memang tiada agama sesempurna Islam, yang sentiasa terpelihara dari sebarang perubahan. Tersedia segala macam jalan keluar menuntun manusia dari kesulitan sistem hidup di di dunia yang sementara. Menyedarkan kita akan kenyataan akhirat nan kekal abadi itulah destinasi hakiki. Bersyukurlah atas nikmat tak terukur ini, ya, kita terlahir sebagai Muslim. Dan telah merugilah orang yang mencari keberuntungan selain Islam. Walhal zaman-berzaman telah diutuskan para Anbiya' alayhissalam tu wassalam yang dengannya(Islam), ALLAH mengeluarkan manusia dari kegelapan(kesesatan) menuju cahaya(petunjuk). Justeru, Nabi Muhammad ﷺ telah menyempurnakan penyampaian syariat tersebut. Musailamah al-Kazzab di Yamamah bukan Nabi,  al-Aswad al-Ansi di Yaman bukan Nabi, demikian Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi(sempat bertaubat), Mukhtar bin Abi Ubaid ats-Tsaqafi, al-Harits, Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani(India), Dajjal al-Kazzab dan lain-lain semisal mereka samada yang mengaku sebagai Nabi hatta disifati dengan sifat-sifat ketuhanan atau berperilaku seolah-olah memiliki darjat kenabian, mereka semua adalah Nabi palsu sepalsu-palsunya, penipu[5]!

Oleh itu, sebagaimana terpeliharanya keaslian Islam begitu pula terpeliharanya sunnah Nabi ﷺ. Dipermisalkan hal tersebut sebagai mata kunci yang membuka pintu. Tanpa mata kunci yang betul maka pintu pasti tidak akan terbuka. Iaitu pemeliharaan as-Sunnah terletak pada;
  1. Sebab secara syariat pelaksanaan ibadah tersebut terlaksana,
  2. Jenisnya sesuai dengan tuntunan syariat,
  3. Kadar(jumlah atau ukuran),
  4. Kafiat tatacaranya,
  5. Waktu dan
  6. Tempatnya.
Silalah tekuni huraiannya melalui nota kaki[6] bagi kefahaman yang benar. Barakallahu feekum.
Tanpa hal di atas maka dikhuatiri pincangnya amal yang berakibat tertolaknya amalan tersebut.


Namun, tetap saja ada yang terpancing emosinya dengan tipu-daya para Nabi palsu tersebut. Dan kita merayu agar diteguhkan keimanan di atas jalan yang benar[7] serta memohon perlindungan kepada ALLAH ﷻ dari makar jelek mereka, amin. Mahal sungguh hidayah ini ya. Di saat mereka (mudzabzab, orang yang bersangka-teka) yang sebelum ini antara ragu dengan yakin pada jalan kebenaran kemudian hanyut terpesona dek godaan penyimpangan. Kemudian terkumpullah mereka di antara dua jenis kelompok ekstrim[8] yakni kelompok yang ifrath(berlebih-lebihan) atau tafrith(melecehkan) dalam beragama. Samada mereka menyerupai Yahudi yang dimurkai iaitu berilmu namun tegar menyembunyikan sebahagiannya justeru menggiring manusia ke arah pengamalan songsang. Atau menyerupai Nasrani yang disesatkan, yakni sungguh tekun mereka dalam beramal namun miskin ilmu pemahamannya. Makanya, hakikat titik-temu mereka dalam beragama adalah meninggalkan keabsahan ilmu dan menuruti hawa-nafsu(syahwat dan syubhat) atas nama taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada ALLAH). Itulah dasar kebathilan cinta dan benci kerana ALLAH dan Rasul mereka. Apa mereka tidak punya dalil? Bahkan mereka punya dalil namun kecenderungan hawa-nafsulah yang menginderai arah tujuannya. Wal'iyadzubillah.


Alhamdulillah bi ni'mati tatimmassolihat, cinta kepada Rasulullah ﷺ terzahir sudah pada fizikal kita iaitu pakaian menutup aurat, memanjangkan/membiarkan lehyah (janggut) serta memangkas/mencukur kumis, tidak melabuhkan pakaian melebih mata kaki bagi kaumnya laki-laki dan menjauhi tasyabbuh (penyerupaan) penerampilan orang kafir. Adapun manifestasi ittiba' ar-rasul lainnya adalah selawat Nabi yang menjadi bab khusus kali ini. Ya, ma'ruf di kalangan orang awam sekalipun, hanya orang yang jahil dan kikir lagi merugi akan melepaskan peluang untuk tidak mahu berselawat kepada  Nabi ﷺ. Walhal selawat itu teramat lumayan fadhilatnya[9].

Baiklah, jom kita masuk ke topik lebih khusus, Maulidan atau Maulid Nabi yang darinya perayaan ulang tahun ikut menjadi ibadah masyarakat moden[10]. Satu tajuk yang menjadi polemik banyak pihak. Di situ muncul jenis-jenis selawat yang tidak dikenal oleh para Salafunassoleh terutama dari ulama' kurun emas (Sahabat, Tabiin dan Atba' Tabiin) seperti selawat[11] Badr, Fatih, al-In'am, Nariyah, Sa'adah, Syifa, Tafrijiyah dan bermacam bentuk rekayasa yang kemudian menjadi sangat laris di kalangan masyarakat umum yang mencintai  Nabi ﷺ. Namun fikirkanlah dengan saksama, seandainya hal tersebut baik[12], nescaya Nabi ﷺ akan menyampaikan jenis-jenis selawat tadi  melalui para Sahabatnya lalu diwariskan kepada generasi seterusnya. Bukankah para Sahabat adalah orang yang paling hebat cinta(mahabbah) dan hormat(ta'zhim) kepada  Nabi ﷺ? Siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka(?)

Nah, bagaimana dengan perayaan(eid) Maulid? Padanya terdapat nasyid yang berintikan sanjungan sambil diiringi tabuhan rebana disertai gabungan alat muzik moden hatta nyalaan lilin ikut memeriahkan suasana. Ada yang berkumpul setempat mengayun lenggok badan. Ada pula yang berarak di jalanan. Kepalang gembiranya dengan eid ini. Sebaik-baik manusia yang diutuskan disangka lahir pada tarikh tersebut. Itu belum ikhtilath(berbaurnya) laki-laki dengan perempuan ajnabi malah yang dinobatkan sebagai asatidzah bersama dalam program TV contohnya, menggolek-golekan kepala bersama hos wanitanya ajnabinya. Belum dikira yang bertabarruj(berhias ala jahiliah) lagi.
Aduhai takkanlah salah menzahirkan kecintaan kepada  Nabi ﷺ?
Baiklah, pertama-tamanya ayuh kita selusuri sejarahnya[13] terlebih dahulu. Syariat Maulidan ini asalnya direkayasa oleh Abu Sa’id al-Muzhaffar, sang penguasa Irbil (sekarang Kurdistan) yang wafat pada 630Hijriah dari Bani Fathimiyah al-Ubaidiyyah (agama syiah Ismailiah ar-Rafidhah). Pelopornya Syiah yang rata-rata dimaklumi kesesatan agamanya? Ini bukan propaganda kebencian tapi kenyataan hakiki Syiah telah dijadikan sandaran dalil terawal? Apa pantas asal-usulnya dari Syiah? Allahul mustaan, di manakah kewarasan dan imbangan emosi jika pantas Syiah dirujuk(?)

Selain itu, telah datang banyak soalan uji minda bagi menjernihkan akal agar dicermati hal ini setelah dalil-dalil syar'i berlalu menyuluh sebelumnya. Di antara soalannya;

  1. Apakah ini amalan ketaatan iaitu barang pastinya ada dalil menyatakan syariat eid ini (bersama kafiat tatacaranya) atau kemaksiatan?
  2. Adakah Nabi ﷺ mengetahui acara Maulidan ini beliau sendiri sebagai pembawa risalah (utusan ALLAH ﷻ) telah terlupa untuk menyampaikan(memerintahkannya)?
  3. Berapa kali Nabi ﷺ pula merayakannya? Dan di manakah Maulid pertama kali para pewaris(sahabat) Nabi ﷺ merayakannya pula? Siapakah pula murid(Tabiin) mereka yang menerima ijazah ilmu maulid ini? Siapakah di antara Nu'man bin Tsabit, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris, Ahmad bin Hanbal dll ulama' terdahulu (rahimahumullah) yang punya sanad hadits sahih terkait ritual ini?
  4. Jika Maulid adalah tanda gembiranya di atas kelahiran Nabi ﷺ , maka apakah kegembiraan Abu Lahab terhitung ibadah? Atau para Sahabat radhiyallahu'anhum kurang mencintai Nabi ﷺ kerana tidak bergembira untuk merayakannya? Atau kita dari zaman mutakhir ini lebih gembira daripada mereka? Nah, kita beradu gembira dengan para Sahabat radhiyallahu'anhum atau dengan Abu Lahab?
  5. Kaum Nasrani merayakan kelahiran Isa itupun tidak pantas untuk ditiru-tiru, sedangkan Nabi ﷺ wafat pada 12 Rabi' al-Awwal pula dirayakan kewafatannya?
  6. Namun seandainya Maulidan ini hanya sebatas dengan makan-minum tanpa campur-gaul lelaki dengan wanita ajnabi, tanpa muzik mahupun bait-bait syair atau selawat songsang, tanpa bangkit berdiri menyambut kononnya kedatangan sang Rasul maka apakah ia tetap ritual yang disyariatkan?
  7. Mahu ikut Nabi atau siapa sebenarnya kita? Atau ada manusia di zaman belakangan yang lebih faham rasa cinta kepada Sang Rasul melebihi para Sahabatnya sendiri?
Telah banyak rakaman audia-video dari penganut Maulidan ini penulis dengar dan tonton. Tiada satu pun dalil syar'i yang mampu mereka hidangkan melainkan simpang-siur bersilat lidahnya semata. Natijahnya, yang terutama lagi terpelihara dari sebarang kegelinciran adalah mencintai yang dicintai sesuai dengan apa yang telah yang dicintai tadi tuntunkan. Bukan dengan kebijaksanaan yang dibuat-buat sehingga mencalarkan ajarannya. Cintailah dia ﷺ sepertimana yang telah diperintahkan oleh Sang Maha Tahu segala sesuatu. Bukankah Rasulullah ﷺ memiliki hak-hak yang wajib kita penuhi dalam memanifestasikan persaksian terhadap kerasulan beliau, lambang cinta kita kepadanya? Dan  bukan pula sepertinya kaum Nasara yang dituntun syubhat dan syahwat dalam mencintai Nabi Isa alayhissalam. Atau bukan juga sepertinya kaum Syiah yang membunuh Ahlel Baiti Nabi ﷺ kemudian meratapinya.



Friday, 8 October 2021

051.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

     ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣6️⃣
Fitnah Besar dengan Terbunuhnya Utsman



Terbunuhnya Utsman adalah fitnah yang sangat besar bagi kaum muslimin. Peristiwa itu adalah salah satu dari 3 fitnah, yang apabila seseorang selamat darinya, maka ia akan selamat.
Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ نَجَا مِنْ ثَلَاثٍ فَقَدْ نَجَا
"Barangsiapa yang selamat dari 3 hal, nescaya ia akan selamat."
Nabi mengucapkan ini tiga kali. Mendengar hal itu, para Sahabat bertanya:
"Apakah (3 hal) itu wahai Rasulullah?"
Nabi ﷺ bersabda:

مَوْتِي وَمِنْ قَتْلِ خَلِيفَةٍ مُصْطَبِرٍ بِالْحَقِّ يُعْطِيهِ وَالدَّجَّالِ
"Kematianku, terbunuhnya seorang khalifah yang sabar berpegang teguh dengan kebenaran yang diberikan kepadanya dan (fitnah) ad-Dajjaal."
[H.R Ahmad, disahihkan al-Hakim dan disepakati kesahihannya oleh adz-Dzahabi]

Pada saat Nabi meninggal, sebahagian kaum muslimin menjadi murtad. Itu bahagian dari fitnah besar. Fitnah Dajjal nanti di akhir zaman juga menjadi ujian besar terhadap keimanan seseorang yang masih hidup di masa itu. 

Sedangkan khalifah yang sabar, berpegang teguh dengan kebenaran yang diberikan kepadanya, itu adalah Utsman bin Affan. Sebagaimana diisyaratkan Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah. 

Jika seorang muslim ingin selamat dalam deennya, janganlah ikut terlibat dalam pembunuhan Utsman. Baik terlibat langsung atau ikut memprovokasi atau menyukai hal itu terjadi. Bagi orang yang hidup setelahnya, jangan larut dan terlibat dalam fitnah itu dengan ucapan dan sokongan yang menyokong pihak yang zalim, serta mencela Utsman atau Sahabat Nabi yang lain.

Sesungguhnya pemberontakan pihak-pihak zalim itu terhadap pemimpinnya yang sebenarnya telah bersikap adil, dipicu oleh celaan-celaan terhadap pemerintah atau pemimpin muslim yang disebar-luaskan.

Semestinya, jika ada teguran dan nasihat yang ingin disampaikan kepada penguasa/ pemimpin muslim, sampaikanlah dengan beradab, tidak perlu diketahui pihak lain. Sampaikan nasihat secara tersembunyi. 

Usamah bin Zaid pernah ditanya oleh seseorang: "Tidakkah engkau masuk ke Utsman bin Affan dan berbicara kepadanya?" Usamah bin Zaid menjawab:

أَتَرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ كَلَّمْتُهُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ
"Apakah engkau menganggap bahawa pembicaraanku dengannya pasti aku perdengarkan kepada kalian? Demi ALLAH, aku telah berbicara berdua dengan dia saja."
[H.R Muslim no 5305]

Tidak boleh seorang muslim mencela dan menjelek-jelekkan pemerintahnya. Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا تَسُبُّوا أُمَرَاءَكُمْ، وَلَا تَغِشُّوهُمْ، وَلَا تَبْغَضُوهُمْ، وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاصْبِرُوا؛ فَإِنَّ الْأَمْرَ قَرِيبٌ
"Janganlah kalian mencela para pemimpin kalian, jangan menipu mereka, jangan marah kepada mereka, bertakwalah kepada ALLAH dan bersabarlah, kerana urusannya sudah dekat."
[H.R Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah dengan sanad yang baik (jayyid)]

Sahabat Nabi Anas bin Malik radhiyallahu'anhu menyatakan:

كَانَ اْلأَكَابِرُ مِنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَوْنَنَا عَنْ سَبِّ اْلأُمَرَاءِ
"Para pembesar dari Sahabat Rasulullah ﷺ melarang kami dari mencela para pemimpin."
[H.R Ibnu Abdil Bar dalam at-Tamhid]

Sahabat Nabi Abud Darda' radhiyallahu'anhu menyatakan:

وإنَّ أوَّل نِفَاقِ الْمَرْءِ طَعْنُهُ عَلَى إِمَامِهِ
"Sesungguhnya awal kemunafikan pada seseorang adalah celaannya kepada pemimpinnya."
H.R Ibnu Abdil Bar dalam at-Tamhid dan Ibnu Asakir]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman16

Friday, 1 October 2021

050.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

     ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣5️⃣
Menjemput Syahadah 2/2


Dalam keadaan berpuasa, sebagaimana kebiasaannya, ia bersimpuh membaca mushaf Al-Qur'an. Ia biarkan rumahnya terbuka. Mungkin bagi orang yang masih ada iman dan kasih-sayang, tidak akan berani berbuat buruk kepadanya.

Namun para pengepung rumah Utsman, bergerak masuk. Sebahagian sempat keluar kembali setelah Utsman memperingatkan mereka. Namun, ada yang begitu kejam dan bengis menebaskan pedangnya hingga melukai Utsman bin Affan. Darah mengalir sebahagian mengenai mushaf di hadapannya.

Sungguh benar-benar kejam dan seakan-akan tidak punya hati. Padahal sebelumnya Nailah, isteri Utsman telah berkata:

أَنْ تَقْتُلُوْهُ أَوْ تَدَعُوْهُ فَقَدْ كَانَ يُحْيِي اللَّيْلَ فِي رَكْعَةٍ يَجْمَعُ فِيْهَا الْقُرْآنَ
"Silakan kalian mahu bunuh atau bebaskan beliau, sesungguhnya beliau adalah seseorang yang menghidupkan malam dalam 1 rakaat membaca seluruh Al-Qur'an."
[As-Sunnah karya al-Khallal]

Duhai sesungguhnya ucapan itu akan menghalau orang yang masih ada perasaan malu, kasih-sayang dan persaudaraan iman dalam dirinya. Namun tidak demikian dengan para pemberontak itu. Malam hari sebelumnya Utsman bermimpi diajak berbuka puasa bersama oleh Nabi. Menjelang Maghrib beliau mengakhiri puasanya dalam salah satu keadaan terbaik, menyemput syahadah saat tengah beribadah. Mengapa Utsman tidak menyerahkan saja kekhalifahan beliau itu seperti yang diinginkan para pemberontak tersebut? Kerana Nabi ﷺ dulu pernah berpesan kepada Utsman:

يَا عُثْمَانُ ! إِنَّ اللهَ مُقَمِّصُكَ قَمِيْصًا فَإِنْ أَرَادَكَ الْمُنَافِقُوْنَ عَلَى خَلْعِهِ فَلَا تَخْلَعْهُ حَتَّى تَلْقَانِي
"Wahai Utsman, sesungguhnya ALLAH memberikan pakaian kepadamu. Jika orang-orang munafiq ingin melepaskannya darimu, janganlah lepaskan pakaian itu hingga engkau bertemu denganku."
[H.R Ahmad dan lainnya, disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Jami']

Tidak ada seorang pun dari para Sahabat Nabi yang terlibat dalam tertumpahnya darah Utsman tersebut. Mereka justeru orang-orang yang sangat bersemangat membela Utsman, namun Utsman menghalanginya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ادْعُوا لِي بَعْضَ أَصْحَابِي قُلْتُ أَبُو بَكْرٍ قَالَ لَا قُلْتُ عُمَرُ قَالَ لَا قُلْتُ ابْنُ عَمِّكَ عَلِيٌّ قَالَ لَا قَالَتْ قُلْتُ عُثْمَانُ قَالَ نَعَمْ فَلَمَّا جَاءَ قَالَ تَنَحَّيْ جَعَلَ يُسَارُّهُ وَلَوْنُ عُثْمَانَ يَتَغَيَّرُ فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الدَّارِ وَحُصِرَ فِيهَا قُلْنَا يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَلَا تُقَاتِلُ قَالَ لَا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَهِدَ إِلَيَّ عَهْدًا وَإِنِّي صَابِرٌ نَفْسِي عَلَيْهِ
Dari Aisyah –semoga ALLAH meridhainya- ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Panggilkan sebahagian Sahabatku." Aku berkata: "Abu Bakr?" Nabi menyatakan: "Tidak."
Aku berkata: "Umar?" Nabi menyatakan: "Tidak." Aku berkata: "Putera bapa saudara anda, Ali?" Nabi berkata: "Tidak." Aku berkata: "Utsman?" Nabi bersabda: "Ya."
Ketika Utsman datang, Nabi melakukan perbincangan rahasia dengannya. Berubahlah warna wajah Utsman. Ketika terjadi masa pengepungan di rumah Utsman, kami berkata:
"Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anda berperang (dan kami akan berjuang bersama anda)?" Utsman berkata:
"Tidak. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ  telah mengambil perjanjian denganku dan aku akan berusaha sabar dalam hal itu."
[H.R Ahmad, disahihkan al-Hakim dan disepakati keshahihannya oleh adz-Dzahabi]

Ibnu Sirin berkata: Zaid datang menemui Utsman dan berkata:
"Kaum Ansar telah datang kepadaku dan berkata: Kami siap menjadi penolong-penolong ALLAH 2 kali (untuk membela anda, pent)." Utsman berkata:
"Kalau itu perang, jangan."
[H.R al-Khallal dalam as-Sunnah]



Al-Hafidz Ibnu Katsir rahimahullah menyatakan:
"Adapun yang disebutkan oleh sebagian manusia bahawasanya sebahagian Sahabat menyerahkan Utsman dan redha dengan terjadinya pembunuhan itu, ini tidaklah benar. Tidak ada seorang pun dari Sahabat Nabi yang redha dengan pembunuhan Utsman radhiyallahu'anhu. Bahkan seluruhnya membencinya, marah dan mencela pelakunya."
(al-Bidayah wan Nihayah (7/221))

Al-Imam an-Nawawiy rahimahullah menyatakan:
"Tidak ada seorang pun dari Sahabat yang terlibat dalam pembunuhan terhadap beliau (Utsman)."
[Syarh Sahih Muslim lin Nawawi (15/148)]

Jika terdapat tuduhan bahwa Sahabat Nabi ada yang terlibat dalam pembunuhan Utsman bin Affan, hal itu ada 2 kemungkinan:
Pertama: Nama yang dipastikan terlibat dalam peristiwa tersebut setelah dikaji lagi, ternyata bukan Sahabat Nabi.
Kedua: Memang nama itu adalah Sahabat nabi, namun keikut-sertaan dia dalam pembunuhan Utsman ternyata diriwayatkan dalam riwayat sejarah yang lemah. Hal itu dapat dilihat pada sanad riwayat tersebut yang tidak jarang berisi perawi yang dusta.



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman15

Friday, 17 September 2021

049.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

    ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣4️⃣
Menjemput Syahadah 1/2


Kejayaan Islam semakin terlihat dengan perluasan wilayah-wilayah baru di masa pemerintahan Utsman bin Affan. Hal ini menimbulkan kejengkelan pada orang-orang Yahudi. Salah satu Yahudi yang membenci hal itu adalah Abdullah bin Saba'. Ia berpura-pura sebagai Muslim, menyamar masuk ingin menebarkan fitnah. Ia berusaha mempengaruhi kaum Muslimin untuk membenci pemimpinnya yang mulia, iaitu Utsman bin Affan.

Ia berkeliling untuk misi jahatnya itu. Makkah, Madinah dan Syam ia jelajahi. Namun penduduknya tidak dapat dipengaruhi. Rakyat di wilayah-wilayah itu faham benar keutamaan Utsman. Namun, di Mesir ia mulai berhasil menanamkan pengaruh. Orang-orang bodoh yang hanya punya berbekal semangat buta ikut bergabung bersamanya. Beberapa syubhat ditebarkan untuk menjauhkan rakyat dari pemimpinnya. Orang-orang Mesir ini mendapat sokongan juga dari Iraq. Mereka pun berangkat menuju Madinah untuk menemui Utsman. Namun, syubhat-syubhat mereka dapat disingkap oleh Utsman. Mereka pun kembali hendak menuju Mesir. Di tengah perjalanan pulang, terdapat surat palsu yang mengatasnamakan Utsman bahwa Utsman memerintahkan pada gabernor Mesir untuk menangkap dan membunuh orang-orang itu. Padahal Utsman sama sekali tidak memerintahkan demikian dan tidak ada sangkut-pautnya sama sekali dengan surat itu. Itu hanyalah surat palsu yang dibuat oleh pihak penyebar fitnah.

Akhirnya sekelompok orang datang lagi ke Madinah. Merasa bahwa Utsman memang tidak layak jadi pemimpin. Terjadilah pengepungan di rumah Utsman. Namun, awalnya mereka menampakkan diri seakan-akan hendak bermusyawarah dengan Utsman. Tentu saja tidak akan ada yang menghalangi rakyat yang ingin bermusyawarah dengan pemimpinnya. Sehingga tidak ada yang mengira sebelumnya akibatnya adalah terbunuhnya Utsman.

Masa itu adalah musim haji. Banyak para Sahabat yang berangkat berhaji. Sebagian kecil Sahabat yang tersisa sempat berjaga di rumah Utsman dan siap membela beliau, namun Utsman tidak meridhainya. Terjadilah pengepungan oleh pihak-pihak yang zhalim yang membuat Utsman tertahan di rumah beliau. 

Seorang Sahabat mulia yang sudah lanjut usia, memakmurkan hidupnya dengan pengabdian kepada ALLAH, bermanfaat bagi banyak kaum Muslimin, justeru dihalangi keluar dari rumahnya. Ia tidak dapat menuju masjid untuk beribadah, padahal perluasan wilayah masjid itu dulu dengan sebab hartanya. Utsman menyatakan:

هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ الْمَسْجِدَ ضَاقَ بِأَهْلِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ مَنْ يَشْتَرِي بُقْعَةَ آلِ فُلَانٍ فَيَزِيدَهَا فِي الْمَسْجِدِ بِخَيْرٍ مِنْهَا فِي الْجَنَّةِ فَاشْتَرَيْتُهَا مِنْ صُلْبِ مَالِي فَأَنْتُمْ الْيَوْمَ *تَمْنَعُونِي أَنْ أُصَلِّيَ فِيهَا رَكْعَتَيْنِ
"Tidakkah kalian tahu bahawasanya masjid dulunya sempit hingga Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa yang membeli tanah keluarga Fulan untuk ditambahkan memperluas masjid ia akan mendapat yang lebih baik di syurga."
"Kemudian aku membelinya dari hartaku. Sedangkan kalian saat ini mencegah aku untuk sekadar solat 2 rakaat di dalam masjid itu!"
[H.R at-Tirmidzi]

Dihalangi pula untuk meminum air yang segar dari sumur Rumah yang dulu ia wakafkan untuk kaum muslimin.
Utsman menyatakan:

هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَلَيْسَ بِهَا مَاءٌ يُسْتَعْذَبُ غَيْرَ بِئْرِ رُومَةَ فَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي بِئْرَ رُومَةَ فَيَجْعَلَ دَلْوَهُ مَعَ دِلَاءِ الْمُسْلِمِينَ بِخَيْرٍ لَهُ مِنْهَا فِي الْجَنَّةِ فَاشْتَرَيْتُهَا مِنْ صُلْبِ مَالِي فَأَنْتُمْ الْيَوْمَ تَمْنَعُونِي أَنْ أَشْرَبَ حَتَّى أَشْرَبَ مِنْ مَاءِ الْبَحْر
"Tidakkah kalian tahu bahwasanya Rasulullah ﷺ tiba di Madinah dalam keadaan tidak ada air tawar di sana selain dari sumur Rumah. Nabi bersabda:
"Barangsiapa yang membeli sumur Rumah kemudian ia jadikan timbanya bersama timba-timba kaum muslimin, akan mendapatkan yang lebih baik dari itu di syurga." Kemudian aku pun membelinya dari hartaku. Sedangkan kalian saat ini melarangku minum sampai aku minum dari air laut!"
[H.R at-Tirmidzi]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman14

Friday, 10 September 2021

Mencari Asy-Syafie (II)

••{ ﷽ }••



...sambungan (artikel sebelum),
Berikut adalah beberapa perkataan al-Imam asy-Syafie rahimahullah yang sangat memotivasikan. Semoga bermanfaat.


ILMU
Ilmu itu bukan hanya (tentang) banyaknya yang telah dihafal.
Namun, ilmu adalah yang memberikan manfaat.
[📚 Tadzkiratus Sami' Ibnu Jama'ah, hlm. 48]¹

Siapa yang ingin agar ALLAH membukakan pintu hatinya dan memberikan ilmu kepadanya, maka hendaklah sering menyendiri (fokus melakukan ibadah), mempersedikit makan, tidak berbaur dengan orang bodoh dan tidak pula dengan sebahagian orang berilmu yang tidak memiliki keadilan dan tidak beradab.
[📚 Bustanul Arifin lil Imam an-Nawawi, 47]

Termasuk sikap merendahkan ilmu adalah dengan engkau mendebat semua orang yang mendebatmu dan melayani bantahan semua orang yang membantahmu.
[📚 Manaqib asy-Syafie, karya al-Baihaqy, jilid 2 hlm. 151]

Siapa yang tidak mencintai ilmu, tidak ada kebaikan pada dirinya. Maka dari itu, jangan sampai ada perkenalan dan persahabatan antara dirimu dan dirinya.
[📚 Tawaalii at-Ta'nis bi Ma'aalii Ibn Idriis, hlm. 168]

Yunus bin Abil A’la rahimahullah mengatakan, aku mendengar asy-Syafie berkata,
Jika aku melihat seorang lelaki ahli hadits, seolah-olah aku melihat sahabat Nabi ﷺ.
[📚 Talbis Iblis, Ibnul Jauzi rahimahullah, 33—34]


KEMULIAAN JIWA
Kemuliaan jiwa seseorang ada pada tiga perkara:
• Menyembunyikan kefakiran hingga orang lain menyangka bahawa engkau berkecukupan.
• Menyembunyikan kemarahan hingga orang lain menyangka bahawa engkau redha.
• Menyembunyikan penderitaan hingga orang lain menyangka bahawa engkau hidup enak.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Fakhruddin ar-Razi, jilid 2 hlm. 188]

Seandainya engkau mencurahkan segala upaya dan kesungguhan agar semua manusia meredhaimu maka hal itu tak akan dapat dicapai. Jika demikian hakikatnya maka ikhlaskan amal dan niatmu kerana ALLAH semata..
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi 2/173]

Meraih keredhaan semua manusia adalah tujuan yang tidak mungkin dicapai. Sebab, tidak ada jalan untuk selamat dari (celaan) mereka. Oleh kerana itu, hendaknya engkau melakukan hal yang bermanfaat bagimu dan konsistenlah.
[📚 Siyar A'lam an-Nubala' lidz Dzahabi, 8/423]

Barangsiapa yang mengadu-domba orang lain padamu maka dia akan mengadu-domba dirimu kepada orang lain. Barangsiapa yang memberitakan aib orang kepadamu maka dia akan memberitakan aibmu kepada orang lain. Barangsiapa yang jika engkau membuatnya senang maka dia akan menyanjungmu dengan sesuatu yang tidak ada padamu, maka jika engkau membuatnya marah dia akan menjelekkanmu dengan sesuatu yang tidak ada padamu.
[📚 Manaqib Asy-Syafie lil Baihaqi, 2/197]

Siapa yang melakukan namimah untuk membela dirimu, maka dia juga akan melakukan namimah dengan menjadikan dirimu sebagai korban. Dan siapa yang mengabarkan keburukan orang lain kepadamu, maka dia juga akan mengabarkan tentang keburukan dirimu keada orang lain.
[📚 Tahzibul Asma' wal Lughat lin Nawawi, 1/56]

Al-Muzany berkata:
Aku mendengar As-Syafie berkata,
Barangsiapa dikuasai oleh kecintaan yang sangat kepada harta benda dunia, mesti ia akan menghambakan dirinya kepada para pemiliknya. Barangsiapa yang rela dengan pembagian ALLAH, nescaya akan sirna ketundukan kepada manusia.
[📚 Manaqib Asy-Syafi'e lil Baihaqi]


TAWADHDHU'
Tawadhu' termasuk akhlak orang-orang mulia, sedangkan takabbur merupakan salah satu perangai orang-orang tercela. Tawadhu' akan mewariskan kecintaan. Adapun qana'ah akan mewariskan rasa tenteram.
[📚 Siyar A'lam an-Nubala' lidz Dzahabi, 8/429]

Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah seorang yang tidak melihat kedudukan dirinya.
[📚 Siyar A'lamin Nubala' lidz-Dzahabi, 10/99]

Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang merasa tidak memiliki kemuliaan. Orang yang paling besar keutamaannya adalah orang yang merasa tidak memiliki keutamaan.
[📚 Syu’abul Iman lil Baihaqi, jilid 6 hlm. 304]



MURAQABAH
Imam Asy-Syafie mengatakan kepada muridnya al-Muzani rahimahumallah ta'ala.
Bertakwalah kepada ALLAH dan jadikanlah akhirat selalu di dalam hatimu. Jadikan kematian selalu berada dalam ingatanmu. Jangan lupakan tempat berdirimu di hadapan ALLAH. Hendaklah engkau selalu merasa takut kepada ALLAH,, hindarilah hal-hal yang dilarang dan tunaikan kewajiban-kewajiban-NYA dan teruslah bersama kebenaran di manapun berada.
[📚 Mukhtasar Tarikh Dimasyq (315/316)]

Menjauhi kemaksiatan dan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat bagimu akan menerangi kalbu. Hendaknya engkau bertafakur dalam kesendirian dan sedikit makan. Janganlah engkau bergaul dengan orang-orang bodoh dan orang yang tidak jujur terhadapmu. Apabila engkau mengucapkan kalimat yang tidak bermanfaat bagimu, kalimat itu justeru akan menguasaimu dan engkau tidak dapat menguasainya.
[📚 Siyar A’lam an-Nubala' lidz Dzahabi, 8/429]

Imam asy-Syafie berkata dalam sya'irnya:  
 Aku mengadu kepada Waki' tentang buruknya hafalanku  
Dia menasihatiku agar aku meninggalkan kemaksiatan  
“Ketahuilah, sesungguhnya ilmu itu karunia dan karunia ALLAH tidak akan diberikan kepada orang yang bermaksiat.”
[📚 Al-Jawabul Kaafi li Ibnul Qayyim: 54]


PERTEMANAN
Jika engkau mempunyai teman (yang soleh), maka peganglah dia erat-erat dengan kedua tanganmu. Kerana sesungguhnya mencari teman (yang baik) itu sulit namun berpisah dengannya mudah.
[📓 Hilyatul Auliya li Abi Nu'aim, 9/121]

Sesungguhnya ALLAH memiliki hamba-hamba yang cerdas. Mereka mencampakan dunia serta merasa takut akan fitnahnya. Mereka memandangi dunia, tatkala mereka mengetahui bahawasanya hakikat dunia bukanlah negeri untuk ditempati. Mereka menjadikan dunia sebagaimana lautan (untuk diseberangi), dan menggunakan amalan soleh di dunia sebagai perahunya (untuk menghantarkan kepada kenikmatan yang abadi.
[📚 Diwan Al-Imam Asy-Syafie]

Aku mencintai orang-orang soleh meskipun aku bukan termasuk di antara mereka. Semoga bersama mereka aku dapat mendapatkan syafa'at kelak. Aku membenci para pelaku maksiat meskipun aku tak berbeza dengan mereka. Aku membenci orang yang membuang-buang usianya dalam kesia-siaan walaupun aku sendiri adalah orang yang banyak menyia-nyiakan usia.
[📚 Diwan Al-Imam Asy-Syafie]

Al-Imam Ibnu Muflih rahimahullah menukilkan dalam kitabnya, bahawa al-Imam asy-Syafie rahimahullah  pernah mengatakan,
Barangsiapa yang memberikan nasihat kepada saudaranya secara tersembunyi, maka sungguh ia telah menasihatinya serta menghiasinya. Dan barangsiapa yang memperingatkan saudaranya secara terang-terangan, maka sungguh dia telah membongkar keburukannya dan membuatnya hilang kehormatan.
[📚 Kitab Al-Adabusy Syari'ah libni Muflih Hal. 287, Jilid 1, Cetakan 'Alamul Kutub]

Tidaklah aku berdebat dengan seorang yang berilmu, kecuali pasti aku mampu mengalahkannya. Dan tidaklah aku berdebat dengan seorang yang jahil, kecuali pasti dia akan mengalahkanku. Kerana orang jahil tidak akan mampu mendatangkan dalil. Jika engkau berhasil membungkamnya dengan dalil dan hujjah, nescaya dia akan memhukummu dengan hinaan/cacian, celaan, dan boleh jadi dia mengangkat tongkatnya (untuk memukulmu, -pen). Inilah 'dalilnya orang lemah', iaitu berbuat zhalim.
[📚 Syarh al-Qawa'id al-Arba'ah halaman 52]


MEMBUNGKAM AJARAN SESAT
Al-Baihaqy rahimahullah berkata:
Al-Imam asy-Syafie sangat keras terhadap orang-orang mulhid dan ahli bid'ah, dan beliau terang-terangan menampakkan kebencian terhadap mereka dan menjauhi mereka.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi, jilid 1 hlm. 469]

Yunus bin Abdul A'la rahimahullah berkata:
Al-Imam asy-Syafie dahulu sering mencela Rafidhah, dan beliau mengatakan bahawa mereka adalah kelompok yang paling jahat.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Fakhruddin ar-Razi, hlm. 142]

Dahulu Bisyr bin Ghiyats al-Mirrisi yang merupakan salah satu pemuka Mu'tazilah menolak ijma'. Suatu hari dia bertanya kepada al-Imam asy-Syafie di hadapan Khalifah Harun ar-Rasyid dengan tujuan untuk menyudutkan beliau. Dia mengatakan,
"Engkau mendakwa bahawa ijma' itu ada, apakah engkau mengetahui sedikit saja perkara yang seluruh manusia sepakat atasnya?"

Maka beliau menjawab,
"Ya, manusia sepakat bahawa yang hadir ini (Khalifah) adalah Amirul mu'minin, siapa saja yang menyelisihinya maka dipenggal lehernya."

Maka dia pun terbungkam dan tidak mampu menjawab lagi.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi, jilid 1 hlm. 401]

Hukumku pada ahlil kalam, mereka dipukul dengan pelepah kurma, dan dinaikkan ke unta, kemudian diarak keliling di kabilah-kabilah dan suku-suku, kemudian diserukan tentang mereka ‘Ini balasan orang yang meninggalkan Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah dan menghadap diri kepada Ilmu Kalam’ (filsafat).

Seandainya seseorang mempelajari tasawuf sejak pagi hari, maka belum sampai waktu zuhur kecuali engkau akan menjumpainya telah menjadi orang yang dungu.
[📚 Manaqib asy-Syafie lil Baihaqi, jilid 2 hlm. 207]



Jum'at | 03 SHAFAR 1443H