Friday 29 October 2021

052.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

      ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣7️⃣ (AKHIR)
Akhir Masa Kekhalifahan Utsman


Utsman wafat pada hari Jum'at, 12 Dzulhijjah setelah Asar, dimakamkan di Baqi' antara Maghrib dengan Isyak dalam usia 82 tahun. Beliau disolatkan jenazah oleh Jubair bin Muth'im bersama 16 orang lainnya, namun tidak dimandikan.
[Siyar A'lamin Nubala']

Kesedihan yang sangat dialami oleh para Sahabat Nabi. Abu Humaid as-Sa'idi radhiyallahu'anhu sampai bernadzar bahawa ia tidak akan tertawa sampai meninggal nanti, sebagai bentuk kesedihan yang sangat atas meninggalnya Utsman. Diriwayatkan bahwa Abu Humaid berkata:

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ أَنْ لَا أَضْحَكَ حَتَّى أَلْقَاكَ
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku bernadzar kepada-MU bahwasanya aku tidak akan tertawa hingga berjumpa dengan-MU."
[Siyar A'lamin Nubala']

Qatadah menjelaskan bahawa masa kekhalifahan Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu berlangsung selama 12 tahun kurang 12 hari.
[Siyar A'lamin Nubala']


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman17

Thursday 14 October 2021

Kekeliruan Seputar Maulid Nabi

••{ ﷽ }••


Terkadang manusia tergelincir perasaannya untuk membenci sesuatu yang tidak ia kenal. Dikeranakan itu terbitnya pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tak hairanlah kaum musyrikin begitu benci terhadap manusia yang terindah akhlaknya lagi sebaik-baik contoh ikutan, Muhammad ﷺ . Kebencian mereka bukan lahir dari pengenalan yang menyimpang tetapi kecintaan hawa-nafsu yang diturutkan. Cinta kerana sesuai keinginan hawa-nafsu lalu akan membenci sesuai hawa-nafsu pula. Begitulah tidak menghairankan apabila sebahagian mereka setelah mengkaji dan mengaji[1] siapakah Muhammad ﷺ itu, maka telah berputar 360darjah perasaan benci tadi kepada cinta penuh ketaatan hingga sedaya-upaya menjauhi larangannya, tidak beramal melainkan apa yang telah beliau ﷺ contohkan hinggakan turut mencintai ahlul baitnya. Mencintai apa yang beliau ﷺ cintai serta membenci apa yang beliau ﷺ benci. Beliau ﷺ setelah itu menjadi sanjungan dan dibela melebihi kebencian sebelumnya tadi. Kerana cinta tadi dibangunkan atas dasar ilmu yang benar. Barakallahu feekum.

Alhamdulillah, tulisan yang tak seberapa ini khusus buat para kaum Muslimin yang sangat mencintai sebaik-baik manusia yang pernah diutuskan ke mukabumi, itulah junjungan kita Rasulullah, Muhammad ﷺ. Insan teristimewa yang hanya berbicara dan berbuat selaras wahyu Ilahi jauh sekali menurut hawa-nafsu. Walaupun tak pernah bertemu, namun perasaan indah mendamaikan ini lahir melalui kalamullah wa kalamurrasul. Asbab-musabab lisan ibu-bapa serta catatan walhasil perih-jerih para ulama' silam. Sungguh beruntung kita. Sungguh beruntung! Disebabkan ulama' ahlul hadits maka kualiti berita-berita yang kita terima -biizdnillah- terpelihara dari sebarang kekeliruan atau perubahan. Bukan zhan (sangka teka) tapi fakta nyata!


Walhamdulillah, dengan kaji dan mengaji tadi maka tertancaplah keyakinan bahawa ALLAH yang Maha Tahu lagi Bijaksana telah mengutuskan Nabi Muhammad ﷺ sebagai penutup para Anbiya' yang menyempurnakan syiar-NYA[2]. Yang mengajarkan apa ALLAH suka dan apa ALLAH tak suka. Beliau ﷺ yang dengan penuh kebijaksanaan telah menyampaikan dengan sempurna lagi amanah tanpa menyembunyikan barang suatupun ajaran untuk selamat di dunia dan ahirat. Itulah syariat Islam yang mulia nan agung ini[3]; tak mendikriminasi mana-mana negara, ras bangsa, warna kulit hatta miskin-kaya sekalipun; kita semua meyakini Islam satu-satunya agama yang diredhai ALLAH. Dan kerana itulah Islam menjadi agama yang sempurna tiada cacat-celanya[4] bahkan tidak ada agama yang dapat menandingi ketinggiannya. Memang tiada agama sesempurna Islam, yang sentiasa terpelihara dari sebarang perubahan. Tersedia segala macam jalan keluar menuntun manusia dari kesulitan sistem hidup di di dunia yang sementara. Menyedarkan kita akan kenyataan akhirat nan kekal abadi itulah destinasi hakiki. Bersyukurlah atas nikmat tak terukur ini, ya, kita terlahir sebagai Muslim. Dan telah merugilah orang yang mencari keberuntungan selain Islam. Walhal zaman-berzaman telah diutuskan para Anbiya' alayhissalam tu wassalam yang dengannya(Islam), ALLAH mengeluarkan manusia dari kegelapan(kesesatan) menuju cahaya(petunjuk). Justeru, Nabi Muhammad ﷺ telah menyempurnakan penyampaian syariat tersebut. Musailamah al-Kazzab di Yamamah bukan Nabi,  al-Aswad al-Ansi di Yaman bukan Nabi, demikian Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi(sempat bertaubat), Mukhtar bin Abi Ubaid ats-Tsaqafi, al-Harits, Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani(India), Dajjal al-Kazzab dan lain-lain semisal mereka samada yang mengaku sebagai Nabi hatta disifati dengan sifat-sifat ketuhanan atau berperilaku seolah-olah memiliki darjat kenabian, mereka semua adalah Nabi palsu sepalsu-palsunya, penipu[5]!

Oleh itu, sebagaimana terpeliharanya keaslian Islam begitu pula terpeliharanya sunnah Nabi ﷺ. Dipermisalkan hal tersebut sebagai mata kunci yang membuka pintu. Tanpa mata kunci yang betul maka pintu pasti tidak akan terbuka. Iaitu pemeliharaan as-Sunnah terletak pada;
  1. Sebab secara syariat pelaksanaan ibadah tersebut terlaksana,
  2. Jenisnya sesuai dengan tuntunan syariat,
  3. Kadar(jumlah atau ukuran),
  4. Kafiat tatacaranya,
  5. Waktu dan
  6. Tempatnya.
Silalah tekuni huraiannya melalui nota kaki[6] bagi kefahaman yang benar. Barakallahu feekum.
Tanpa hal di atas maka dikhuatiri pincangnya amal yang berakibat tertolaknya amalan tersebut.


Namun, tetap saja ada yang terpancing emosinya dengan tipu-daya para Nabi palsu tersebut. Dan kita merayu agar diteguhkan keimanan di atas jalan yang benar[7] serta memohon perlindungan kepada ALLAH ﷻ dari makar jelek mereka, amin. Mahal sungguh hidayah ini ya. Di saat mereka (mudzabzab, orang yang bersangka-teka) yang sebelum ini antara ragu dengan yakin pada jalan kebenaran kemudian hanyut terpesona dek godaan penyimpangan. Kemudian terkumpullah mereka di antara dua jenis kelompok ekstrim[8] yakni kelompok yang ifrath(berlebih-lebihan) atau tafrith(melecehkan) dalam beragama. Samada mereka menyerupai Yahudi yang dimurkai iaitu berilmu namun tegar menyembunyikan sebahagiannya justeru menggiring manusia ke arah pengamalan songsang. Atau menyerupai Nasrani yang disesatkan, yakni sungguh tekun mereka dalam beramal namun miskin ilmu pemahamannya. Makanya, hakikat titik-temu mereka dalam beragama adalah meninggalkan keabsahan ilmu dan menuruti hawa-nafsu(syahwat dan syubhat) atas nama taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada ALLAH). Itulah dasar kebathilan cinta dan benci kerana ALLAH dan Rasul mereka. Apa mereka tidak punya dalil? Bahkan mereka punya dalil namun kecenderungan hawa-nafsulah yang menginderai arah tujuannya. Wal'iyadzubillah.


Alhamdulillah bi ni'mati tatimmassolihat, cinta kepada Rasulullah ﷺ terzahir sudah pada fizikal kita iaitu pakaian menutup aurat, memanjangkan/membiarkan lehyah (janggut) serta memangkas/mencukur kumis, tidak melabuhkan pakaian melebih mata kaki bagi kaumnya laki-laki dan menjauhi tasyabbuh (penyerupaan) penerampilan orang kafir. Adapun manifestasi ittiba' ar-rasul lainnya adalah selawat Nabi yang menjadi bab khusus kali ini. Ya, ma'ruf di kalangan orang awam sekalipun, hanya orang yang jahil dan kikir lagi merugi akan melepaskan peluang untuk tidak mahu berselawat kepada  Nabi ﷺ. Walhal selawat itu teramat lumayan fadhilatnya[9].

Baiklah, jom kita masuk ke topik lebih khusus, Maulidan atau Maulid Nabi yang darinya perayaan ulang tahun ikut menjadi ibadah masyarakat moden[10]. Satu tajuk yang menjadi polemik banyak pihak. Di situ muncul jenis-jenis selawat yang tidak dikenal oleh para Salafunassoleh terutama dari ulama' kurun emas (Sahabat, Tabiin dan Atba' Tabiin) seperti selawat[11] Badr, Fatih, al-In'am, Nariyah, Sa'adah, Syifa, Tafrijiyah dan bermacam bentuk rekayasa yang kemudian menjadi sangat laris di kalangan masyarakat umum yang mencintai  Nabi ﷺ. Namun fikirkanlah dengan saksama, seandainya hal tersebut baik[12], nescaya Nabi ﷺ akan menyampaikan jenis-jenis selawat tadi  melalui para Sahabatnya lalu diwariskan kepada generasi seterusnya. Bukankah para Sahabat adalah orang yang paling hebat cinta(mahabbah) dan hormat(ta'zhim) kepada  Nabi ﷺ? Siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka(?)

Nah, bagaimana dengan perayaan(eid) Maulid? Padanya terdapat nasyid yang berintikan sanjungan sambil diiringi tabuhan rebana disertai gabungan alat muzik moden hatta nyalaan lilin ikut memeriahkan suasana. Ada yang berkumpul setempat mengayun lenggok badan. Ada pula yang berarak di jalanan. Kepalang gembiranya dengan eid ini. Sebaik-baik manusia yang diutuskan disangka lahir pada tarikh tersebut. Itu belum ikhtilath(berbaurnya) laki-laki dengan perempuan ajnabi malah yang dinobatkan sebagai asatidzah bersama dalam program TV contohnya, menggolek-golekan kepala bersama hos wanitanya ajnabinya. Belum dikira yang bertabarruj(berhias ala jahiliah) lagi.
Aduhai takkanlah salah menzahirkan kecintaan kepada  Nabi ﷺ?
Baiklah, pertama-tamanya ayuh kita selusuri sejarahnya[13] terlebih dahulu. Syariat Maulidan ini asalnya direkayasa oleh Abu Sa’id al-Muzhaffar, sang penguasa Irbil (sekarang Kurdistan) yang wafat pada 630Hijriah dari Bani Fathimiyah al-Ubaidiyyah (agama syiah Ismailiah ar-Rafidhah). Pelopornya Syiah yang rata-rata dimaklumi kesesatan agamanya? Ini bukan propaganda kebencian tapi kenyataan hakiki Syiah telah dijadikan sandaran dalil terawal? Apa pantas asal-usulnya dari Syiah? Allahul mustaan, di manakah kewarasan dan imbangan emosi jika pantas Syiah dirujuk(?)

Selain itu, telah datang banyak soalan uji minda bagi menjernihkan akal agar dicermati hal ini setelah dalil-dalil syar'i berlalu menyuluh sebelumnya. Di antara soalannya;

  1. Apakah ini amalan ketaatan iaitu barang pastinya ada dalil menyatakan syariat eid ini (bersama kafiat tatacaranya) atau kemaksiatan?
  2. Adakah Nabi ﷺ mengetahui acara Maulidan ini beliau sendiri sebagai pembawa risalah (utusan ALLAH ﷻ) telah terlupa untuk menyampaikan(memerintahkannya)?
  3. Berapa kali Nabi ﷺ pula merayakannya? Dan di manakah Maulid pertama kali para pewaris(sahabat) Nabi ﷺ merayakannya pula? Siapakah pula murid(Tabiin) mereka yang menerima ijazah ilmu maulid ini? Siapakah di antara Nu'man bin Tsabit, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris, Ahmad bin Hanbal dll ulama' terdahulu (rahimahumullah) yang punya sanad hadits sahih terkait ritual ini?
  4. Jika Maulid adalah tanda gembiranya di atas kelahiran Nabi ﷺ , maka apakah kegembiraan Abu Lahab terhitung ibadah? Atau para Sahabat radhiyallahu'anhum kurang mencintai Nabi ﷺ kerana tidak bergembira untuk merayakannya? Atau kita dari zaman mutakhir ini lebih gembira daripada mereka? Nah, kita beradu gembira dengan para Sahabat radhiyallahu'anhum atau dengan Abu Lahab?
  5. Kaum Nasrani merayakan kelahiran Isa itupun tidak pantas untuk ditiru-tiru, sedangkan Nabi ﷺ wafat pada 12 Rabi' al-Awwal pula dirayakan kewafatannya?
  6. Namun seandainya Maulidan ini hanya sebatas dengan makan-minum tanpa campur-gaul lelaki dengan wanita ajnabi, tanpa muzik mahupun bait-bait syair atau selawat songsang, tanpa bangkit berdiri menyambut kononnya kedatangan sang Rasul maka apakah ia tetap ritual yang disyariatkan?
  7. Mahu ikut Nabi atau siapa sebenarnya kita? Atau ada manusia di zaman belakangan yang lebih faham rasa cinta kepada Sang Rasul melebihi para Sahabatnya sendiri?
Telah banyak rakaman audia-video dari penganut Maulidan ini penulis dengar dan tonton. Tiada satu pun dalil syar'i yang mampu mereka hidangkan melainkan simpang-siur bersilat lidahnya semata. Natijahnya, yang terutama lagi terpelihara dari sebarang kegelinciran adalah mencintai yang dicintai sesuai dengan apa yang telah yang dicintai tadi tuntunkan. Bukan dengan kebijaksanaan yang dibuat-buat sehingga mencalarkan ajarannya. Cintailah dia ﷺ sepertimana yang telah diperintahkan oleh Sang Maha Tahu segala sesuatu. Bukankah Rasulullah ﷺ memiliki hak-hak yang wajib kita penuhi dalam memanifestasikan persaksian terhadap kerasulan beliau, lambang cinta kita kepadanya? Dan  bukan pula sepertinya kaum Nasara yang dituntun syubhat dan syahwat dalam mencintai Nabi Isa alayhissalam. Atau bukan juga sepertinya kaum Syiah yang membunuh Ahlel Baiti Nabi ﷺ kemudian meratapinya.



Friday 8 October 2021

051.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

     ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣6️⃣
Fitnah Besar dengan Terbunuhnya Utsman



Terbunuhnya Utsman adalah fitnah yang sangat besar bagi kaum muslimin. Peristiwa itu adalah salah satu dari 3 fitnah, yang apabila seseorang selamat darinya, maka ia akan selamat.
Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ نَجَا مِنْ ثَلَاثٍ فَقَدْ نَجَا
"Barangsiapa yang selamat dari 3 hal, nescaya ia akan selamat."
Nabi mengucapkan ini tiga kali. Mendengar hal itu, para Sahabat bertanya:
"Apakah (3 hal) itu wahai Rasulullah?"
Nabi ﷺ bersabda:

مَوْتِي وَمِنْ قَتْلِ خَلِيفَةٍ مُصْطَبِرٍ بِالْحَقِّ يُعْطِيهِ وَالدَّجَّالِ
"Kematianku, terbunuhnya seorang khalifah yang sabar berpegang teguh dengan kebenaran yang diberikan kepadanya dan (fitnah) ad-Dajjaal."
[H.R Ahmad, disahihkan al-Hakim dan disepakati kesahihannya oleh adz-Dzahabi]

Pada saat Nabi meninggal, sebahagian kaum muslimin menjadi murtad. Itu bahagian dari fitnah besar. Fitnah Dajjal nanti di akhir zaman juga menjadi ujian besar terhadap keimanan seseorang yang masih hidup di masa itu. 

Sedangkan khalifah yang sabar, berpegang teguh dengan kebenaran yang diberikan kepadanya, itu adalah Utsman bin Affan. Sebagaimana diisyaratkan Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah. 

Jika seorang muslim ingin selamat dalam deennya, janganlah ikut terlibat dalam pembunuhan Utsman. Baik terlibat langsung atau ikut memprovokasi atau menyukai hal itu terjadi. Bagi orang yang hidup setelahnya, jangan larut dan terlibat dalam fitnah itu dengan ucapan dan sokongan yang menyokong pihak yang zalim, serta mencela Utsman atau Sahabat Nabi yang lain.

Sesungguhnya pemberontakan pihak-pihak zalim itu terhadap pemimpinnya yang sebenarnya telah bersikap adil, dipicu oleh celaan-celaan terhadap pemerintah atau pemimpin muslim yang disebar-luaskan.

Semestinya, jika ada teguran dan nasihat yang ingin disampaikan kepada penguasa/ pemimpin muslim, sampaikanlah dengan beradab, tidak perlu diketahui pihak lain. Sampaikan nasihat secara tersembunyi. 

Usamah bin Zaid pernah ditanya oleh seseorang: "Tidakkah engkau masuk ke Utsman bin Affan dan berbicara kepadanya?" Usamah bin Zaid menjawab:

أَتَرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ كَلَّمْتُهُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ
"Apakah engkau menganggap bahawa pembicaraanku dengannya pasti aku perdengarkan kepada kalian? Demi ALLAH, aku telah berbicara berdua dengan dia saja."
[H.R Muslim no 5305]

Tidak boleh seorang muslim mencela dan menjelek-jelekkan pemerintahnya. Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا تَسُبُّوا أُمَرَاءَكُمْ، وَلَا تَغِشُّوهُمْ، وَلَا تَبْغَضُوهُمْ، وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاصْبِرُوا؛ فَإِنَّ الْأَمْرَ قَرِيبٌ
"Janganlah kalian mencela para pemimpin kalian, jangan menipu mereka, jangan marah kepada mereka, bertakwalah kepada ALLAH dan bersabarlah, kerana urusannya sudah dekat."
[H.R Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah dengan sanad yang baik (jayyid)]

Sahabat Nabi Anas bin Malik radhiyallahu'anhu menyatakan:

كَانَ اْلأَكَابِرُ مِنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَوْنَنَا عَنْ سَبِّ اْلأُمَرَاءِ
"Para pembesar dari Sahabat Rasulullah ﷺ melarang kami dari mencela para pemimpin."
[H.R Ibnu Abdil Bar dalam at-Tamhid]

Sahabat Nabi Abud Darda' radhiyallahu'anhu menyatakan:

وإنَّ أوَّل نِفَاقِ الْمَرْءِ طَعْنُهُ عَلَى إِمَامِهِ
"Sesungguhnya awal kemunafikan pada seseorang adalah celaannya kepada pemimpinnya."
H.R Ibnu Abdil Bar dalam at-Tamhid dan Ibnu Asakir]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman16

Friday 1 October 2021

050.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

     ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣5️⃣
Menjemput Syahadah 2/2


Dalam keadaan berpuasa, sebagaimana kebiasaannya, ia bersimpuh membaca mushaf Al-Qur'an. Ia biarkan rumahnya terbuka. Mungkin bagi orang yang masih ada iman dan kasih-sayang, tidak akan berani berbuat buruk kepadanya.

Namun para pengepung rumah Utsman, bergerak masuk. Sebahagian sempat keluar kembali setelah Utsman memperingatkan mereka. Namun, ada yang begitu kejam dan bengis menebaskan pedangnya hingga melukai Utsman bin Affan. Darah mengalir sebahagian mengenai mushaf di hadapannya.

Sungguh benar-benar kejam dan seakan-akan tidak punya hati. Padahal sebelumnya Nailah, isteri Utsman telah berkata:

أَنْ تَقْتُلُوْهُ أَوْ تَدَعُوْهُ فَقَدْ كَانَ يُحْيِي اللَّيْلَ فِي رَكْعَةٍ يَجْمَعُ فِيْهَا الْقُرْآنَ
"Silakan kalian mahu bunuh atau bebaskan beliau, sesungguhnya beliau adalah seseorang yang menghidupkan malam dalam 1 rakaat membaca seluruh Al-Qur'an."
[As-Sunnah karya al-Khallal]

Duhai sesungguhnya ucapan itu akan menghalau orang yang masih ada perasaan malu, kasih-sayang dan persaudaraan iman dalam dirinya. Namun tidak demikian dengan para pemberontak itu. Malam hari sebelumnya Utsman bermimpi diajak berbuka puasa bersama oleh Nabi. Menjelang Maghrib beliau mengakhiri puasanya dalam salah satu keadaan terbaik, menyemput syahadah saat tengah beribadah. Mengapa Utsman tidak menyerahkan saja kekhalifahan beliau itu seperti yang diinginkan para pemberontak tersebut? Kerana Nabi ﷺ dulu pernah berpesan kepada Utsman:

يَا عُثْمَانُ ! إِنَّ اللهَ مُقَمِّصُكَ قَمِيْصًا فَإِنْ أَرَادَكَ الْمُنَافِقُوْنَ عَلَى خَلْعِهِ فَلَا تَخْلَعْهُ حَتَّى تَلْقَانِي
"Wahai Utsman, sesungguhnya ALLAH memberikan pakaian kepadamu. Jika orang-orang munafiq ingin melepaskannya darimu, janganlah lepaskan pakaian itu hingga engkau bertemu denganku."
[H.R Ahmad dan lainnya, disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Jami']

Tidak ada seorang pun dari para Sahabat Nabi yang terlibat dalam tertumpahnya darah Utsman tersebut. Mereka justeru orang-orang yang sangat bersemangat membela Utsman, namun Utsman menghalanginya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ادْعُوا لِي بَعْضَ أَصْحَابِي قُلْتُ أَبُو بَكْرٍ قَالَ لَا قُلْتُ عُمَرُ قَالَ لَا قُلْتُ ابْنُ عَمِّكَ عَلِيٌّ قَالَ لَا قَالَتْ قُلْتُ عُثْمَانُ قَالَ نَعَمْ فَلَمَّا جَاءَ قَالَ تَنَحَّيْ جَعَلَ يُسَارُّهُ وَلَوْنُ عُثْمَانَ يَتَغَيَّرُ فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الدَّارِ وَحُصِرَ فِيهَا قُلْنَا يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَلَا تُقَاتِلُ قَالَ لَا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَهِدَ إِلَيَّ عَهْدًا وَإِنِّي صَابِرٌ نَفْسِي عَلَيْهِ
Dari Aisyah –semoga ALLAH meridhainya- ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Panggilkan sebahagian Sahabatku." Aku berkata: "Abu Bakr?" Nabi menyatakan: "Tidak."
Aku berkata: "Umar?" Nabi menyatakan: "Tidak." Aku berkata: "Putera bapa saudara anda, Ali?" Nabi berkata: "Tidak." Aku berkata: "Utsman?" Nabi bersabda: "Ya."
Ketika Utsman datang, Nabi melakukan perbincangan rahasia dengannya. Berubahlah warna wajah Utsman. Ketika terjadi masa pengepungan di rumah Utsman, kami berkata:
"Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anda berperang (dan kami akan berjuang bersama anda)?" Utsman berkata:
"Tidak. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ  telah mengambil perjanjian denganku dan aku akan berusaha sabar dalam hal itu."
[H.R Ahmad, disahihkan al-Hakim dan disepakati keshahihannya oleh adz-Dzahabi]

Ibnu Sirin berkata: Zaid datang menemui Utsman dan berkata:
"Kaum Ansar telah datang kepadaku dan berkata: Kami siap menjadi penolong-penolong ALLAH 2 kali (untuk membela anda, pent)." Utsman berkata:
"Kalau itu perang, jangan."
[H.R al-Khallal dalam as-Sunnah]



Al-Hafidz Ibnu Katsir rahimahullah menyatakan:
"Adapun yang disebutkan oleh sebagian manusia bahawasanya sebahagian Sahabat menyerahkan Utsman dan redha dengan terjadinya pembunuhan itu, ini tidaklah benar. Tidak ada seorang pun dari Sahabat Nabi yang redha dengan pembunuhan Utsman radhiyallahu'anhu. Bahkan seluruhnya membencinya, marah dan mencela pelakunya."
(al-Bidayah wan Nihayah (7/221))

Al-Imam an-Nawawiy rahimahullah menyatakan:
"Tidak ada seorang pun dari Sahabat yang terlibat dalam pembunuhan terhadap beliau (Utsman)."
[Syarh Sahih Muslim lin Nawawi (15/148)]

Jika terdapat tuduhan bahwa Sahabat Nabi ada yang terlibat dalam pembunuhan Utsman bin Affan, hal itu ada 2 kemungkinan:
Pertama: Nama yang dipastikan terlibat dalam peristiwa tersebut setelah dikaji lagi, ternyata bukan Sahabat Nabi.
Kedua: Memang nama itu adalah Sahabat nabi, namun keikut-sertaan dia dalam pembunuhan Utsman ternyata diriwayatkan dalam riwayat sejarah yang lemah. Hal itu dapat dilihat pada sanad riwayat tersebut yang tidak jarang berisi perawi yang dusta.



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman15