Thursday 28 November 2013

10-12.JT - Caravan of Facepalm I

Kerana faham nilai jerit-payah sebuah kelangsungan hidup di dunia, kita begitu teliti memikirkan tentang kemajuan. Sebuah peningkatan dari masa ke semasa. Demikian juga urusan akhirat di sisi para pencintanya. Sama sekali tidak sanggup diperjudikan bukan. Mau saja dipertingkatkan kuantiti ámal walhasil dorongan kualiti iman yang dijulang oleh ílmunya yang benar.
Berlainan dengan C.o.F. Untuk itu semua...untuk faham nilai iman perlu khuruj bersama mereka dalam rangka merealisasikan ke lima-lima ushul sebelum ini. Maka inilah kemuncak jihad fisabilillah yang dita'wil-ta'wil berkonsepkan pengurbanan diri, masa dan harta demi memperolehi iman yang mantap sekukuh gunung, sesuci kain putih bersih dari noda kesyirikan walaupun sebesar debu. Diperingatkan, tanpa khuruj(pengurbanan di sisi mereka) maka haqiqat iman dan saling bertaáwwun bil birri waat taqwa(bahu-membahu dalam kebaikan dan ketaqwaan) tidakkan tercapai. Macam indah je...
Silibusnya tersusun rapi dengan kalimat² yang menawan hati;  
Dá'wah, tá'lim wa tá'lum(ajar dan mengajar), íbadah dan khidmat. Adapun 4 hal ini terikat dengan 2 saluran pula; 

1.Usaha Maqami(Tempatan):- Terikat dengan nama 5 ámal masjid(tidak termasuk malam shabguzari atau dikenal juga sebagai malam markaz mingguan di masjid kelolaan C.o.F di setiap daerah dan negeri);
i. 2½ jam sehari-semalam untuk berdá'yah.
ii. Fikir harian yakni sesi muhasabah sesama kadet.
iii.Tá'lim kitabi yakni bacaan-bacaan Kitab Fadhail Á'mal atau Hayatus Shahabah terbitan C.o.F. Berbeza dengan jamaáh Árab Saúdi yang lebih maju menggantikannya dengan Kitab Riyadhush Shaalihin(Al-Imam An-Nawawi rahimahullah).
iv. 2 ghust/jaulah yakni berziarah selepas shalat Ásar bagi menjemput penduduk ke majlis bayan(fikir iman dan
ámal)  seusai shalat Maghrib. 1 ghust dilaksanakan di dalam kariáh dan 1 lagi di luarnya.
v. 2 mesyuarat yakni untuk sesi tempatan dan pembentangan laporan di markaz.

2.Usaha Bairani(Keluar dari kariáh ke kariáh yang lain):- Sebuah kesinambungan usaha maqami setelah dimesyuaratkan oleh syura di markaz. Sayugia inilah yang mahsyur kelihatan di mata masyarakat.
i. Khuruj pada tempoh yang telah dimesyuaratkan seperti 3hari, 40hari, 2bulan berjalan kaki, 7bulan, 1tahun dan sebagainya ke luar kariah atau daerah hatta negeri dan negara.
ii. Syubhat tempoh tersebut ditamsil daripada angka-angka yang terdapat di dalam Al-Qur'an seperti kisah Musa álaihissalam pergi meninggalkan kaumnya pada suatu tempoh untuk mengadap ALLAH Subhanahu wa Taála, tempoh janin di dalam rahim  ibu dan lain-lain.
iii. Tak ketinggalan disamakan dengan kadar tempoh pelajar IPTA/IPTS yang mengambil sijil, diploma, ijazah dan seterusnya.
iv. Tempoh yang singkat adalah sebagai pengenalan kepada ahli baru dan tuntutan bulanan bagi ahli veteran. Maka, kecondongan hati akan semakin terpaut dengan kadar tempoh yang lebih panjang. Jesteru bertambah dalamlah  kecintaan dan ketaáshuban terhadap jamaáh ini. Demikianlah pengaruh pertemanan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Kesemua aktiviti ini dinisbatkan pengámalannya kepada ámalan para salafush shaleh yang terdahulu dari awal qurun pertama hingga ketiga. Jadi tidak hairanlah cita-cita besar mereka untuk menduduki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi masih lagi segar hingga ke hari ini melalui keyaqinan tersebut.
Kesamaran pada hal-hal di atas membingitkan minda dengan pelbagai persoalan;

■ Tidak pula ditemukan nash-nash di dalam kitab-kitab yang menyatakan Nabi dan Para Shahabat beraktiviti persis sedemikian. Yang ditemui ialah riwayat antara dialog Ámirul Mukminin Úmar radhiyallahuánhu bersoal-jawab dengan Ummul Mu'minin Hafsah radhiyallahuánha berkenaan isteri yang ditinggalkan suami untuk keluar pergi menjaga perbatasan negeri selama beberapa bulan. [lihat HR Abdurrazzaq dalam Kanzul Úmal dan HR Baihaqi dalam bab Jihad, Hayatus Shahabah]
■ Bagaimana dengan anjuran untuk bersafar syar'í ke 3 masjid ini; Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsha? Mana mungkin dapat ditandingi oleh Masjid Banglawali, Nizamuddin(India), Masjid Rai Win(Lahore, Pakistan) dan  Masjid Kakrail(Dhaka, Bangladesh) dan sekian banyak masjid yang mengandungi quburan di dalamnya?
■ Bagaimana dengan kepedulian mereka tentang hukum bersafar ke negeri kaum kuffar tanpa alasan syar'í? Sedangkan ílmu  agama masih lagi banyak di negeri-negeri kaum Muslimin?
■ Suatu keanehan apabila yang didengung-dengungkan bahawasanya kegemilangan tamadun Islam dapat tercapai melalui keistiqamahan pada gerak-usaha C.o.F ini. Walhasil dari situ yang zhahir pula adalah kebanjiran ahli pidato yang menyandarkan kekhusyu'an mereka pada ra'yu semata.
(?)
■ Sanggupkah kita biarkan anak-anak lelaki kita yang kegersangan ílmu disirami dengan istihsan(menyangka baik pada sesuatu tanpa dasar-dasar syar'í)? Sanggupkah pula kita nikahkan anak perempuan kita dengan kadet-kadet C.o.F?
 

 Wallahul muwaffiq

Sunday 24 November 2013

9-12.JT - Kelam Pandangan Kerna Karam

والطيور على أشكالها تقع 
Dan burung itu akan hinggap di tempat yang sesuai dengan jenisnya.

Sayugia syubhat daripada ushul ke-3 itu terus berjangkit kepada ushul ke-4 pula iaitu Ikramul Muslimeen. Maksud daripada ushul ke-4 ini ialah menunaikan hakhak kaum Muslimeen melalui cara menziarahi mereka dengan membawa risalah dáwah C.o.F. Turut dirincikan oleh mereka maksud ushul ini ialah dengan memuliakan úlama, menghormati orang tua dan mengasihi kanak-kanak. Maka dengan pemahaman ringkas itu kadet-kadet diasuh untuk bersikap ramah-tamah terhadap para pengimarah mushalla serta penduduk sekitar. Lalu melalui ushul inilah didekati masyarakat agar turut serta terjun ke dalam halqah-halqah mereka sebelum dipujuk-rayu untuk khuruj bersama.

Mengimbau kenangan berdialog dengan seorang mudir C.o.F dahulu.

Wahhabi tu apa, ustadz?
Oh...Wahhabi tu Mujassimah! Menjisimkan ALLAH. Enta kena berjaga-jaga dengan kuliah-kuliah di KL.
Jadi kat mana markaz diorang di Malaysia? Arab Saudi tu negara Wahhabi la kan, Ustadz?
Entahlah di Malaysia ni.
Jadi, dah tentu áqidahnya berbeza. Apa sah ke shalat orang kita di belakang imam-imam diorang di Makkah-Madinah selama ni?
Kita HUSNU ZHAN sajalah.

Hah itu dia, Mujassimah(menjisimkan ALLAH)! Maha Suci ALLAH dari sebarang persekutuan. Baginya Mujasimmah terhitung sebagai ahlus sunnah! Inilah dia, huznu zhan(bersangka baik) pada rangka Ikramul Muslimeen(memuliakan kaum Muslimin) versi C.o.F. Dari peringkat bawah sampai ke peringkat atasan memang begitulah caranya, caca-marba ghaflah jingga. Kenapa sewenangnya masih lagi berhusnu zhan walau dah tahu áqidah saling bertentangan? Kenapa masih boleh bermudah-mudah duduk bermajlis bersama firqah yang bertentangan? Walhal pihak yang menyimpang hanya akan menularkan jangkitan syubhat-syubhat mereka sahaja. Ála kulli hal, inilah kerosakan ushul ke-4 tersebut. Memperlecehkan al-haq yang seolah-olah nampak sengkek sangat.

Bukan itu saja. Pemutarbalikan pada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim álaihissalam bersama Siti Hajar dengan Nabi Ismail álaihissalam di lembah Makkah serta Abu Bakr as-Siddiq radiyallahuánhu dalam menyikapi Ghuzwah al-Badr. Kisah-kisah semisal ini adalah di antara kisah yang memotivasikan para kadet agar terus istiqamah dalam dá'yah C.o.F. Dengan motivasi ini jugalah mereka mulai melampaui batas sepertimana yang telah dikhabarkan di sini. Iaitu penyelewengan maksud usaha dan tawakkal pada sisi beriman dengan taqdir terutama dalam soal rezeqi...atas nama husnu zhan kepada ALLAH.

Bahkan terhadap barisan maulena dan buzruk juga serampangan husnu zhan dikalungkan. Sebagaimana contoh perhimpunan mereka di Sepang beberapa tahun kebelakangan dulu. Salah seorang karkun celupar menisbatkan bahawa turunnya hujan pada hari tersebut adalah disebabkan disebabkan fikir, risau dan bimbangnya maulena mereka(?!!!). ALLAH sebagai saksi pada pendustaan tersebut! Wallahu yahdihum. Disangkakan ummat yang menderita dalam permasalahan iman dan ámal. Namun melupakan diri sendirilah sebenarnya yang semakin tenggelam asyiq-masyuq dalam falsafah dan mantiq walhasil ketaksuban diri. Hak kaum Muslimeen apa yang mau ditunaikan jika berterusan begini? Kes-kes isteri terpaksa berkerja menyara keluarga sedang suami sibuk mengendung syubhat menjaja ke merata tempat bukan satu berita rekayasa. Anda atau saudara-mara terdekat hatta kenalan mungkin punya pengalamannya, wal íyadzubillah. Dari kariah ke kariah, pintu ke pintu, lorong ke lorong atas nama pengislahan diri sambil menunaikan hak kaum Muslimin.

Permasalahan pada ushul ini dengan ushul-ushul sebelumnya  memang saling terkait pada permasalahan ílmu. Contohnya di dalam ushul ke-4 ini, C.o.F tidak mengajarkan hal berkaitan wala' wal bara'(cinta dan benci) sesama Muslim dan juga manusia. Tidak pula diajarkan tentang adab-adab bermajlis hatta ada di antara mereka di atas nama ushul ke-4 ini sanggup duduk bersama pembuat bid'áh dan pengekor hawa-nafsu yang lain. Maka disebabkan itu jualah maka C.o.F turut dipertikaikan ke mana hilangnya sifat ámar maáruf nahi munkar yang sepatutnya dituangkan ke dalam dá'yah mereka. Atau mungkin juga kerana jawapannya, husnu zhan? Yakni dengan konsep cukup sekadar menyeru manusia datang ke mushalla. Kerana melalui shalat berjamaah nanti kemungkaran akan dinyahkan tanpa perlu lagi dicegah. Jelasnya ikramul muslimeen di sini berkonsepkan sangka teka C.o.F terhadap sesuatu perkara. Mendidik satu sikap untuk tidak mau memeriksa dengan teliti pada sesuatu perkara kemudian rela mengaburi pandangan matanya sendiri. Dialog saya dengan seorang karkun di suatu masa dahulu,
Kenapa kita perlu duduk meraikan acara ádat orang kampung di surau sedangkan kita tahu itu bukanlah datang dari tuntunan As-Sunnah?
Kita ikramul muslimeen-lah dulu. Lama-lama dioarang faham agama, diorang tinggalkanlah.
Semoga dengan peredaran zaman yang dipenuhi pelbagai prasarana hari ini mampu menjadi sebab-musabab terselamatnya ummat dari kekeliruan yang dibawa oleh C.o.F. Mungkin dalam hal ini saya akan di'husnu zhan'kan sebagai karkun sejuk kerana berlepas diri daripada mereka. Husnu zhan yang disangka-sangka tanda mendapat hidayat itu hanyalah dengan menyertai firqah mereka. Mudah-mudahan suatu hari nanti, lantaran penekanan pada konsep keikhlasan niat dalam menthaáti ALLAH cara Nabi akan menyedarkan karkun dari buaian mimpi menuju realiti kehidupan dunia yang sementara dan kekekalan akhirat.
ALLAHumma ameen.

Wednesday 13 November 2013

8-12.JT - Dzikr Golek Kepala

Ála kulli hal, fenomena burung kakatua bukan saja menjangkiti C.o.F malahan rata-rata orang yang berahi bercakap banyak yang barangkali berat hendak berhenti daripada bercakap. Daripada cakap-cakap yang positif hinggalah kepada yang negatif. Kalau tak, tak adalah pepatah cakap tak serupa bikin, kata dulang paku serpih atau bagai ketam ajar anak berlari dan semisal.  Nampaknya bukan saja kebodohan yang amat dicintai malahan sikap sambil-lewa atau melecehkan sesuatu keutamaan itu sudah meraih kecondongan hati.

Adapun dalam hal terkait C.o.F ini dengan urusan agama pula saya percaya yang paling sesuai ialah bait syair yang juga terdapat di dalam kitab manual mereka sendiri:
كل يدعى وصلابليلى
Semua mengaku-ngaku punya hubungan dengan Laila

وليلى لاتقرلهم بذاك 
Namun Laila memungkiri pengakuan² mereka tersebut.
Jadi, fikir-fikir sendirilah, macam mana kita mengingati kekasih hati kita? Bukankah kita mencintainya setelah kita mengenalinya? Kita faham erti rindu, pengharapan dalam kesetian dan takut kehilangan serta bermacam lagilah. Berbunga-bunganya di hati bila menyebut nama yang dicintai. Cukuplah rasanya saya sebut sebahagian saja fenomena cinta di sini daripada tak pasal-pasal melalut tak jumpa brek nanti. Jadi di sini, tanpa ílmu pastinya tidak mengenal pada sesuatu perkara tersebut. Masakan kita mau mengingati sesuatu yang tidak dikenali. Tentu kita tidak mau berámal tanpa ílmu, kan?

Bukan ramai sangat tapi tidaklah sedikit juga yang mengakui diri sebagai dzakirin haqiqi. Pendek kata  bermacam-macam perangai manusia yang mau bercerita tentang dirinya dan dzikrullah. Ada yang mengaku berdzikr hingga diperlihatkan apa yang ghaib di langit hingga dia tidak sabar mau mati(?). Itu kisahnya aku sewaktu di Rai Wind, Pakistan. Tak kurang juga dek kerana dzikr maka timbullah cerita-cerita kebathinan seolah dia itu penghubung antara alam dunia dengan ghaib. Hingga mengujakan sesetengah orang untuk dijazahkan dzikr khusus daripada maulena-maulena.

Sama seperti halnya zaman kemunculan C.o.F di Malaysia dulu. Daripada perbualan² terdahulu bersama para buzruk mengatakan ramai juga karkun yang tercari² andai ada dzikr ijazah daripada Hadratji atau mana² Maulana. Dzikr ijazah, lafazh dzikr yang khusus diajar oleh mursyid sang shufi berikutan mencontohi hadits pengijazahan dzikr daripada Rasulullah shallallahuálaihi wa sallam kepada Áli radhiyallahuánhu. Aku tak selidik pula keabsahan hadits tersebut namun bagiku apakah dzikir khusus itu sama seperti dzikrnya para kaum Shufi? Kenapa kaum Shufi yang diungkit? Kerana pertalian darah antara C.o.F dengan mereka pada pengasasnya sendiri. Maka pelajaran tentang dzikr ini terdapat pada ushul mereka yang ke-3.
Wallahu taála á'lam.

Friday 8 November 2013

7-12.JT - Ke Medan Tempur Tanpa Senjata II

Untuk mendapat kefahaman dan haqiqat kita kena ulang...cakap lagi dan lagi.
Untuk faham memerlukan pengorbanan, jadi kita kena keluar mengikut nishab(jangka masa).
Inilah sebahagian kaedah C.o.F dalam menimba ílmu. Apalah yang mau diulang jika masih kelabu? Dah memang gelap gambar, habis semua pembicaraan hendak disondol dengan berbagi ra'yu(analogi). Kenapa? Kerana ternyata pada haqiqatnya mereka memilih untuk berámal tanpa didasari ílmu. Cukup sekadar latihan ulang cakap. Latihan agar fasih berpidato di sesi bayan nanti. Ini sudah seperti burung kakatua jadinya. Ya, memang itupun produk tipikal C.o.F. Sedangkan dalam dunia pemasaran produk/servis pun memerlukan kefahaman ílmu yang sewajarnya. Inikan pula agama yang hendak didá'wahkan. Perlu juga dilihat daripada siapa kita mengambilnya dan kepada siapa pula dikongsikan. Daripada ahli ílmukah atau tukang cerita dan penglipur-lara / penghikayat? Wal íyadzubillah, tentulah tak pantas diambil daripada ahli maksiat. Terlebih lagi tidak sekali-kali daripada ahli bid'áh. Juga bukan dari halqah bacaan kitab yang digilirkan sewaktu khuruj. Akhirnya inilah mereka, jurujual burung kakatua.
Kitab ini(Fadhail Á'mal/Muntakhahab Hadits) pun belum khatam, pun belum hafal untuk diámal-sampaikan, inikan mahu belajar kitab lain.
Bukankah kitab(Fadhail Á'mal) ini adalah saringan isi-isi terpenting daripada sekian banyak kitab muktabar yang ada?

Ya Subhanallah, betapa remehnya ílmu di sisi mereka dalam dá'wah. Hebat sungguh mereka dalam memahami perkataan Imam Bukhari rahimahullah di dalam shahihnya;
"Ílmu sebelum ucapan dan perbuatan."

Sementelah kecenderungan hati sudah kepada agama maka patut padannya kecintaan terhadap ílmu pun akan sama naik suburlah juga. Tapi  ini terbalik tergolek entah ke mana, lain macam alergik dengan ílmu? Ditambah pula dengan sikap memusuhi ulama' rabbani yang memimpin ummat kepada al-Quran waas Sunnah menurut kefahaman salaful ummah. Mereka mengumpamakan diri sendiri sebagai awan yang membawa air menghujani bumi di daerah kontang. Sedang úlama' itu hanya tasik yang terbelenggu di balik bukit, sedikit yang dapat memanfaáti berbanding mereka para karkun C.o.F. Tamtsil(perumpamaan) lagi. Nah itulah pun ílmu mereka yang acap dibahaskan. Mabuk tamtsil sepanjang waktu.

Perlu diketahui bahawa ílmu bukan sekadar mengenal mana yang baik dengan mana yang buruk tetapi menunjuki yang terutama baiknya dari sekian banyak yang terbaik dengan yang terjelik buruknya dari sekian banyak yang terburuk. Dan ílmu yang tertinggi itu keberadaannya adalah pada ílmu tauhid. Mengenal DIA dengan sebenar-benar kenal. Namun, sayang sekali khuruj yang dilakukan berterusan setiap tahun 40 hari-4 bulan itu lompong tanpa ílmu. Pergi berdá'wah tanpa ílmu ibaratnya pergi berperang tanpa senjata. Jika ada yang 'cerdik' maka akan berputar-belit pada alasan para Shahabat pun pergi berperang tanpa persenjataan yang cukup. Lihat, ya Subhanallah, berbuat sesuatu hanya dengan zhan semata tanpa benar-benar mengambil pemahaman yang jernih dari sumber yang murni. Atas tuntunan siapakah kalian berámal sedemikian rupa? Dan dengan kacamata apa kalian C.o.F melihat baik-buruknya sesuatu perkara itu? Wallahi, tidaklah itu hanya qias-qias yang dungu. Sengaja membinasakan diri...sengaja membunuh diri dengan terjun ke medan tempur tanpa senjata.
يقولون قولا لم يفهموها
Mereka berucap suatu ucapan yang mereka sendiri tidak memahaminya

وإذا قيل لهم حققوا لم يحققوا
 Dan bila dikatakan: buktikanlah, maka mereka tidak mampu membuktikannya