Friday 29 October 2021

052.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

      ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣7️⃣ (AKHIR)
Akhir Masa Kekhalifahan Utsman


Utsman wafat pada hari Jum'at, 12 Dzulhijjah setelah Asar, dimakamkan di Baqi' antara Maghrib dengan Isyak dalam usia 82 tahun. Beliau disolatkan jenazah oleh Jubair bin Muth'im bersama 16 orang lainnya, namun tidak dimandikan.
[Siyar A'lamin Nubala']

Kesedihan yang sangat dialami oleh para Sahabat Nabi. Abu Humaid as-Sa'idi radhiyallahu'anhu sampai bernadzar bahawa ia tidak akan tertawa sampai meninggal nanti, sebagai bentuk kesedihan yang sangat atas meninggalnya Utsman. Diriwayatkan bahwa Abu Humaid berkata:

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ أَنْ لَا أَضْحَكَ حَتَّى أَلْقَاكَ
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku bernadzar kepada-MU bahwasanya aku tidak akan tertawa hingga berjumpa dengan-MU."
[Siyar A'lamin Nubala']

Qatadah menjelaskan bahawa masa kekhalifahan Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu berlangsung selama 12 tahun kurang 12 hari.
[Siyar A'lamin Nubala']


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahUtsman17