Friday 30 July 2021

046.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

  ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1️⃣1️⃣
Pujian Ali kepada Utsman


Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu pernah menyatakan bahawa Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu adalah orang yang paling baik dalam menyambung silaturrahmi dan yang paling bertakwa. Ali bin Abi Thalib menyatakan:

لَقَدْ كَانَ أَوْصَلَنَا لِلرَّحِمِ وَأَتْقَانَا للهِ عَزَّ وَ جَلَّ
"Sungguh (Utsman adalah) orang yang paling menyambung silaturrahmi di antara kami dan paling bertakwa kepada ALLAH ﷻ."
[H.R Ahmad bin Hanbal dalam az-Zuhud dan adz-Dzahabi dalam Siyar A’lamin Nubala’, al-Khathib dalam Tarikh Baghdad]

Ali juga bersikap mendengar dan taat kepada Utsman saat ia menjadi khalifah. Ali bin Abi Thalib pernah menyatakan:

لَوْ سَيَّرَنِي عُثْمَان إِلَى صِرَارٍ لَسَمِعْت لَهُ وَأَطَعْتُ
"Kalau seandainya Utsman menyuruhku menempuh perjalanan menuju Sirar (sebuah tempat 3 mil (sekitar 4.8km) dari Madinah menuju Irak), nescaya aku akan mendengar dan taat."
[H.R Ibnu Abi Syaibah dalam Musonnaf]

Pujian Ali kepada Utsman juga mencakup pengakuan bahwasanya Utsman adalah termasuk orang yang beriman, beramal soleh, bertakwa dan berbuat ihsan, sebagaimana ALLAH sebutkan dalam firman-NYA surah al-Maidah ayat 93:

لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآَمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh terhadap apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, beriman, beramal soleh kemudian bertakwa dan beriman, kemudian bertakwa dan berbuat ihsan (kebaikan). Dan ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat ihsan."
[Q.S Al-Maaidah 5:93]

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ حَاطِبٍ , قَالَ : ذُكِرَ عُثْمَان , فَقَالَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ : هَذَا أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ يَأْتِيكُمَ الآنَ فَيُخْبِرُكُمْ , قَالَ : فَجَاءَ عَلِيٌّ , فَقَالَ : كَانَ عُثْمَان مِنَ الَّذِينَ {آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ} حَتَّى أَتَمَّ الآيَةَ
Dari Muhammad bin Hathib ia berkata: "Pernah disebutkan tentang Utsman, kemudian al-Hasan bin Ali berkata: Ini Amirul Mukminin datang sekarang, akan mengkhabarkan sesuatu kepada kalian. Kemudian datanglah Ali (bin Abi Thalib) dan berkata:"
"Utsman adalah termasuk orang yang beriman, beramal soleh kemudian bertakwa dan beriman, kemudian bertakwa dan berbuat ihsan. Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat ihsan."
(Ali menyebutkan demikian) hingga akhir ayat.
[Q.S Al-Maaidah 5:93]
[H.R Ibnu Abi Syaibah dalam Musonnafnya]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman11

Friday 16 July 2021

045.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

 ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 🔟
Sangat Gemar Membaca Al-Qur'an


Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu adalah sahabat yang meriwayatkan hadits Nabi:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Qur'an  dan mengajarkannya."
[H.R al-Bukhari]

Kalau seandainya hati kita bersih, nescaya hati tersebut tidak akan pernah kenyang dari membaca firman ALLAH. Utsman bin Affan tidak suka jika melewati hari tanpa memandang mushaf. Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu berkata:

لَوْ أَنَّ قُلُوبَنَا طَهُرَتْ مَا شَبِعَتْ مِنْ كَلامِ رَبِّنَا , وَإِنِّي لأَكْرَهُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَيَّ يَوْمٌ لا أَنْظُرُ فِي الْمُصْحَفِ
"Kalau seandainya hati kita suci, hati itu tidak akan kenyang dari Kalam Rabb kita dan sesungguhnya aku tidak suka jika berlalu suatu hari aku sama sekali tidak memandang kepada mushaf."
[H.R al-Baihaqi dalam al-Asma' was Sifat, Abu Nuaim dalam Hilyatul Awliya', dinukil sebahagian kalimatnya oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam al-Furqaan (1/192)]

Dalam satu rakaat solat malam, Utsman bin Affan biasa mengkhatamkan seluruh isi Qur'an. Subhaanallaah...
As-Saib bin Yazid radhiyallahu'anhu menyatakan:

أَنَّ عُثْمَانَ قَرَأَ الْقُرْآنَ لَيْلَةً فِي رَكْعَةٍ لَمْ يُصَلِّ غَيْرَهَا
"Sesungguhnya Utsman membaca Al-Qur'an (seluruhnya) dalam suatu malam pada 1 rakaat (solat witir). Ia tidak melakukan solat yang lain."
[H.R Muhammad bin Nashr, dinyatakan sanadnya sahih oleh al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Baari (2/482)]

Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu adalah termasuk sahabat yang hafal seluruh isi Al-Qur'an. Tidaklah beliau mempelajari 10 ayat Al-Qur'an dari Rasulullah ﷺ kecuali beliau juga berusaha mengamalkan isinya. Beliau menggabungkan ilmu dan amal terhadap Al-Qur'an.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menukil ucapan Abdurrahman as-Sulami –seorang tabi’i-:

حَدَّثَنَا الَّذِينَ كَانُوا يُقْرِئُونَنَا الْقُرْآنَ عُثْمَانُ بْنُ عفان وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ وَغَيْرُهُمَا أَنَّهُمْ كَانُوا إذَا تَعَلَّمُوا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ آيَاتٍ لَمْ يُجَاوِزُوهَا حَتَّى يَتَعَلَّمُوا مَافِيهَا مِنْ الْعِلْمِ وَالْعَمَلِ قَالُوا فَتَعَلَّمْنَا الْقُرْآنَ وَالْعِلْمَ وَالْعَمَلَ
"Telah menceritakan kepada kami orang-orang yang mengajari Al-Qur'an kepada kami: Utsman bin Affan dan Abdullah bin Mas'ud dan selain keduanya bahawasanya mereka jika mempelajari 10 ayat dari Nabi ﷺ tidaklah melampauinya hingga mempelajari kandungan ilmu di dalamnya dan pengamalannya. Mereka berkata:"
"Maka kami mempelajari Al-Qur'an dari sisi ilmu dan pengamalan."
[Majmu’ Fataawa Ibn Taimiyyah (13/308)]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman10