Wednesday 27 March 2013

1.5-Liga Superhero Mambang Coklat


Apa itu paku bumi? Apa bisa tangan, pemanis, penggerun dan
sebagainya?


        Pengaruh dunia mistik ke atas orang Melayu masih mendalam akarnya.  Kalau bab² superstitous  tentulah kemain suka. Teruja sangatlah segelintir intelek-biol Melayu kita. Magis sana-sini; meniaga tak laku kononnya disantau, tak kahwin² kononnya kerap sangat jadi pengapit, pun dah kahwin pulak katanya diguna-gunakan, biawak melintas itu sialan alamatnya dan bermacam-macamlah alasan orang pemalas ini. Malas nak mengaji dan malas nak mengkaji...dari tadika sampailah universiti. Makan suap, tidur mau lelap dan semuanya nak sedap² belaka. Dasar pemalas terutamanya bila soal ugamalah. Membaca novel cintan-cintun, novel merepek merapu meraban dan lagu²(muzik) siang-malam sanggup pula bersusah-payah untuk disebatikan dengan diri. Selebriti pun lebih dikenal daripada...(sambunglah sendiri). Maknanya, agamanya telah menjadi acara sampingan.

Adapun tanda inshaf yang sering didengari ialah kehendak untuk mempelajari tajwid, mau dengar nasyid(muzik), mau kenal makhraj dan mau asyik mendengarkan tazkirah melebihi daripada menadah kitab. Dan bukan mau kenal Tuhan dengan sebenar-benar kenal terlebih dahulu. Alamat baik inshafnya apabila dia berjaya jadi tekong tahlil atau  marhaban(baca, meraban) maupun maulid(sambut harijadi), qasidah dan barzanji. Asyik² kena kencing dengan ustadz 25% ajelah jawabnya. Dari berhingus sampai terbongkok terhincut. Innalillahi wa inna ilayhi raajiún!

Tangan atas bahu-mata terbelalak ke atas
(Wallahi aku bukan mujahir!)


Tak laser kan? Kalau nak tacing²  toksah baca sebab perkongsian akan datang ada manfaatnya, insyaALLA, sememangnya ubat kebenaran yang pahit untuk ditelan.. Jadi, sediakan hati untuk tahan lasak bagi menelaah ayat-ayat seterusnya. Fatafadhdhal...

Shufi(Sufi)
Aku sendiri pun pernah terkesan. Nak kena tempuh jugak rupanya aku dengan kebodohan itu. Jadi kelas pertama pemalas dan bodoh melekat setepek di muka sendiri. Bermula dengan silat kebathinan kemudian entah macam mana terjebak pulak dengan sudut lebih jauh, lebih gelap. Boleh bayangkan gelapnya tak? hahaha. MALAS nak bukak  lampu sebab itulah masyarakat kita suka bergelap kan? Maki-hamun pada kegelapan aje yang tau.

Baiklah.
Punyalah bersusah-payah nak menguak dimensi yang tak masuk dek áqal. Aku pun belajarlah perubatan alternatif lalu tentunya menerima tumpuan sebahagian manusia. Alternatif  bagi khurafiyun (penggemar khurafat)! Hadanahallahu ánhum. Episodnya melarat bila aku meng'islam'kan beberapa kerat jampi-keramat supaya nampak lebih religious  gitu, ahaaa.....Itupun disebabkan terpikatnya dengan kisah² mencarik adat. Kononnya magis itu semua adalah al-ma'unah. Kanak² lain ralit bermain, aku seorang diri terperuk di dalam bilik sibuk menelaah dan menyalin pelajaran mistik itu dan ini. Tentulah mengujakan kalau dah setiap jampi tersebut mendatangkan kesan segera yang selama ini hanya dapat didengar dan ditonton sahaja. Laksana mee segera gamak cepatnya.

Hurmm... Teringat berlalunya masa melepak dengan kaum tua sebaya abah. Ada geng 'bawah pokok', ada geng Restoran Mubarak dan macam bagailah. Jesteru bila sebut saja mencarik adat terus ada saja ceritanya. Contohnya tentang orang yang baru pergi dan pulang dari menunaikan haji di Makkah dengan sekelip mata sehari-semalam atau ditemui di beberapa tempat yang berlainan dalam satu masa(?). Apalah budak hingusan seperti aku ini reti selok-belok berkenaan ibadat haji untuk membagaimanakan kemampuan manusia dalam menunaikan haji pada suatu jangka masa yang singkat? Entahkan wukuf entahkan tidak di Arafah? Selain itu, didengarkan kisah seorang laki² yang boleh terbang di pucuk pisang, tak lut bakar dek api ataupun berbasikal merentas lebuhraya Karak dari Kuala Lumpur ke Kuantan hanya kurang ½ malam(?). Sehinggalah kisah tersohor yakni mesyuarat jemaah para wali di Bukit Qauf, Makkatul Mukarramah. Di manakah lokasi Bukit Qauf? Menggaruk kepala bukan kerana gatal bagi budak secerdik aku...hihihi...Cuma memikirkan takde pulak watak² tersebut muncul saat kegawatan masyarakat. Manalah tau boleh jadi superhero kan? Kan? Kannnnn?