Friday 19 June 2020

032.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣8⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.2


Nasihat Umar untuk Pemuda yang Menjenguknya

Saat Umar terluka menjelang meninggal dunia, kaum muslimin datang silih berganti menjenguk beliau. Salah satunya adalah seorang pemuda yang menghibur Umar dengan menyebutkan sebahagian dari keutamaan beliau yang sangat banyak. Setidaknya ada 4 hal utama yang disebutkan oleh pemuda itu sebagai kebaikan Umar, iaitu menjadi Sahabat Nabi, termasuk terdepan masuk Islam, kemudian menjadi pemimpin yang adil dan yang terakhir adalah beliau di ambang mendapatkan mati syahid. Pemuda itu berkata:

أَبْشِرْ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ بِبُشْرَى اللَّهِ لَكَ مِنْ صُحْبَةِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ وَقَدَمٍ فِي الْإِسْلَامِ مَا قَدْ عَلِمْتَ ثُمَّ وَلِيتَ فَعَدَلْتَ ثُمَّ شَهَادَةٌ
Bergembiralah wahai Amirul Mu’minin dengan khabar gembira dari ALLAH untuk anda. Anda sebagai Sahabat Rasulullah ﷺ dan menjadi (salah satu yang) terdepan dalam Islam sebagaimana anda ketahui. Kemudian anda menjadi pemimpin yang adil. Kemudian (di hadapan anda akan terjadi) mati syahid.
[H.R al-Bukhari]

Pujian-pujian itu tidak membuat Umar besar kepala dan lupa diri. Sungguh jauh sifat itu dari Umar. Beliau menjawab:

وَدِدْتُ أَنَّ ذَلِكَ كَفَافٌ لَا عَلَيَّ وَلَا لِي
Aku sudah sangat senang jika (kebaikan-kebaikan itu) menebus (dengan dosa-dosaku).
[H.R al-Bukhari]

Subhanallah... Demikianlah jiwa seorang beriman. Ia akan banyak berbuat kebaikan dan berusaha sebaiknya dalam mempersembahkan ibadah terbaik kepada ALLAH. Namun ia tidak ujub dan bangga diri. Justeru merasa khuatir dosa-dosanya lebih banyak dari kebaikannya. Ia khuatir ALLAH tidak menerima amal ibadahnya. Sebagaimana ALLAH ﷻ
sifatkan keadaan mereka:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
Dan orang-orang melakukan kebaikan, namun hati mereka takut (tidak diterima) dan (mereka meyakini) bahwa mereka akan dikembalikan kepada Rabb mereka.
[Q.S al-Mu'minun 23:60]

Pada saat pemuda itu berbalik pergi, Umar melihat kain sarung yang dikenakan pemuda ini melampaui mata kaki bahkan terseret olehnya.

فَلَمَّا أَدْبَرَ إِذَا إِزَارُهُ يَمَسُّ الْأَرْضَ
Ketika pemuda itu berbalik akan pergi, ternyata (kain) sarungnya menyentuh tanah.
[H.R al-Bukhari]

Melihat hal itu, Umar menyuruh agar pemuda itu dipanggil kembali untuk dinasihati, kerana ia telah menjulurkan kain, mengenakannya dari atas hingga melampaui mata kaki (isbal). Ketika pemuda itu telah berada di hadapan Umar, Umar memberikan nasihat:

يَا ابْنَ أَخِي ارْفَعْ ثَوْبَكَ فَإِنَّهُ أَبْقَى لِثَوْبِكَ وَأَتْقَى لِرَبِّكَ
Wahai putera saudaraku, angkatlah pakaianmu (hingga di atas mata kaki) kerana itu lebih menjaga pakaianmu dan lebih bertakwa kepada Rabbmu.
[H.R al-Bukhari]

Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu dalam keadaan luka parah yang menyebabkannya meninggal, masih menyempatkan diri untuk mengingkari kemunkaran. Tidak ada perasaan segan atau kekok dalam menyampaikan kebenaran, meski sang pemuda tadi baru saja memuji-muji beliau dengan beberapa kebaikan. Hal ini juga menunjukkan bahawa masalah isbal, iaitu mengenakan pakaian dari atas dijulurkan hingga melampaui mata kaki bagi para lelaki adalah dosa besar, bukan suatu hal yang boleh dipandang remeh. Jika itu hanyalah dosa kecil, Umar tidak akan bersungguh-sungguh memanggil pemuda itu kembali untuk dinasihati. Kerana Umar sendiri dalam keadaan kritikal menjelang meninggal dunia.

Memang benar bahwa isbal itu termasuk dosa besar. Nabi ﷺ bersabda:

مَا أَسْفَلَ مِنَ الْكَعْبَيْنِ مِنَ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
Bahagian kain dari sarung yang lebih rendah dari mata kaki, itu berada di Neraka.
[H.R al-Bukhari dari Abu Hurairah]

Apakah isbal hanya berlaku untuk sarung saja? Al-Imam adz-Dzahabiy –seorang Ulama Syafiiyyah- berpendapat bahwa hal itu berlaku juga untuk sirwal (celana), gamis, mahupun jubah. Beliau menjelaskan hal itu dalam kitab al-Kabaair ketika menyebutkan dosa besar di nombor 55.

Nasihat Umar kepada pemuda itu juga menunjukkan bahawa sekadar perbuatan isbal itu saja sudah merupakan dosa. Meskipun tidak diniatkan sebagai kesombongan. Kerana Umar tidak menasihati pemuda itu dengan menanyakan:
Apakah engkau melakukannya kerana sombong? Atau Umar memberikan perkecualian kepadanya dengan menyatakan:
Kecuali jika engkau melakukannya bukan kerana kesombongan. Umar tidak bersikap demikian.
Bahkan dalam hadits Nabi, disebutkan bahawa perbuatan isbal itu sendiri sudah merupakan bagian dari kesombongan. Baik seseorang meniatkannya atau tidak.

وَإِيَّاكَ وَإِسْبَالَ الْإِزَارِ فَإِنَّهَا مِنَ الْمَخِيلَةِ وَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمَخِيلَةَ
Jauhilah perbuatan isbal pada sarung, kerana hal itu termasuk bahagian dari kesombongan, dan sesungguhnya ALLAH tidaklah menyukai kesombongan.
[H.R Abu Daud]

Apabila isbal juga diiringi dengan kesombongan dalam hati, ini adalah dosa yang lebih besar lagi. Seseorang yang berbuat demikian terancam tidak dilihat, diajak bicara dan disucikan oleh ALLAH ﷻ, serta baginya siksaan yang pedih.

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ
Dari Abu Dzar radhiyallahu'anhu dari Nabi ﷺ  beliau bersabda:
Ada 3 golongan yang ALLAH tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, ALLAH tidak akan melihat dan mensucikan mereka, dan bagi mereka seksaan yang pedih.
(Abu Dzar berkata) Rasulullah ﷺ menyebutkan hal itu tiga kali. Abu Dzar berkata:
Sungguh celaka dan merugi mereka. Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Nabi menyatakan:
(Iaitu) seorang (laki-laki) yang isbal, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian, dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.
[H.R Muslim]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar18

Thursday 11 June 2020

031.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣7⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.1


Pertemuan Umar dengan Abu Lu'lu'ah Sebelumnya
Siapakah Abu Lu'lu'ah? Mengapa ia boleh masuk Madinah? Apa yang membuatnya membunuh Umar?

Abu Lu'lu'ah adalah seorang Majusi dari Parsi. Saat penaklukan Parsi di masa pemerintahan Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu ia tertawan sebagai budak (hamba sahaya). Selanjutnya ia menjadi budak milik al-Mughirah bin Syu'bah. Abu Lu'lu'ah mahir bertukang seperti membuat pisau dan senjata lainnya, kemudian menjualnya. Al-Mughirah bin Syu'bah meminta kepada Umar agar diizinkan hamba sahayanya itu bekerja di Madinah mencari penghasilan di sana.

Sebenarnya Umar berat hati untuk memberikan laluan kepada orang-orang kafir non-Arab memasuki Madinah. Namun, akhirnya permintaan al-Mughirah bin Syu'bah tersebut dituruti oleh beliau.

Abu Lu'lu'ah boleh mencari penghasilan di Madinah, memanfaatkan keahliannya menghasilkan kerja tangan. Namun, sebagai budak tentunya ia tidak memiliki kekuasaan penuh terhadap harta yang dimilikinya. Kerana harta yang dimilikinya adalah juga milik tuannya, al-Mughirah bin Syu'bah.

Sebenarnya, al-Mughirah bin Syu'bah radhiyallahu'anhu yang merupakan Sahabat Nabi juga, bukanlah seorang yang zhalim. Beliau faham hak-hak orang lain, walaupun itu budak yang di bawah kekuasaannya. Meski beliau tahu bahawa budaknya mampu mencari penghasilan dengan menjual (hasil) kerja tangannya, beliau tidak membebani pekerjaan yang banyak untuk budaknya itu. Beliau tidak semena-mena. Beliau hanya meminta 120 dirham tiap bulan atau 4 dirham tiap hari. Itu bukanlah jumlah yang besar jika melihat penghasilan yang mampu didapatkan oleh Abu Lu'lu'ah. Akan tetapi Abu Lu'lu'ah ini selalu mengeluh.

Suatu ketika, Abu Lu'lu'ah mengadukan hal itu  kepada Umar. Ia merasa al-Mughirah bin Syu'bah telah membebaninya dengan beban yang berat. Namun, setelah Umar tahu berapa penghasilan Abu Lu'lu'ah dan berapa pekerjaan yang harus diberikan kepada tuannya, Umar melihat bahawa itu masih ringan. Apalagi, Abu Lu'lu'ah ketika mengadu kepada Umar itu hanya menceritakan penghasilannya dari menjual alat penggilingan saja. Ia tidak menceritakan pendapatan dari kerja lain yang dihasilkannya. Umar bin al-Khaththab pun memberi nasihat kepada Abu Lu'lu'ah;

لَقَدْ كَلَّفَكَ يَسِيْراً، انْطَلِقْ فَاعْطِ مَوْلَاكَ مَا سَأَلَكَ
"Sebenarnya al-Mughirah bin Syu'bah hanya membebanimu dengan suatu
yang sedikit. Pergilah, berikan kepada tuanmu seperti yang dia minta."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqat]

Umar telah benar dalam nasihatnya tersebut. Perasaan penolakan dalam diri Abu Lu'lu'ah boleh jadi merupakan motivasi tambahan baginya untuk membunuh Umar. Selain boleh jadi kerana dia adalah seorang Majusi yang membenci Islam, sangat benci pada Umar yang kerana di masa kepemimpinan beliaulah Parsi ditakluk hingga Abu Lu'lu'ah menjadi budak. Wallahu A'lam. Saat beliau mengtahui bahawa yang membunuhnya adalah Abu Lu'lu'ah, Umar menyatakan:

قَاتَلَهُ اللَّهُ لَقَدْ أَمَرْتُ بِهِ مَعْرُوفًا
"Semoga ALLAH membinasakan dia, sungguh aku telah
memerintahkan hal yang ma'ruf (baik) kepadanya."
[H.R al-Bukhari]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar17