Saturday 15 August 2015

Dawrah Malaysia Syawwal 1436H

Bismillah,

Alhamdulillah ála kulli hal, walaupun tak dapat mengikuti sepenuhnya dawrah lewat 3 negara (Indonesia-Malaysia-Singapura) baru-baru ini. Namun hanyasanya ALLAH jua yang mampu membalas dengan ganjaran yang banyak terhadap pihak panitia yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan dawrah tersebut. Ní'mat rakaman yang mereka ikhtiarkan, bi'idznillah moga dapat dimanfaátkan sebaiknya. Dawrah ini, acara yang dinanti-nantikan semenjak Ramadhan lagi. Walhamdulillah, akhirnya terqabulkan jua pada 21 Syawwal di Batam. Taushiyah pembuka yang sungguh mengesani hati dengan tajuknya, Ta'awun Di Atas Bimbingan Al-Qur'an was Sunnah, Teladan Salaf Dalam Bermuamalah dan Bahaya Kesyirikan[1]. Disusuli pula pada 22-24 Syawwal di Johor Bahru dengan kajian Kitab At-Tashfiyah waat Tarbiyah lisy Syaikh Al-Albani rahimahullah[2]. Dan akhir sekali pada 25 Syawwal di Singapura dengan kajian Kitab Al-Ushul fi at-Tafsir Al-Qur'an lisy Syaikh Ibn Útsaimin rahimahullah[3]. Betapa giatnya para Asatidzah Ahlussunnah hafizhahumullah mencurahkan kudrat dan segenap tumpuan mereka bagi menyampaikan risalah  dá'wah Islamiyah ini. Demikianlah yang terzhahir kelihatan, tak terbayangkan kelelahan Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf hafizhahullah, pengasuh Má'had Daarul Atsar Al-Islami Tasimalaya, Jawa Barat Indonesia. Sungguh ini adalah ní'mat karunia istimewa daripada ALLAH ke atas hamba-hamba-NYA.
Ní'mat mempelajari ílmu syar'í.

Adapun inti dawrah ini terletaknya pada kajian Kitab At-Tashfiyah waat Tarbiyah lisy Syaikh Al-Albani rahimahullah[4]. Jesteru itu, bagi masyarakat awwam seperti saya. Yakni yang sering tertanya-tanya...

Mengapa ummat Islam berpecah-belah[5] saling menghujat[6]? Saling memerangi antara satu sama saling? Bilakah kita semua akan bersatu-padu di bawah panji Islam sebagaimana zaman kegemilangan suatu masa dahulu? Aduhai kita ini sekarang tertindas dan adakah hidup hanya dengan mengenang nostalgia lama saja? "Save Gaza!" "Anti Yahudi!" "Anti korupsi!" "Rasuah!"
...Atau bagi para pencinta keamanan yang mengagungkan materi sebagai titik-tolak sebuah solusi permasalahan ummat[7]? Atau juga bagi para ugamawan yang menyangka diri mereka sedang menuntut keádilan dalam membela agama ini[8]. Hatta kepada para politikus agamis[9] sekalipun? Nah, dengan mendengarkan kajian kitab[10] ini, bi'idznillahi taála, akan menjadi matahari yang menerangi malam buat kita semua. Dan seandainya ditoleh ke dawrah lalu, insyaa-ALLAH akan didapati ianya saling berkaitan. Pastinya tidak terlepas dari pembicaraan tentang keutamaan yang paling mendasar iaitu TAUHID[11].

Adapun selain itu, tema-tema taushiyah yang dibawakan turut tidak kurang pentingnya. Kesemuanya merupakan ajakan agar kita bertauhid kepada ALLAH Tabaraka wa Taála dengan sebenar-benarnya. Dalam pada kita mendiagnos tiap permasalahan ummat yang tumbuhnya dari benih-benih syahwat[12], syubhat[13] dan amarah[14]. Yakni dikeranakan 3 penyakit inilah; dilegitimasasikan riba[15] buat menggantikan keabsahan jual-beli[16] (yang rata-rata kita buat dahulu-belajar kemudian)[17]. Dan banyak juga contoh-contoh penyelewengan isu yang disinggung oleh muallif seperti status khamr(minuman yang memabukkan)[18], bersenang-lenang dengan muzik[19], seruan ashabiyah agar tá'shub[20] kepada diri, álim-úlama'[21], mazhab tertentu[22] serta kelompok-kelompok tertentu[23], prejudis terhadap fiqh muqaran(perbandingan hukum) hatta penceraian agama menjadi bahagian kulit dan isi[24] dan banyak lagi.

Ála kulli hal, akan didapati bahawa úlama'[25] yang menjadi doktornya ummat ini bukan calang-calang hanya sekadar mendiagnos puncanya[26] penyakit[27] kronis yang telah dihidapi sekian lama tadi semata. Malahan sudah dipersiapkan bersama preskripsi ubat[28] yang terbaik. Insyaa-ALLAH tidak akan kurang dos[29] atau terlebih dosnya jika kembali merujuk[30] kepada nasihat kesihatan yang telahpun diberikan. Nescaya...akan didapati ubat ini ternyata mujarab[31].

Hanyasanya orang yang memilih untuk terus leka sahaja akan mencari penyakit[32] lain buat mengubati penyakit lamanya. Wallahul mustaán.



Jum'át | 29 Syawwal 1436H