Saturday 29 November 2014

Dawrah Malaysia Muharram 1436H

Bismillah,


Alhamdulillah, wash-shalatu wassalamu ála rasulillah wa ála aalihi wa ashhabihi wa man waalah.
Amma ba'd,

Sudah hampir sebulan dawrah ílmiah ahlussunnah berlalu, sementara masa tetap terus berjalan. Terimbas yang pada saat ini di waktu hari-hari dawrah berjalan, saya dan al-Akh Abu Úmair Fareen sedang berbual hijaunya ujian pahit-manis yang kami lalui dalam menuntut ílmu agama.

Kuala Lumpur - 4 Hari Sebelum

Rintangan dalam Dá'wah[1]
Tajuk bagi taushiyah yang bermula ba'da maghrib kemudian berikutnya ba'da ísya' sungguh mengesan di hati. Seakan diri ini seumpama anak kecil yang sedang diluruskan oleh sang ayah agar sentiasa mengawasi keikhlasan niat dari sebarang kegelinciran. Diperingatkan untuk sering mengawasi diri sendiri dari penyakit-penyakit hati... Tentang sebuah ancaman bayang-bayang sendiri. Baik terkait pada secebis pengurbanan yang dicurahkan mahupun pengalaman yang diraih sepanjang kembara ílmu ini. Nasihat yang sungguh ringkas namun maknanya mendalam menyentuh hati nan fuad. Ternyata, betapa penting taufiq dari-NYA untuk berámal dengan nasihat-nasihat tersebut. La hawla wa la quwwata illa billahil áliyil ázhim.

Di taushiyah tersebut, bagi ikhwanuna yang hadir sewaktu sesi pertama di Kuala Lumpur, sekiranya perasan... Al-Ustadz Luqman baÁbduh hafizhahullah ada memberi isyarat akan bab kajian kitab yang bakal dilangsungkan di Johor nanti. Walhamdulillah kajian kitabnya, kitab[2] Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Khams Al-Kubra[3] oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Úmar bin Salim Bazmul hafizhahullah sungguh mengujakan. Semoga ALLAH Tabaraka wa Taála memberkahi syaikh yang menulisnya dan juga ustadzuna yang berusaha keras mengajar kami. Juga tak kurang utama, semoga dikurniakan kita akan taufiq-NYA untuk berámal dengan ílmu tersebut.

Di samping itu, bi'idznillahi taála, akan kembali berlangsunglah harapnya dawrah ílmiah ahlussunnah kali kedua tak lama lagi dalam tahun 1436H ini. Dengan harapan kita semua terpilih untuk memanfaátkan waktu tersebut. Hayakumullah.


Ahad | 08 Shafar 1436H