Friday 18 December 2020

035.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 2⃣1⃣ 

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.5 

Umar Meninggal Dunia

 

Duka yang mendalam menyeliputi kaum muslimin. Pemimpin yang adil telah pergi. Pintu penutup fitnah telah rosak. Akan datang fitnah bergelombang datang menyerbu, sebagaimana Nabi sabdakan dalam hadits Hudzaifah di atas (lihat #SirahUmar13). Kematian sebagai syahid, seperti yang telah dikhabarkan oleh Nabi saat mendaki gunung Uhud. Umar sendiri pun mengharapkan kematian sebagai syahid itu. 
 
Pada hari Rabu, 3 hari sebelum berakhirnya bulan Dzulhijjah, tahun 23 hijriyah, menutup masa perjuangan hidup sang khalifah ke-2. Perjalanan kepemimpinan yang berhiaskan ketakwaan kepada ALLAH selama 10 tahun 5 bulan 21 malam, berakhir di usia 63 tahun. 
 
Kematian dalam keadaan yang juga sangat diidam-idamkan Ali bin Abi Thalib. Beliau sangat berharap menghadap ALLAH dengan membawa amal seperti Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu. 
Saat jenazah Umar telah dimandikan, dikafani dan disolatkan, Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu menyatakan: 
 
مَا خَلَّفْتُ أَحَدًا أَحَبَّ إِلَىَّ أَنْ أَلْقَى اللَّهَ بِمِثْلِ عَمَلِهِ مِنْكَ وَايْمُ اللَّهِ إِنْ كُنْتُ لأَظُنُّ أَنْ يَجْعَلَكَ اللَّهُ مَعَ صَاحِبَيْكَ وَذَاكَ أَنِّى كُنْتُ أُكَثِّرُ أَسْمَعُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ « جِئْتُ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَدَخَلْتُ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَخَرَجْتُ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ ».فَإِنْ كُنْتُ لأَرْجُو أَوْ لأَظُنُّ أَنْ يَجْعَلَكَ اللَّهُ مَعَهُمَا.
"Tidaklah aku tinggalkan seorang pun yang paling aku sukai untuk nanti berjumpa ALLAH semisal amalannya dibandingkan engkau (Wahai Umar). Demi ALLAH, aku benar-benar menyangka ALLAH akan menjadikan engkau bersama 2 Sahabatmu (Nabi dan Abu Bakr). Kerana aku sering mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:"
"Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar."
"Sungguh aku berharap dan menyangka ALLAH menjadikan engkau bersama keduanya (Nabi dan Abu Bakr)."
[H.R Muslim dari Ibnu Abbas] 
 
Kita, kaum muslimin sepeninggal Umar bin al-Khaththab, tidak mampu mencapai tingkatan Abu Bakr dan Umar, namun dengan kecintaan kepada Rasul, Abu Bakr dan Umar, kerana ALLAH, kita berharap semoga ALLAH menyatukan kita dengan mereka di syurga-NYA. 
 
Pada saat seseorang menemui Nabi ﷺ bertanya kepada beliau bilakah datangnya hari kiamat? Nabi menjawab: 
"Apa yang engkau persiapkan untuknya?" Orang itu menyatakan: 
"Tidak ada. Namun aku mencintai ALLAH dan Rasul-NYA ﷺ." Nabi menyatakan: 
 
أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
"Engkau akan bersama orang yang engkau cintai"
Mendengar hal itu, Anas bin Malik radhiyallahu'anhu menyatakan: 
 
فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ ﷺ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
"Tidak ada kegembiraan bagi kami melebihi ucapan Nabi ﷺ: Engkau bersama orang yang engkau cintai."
 
Kemudian Anas berkata: 
 
فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ ﷺ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ
"Aku cinta kepada Nabi ﷺ, Abu Bakr, dan Umar. Aku berharap dapat bersama mereka kerana kecintaanku kepada mereka, meski amalanku tidak seperti amalan mereka."

[H.R al-Bukhari dan Muslim]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar21