Friday 29 May 2020

030.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣6⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 1.3

Ibnu Abbas berkeliling pada sekumpulan orang-orang, majoritinya bersedih, menangis setelah mengetahui keadaan Umar. Bahkan sebahagian mereka berkata:

لَوَدِدْنَا أَنَّ اللهَ زَادَ فِي عُمُرِكَ مِنْ أَعْمَارِنَا
"Sungguh kami berharap agar ALLAH mengambil usia kami untuk ditambahkan pada usia anda (wahai Umar)."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqatul Kubra]


Duhai demikian besar kecintaan rakyat kepada Umar, sang Amirul Mukminin.
Didapati maklumat bahawa pembunuh Umar adalah Abu Lu'lu-ah, seorang Majusi, hamba sahaya milik al-Mughirah bin Syu'bah. Sebelumnya, Umar tidak mengetahui hal itu dan sempat berpesan kepada Ibnu Abbas:

"Janganlah kalian tergesa-gesa bertindak terhadap pembunuhku."

Umar diberi tahu bahwasanya orang itu telah bunuh diri. Mendengar hal itu Umar mengucapkan inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Setelah diberi tahu bahawasanya pembunuhnya adalah Abu Lu'lu-ah seorang Majusi, Umar pun bertakbir:
"Allahu Akbar." Umar bersyukur bahawa pembunuh beliau bukan seorang muslim. Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu berkata:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَجْعَلْ مِيتَتِي بِيَدِ رَجُلٍ يَدَّعِي الْإِسْلَامَ
"Segala puji bagi ALLAH yang tidak menjadikan kematianku di tangan seorang lelaki yang mengaku sebagai Muslim."
[H.R al-Bukhari]

Diriwayatkan juga bahwa Umar berkata:

الْحَمْدُ لله الَّذِي لَمْ يَجْعَلْ قَاتِلِي يُحَاجَّنِي عِنْدَ اللهِ بِسَجْدَةٍ سَجَدَهَا قَطُّ
"Segala puji bagi ALLAH yang tidak menjadikan pembunuhku nanti akan berhujjah di hadapan ALLAH kerana (setidaknya) ia pernah satu kali sujud untuk ALLAH."
[H.R Ibnu Syihab]

Sebahagian Ulama berdalil dengan atsar Umar ini bahawa seorang muslim yang membunuh secara sengaja masih dapat diharapkan ampunan ALLAH untuknya (disarikan dari Fathul Baari syarh Shahih al-Bukhari karya Ibnu Hajar (7/64)). Ertinya, ia masih dapat berhujjah untuk mengharap ampunan dengan keIslamannya yang mengandung ibadah solat.


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar16