Sunday 12 October 2014

Syahwat & Syubhat Jamaátut Tableegh

Bismillah,



Betapa suasana yang kerap tidak dihiraukan rupa-rupanya memainkan pengaruh yang tidak kurang besarnya terhadap kehidupan manusia. Umpama air yang kan mengeras apabila tinggal di dalam peti beku.


Dan di sini betapa bermanfaát sekiranya peristiwa lampau diambil sebagai pelajaran[1]. Contohnya pertembungan di antara dá'wah al-haq dengan dá'yah bathil; Faktor-faktornya yang pastinya saling berlawanan. Di antara fikrah yang futuristik melangkau sempadan masa dunia dengan fikrah yang dibelenggu oleh zon selesa diri atau himpitan semasa atau juga keterikatan pada ádat-budaya setempat yang menjadi perisai rapuh bagi mempertahankan dá'yah bathilnya. Saya percaya rata-rata masyarakat awwam mengetahui kurang lebihnya kaitan ini dengan kisah suasana masyarakat awwam yang hanyut bersama Namrud, Firáun dan banyak lagi yang pastinya bersumberkan Al-Qur'an dan Al-Hadits. Naám, sebagaimana diketahui bahawa dulu-dulu, terdapat suasana kepercayaan yang mengatakan bumi ini bersegi bentuknya atau ibarat telur atau berada dihujung tanduk seekor haiwan raksasa. Dan pada suasana tersebut pendapat ini diterima-pakai. Begitu juga yang mengatakan 1 tambah 1 dan tambah 1 jumlahnya ialah 1, maka jadilah 3 dalam 1. Pun diterima-pakai. Jadi apa kaitannya dengan hari ini?


"Sampaikanlah walau satu ayat." Itulah mafhum hadits[2] yang dikotori oleh suasana 'jahil' sebagai pemangkin. Bertongkatkan sangka dan teka sahaja sudah cukup melariskan keraguan khabar berita yang bersambung-putus rangkaiannya itu menyebar dari bibir ke bibir. Wallahu mustaán, betapa ramai yang menyangka dirinya berniat baik namun entah berapa ramai pula yang tidak memperolehinya[3].


ALLAHu Rabbuna Tabaraka wa Taála memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki untuk dikurniakan petunjuk dan disesatkan. Bersyukurlah di dalam setiap suasana tersebut masih kedapatan segelintir insan[4] prihatin lagi mulia yang rela bersusah-payah dalam menuntut ílmu agar dapat dijelaskan kepada manusia akan aroma-aroma sangkaan yang menerpa kebanyakan diri. Dan saya pula hanyalah sebahagian orang awwam yang memanfaáti[5] penjelasan mereka(úlama')rahimahumullah wa hafizhahumullah. Jesterunya di sini adalah perkongsian tak seberapa yakni biidznilah bebas sangka dan teka malah merujuk kepada nasihat-nasihat[6] daripada insan-insan mulia tadi jua adanya. Dipersilahkan bagi yang rajin dan berani-baarakallahu feekum-untuk meneliti sumbernya. Dan semoga ALLAH Ázza wa Jalla mengurniakan bantuan kepada saudara-saudara yang kecerdasan áqal mereka masih dirantai oleh kesempitan suasana di atas tadi. Wallahi, ini bukanlah pula satu provokasi mencari pertarungan; mendebat orang álim, menjengkelkan orang bodoh ataupun mengharapkan imbuhan dunia. Yang diharapkan hanyalah wajah ALLAHu Rabbuna Tabaraka wa Taála semata-mata. Hayyakumullah!


Oleh itu, saudara-saudaraku kaum Muslimin secara peribadi mahupun yang terdapat dari kalangan waris-kerabatnya yang sedang berjinak-jinak dengan suasana Jamaátut Tableed(JT), maka renungilah jawaban jujur dalam rangka ámar má'ruf nahi munkar di bawah ini dengan tenang lagi tidak tergesa-gesa. Mohon diperhatikan dari pangkal permasalahan áqidah hinggalah pucuk cabangannya. Oleh itu, carilah pendalilan yang terang lagi bersuluh akan keabsahannya. Mogakan terlihat perbezaan pencari kebenaran jujur dengan pencari pembenaran yang dungu.
Dipersilahkan...

■ SYUBHAT JT ■
JT bukanlah jamaáh/kelompok tapi gerakan. Kerana 'tableegh' itu sendiri adalah sifatnya kata kerja.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Sifat(tableegh) itu digerakkan melalui majlis syura[7] dalam mewakili sifat tersebut. Majlis syura tersebut terdiri daripada beberapa individu yang diangkat sebagai 'pakar rujuk' bagi memesyuaratkan agar sifat ini dapat bermanifestasi melalui tatacara mereka ke dalam bentuk perkumpulan. Ya, kumpulan atau kelompok atau jamaáh dengan sistematik dan ushul-ushulnya yang tersendiri, oleh para pendirinya. Nah, masih samar lagikah bahawa JT adalah jamaáh atau lebih tepat sebagai firqah yang tersendiri secara makna dan lafadznya? Atau nampaknya ada yang kurang jelas apakah yang dikenal sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaáh[8] dengan Ahlul Bidá' wal Firaq[9]? Pastinya dengan terjun ke kubangan haiwan liar takkan ditemukan roti dan air minuman. Begitulah perumpamannya khuruj bersama JT[10], anda tidakkan sekali-kali menemukan jawaban.

■ SYUBHAT JT ■
Para Shahabat Nabi keluar berdá'wah dengan banyaknya jamaáh dibentuk tersebar ke seluruh alam.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Bagaimana dengan penafian JT bukanlah sebuah jamaáh namun kemudian menjadikan Para Shahabat sebagai penisbatan sesebuah jamaáh pula?
▫ Tidak dikenal Para Shahabat[11] mendá'wahi tauhid kepada ummat dengan adunan filsafat dan ra'yu mereka melainkan hanyalah mengikut aturan daripada Nabiyyuna Muhammad shallallahuálaihi wa sallam baik secara berseorangan mahupun ber'jamaáh'[12].
▫ Baraakallahu feekum. Tahniah kerana cuba bercerminkan Shahabat dalam beragama. Namun apakah para Shahabat pula yang memiripi dá'yah 'tauhid' versi JT[13]?
▫ Mengatas-namakan Para Shahabat dalam menghalalkan suatu kebid'áhan adalah memiripi kaum Rafidhah sahaja.
▫ Siapakah pula dikalangan Para Tabiín dan Atba' Tabiín yang memiripi mereka?

■ SYUBHAT JT ■
Inilah kerja Nubuwwah, kerja qurun emas yang telah lama ditinggalkan ummat. Inilah madrasah bergerak!
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ ALLAH tidak sekali-kali memungkiri janji. Dan Rasul-NYA turut tidakkan berdusta bahawa keaslian agama ini akan terjaga hingga qiamat tanpa memerlukan sebarang penambahan atau
pengurangan yang ditelunjuki oleh hemat suasana kecerdasan di setiap zaman. Dan tetap kan wujud hingga qiamat dari ummat Nabiyyuna Muhammad shallallahuálaihi wa sallam yang memikul beban amanah agama ini dan tak termudaharatkan oleh celaan manusia walau sedikitnya mereka[14]. Maka tiada lubang kosong dalam sejarah di mana tiada ummat yang memikul amanah menjaga keaslian agama ini bukan?
▫ Malahan konsep madsarah bergerak oleh JT itu hanya suatu musibah. Suatu perbuatan aneh yang tidak dicontohkan oleh generasi terdahulu yakni sekumpulan juhalak dan pencandu mistik yang tidak mengerti tentang hadits[15] lalu merayau-rayau di setiap belahan bumi menyeru manusia kepada kelompok mereka.

■ SYUBHAT JT ■
Kalau tak khuruj bagaimana ummat terdahulu mendapat hidayah? Bukankah melalui asbab pengurbanan orang-orang terdahulu juga?
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Mereka, orang-orang terdahulu tidaklah berjalan di atas apa yang dilandaskan oleh JT dan JT pula sama sekali tidak mencontohi mereka dalam penyebaran Islam(melalui jalan ílmu)[16]. Adapun jaulah/khuruj/rehlah ílmu JT itu hanyasanya meniru-niru gaya kerahiban[17] kaum Shufiyyah di abad-abad kebanjiran ílmu kalam terdahulu jua.
▫ Ternyata sekali JT tidak mampu mendatangkan hujjah(yang shahih) di atas tuntunan siapakah dari kalangan mutaqaddimin salafunash shalehin[18] dalam mereka berbuat dan bersikap melainkan pemutar-balikan fakta mengikut suasana mereka.

■ SYUBHAT JT ■
Banyaknya manusia memperolehi hidayat Islam melalui JT.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ ALLAH Ázza wa Jalla memberi dan mengambil kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki. Melalui apa-apa jalan yang DIA kehendaki. Ada yang melalui melihat kebenaran maka dikenalkan itu adalah kebenaran. Ada pula yang melalui melihat kesalahan maka dikenalkan kepada selainnya(kebenaran). Tidak sia-sia DIA mengajarkan kita mengenal kebaikan untuk diámalkan dan kejelekan untuk dihindari.
▫ Adakah perlu dibenarkan firqah-firqah bathil yang ada apabila sebilangan manusia kembali beriman kepada ALLAH asbab melalui mereka? Bagaimana manusia yang mendakwa dia beragama Islam di atas pegangan Jahmiyyah atau Rafidhah?

■ SYUBHAT JT ■
Kerana JT, ummat mengenal tikar sejadah. Shalat awal waktu bersama imam tanpa ketinggalan takbiratul ula pun dicapai. Bukankah persaksian ALLAH dan Rasul diberikan bahawa hanya orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir sahaja yang memakmurkan rumah ALLAH?
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Betapa ALLAH Maha Berkuasa memelihara agama ini melalui tangan-tangan orang fasiq lagi dungu.
▫ Apa hukumnya mendirikan shalat di masjid yang mengandungi quburan[19]? Dan bagaimana pula dengan qubur lain diluarnya masjid tersebut yang dibiarkan untuk disembah dipuja[20]? (apa mungkin itu termasuk ukuran beriman kepada ALLAH dan hari akhir?). Walaupun kadet JT yang pernah berkubang ke markaz JT sedunia di India, Pakistan dan Bangladesh dungu untuk menjawab dari segi hukum syariát namun mereka masih mengerti di sebalik pertanyaan ini. Wallahul muwaffiq.
▫ Tidakkah iman itu í'tiqad di hati, ikrar di lisan dan perlaksanaan anggota tubuh, tidak bersifat juziyyah?
▫ Seakan terlihat warisan kaum Shufi yakni inti áqidah diperolokkan dengan mengedepankan gambaran luaran diri kepada manusia.

■ SYUBHAT JT ■
Dá'wah JT dengan kasih-sayang. Bukan menghujat dan mencela manusia serta firqah-firqah yang menyelisihi kita.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Inilah bentuk husnu zhan yang disuntik oleh JT ke dalam benak senak penganutnya agar melumpuhkan generasi ámar má'ruf nahyi munkar[21]. Dibutakan mata, dipekakkan telinga, dibisukan lisan dan dicacatnya jasad dari membanteras penyimpangan atau pengkhianatan manusia terhadap kesucian Islam. Betapa dayusnya mereka terhadap ahlul bathil yang lain.
▫ Apakah celaan ke atas Namrud, Firáun, Qarun dan semisal mereka oleh ALLAH Ázza wa Jalla itu tidak tepat?
▫ Bagaimana pula sikap Nabiyyuna shallallahuálaihi wa sallam terhadap musyrikin Makkah dan munafiqin Madinah pada kesesatan dá'yah mereka?
▫ Bahkan kemudian diikuti pula oleh Khulafa' ar-Rasyidin serta pengikut mereka sepanjang zaman membantah penyimpangan yang diada-adakan oleh kaum yang mengaku sebagai Muslim, yang mana turut berslogankan Al-Qur'an was Sunnah?
▫ Entah apa pula yang JT nilaikan pada sikap orang tua yang setelah dorongan dan amaran tidak memberi kesan lalu dirotan anaknya yang berusia 10 tahun setelah kerana tidak shalat? Apakah itu satu kebencian wahai kalian para pecandu mistik?
▫ Pernah saya sendiri mendengar dulu dari teman sepejabat bahawa Rafidhah itu masih perlu didá'wahi yakni diadakan ghust/khususi(bermakna ziarah dalam dialek JT) terhadap mereka. Hebat sungguh mereka dari para salafush shaleh terdahulu dalam menyikapi kaum yang menyimpang terutamanya Rafidhah. Inna lillahi wa inna ilayhi rajiún.

■ SYUBHAT JT ■
Orang cerdik pandai bijaksana-bijaksini tetap di rumah tidak ke surau-masjid. Ummat tidak dapat memanfaátkan ílmu mereka bahkan mereka menjadi kaldai yang memikul kitab-kitab. Asbab-musabab JT-lah mereka dapat mendekat kembali ke surau-masjid.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Baarakallahu feekum. Fikir, risau dan bimbang terhadap ummat itu amatlah bagus sekali. Namun adakah dibebankan ke atas JT yang serba jahil diselubungi syubhat untuk bertanggungjawab menitipkan hidayah ke hati-hati manusia? Pun orang yang tertipu menyangka dirinya berílmu pula diajak berkongsi maklumat. Hanyalah terlihat si buta produk JT sedang menuntun si buta dari kalangan masyarakat[22]. Alangkah indah sekiranya dirujuki úlama' ahlussunnah untuk dipelajari ílmu syar'í sebelum berkata-kata dan berámal.
▫ Úlama'-lah ahli ílmu, maka kepada mereka kita tanyakan jika tidak mengerti kerana mereka para álim sememangnya bergelumang dengan permasalahan-permasalahan berkaitan. Melainkan jika JT benar-benar ingin menobatkan diri sebagai ruwaibidhah[23] bagi membenarkan hadits Nabiyyuna Muhammad shallallahuálaihi wa sallam.

■ SYUBHAT JT ■
Yang turut serta bersama kami ada di antaranya keturunan itu-keturunan ini(ada dakwaan sebagai dari susur-galur keturunan Para Shahabat).
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Anak-cucu Nabi Adam álaihissalam ada yang di atas petunjuk dan sebaliknya. Masing-masing dipermudahkan ke mana arah mereka diciptakan dan tidaklah seseorang hidup di atas taqdir orang lain pula. Al-jawwab,  sejak bila nashab menjadi ukuran kebenaran?
▫ Dan siapa pula kali ini yang sanggup memikul amanah bagi mentashihkan nashab tersebut?
▫ Ini mirip syubhatnya Rafidhah[24] yang dengan keji telah membunuh ahlul bait Nabiyyuna Muhammad shallallahuálaihi wa sallam kemudian tampil mendakwa mereka adalah dari nashab tersebut.
▫ Ini mirip syubhatnya Shufi[25] yang berselindung di balik topeng kelembutan akhlaq, syariát baharu dan hiburan muzik[26] turut kedepan mengaku-akukan berasal dari nashab ahlul bait Nabiyyuna Muhammad shallallahuálaihi wa sallam.
▫ JT sekali lagi mempertimbangkan kebenaran dengan mengambil tolok ukur dari kaum-kaum yang disebut tadi bagi membela kefanatikan mereka.

■ SYUBHAT JT ■
Saya jahil, iman lemah. Dikeranakan itulah saya khuruj untuk memperbetulkan iman-yaqin bukan untuk mengajar manusia. Semata-mata mengislah diri sendiri.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Hadakumullah, telahpun diperakukan akan kejahilan diri[27]. Hentikan dari menular penyakit tersebut.
▫ Jika jujur mengakui kebodohan diri, begitu pula apakah yang hendak disampaikan(tableegh)? Berkongsi keraguan?
▫ Memperbetulkan(yang sepatutnya ialah *menguatkan secara makna) iman tidak melalui jalan menuntut ílmu tentunya suatu keanehan. Tambah aneh lagi dengan penerapan tá'lim wa tá'lum(haqiqatnya sesi bertukar-tukar pandangan)  sebagai sebuah prinsip pengislahan yang diserukan secara berjamaáh dan dilaksanakan kemudian pun secara berjamaáh. (Pun masih menafikan JT ialah sebuah kelompok tersendiri)
▫ *Perkataan 'memperbetulkan' iman-yaqin yang sering bermain di bibir JT mungkin sekadar lafadz sahaja, melainkan benar-benar berí'tiqad bahawa iman mereka ternyata sudah diragui oleh diri sendiri atau saling meragu-ragukan. Atau boleh jadi memang  rusak batal dan hendak diperbaiki atau perbaharui jika tetap mau menepati perkataannya di awal. Wal íyadzubillah.

■ SYUBHAT JT ■
Purana sathi(Orang lama) yang tidak lagi bersama JT dihitung sebagai tidak lagi mendapat hidayat sama seperti orang awwam lainnya. Malahan jika purana sathi yang menghujat JT ditambah hitung sebagai tidak ikhlash.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Betapa tingginya tembok sangkaan itu hingga menumbuhkan parasit fanatik di setiap permukaannya. Memberhalakan JT sebagai perbendaharaan hidayat itu suatu dakwaan yang berat, namun dalamilah pengakuan-pengakuan secara makna mereka sendiri.
▫ Tanpa perlu ditanyakan lagi, jelas kadet khuruj yang puluhan tahun mendá'yahi manusia itupun belum mampu untuk menghuraikan apakah itu ath-Thaifatul Manshurah, al-Firqatun Najiyah, as-Salafiyyah yang kaitannya dengan Ahlus Sunnah wal Jamaáh. Inikan pula jika dakwaan bahawa terkumpul pada mereka ciri-ciri tersebut.
▫ Bukanlah lagi suatu keanehan apabila sang jahil mentazkiyyah suatu kumpulan manusia hanya dengan berintikan pengalaman dan membolak-balik belakangkan Al-Qur'an dan Hadits sebagai sumber rujukan. Yang aneh adalah apabila ada yang masih membela dan mengikuti bersamanya setelah mengetahui pencerahan sebenar.

■ SYUBHAT JT ■
Segala penghujatan yang diberikan adalah tohmahan dan dakwaan kosong oleh kebanyakannya daripada kalangan Ahlel Hadits atau Wahhabiyah semata.
○ BANTAHAN TERHADAPNYA ○
▫ Ahlel Hadits[28]? Apa tidak ditelaáh karya úlama' silam siapakah yang menjaga kemurniaan agama ini?
▫ Wahhabiyyah[29]? Meniru-niru lagi sikap hizbiyyah. Yakni nampaknya sudah bersekongkol samada dengan Shufi atau Syiáh kerana 2 firqah tersebutlah yang paling kencangnya merekayasa syubhat untuk memalingkan ummat daripada al-haq dengan bermacam label gelaran yang akhirnya menghantui mereka sendiri.
▫ Sekali lagi, berkata-kata tanpa ílmu. Sudahlah tidak mengenal ciri-ciri ahlul haq, inikan pula mahu menuduh ahlul haq sebagai ahlul bathil sepertinya. Telah ditiru sekali lagi sikap hizbiyyun yang meludah ke langit bercakap di hadapan cermin.
▫ Dan sekali lagi, inilah warisan sikap[30] para hizbiyyah terdahulu apabila menghadapi al-haq sebagai senjata akhir-akhir mereka; menyerang dengan gelar sebelum atau selepas serangan fizikal
dilaksanakan. Berdakwa-dakwi mencintai kebenaran dan membenci kebathilan. Namun ketidakjujuran terserlah di akhirnya. Wallahul mustaán.
Wallahu taála á'lam bish shawab. Begitulah kurang lebih skrip tipikal yang dipersenjatakan oleh JT dalam membela kefanatikan mereka. Hendak dikarang lagi tentang syubhat tentu tak terdaya dengan keterhadan sumber ílmu yang ada. Tak berani memandai-mandai dan sedar diri di mana sepatutnya saya berhenti. Walaupun syubhat itu terus berevolusi dari masa ke semasa namun tetaplah dikenal-pasti ia akan para álim Ahlus Sunnah wal Jamaáh yang mana hanya diketahui pula oleh orang awwam lagi jahil seperti kita setelah syubhat itu berlalu. Mudah-mudahan kita sentiasa mengikat diri kepada ílmu[31] dan ahlinya yang lahir di sepanjang zaman[32]. Dan semoga apa yang dihidangkan ini diambil iktibar tentang bagaimana perihalnya insan dan perkumpulan manusia yang memuji dan mencela sesuatu permasalahan. Juga mengenal dakwa-dakwi yang tidak mampu dibuktikan secara ílmiah melainkan dibuat-buat olahan setiap rinciannya melalui kecerdasan sendiri yang hujung-hujungnya hanya akan membingungkan ummat. Kepalsuan dibela dan dipuji sebagai suatu keindahan. Keaslian dinafikan dan dicela sebagai momokan ngeri. Ya, malang sekali jika nasib orang yang dituntun oleh orang buta melewati medan tempur yang sedang berkecamuk[33]. Begitulah halnya mereka para kadet dari Jamaátut Tableed haqiqatnya. Terkurunglah mereka di dalam suasana benua Hindi yang kemudian mendorong mereka untuk memaksa-maksakan(takalluf) diri dalam mempamerkan kelazatan cinta yang dibuat-buat.

كل يدعى وصلابليلى
Semua mengaku-ngaku punya hubungan dengan Laila

وليلى لاتقرلهم بذاك

Namun Laila memungkiri pengakuan-pengakuan mereka tersebut.

Semoga ALLAH memahamkan saudara-saudara kita yang terlibat untuk mengikhlashkan niat dengan sebenar-benarnya. Mohon maaf sekiranya penghujjahan ini masih tidak mampu menarik keluar tahap pemikiran mereka kepada penglihatan yang lebih luas. Ya, kita adalah insan yang adakala tersilap dan terlupa dan juga tergesa-gesa. Tak salah belajar untuk bermuhasabah merenung diri untuk memperbaiki kepada yang lebih baik lagi[34]. Dan kita bukanlah ibarat ikan yang tidak berubah dagingnya dek kerana masinnya air laut. Wallahul muwaffiq.



Ahad  | 17 Dzul Hijjah 1435H