Tuesday 31 August 2021

048.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

    ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1️⃣3️⃣
Khabar dan Isyarat Nabi Bahawa Utsman Akan Meninggal Sebagai Syahid


Saat Nabi sedang berjalan di atas bukit Uhud bersama Abu Bakar, Umar, dan Utsman, tiba-tiba Uhud bergetar. Nabi menyatakan:

اثْبُتْ أُحُدُ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ وَصِدِّيقٌ وَشَهِيدَانِ
"Tenanglah Uhud, kerana sesungguhnya di atasmu ada seorang Nabi, shiddiq dan 2 orang yang akan mati syahid."
[H.R al-Bukhari dari Anas bin Malik]

Dua orang syahid yang dimaksud Nabi adalah Umar dan Utsman.
Dalam sebuah kebun kurma yang berpagar, Abu Musa al-Asy'ari pernah menemani Nabi. Tiba-tiba datang seseorang minta izin masuk. Nabi menyatakan:
"Bukakanlah pintu untuknya dan beri khabar gembira ia dengan syurga." Ternyata itu adalah Abu Bakr. Berikutnya, ada lagi seseorang yang meminta izin masuk, Nabi menyatakan:
"Bukakanlah pintu untuknya dan beri khabar gembira ia dengan syurga." Ternyata orang tersebut adalah Umar. Pada kali ke-3, ada seseorang lagi yang meminta izin untuk masuk. Nabi bersabda:

افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ عَلَى بَلْوَى تُصِيبُهُ
"Bukakanlah untuknya dan berikan khabar gembira untuknya dengan syurga atas musibah yang menimpanya."
[H.R al-Bukhari]

Ternyata orang itu adalah Utsman. Saat Abu Musa al-Asy'ari menyampaikan pesan Nabi kepada Utsman itu, Utsman memuji ALLAH kemudian menyatakan:
"Allaahul Musta'aan (ALLAH jualah tempat meminta pertolongan)."


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman13