Friday 3 August 2018

Dawrah Nasional AsySyariah ke-16 1439H

Dawrah Nasional AsySyariah ke-16[1]

Bismillah,



Segar lagi dalam ingatan. Lantai jubin Jakarta Islamic Center(JIC) yang kuning kehijauan. Replikanya kipas kertas di silingnya. Suasana masjid padat hatta melimpah ke luar masjid. Kelihatan dari arah mihrab muncul para asatidzah (hafizhahumullah) seperti al-Ustadz Luqman Ba'baduh, al-Ustadz Syafruddin, al-Ustadz Usamah Mahri, al-Ustadz Muhammad Afifuddin, al-Ustadz Muhammad Rijal dan lain-lainnya. Ada di antara mereka yang menjadi murtajim (penerjemah) bagi sang alim nan berganti-ganti memberikan penerangan mengikut kajian tematik masing-masing. Mereka (hafizhahumullah) yakni ulama' tersebut ialah: asy-Syaikh Abdullah bin Shalfiq azh-Zhafiri[2], asy-Syaikh Arafat al-Muhammadi[3], asy-Syaikh Abdul Wahid al-Madkhali[4] dan asy-Syaikh Fawwaz al-Madkhali[5]. Kemeriahan suasana itu turut dihadiri oleh para penguasa tempatan yang dijemput rasmi buat meraih buah-buah ilmu Islam. Adapun kedudukan kami pula berada di saf pertama sayap kanan masjid, yakni setentang dengan beduk gergasi serta replika mushaf Qur'an. Kami:

Johor Bharu
Abu Zaid Sazali

Kuala Lumpur
Abul Abbas Mohd Shukri sebagai amir safar ikhwah salafy dari Malaysia
Abu Mas'ud Aiman sebagai imam solat dalam safar kami
Abu Muhammad Mulia
Aizad
Mohammad Danial

Pahang
Saya sendiri, Abu Maryam Mohammad

Penang
Abu Ahmad Syakir
Abu Jarir Syahmi


Lihatlah, aduhai, betapa sedikitnya kami. Demikian beberapa ikhwah lain yang asalnya dari Mesir, Tunisia, Amerika dan lain-lain cukup terhitung dengan jari saja. Adapun yang hadir dari seluruh Indonesia, masyaa-ALLAH wa tabarakallah, berduyun-duyun ramainya. Ada yang berjalan kaki, bermotosikal, berkereta malah dengan bas saja sudah berpuluh buah! Yang lebih menakjubkan pada saya secara peribadi adalah kepanitian. Ya, selok-belok pengurusan pada jumlah manusia yang sebegitu ramai. Ini sebagaimana dimaklumkan oleh pihak panitia bahawa bancian kehadiran pada dawrah tahun lepas sahaja sudah sekitar 15 ribu orang! Diperhatikan aturcara mereka menyusun komunikasi dengan para masyaikh mengikut tarikh yang dimesyuaratkan, penempatan lokasi, pembahagian tugasan dari sambutan di gerbang masuk JIC, pendaftaran, rakaman sehingga berlanjut pula ke Ma'had Al-Anshar serta Masjid Agung Manunggal Bantul yang terletak kurang lebih 500km dari JIC. Sungguh ini beban tanggungjawab yang sangat berat. Berangan-angan sekiranya acara seperti ini dapat dikelolakan di Malaysia suatu hari nanti. Mudah-mudahan sikap celik fakta tentang realiti Islam semakin berkembang lalu menguburkan ideologi fanatisme mazhab disulami fabrikasi adat-budaya Melayu selama ini. Ameen.


Seketika fokus tatkala berlangsungnya dawrah, rindu datang menyapa. Rindu terhadap para ikhwah yang dahulunya bersama. Ada yang berhalangan untuk hadir disebabkan kesihatan, kewangan dan tanggungjawab lain yang tidak dapat dielakkan. Yang agak melukakan hati ialah segelintir yang tersungkur ke dalam fitnah sha'afiqah[6] (orang yang tidak memiliki ilmu) vs so'faqih[7] (kebijaksanaan yang syok sendiri). Dalam sebanyak-banyak fitnah yang datang dan pergi, mereka tertewas apabila meninggalkan keberkahan bersama ulama' kibar[8]. Demi mendukung tuduhan sha'fiqah terhadap para masyaikh, mereka memilih so'faqih sebagai pakaian manhajnya. Hadahumullahu wa iyyana. Saya percaya ikhwah lain turut mencintai mereka sebagaimana saya yang jauh lebih hijau ini. Namun, seperti yang kami semua maklum, al-haq[9] itu lebih berhak untuk diberikan keutamaan dalam kecintaan ini. Wallahul mustaan wa ilayhi musytaka wa la hawla wa la quwwata illa billah. Begitulah, fitnah adalah saringan. Menyaring tulus-ikhlas tiap insan di atas manhaj ini. Fitnah adalah saringan, seumpama api yang membersihkan karat besi dari emas murni. Jesteru, tiada yang hendak dihairankan jika ramai yang berguguran(karat besi) lalu menyisakan sedikit sahaja ikhwah(emas murni).



Berbalik kepada perihal dawrah ini, bagi yang masih belum mendengar kajiannya silalah muat-turun ya [klik di sini]. Semoga bermanfaat.




Jum'at | 21 Dzul Qa'da 1439H

Nota kaki:
[1] https://daurahnasional.com
[2] http://tukpencarialhaq.com/2018/01/04/tazkiyah-al-allamah-al-fauzan-dan-al-allamah-rabi-bin-hadi-kepada-asy-syaikh-abdullah-bin-shalfiq-hafizhahumullah/
[3] http://forumsalafy.net/rekomendasi-al-allamah-asy-syaikh-rabi-bin-hadi-terhadap-dr-arafat/
[4] http://forumsalafy.net/pujian-asy-syaikh-rabi-bin-hady-al-madkhaly-kepada-asy-syaikh-abdul-wahud-al-madkhaly-dan-anjuran-untuk-mengambil-ilmu-darinya/
[5] http://forumsalafy.net/nasehat-emas-asy-syaikh-fawwaz-bin-aly-al-madkhaly-hafizhahullah/
[6] https://www.atsar.id/2018/03/apa-itu-shaafiqah-penjelasan-syaikh-rabi.html
[7] http://www.alfawaaid.net/2017/10/nasehat-untuk-menjaga-ukhuwwah.html
[8] http://forumsalafy.net/audio-keberkahan-bersama-para-pemuka-ulama/?pdf=390
[9] http://tukpencarialhaq.com/2018/04/18/arahan-dan-bimbingan-sang-ayah-al-allamah-rabi-bin-hadi-al-madkhali-untuk-anak-anaknya-di-indonesia/