Saturday 9 May 2015

Dawrah Malaysia Rajab 1436H


Bismillah,

Alhamdulillah, berbanyak-banyak syukur kepada ALLAH, Rabb sekalian alam yang telah memberikan kami peluang untuk mempelajari salah satu cabang ílmu dari sekian banyak ílmu Islam.  Maka bertemakannyalah dawrah kali ini berlangsung iaitu ílmu warisan[1]. Ílmu yang menjadi salah satu bahagian alamat mendekatnya hari qiamat. Ílmu yang sejujur-jujurnya pada saya teramatlah mencabar masa dan minda dalam upaya memfokuskan diri. Ditambahkan pula dengan kurangnya persediaan fizikal. Wallahul mustaán.

Pada acara dawrah kali ini, kami telah mengundang salah seorang mantan murid barisan pertama Má'had as-Salafy Jember yang diasuh oleh Al-Ustadz Abu Ábdillah Luqman baÁbduh hafizhahullah. Beliau yang setelah itu menyambung lagi pengajiannya ke Fiyush, Yaman, lalu kemudian pulang ke tanah air dan kini menjadi pengasuh di Anshorussunnah Mantingan, Ngawi, Jawa Timur, Indonesia[2]. Beliau adalah Al-Ustadz Abu Ábdirrohman Huda Ngawi hafizhahullah. Yang bersemangat menerangkan berulang-kali kajian ini waima di senggang waktu rehat berlanjut kembali ke waktu kajian berikutnya.

Adapun tajuk kitab kajian kali ini iaitu Kitab Ar-Ra'id fi Ílmi Al-Faraidh[3] karya Dr.Muhammad Al-Íed Al-Khathrawi hafizhahullah. Sebagaimana yang telah saya jelaskan tadi, memangnya sungguh mencabar. Bukan sekadar sisi fokusnya bahkan untuk menghadam agar benar-benar faham terkait ílmu fatwa[4], nasab[5] dan hisabnya[6]. Yang mana ia berlingkar pada muwarits(si mayyit), warits(pewarisnya) dan mauruts(harta warisan) dan isu-isu berkaitan[7]. Untuk memahami lebih lanjut maka perlulah diulang-kaji kajiannya lagi dan lagi ya. Tak kurang cabaran akan bertambah sulit jika tidak betul-betul difahami dari awal. Semoga kita dipermudahkan. Adapun selain itu terdapat sebuah lagi kitab kajian yang menyusul setelah itu, iaitu Kitab Ahkamul Janaiz[8] karya Asy-Syaikh Al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah. Menarik dan mencabar bukan?

Demikianlah serba ringkas tentang dawrah yang berlangsung di pusingan pertengahan tahun 1436H ini. Dan tak lama lagi di bulan depan yakni 16 - 26 haribulan Syá'ban, insyaa-ALLAH akan menyusul pula Dawrah Ílmiah Ahlussunnah wal Jamaáh 'Asy-Syariáh ke-11'[9] di Yogjakarta. Insyaa-ALLAH yang bakal diundang antaranya adalah Asy-Syaikh Khalid azh-Zhafiri(Kuwait), Asy-Syaikh Badr al-Anazi(KSA), Asy-Syaikh Usamah al-Ámri(KSA), Asy-Syaikh Fuád al-Ámri(KSA) dan Asy-Syaikh Árafat al-Muhammadi(Yemen) hafizhahumullah. Alangkah cepatnya masa berlalu. Seakan baru kelmarin ke Dawrah Miratsul Anbiya ke-10[10] di tahu lepas 1435H. Hajat di hati ingin ke sana, namun seakan agak berhalangan dengan beberapa hal yang perlu diuruskan. Mudah-mudahan ALLAH Subhanahu wa Taála memudah-lancarkan acara dawrah ini dan rombongan-rombongan yang hadir terutama sekali buat saudara kami dari Malaysia-Singapura ke sana nanti.
ALLAHumma ameen.



Sabtu  | 20 Rajab 1436H