Friday 18 December 2020

035.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 2⃣1⃣ 

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.5 

Umar Meninggal Dunia

 

Duka yang mendalam menyeliputi kaum muslimin. Pemimpin yang adil telah pergi. Pintu penutup fitnah telah rosak. Akan datang fitnah bergelombang datang menyerbu, sebagaimana Nabi sabdakan dalam hadits Hudzaifah di atas (lihat #SirahUmar13). Kematian sebagai syahid, seperti yang telah dikhabarkan oleh Nabi saat mendaki gunung Uhud. Umar sendiri pun mengharapkan kematian sebagai syahid itu. 
 
Pada hari Rabu, 3 hari sebelum berakhirnya bulan Dzulhijjah, tahun 23 hijriyah, menutup masa perjuangan hidup sang khalifah ke-2. Perjalanan kepemimpinan yang berhiaskan ketakwaan kepada ALLAH selama 10 tahun 5 bulan 21 malam, berakhir di usia 63 tahun. 
 
Kematian dalam keadaan yang juga sangat diidam-idamkan Ali bin Abi Thalib. Beliau sangat berharap menghadap ALLAH dengan membawa amal seperti Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu. 
Saat jenazah Umar telah dimandikan, dikafani dan disolatkan, Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu menyatakan: 
 
مَا خَلَّفْتُ أَحَدًا أَحَبَّ إِلَىَّ أَنْ أَلْقَى اللَّهَ بِمِثْلِ عَمَلِهِ مِنْكَ وَايْمُ اللَّهِ إِنْ كُنْتُ لأَظُنُّ أَنْ يَجْعَلَكَ اللَّهُ مَعَ صَاحِبَيْكَ وَذَاكَ أَنِّى كُنْتُ أُكَثِّرُ أَسْمَعُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ « جِئْتُ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَدَخَلْتُ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَخَرَجْتُ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ ».فَإِنْ كُنْتُ لأَرْجُو أَوْ لأَظُنُّ أَنْ يَجْعَلَكَ اللَّهُ مَعَهُمَا.
"Tidaklah aku tinggalkan seorang pun yang paling aku sukai untuk nanti berjumpa ALLAH semisal amalannya dibandingkan engkau (Wahai Umar). Demi ALLAH, aku benar-benar menyangka ALLAH akan menjadikan engkau bersama 2 Sahabatmu (Nabi dan Abu Bakr). Kerana aku sering mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:"
"Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar."
"Sungguh aku berharap dan menyangka ALLAH menjadikan engkau bersama keduanya (Nabi dan Abu Bakr)."
[H.R Muslim dari Ibnu Abbas] 
 
Kita, kaum muslimin sepeninggal Umar bin al-Khaththab, tidak mampu mencapai tingkatan Abu Bakr dan Umar, namun dengan kecintaan kepada Rasul, Abu Bakr dan Umar, kerana ALLAH, kita berharap semoga ALLAH menyatukan kita dengan mereka di syurga-NYA. 
 
Pada saat seseorang menemui Nabi ﷺ bertanya kepada beliau bilakah datangnya hari kiamat? Nabi menjawab: 
"Apa yang engkau persiapkan untuknya?" Orang itu menyatakan: 
"Tidak ada. Namun aku mencintai ALLAH dan Rasul-NYA ﷺ." Nabi menyatakan: 
 
أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
"Engkau akan bersama orang yang engkau cintai"
Mendengar hal itu, Anas bin Malik radhiyallahu'anhu menyatakan: 
 
فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ ﷺ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
"Tidak ada kegembiraan bagi kami melebihi ucapan Nabi ﷺ: Engkau bersama orang yang engkau cintai."
 
Kemudian Anas berkata: 
 
فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ ﷺ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ
"Aku cinta kepada Nabi ﷺ, Abu Bakr, dan Umar. Aku berharap dapat bersama mereka kerana kecintaanku kepada mereka, meski amalanku tidak seperti amalan mereka."

[H.R al-Bukhari dan Muslim]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar21

Friday 9 October 2020

034.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 2⃣0⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.4

Penunjukan Kumpulan Kecil untuk Memilih Khalifah Pengganti


Memilih pemimpin bagi kaum muslimin adalah bukan urusan yang kecil. Namun, tidak setiap orang dilibatkan dalam pemilihan pemimpin. Pemilihan pemimpin di masa Sahabat Nabi melalui 2 cara.

Pertama
Penunjukan dari pemimpin sebelumnya. Seperti Abu Bakr menunjuk Umar sebagai penggantinya.

Kedua
Pemilihan pemimpin dilakukan oleh kumpulan khusus yang merupakan kumpulan orang-orang berilmu dan bertakwa. Itulah yang dilakukan oleh Umar.

Sunnah dari para Sahabat Nabi tidak pernah menyertakan rakyat jelata yang awam untuk dilibatkan semua dalam memilih pemimpinnya. 

Rakyat mana tinggal menunggu hasil dan mengikuti baiat yang dilakukan oleh Ahlul Halli wal 'Aqdi (kumpulan khusus yang terdiri dari orang berilmu dan bertakwa untuk memilih pemimpin).

Saat akan meninggal dunia, Umar berpesan agar pemimpin pengganti beliau dipilih oleh kumpulan kecil yang saat Nabi meninggal, Nabi ridha terhadap mereka. Mereka itu adalah 6 orang yang mendapat khabar gembira akan masuk syurga, yang masih hidup saat itu, iaitu: Ali bin Abi Thalib, Utsman bin Affan, az-Zubair bin al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, Sa'ad bin Abi Waqqash, dan Abdurrahman bin Auf radhiyallahu'anhum.
Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu berkata:

مَا أَجِدُ أَحَدًا أَحَقَّ بِهَذَا الْأَمْرِ مِنْ هَؤُلَاءِ النَّفَرِ أَوِ الرَّهْطِ الَّذِينَ تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَهُوَ عَنْهُمْ رَاضٍ
"Aku tidaklah mendapat seorang pun yang paling berhak untuk urusan itu (menjadi penggantiku) dibandingkan mereka sekelompok orang yang Rasulullah ﷺ wafat dalam keadaan ridha terhadap mereka."
(H.R al-Bukhari)

Abdullah bin Abbas radhiyallahu'anhuma berkata:

فَسَمَّى عَلِيًّا وَعُثْمَانَ وَالزُّبَيْرَ وَطَلْحَةَ وَسَعْدًا وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ
"Kemudian Umar menyebut Ali, Utsman, az-Zubair, Thalhah, Sa'ad, dan Abdurrahman."
(H.R al-Bukhari)

Umar juga berpesan agar Abdullah bin Umar disertakan sebagai saksi. Namun tidak boleh dipilih sebagai khalifah.

وَقَالَ يَشْهَدُكُمْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَلَيْسَ لَهُ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ
Dan Umar berkata:
"Abdullah bin Umar sebagai saksi kalian, tapi ia tidak berhak dipilih sebagai pemimpin."
[H.R al-Bukhari]

"Umar memberi waktu pemilihan pemimpin itu selama 3 hari dan selama masa belum ada pemimpin, yang menjadi Imam adalah Shuhaib bin Sinan."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqat]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar20

Friday 17 July 2020

033.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1⃣9⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.3


Wasiat Umar kepada Pemimpin yang Akan Menggantikannya


Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu berwasiat kepada pemimpin sepeninggalnya untuk memberi perhatian lebih kepada beberapa kelompok orang, iaitu: Kaum Muhajirin, kaum Ansar, kaum muslimin yang tinggal di pinggiran (wilayah perbatasan) serta orang-orang Arab Badwi. Demikian juga para Ahlul Kitab. Umar juga berpesan agar pemimpin sepeninggal beliau janganlah sewenang-wenang dalam memungut zakat atau jizyah. Jangan pula membebani rakyat dengan hal-hal yang di luar kemampuan mereka. Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu berkata:

أُوصِي الْخَلِيفَةَ مِنْ بَعْدِي بِالْمُهَاجِرِينَ الْأَوَّلِينَ أَنْ يَعْرِفَ لَهُمْ حَقَّهُمْ وَيَحْفَظَ لَهُمْ حُرْمَتَهُمْ وَأُوصِيهِ بِالْأَنْصَارِ خَيْرًا { الَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ } أَنْ يُقْبَلَ مِنْ مُحْسِنِهِمْ وَأَنْ يُعْفَى عَنْ مُسِيئِهِمْ وَأُوصِيهِ بِأَهْلِ الْأَمْصَارِ خَيْرًا فَإِنَّهُمْ رِدْءُ الْإِسْلَامِ وَجُبَاةُ الْمَالِ وَغَيْظُ الْعَدُوِّ وَأَنْ لَا يُؤْخَذَ مِنْهُمْ إِلَّا فَضْلُهُمْ عَنْ رِضَاهُمْ وَأُوصِيهِ بِالْأَعْرَابِ خَيْرًا فَإِنَّهُمْ أَصْلُ الْعَرَبِ وَمَادَّةُ الْإِسْلَامِ أَنْ يُؤْخَذَ مِنْ حَوَاشِي أَمْوَالِهِمْ وَيُرَدَّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ وَأُوصِيهِ بِذِمَّةِ اللَّهِ وَذِمَّةِ رَسُولِهِ ﷺ أَنْ يُوفَى لَهُمْ بِعَهْدِهِمْ وَأَنْ يُقَاتَلَ مِنْ وَرَائِهِمْ وَلَا يُكَلَّفُوا إِلَّا طَاقَتَهُمْ
"Aku wasiatkan kepada khalifah sepeninggalku untuk memperhatikan kaum muhajirin awal agar mengenal hak mereka, menjaga kehormatan mereka. Aku juga wasiatkan agar berbuat baik kepada kaum Ansar:"

{الَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ}
"Orang-orang yang menempati (Madinah) dan beriman sebelum hijrahnya kaum muhajirin."
[Q.S al-Hasyr 59:9]

"Hendaknya menerima kebaikan mereka dan memaafkan kesalahan mereka. Aku juga wasiatkan penggantiku untuk bersikap baik kepada para penduduk di negeri-negeri (perbatasan). Kerana mereka adalah penjaga di perbatasan dalam Islam, pengumpul harta dan membikin marah musuh. Jangan ambil dari mereka kecuali harta yang berlebih dan sesuai keridhaan mereka. Aku juga berwasiat kepada penggantiku untuk bersikap baik terhadap orang-orang Arab Badwi (pedalaman) kerana mereka adalah asal bangsa Arab dan bahan dasar Islam. Hendaknya penggantiku mengambil dari harta-harta mereka yang dipinggirkan (bukan harta pilihan) dan dikembalikan kepada fakir-miskin di antara mereka. Aku wasiatkan dia dengan perlindungan ALLAH dan perlindungan Rasul-NYA ﷺ (kafir dzimmi; Ahlul Kitab) agar memenuhi janji mereka dan agar orang-orang berperang di belakang mereka (para pemimpin) dan janganlah mereka dibebani di luar kemampuan mereka."
[H.R al-Bukhari]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar19

Friday 19 June 2020

032.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣8⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.2


Nasihat Umar untuk Pemuda yang Menjenguknya

Saat Umar terluka menjelang meninggal dunia, kaum muslimin datang silih berganti menjenguk beliau. Salah satunya adalah seorang pemuda yang menghibur Umar dengan menyebutkan sebahagian dari keutamaan beliau yang sangat banyak. Setidaknya ada 4 hal utama yang disebutkan oleh pemuda itu sebagai kebaikan Umar, iaitu menjadi Sahabat Nabi, termasuk terdepan masuk Islam, kemudian menjadi pemimpin yang adil dan yang terakhir adalah beliau di ambang mendapatkan mati syahid. Pemuda itu berkata:

أَبْشِرْ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ بِبُشْرَى اللَّهِ لَكَ مِنْ صُحْبَةِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ وَقَدَمٍ فِي الْإِسْلَامِ مَا قَدْ عَلِمْتَ ثُمَّ وَلِيتَ فَعَدَلْتَ ثُمَّ شَهَادَةٌ
Bergembiralah wahai Amirul Mu’minin dengan khabar gembira dari ALLAH untuk anda. Anda sebagai Sahabat Rasulullah ﷺ dan menjadi (salah satu yang) terdepan dalam Islam sebagaimana anda ketahui. Kemudian anda menjadi pemimpin yang adil. Kemudian (di hadapan anda akan terjadi) mati syahid.
[H.R al-Bukhari]

Pujian-pujian itu tidak membuat Umar besar kepala dan lupa diri. Sungguh jauh sifat itu dari Umar. Beliau menjawab:

وَدِدْتُ أَنَّ ذَلِكَ كَفَافٌ لَا عَلَيَّ وَلَا لِي
Aku sudah sangat senang jika (kebaikan-kebaikan itu) menebus (dengan dosa-dosaku).
[H.R al-Bukhari]

Subhanallah... Demikianlah jiwa seorang beriman. Ia akan banyak berbuat kebaikan dan berusaha sebaiknya dalam mempersembahkan ibadah terbaik kepada ALLAH. Namun ia tidak ujub dan bangga diri. Justeru merasa khuatir dosa-dosanya lebih banyak dari kebaikannya. Ia khuatir ALLAH tidak menerima amal ibadahnya. Sebagaimana ALLAH ﷻ
sifatkan keadaan mereka:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
Dan orang-orang melakukan kebaikan, namun hati mereka takut (tidak diterima) dan (mereka meyakini) bahwa mereka akan dikembalikan kepada Rabb mereka.
[Q.S al-Mu'minun 23:60]

Pada saat pemuda itu berbalik pergi, Umar melihat kain sarung yang dikenakan pemuda ini melampaui mata kaki bahkan terseret olehnya.

فَلَمَّا أَدْبَرَ إِذَا إِزَارُهُ يَمَسُّ الْأَرْضَ
Ketika pemuda itu berbalik akan pergi, ternyata (kain) sarungnya menyentuh tanah.
[H.R al-Bukhari]

Melihat hal itu, Umar menyuruh agar pemuda itu dipanggil kembali untuk dinasihati, kerana ia telah menjulurkan kain, mengenakannya dari atas hingga melampaui mata kaki (isbal). Ketika pemuda itu telah berada di hadapan Umar, Umar memberikan nasihat:

يَا ابْنَ أَخِي ارْفَعْ ثَوْبَكَ فَإِنَّهُ أَبْقَى لِثَوْبِكَ وَأَتْقَى لِرَبِّكَ
Wahai putera saudaraku, angkatlah pakaianmu (hingga di atas mata kaki) kerana itu lebih menjaga pakaianmu dan lebih bertakwa kepada Rabbmu.
[H.R al-Bukhari]

Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu dalam keadaan luka parah yang menyebabkannya meninggal, masih menyempatkan diri untuk mengingkari kemunkaran. Tidak ada perasaan segan atau kekok dalam menyampaikan kebenaran, meski sang pemuda tadi baru saja memuji-muji beliau dengan beberapa kebaikan. Hal ini juga menunjukkan bahawa masalah isbal, iaitu mengenakan pakaian dari atas dijulurkan hingga melampaui mata kaki bagi para lelaki adalah dosa besar, bukan suatu hal yang boleh dipandang remeh. Jika itu hanyalah dosa kecil, Umar tidak akan bersungguh-sungguh memanggil pemuda itu kembali untuk dinasihati. Kerana Umar sendiri dalam keadaan kritikal menjelang meninggal dunia.

Memang benar bahwa isbal itu termasuk dosa besar. Nabi ﷺ bersabda:

مَا أَسْفَلَ مِنَ الْكَعْبَيْنِ مِنَ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
Bahagian kain dari sarung yang lebih rendah dari mata kaki, itu berada di Neraka.
[H.R al-Bukhari dari Abu Hurairah]

Apakah isbal hanya berlaku untuk sarung saja? Al-Imam adz-Dzahabiy –seorang Ulama Syafiiyyah- berpendapat bahwa hal itu berlaku juga untuk sirwal (celana), gamis, mahupun jubah. Beliau menjelaskan hal itu dalam kitab al-Kabaair ketika menyebutkan dosa besar di nombor 55.

Nasihat Umar kepada pemuda itu juga menunjukkan bahawa sekadar perbuatan isbal itu saja sudah merupakan dosa. Meskipun tidak diniatkan sebagai kesombongan. Kerana Umar tidak menasihati pemuda itu dengan menanyakan:
Apakah engkau melakukannya kerana sombong? Atau Umar memberikan perkecualian kepadanya dengan menyatakan:
Kecuali jika engkau melakukannya bukan kerana kesombongan. Umar tidak bersikap demikian.
Bahkan dalam hadits Nabi, disebutkan bahawa perbuatan isbal itu sendiri sudah merupakan bagian dari kesombongan. Baik seseorang meniatkannya atau tidak.

وَإِيَّاكَ وَإِسْبَالَ الْإِزَارِ فَإِنَّهَا مِنَ الْمَخِيلَةِ وَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمَخِيلَةَ
Jauhilah perbuatan isbal pada sarung, kerana hal itu termasuk bahagian dari kesombongan, dan sesungguhnya ALLAH tidaklah menyukai kesombongan.
[H.R Abu Daud]

Apabila isbal juga diiringi dengan kesombongan dalam hati, ini adalah dosa yang lebih besar lagi. Seseorang yang berbuat demikian terancam tidak dilihat, diajak bicara dan disucikan oleh ALLAH ﷻ, serta baginya siksaan yang pedih.

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ
Dari Abu Dzar radhiyallahu'anhu dari Nabi ﷺ  beliau bersabda:
Ada 3 golongan yang ALLAH tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, ALLAH tidak akan melihat dan mensucikan mereka, dan bagi mereka seksaan yang pedih.
(Abu Dzar berkata) Rasulullah ﷺ menyebutkan hal itu tiga kali. Abu Dzar berkata:
Sungguh celaka dan merugi mereka. Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Nabi menyatakan:
(Iaitu) seorang (laki-laki) yang isbal, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian, dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.
[H.R Muslim]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar18

Thursday 11 June 2020

031.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣7⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.1


Pertemuan Umar dengan Abu Lu'lu'ah Sebelumnya
Siapakah Abu Lu'lu'ah? Mengapa ia boleh masuk Madinah? Apa yang membuatnya membunuh Umar?

Abu Lu'lu'ah adalah seorang Majusi dari Parsi. Saat penaklukan Parsi di masa pemerintahan Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu ia tertawan sebagai budak (hamba sahaya). Selanjutnya ia menjadi budak milik al-Mughirah bin Syu'bah. Abu Lu'lu'ah mahir bertukang seperti membuat pisau dan senjata lainnya, kemudian menjualnya. Al-Mughirah bin Syu'bah meminta kepada Umar agar diizinkan hamba sahayanya itu bekerja di Madinah mencari penghasilan di sana.

Sebenarnya Umar berat hati untuk memberikan laluan kepada orang-orang kafir non-Arab memasuki Madinah. Namun, akhirnya permintaan al-Mughirah bin Syu'bah tersebut dituruti oleh beliau.

Abu Lu'lu'ah boleh mencari penghasilan di Madinah, memanfaatkan keahliannya menghasilkan kerja tangan. Namun, sebagai budak tentunya ia tidak memiliki kekuasaan penuh terhadap harta yang dimilikinya. Kerana harta yang dimilikinya adalah juga milik tuannya, al-Mughirah bin Syu'bah.

Sebenarnya, al-Mughirah bin Syu'bah radhiyallahu'anhu yang merupakan Sahabat Nabi juga, bukanlah seorang yang zhalim. Beliau faham hak-hak orang lain, walaupun itu budak yang di bawah kekuasaannya. Meski beliau tahu bahawa budaknya mampu mencari penghasilan dengan menjual (hasil) kerja tangannya, beliau tidak membebani pekerjaan yang banyak untuk budaknya itu. Beliau tidak semena-mena. Beliau hanya meminta 120 dirham tiap bulan atau 4 dirham tiap hari. Itu bukanlah jumlah yang besar jika melihat penghasilan yang mampu didapatkan oleh Abu Lu'lu'ah. Akan tetapi Abu Lu'lu'ah ini selalu mengeluh.

Suatu ketika, Abu Lu'lu'ah mengadukan hal itu  kepada Umar. Ia merasa al-Mughirah bin Syu'bah telah membebaninya dengan beban yang berat. Namun, setelah Umar tahu berapa penghasilan Abu Lu'lu'ah dan berapa pekerjaan yang harus diberikan kepada tuannya, Umar melihat bahawa itu masih ringan. Apalagi, Abu Lu'lu'ah ketika mengadu kepada Umar itu hanya menceritakan penghasilannya dari menjual alat penggilingan saja. Ia tidak menceritakan pendapatan dari kerja lain yang dihasilkannya. Umar bin al-Khaththab pun memberi nasihat kepada Abu Lu'lu'ah;

لَقَدْ كَلَّفَكَ يَسِيْراً، انْطَلِقْ فَاعْطِ مَوْلَاكَ مَا سَأَلَكَ
"Sebenarnya al-Mughirah bin Syu'bah hanya membebanimu dengan suatu
yang sedikit. Pergilah, berikan kepada tuanmu seperti yang dia minta."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqat]

Umar telah benar dalam nasihatnya tersebut. Perasaan penolakan dalam diri Abu Lu'lu'ah boleh jadi merupakan motivasi tambahan baginya untuk membunuh Umar. Selain boleh jadi kerana dia adalah seorang Majusi yang membenci Islam, sangat benci pada Umar yang kerana di masa kepemimpinan beliaulah Parsi ditakluk hingga Abu Lu'lu'ah menjadi budak. Wallahu A'lam. Saat beliau mengtahui bahawa yang membunuhnya adalah Abu Lu'lu'ah, Umar menyatakan:

قَاتَلَهُ اللَّهُ لَقَدْ أَمَرْتُ بِهِ مَعْرُوفًا
"Semoga ALLAH membinasakan dia, sungguh aku telah
memerintahkan hal yang ma'ruf (baik) kepadanya."
[H.R al-Bukhari]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar17

Friday 29 May 2020

030.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣6⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 1.3

Ibnu Abbas berkeliling pada sekumpulan orang-orang, majoritinya bersedih, menangis setelah mengetahui keadaan Umar. Bahkan sebahagian mereka berkata:

لَوَدِدْنَا أَنَّ اللهَ زَادَ فِي عُمُرِكَ مِنْ أَعْمَارِنَا
"Sungguh kami berharap agar ALLAH mengambil usia kami untuk ditambahkan pada usia anda (wahai Umar)."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqatul Kubra]


Duhai demikian besar kecintaan rakyat kepada Umar, sang Amirul Mukminin.
Didapati maklumat bahawa pembunuh Umar adalah Abu Lu'lu-ah, seorang Majusi, hamba sahaya milik al-Mughirah bin Syu'bah. Sebelumnya, Umar tidak mengetahui hal itu dan sempat berpesan kepada Ibnu Abbas:

"Janganlah kalian tergesa-gesa bertindak terhadap pembunuhku."

Umar diberi tahu bahwasanya orang itu telah bunuh diri. Mendengar hal itu Umar mengucapkan inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Setelah diberi tahu bahawasanya pembunuhnya adalah Abu Lu'lu-ah seorang Majusi, Umar pun bertakbir:
"Allahu Akbar." Umar bersyukur bahawa pembunuh beliau bukan seorang muslim. Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu berkata:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَجْعَلْ مِيتَتِي بِيَدِ رَجُلٍ يَدَّعِي الْإِسْلَامَ
"Segala puji bagi ALLAH yang tidak menjadikan kematianku di tangan seorang lelaki yang mengaku sebagai Muslim."
[H.R al-Bukhari]

Diriwayatkan juga bahwa Umar berkata:

الْحَمْدُ لله الَّذِي لَمْ يَجْعَلْ قَاتِلِي يُحَاجَّنِي عِنْدَ اللهِ بِسَجْدَةٍ سَجَدَهَا قَطُّ
"Segala puji bagi ALLAH yang tidak menjadikan pembunuhku nanti akan berhujjah di hadapan ALLAH kerana (setidaknya) ia pernah satu kali sujud untuk ALLAH."
[H.R Ibnu Syihab]

Sebahagian Ulama berdalil dengan atsar Umar ini bahawa seorang muslim yang membunuh secara sengaja masih dapat diharapkan ampunan ALLAH untuknya (disarikan dari Fathul Baari syarh Shahih al-Bukhari karya Ibnu Hajar (7/64)). Ertinya, ia masih dapat berhujjah untuk mengharap ampunan dengan keIslamannya yang mengandung ibadah solat.


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar16

Friday 15 May 2020

029.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣5⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 1.2



Tibalah pagi hari peristiwa yang telah ditakdirkan ALLAH, Umar tertikam saat memimpin solat. Subhanallah, benar-benar pengecut sang pelaku! Tidak mungkin ia berani menentang Umar terang-terangan duel meski usia Umar telah lanjut. Kerana ia sedar, dalam keadaan demikian ia tidak akan menang. Maka ditempuhlah cara culas, curang, berbungkus pengkhianatan.

Sang pelaku mengendap di sudut masjid. Di masa itu, saat Subuh bererti gelap-gelita masih menerjang. Belum ada penerangan yang memadai untuk memperluas jarak pandang. Umar sebelumnya masih sempat membangunkan orang-orang untuk bersiap solat saat fajar menjelang. Kebiasaan Umar sebagai pemimpin, menjadi imam solat Subuh mengumandangkan Kalam Ilahi memecah keheningan, merasukkan kesejukan dalam sanubari. Cukup panjang ayat-ayat Al-Qur'an yang beliau baca dalam solat Subuh. Dalam satu rakaat seukuran surat Yusuf atau surat An-Nahl sampai akhir surah.

Ketika takbiratul ihram berkumandang, sang pengkhianat bergerak cepat. Ia menyergap menikamkan pisau bermata dua. Dihunjamkannya pisau itu 3 kali tusukan, yang menyebabkan 6 luka tikaman di bawah pusar. Umar pun sempat berucap:

"Aku telah dibunuh atau dimakan oleh seekor anjing."

Ini juga isyarat bahawa beliau membatalkan solat, tidak mampu meneruskan tugas sebagai imam. Tapi tidak semua makmum mendengar suara Umar tersebut. Jangan bayangkan seperti di masa kita bacaan imam terdengar dengan bantuan pengeras suara sampai pada makmum di saf terakhir. Di saat itu, para makmum di deretan belakang tidak mengetahui apa yang terjadi. Mereka hanya kehilangan bacaan surat yang dibaca sang imam. Mengapa imam tidak meneruskan bacaan? Sehingga merekapun mengumandangkan tasbih untuk mengingatkan imam:
Subhanallah...subhanallah.

Kejadian di saf pertama dekat imam berlanjut dengan kengerian. Setelah menusuk Umar, sang pengkhianat ini menikamkan pisaunya ke kanan dan ke kiri, hingga 13 orang makmum yang hadir di saf pertama saat itu menjadi korban. Dari 13 orang makmum tersebut, 7 orang meninggal!

Saat-saat genting yang dikhuatirkan bertambahnya korban, ada satu orang makmum yang menjerat sang pelaku dengan _burnus_ (sejenis pakaian bertudung, pen). Terperangkap dalam kain itu, sang pelaku sedar bahawa ia akan tertangkap, ia pun melakukan bunuh diri.

Umar menarik tangan Abdurrahman bin Auf untuk menggantikannya sebagai imam. Demikianlah semestinya. Jika imam berhalangan untuk meneruskan, ia pilih makmum di belakangnya untuk menggantikan. Kerana itu orang-orang terdekat dengan imam adalah orang-orang yang paling layak menggantikan imam. Rasulullah ﷺ bersabda:

لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى
"Hendaknya yang kedudukannya dekat denganku adalah orang-orang berilmu di antara kalian."
[H.R Muslim dari Abdullah bin Mas'ud]

Abdurrahman bin Auf sedar bahwa beliau menggantikan posisi sebagai imam dalam situasi yang tidak normal. Solat tetap berlanjut, namun lebih ringkas dari biasanya. Dalam sebahagian riwayat, Abdurrahman bin Auf membaca surah Al-Kautsar dan An-Nashr. Umar pun sempat tak sedarkan diri. Selepas solat, Umar dibawa menuju rumahnya. Pagi sudah agak terang sebelum terbit matahari saat Umar terbangun siuman. Umar memandang ke arah wajah orang-orang. Beliau bertanya:

"Apakah manusia sudah solat?" Orang-orang berkata: "Ya." Umar pun berkata:

لاَ إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ
"Tidak ada keislaman bagi orang yang meninggalkan solat."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqatul Kubra]

Umar pun berwudhu' dan segera solat. Dalam riwayat Ibnu Sa'ad dari Ibnu Umar, pada saat solat Subuh tersebut dalam keadaan terluka parah, di rakaat pertama Umar membaca surat Al-Ashr dan di rakaat kedua membaca surat al-Kafirun.

Darahnya masih terus mengucur. Bahagian luka menganga terlalu lebar untuk sekadar dibendung jari tengah dan telunjuk.

Selepas solat, Umar memanggil Ibnu Abbas. Umar berfikir  apakah beliau memiliki dosa terhadap orang-orang sehingga layak mendapatkan perlakuan ditusuk seperti itu. Beliau juga menyuruh Ibnu Abbas untuk menyelidiki siapakah yang telah menusuk beliau.


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar15

Friday 8 May 2020

028.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣4⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 1.1



Kaum muslimin kembali berduka dengan kehilangan pemimpin yang sangat dicintai rakyatnya. Pemimpin terbaik setelah Nabi dan Abu Bakr. Pemimpin yang zuhud, adil dan berbagai berderet pujian yang mungkin sulit terangkum dalam kata-kata. Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu, dibunuh dengan tikaman curang saat beliau solat Subuh. Sebenarnya, Umar telah berfirasat akan dekatnya masa kematian beliau melalui mimpi yang dialaminya.

Dalam suatu khutbah Jumat, Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu menyatakan:

إِنِّي رَأَيْتُ كَأَنَّ دِيكًا نَقَرَنِي ثَلَاثَ نَقَرَاتٍ وَإِنِّي لَا أُرَاهُ إِلَّا حُضُورَ أَجَلِي
"Sesungguhnya aku melihat, seakan-akan ayam jantan mematukku tiga kali. Sesungguhnya tidaklah aku melihat hal itu kecuali menandakan sudah dekatnya ajalku."
[H.R Muslim]

Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu pernah berdoa:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ ﷺ
"Ya ALLAH kurniakanlah kepadaku mati syahid di jalan-MU, dan jadikanlah kematianku berada di negeri Rasul-MU ﷺ."
[H.R al-Bukhari]

Empat hari sebelum kematian, Umar masih bermusyawarah dan memberikan arahan kepada Sahabat Hudzaifah bin al-Yaman dan Utsman bin Hunaif tentang masalah jizyah untuk penduduk Iraq, apakah terlalu berat bagi mereka atau sudah sesuai. Umar sangat perhatian dalam hal itu. Kerana jizyah adalah bagian dari perintah ALLAH, mesti ditunaikan bagi pihak-pihak yang sesuai dengan ketentuan. Namun, beliau tidak ingin memberatkan rakyatnya. Beliau musyawarahkan kadarnya. Beliau benar-benar tidak ingin ada kezhaliman di tengah-tengah mereka. Begitu perhatiannya Umar kepada penduduk Iraq, sampai-sampai beliau berkata:

لَئِنْ سَلَّمَنِي اللَّهُ لَأَدَعَنَّ أَرَامِلَ أَهْلِ الْعِرَاقِ لَا يَحْتَجْنَ إِلَى رَجُلٍ بَعْدِي أَبَدًا
"Sungguh jika ALLAH masih memberikan keselamatan kepadaku, aku akan tinggalkan para janda penduduk Iraq (berkecukupan) hingga tidak memerlukan seorang lelaki pun sepeninggalku."
[H.R al-Bukhari]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar14

Friday 24 April 2020

027.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣3⃣

Umar adalah Pintu Penutup Fitnah (Kerosakan) Bagi Umat


Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu pernah bertanya kepada para Sahabat dan Tabi'in yang hadir di sekitar beliau saat itu:
"Siapakah di antara kalian yang pernah mendengar hadits Nabi tentang fitnah?" Hudzaifah bin al-Yaman radhiyallahu'anhu berkata:
"Aku pernah mendengar hal itu dari Nabi. Fitnah yang melanda seorang laki-laki pada keluarga, harta, anak-anak, dan tetangganya, dapat dihapus dengan solat, puasa, sedekah, memerintahkan kepada yang ma'ruf dan melarang dari kemunkaran." Umar berkata:
"Bukan itu yang aku maksudkan. Fitnah yang aku ingin tanyakan adalah fitnah yang datang bergelombang bagaikan gelombang laut." Hudzaifah menyatakan:
"Jangan khuatir wahai Amirul Mu'minin, sesungguhnya anda tidak akan mengalaminya. Kerana ada pintu tertutup yang menghalanginya." Umar bertanya:
"Apakah pintu itu nanti akan terbuka atau rosak?" Hudzaifah menyatakan:
"Pintu itu akan rosak, tidak akan kembali menutup selamanya."*

Percakapan Umar dengan Hudzaifah tersebut terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Para Ulama yang mendengar hadits tersebut pernah meminta kepada Masruq untuk bertanya siapakah yang dimaksud dengan pintu itu? Masruq bertanya kepada Hudzaifah dan Hudzaifah menjelaskan bahwa


PINTU ITU ADALAH UMAR SENDIRI.
Ertinya, Umar tidak akan mengalami fitnah itu kerana beliaulah yang merupakan pintu penutup fitnah melanda umat Islam. Saat beliau meninggal dunia, yang diibaratkan sebagai pintu yang rosak atau pecah, gelombang fitnah itu masuk dan menimbulkan kerosakan.


☝🏻..insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa 🇲🇾. Juga terdapat di dalam bahasa 🇲🇨 terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy 🇲🇾
📚 t.me/IkhwahSalafyMalaysia
📻 t.me/radiomuslimmy
#SirahUmar13


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar13

Friday 10 April 2020

026.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣2⃣


Umar 'Mengubati' Shabigh


Salah satu penyakit penyimpangan dalam hati adalah selalu bertanya-tanya tentang ayat-ayat mutasyabihat. Pertanyaan bukan dalam rangka mencari tahu makna yang benar, tapi untuk menebarkan fitnah.

ALLAH ﷻ berfirman:

*هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آَيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ* 
"DIA-lah ALLAH) yang menurunkan kepadamu Kitab. Di antaranya ada yang berupa ayat-ayat muhkam, yang itu adalah induk (isi) Kitab, sedangkan yang lain adalah ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang yang di hati mereka terdapat penyimpangan, mereka mengikuti ayat-ayat mutasyabihat itu dalam rangka mencari fitnah dan mencari-cari penakwilannya..."
[Q.S Ali Imran ayat 7]

Pernah ada seseorang bernama Shabigh bin 'Isl dari Iraq yang memiliki sifat demikian. Ia suka bertanya-tanya tentang ayat-ayat mutasyabihat. Ada seseorang yang mengkhabarkan kepada Umar bin al-Khaththab  -sebagai Amirul Mukminin waktu itu- tentang 'penyakit' Shabigh tersebut. 

Umar pun berdoa:

*اللَّهُمَّ أَمْكِنِّي مِنْهُ* 
"Ya ALLAH, berikan aku kemampuan untuk menanganinya."*
[H.R al-Ajurriy dalam asy-Syariah]

Umar sudah menyiapkan sekian pelepah kurma sebagai _ubat_ untuknya.

Saat Shabigh datang, ia bertanya kepada Umar tentang makna ayat-ayat permulaan surat adz-Dzaariyaat. Umar pun menjelaskan makna ayat per ayat yang ditanyakan. Diriwayatkan bahwa setiap kali menjelaskan setiap ayat, Umar menyatakan:

*وَلَوْلا أَنِّي  سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يَقُولُهُ مَا قُلْتُهُ* 
"(Demikianlah penjelasannya). Kalaulah aku tidak mendengar Rasulullah ﷺ menyampaikannya, aku tidak akan mengatakan demikian."

Kemudian Umar pun memukul Shabigh dengan pelepah kurma sebanyak 100 kali pukulan hingga kepalanya berdarah. Bahkan aliran darah itu sampai kakinya. Setelah itu Shabigh diberi kesempatan beristirahat hingga sembuh luka di kepalanya. Dalam sebagian riwayat disebutkan bahawa setelah sembuh pada tahapan pertama ini dari luka di kepalanya, Shabigh dipukul lagi 100 kali. Hingga Shabigh menyatakan:

"Wahai Amirul Mukminin, jika anda hendak membunuhku, bunuhlah aku dengan cara yang baik. Namun jika anda menginginkan agar syubhat dalam kepalaku hilang, sesungguhnya itu sudah hilang."_

Kemudian Umar mengutus orang untuk membawa Shabigh ke Basrah dan berpesan agar jangan sampai ada Muslim yang berbicara atau duduk bermajlis dengan Shabigh. Setiap kali Shabigh hendak menuju suatu majlis, majlis itu bubar, kerana ingat dengan pesan Umar. Shabigh menjadi hina setelah sebelumnya mulia di tengah-tengah kaumnya.

Dijauhi oleh orang ramai telah membuatkan Shabigh benar-benar menderita. Beberapa waktu berselang, ia kemudian bersumpah dengan sungguh-sungguh kepada Abu Musa al-Asy'ari radhiyallahu'anhu bahwa ia telah benar-benar bertaubat dan berubah. Abu Musa pun mengirim surat kepada Umar, dan Umar pun memperbolehkan manusia bergaul lagi dengan Shabigh.

Kisah tentang sikap Umar terhadap Shabigh ini diriwayatkan oleh para Ulama dalam sebahagian kitab-kitab mereka seperti asy-Syariah karya al-Imam al-Ajurriy, al-Ibanah karya Ibnu Baththah, Sunan ad-Darimi, Musnad al-Bazzar, Musnad Abdurrazzaq, Syarh Ushul I'tiqad Ahlissunnah karya al-Lalikaa-iy dan lainnya.

Terapi yang diterapkan Umar kepada Shabigh tersebut benar-benar memberikan hasil yang sangat baik bagi Shabigh. Bahkan, saat ada sekelompok orang yang mengajak Shabigh untuk ikut dalam kelompok Khawarij, Shabigh tidak mau mengikutinya. Shabigh merasa bahawa hukuman Umar terhadapnya telah menimbulkan rasa serik. Ia benar-benar enggan untuk ikut pelbagai pemikiran yang menyimpang. Shabigh berkata:

*هَيْهَاتَ، نَفَعَنِي اللَّهُ بِمَوْعِظَةِ الرَّجُلِ الصَّالِحِ*
"Tidak, sungguh jauh hal itu untuk kulakukan. ALLAH telah memberikan manfaat kepadaku dengan nasihat dari seorang laki-laki yang soleh (Umar bin al-Khaththab)."
[al-Ibaanah al-Kubra karya Ibnu Baththah(1/417)]

Sikap tegas Umar terhadap orang yang memiliki pemikiran menyimpang menjadi pelajaran berharga yang ingin diikuti oleh para Ulama setelahnya. Saat ada seseorang yang terus-menerus bertanya tentang ayat Al-Qur'an padahal sudah jelas baginya, dengan sikap pertanyaan yang tidak semestinya dilakukan, Ibnu Abbas radhiyallahu'anhuma berkata:

*أَتَدْرُونَ مَا مَثَلُ هَذَا مَثَلُ صَبِيغٍ الَّذِي ضَرَبَهُ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ* 
"Tahukah kalian, seperti apa permisalan orang ini? Ia adalah seperti Shabigh yang dipukul oleh Umar bin al-Khaththab."
[H.R Malik dalam Muwaththa']

Al-Imam asy-Syafi'i (wafat 204H) rahimahullah berkata:

*حُكْمِي فِي أَهْلِ الكَلاَمِ، حُكْمُ عُمَرَ فِي صَبِيْغٍ* 
"Menurutku, hukuman yang tepat bagi orang ahli filsafat adalah seperti hukuman Umar kepada Shabigh."

[H.R adz-Dzahabiy dalam Tarikhul Islam]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar12

Friday 20 March 2020

025.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1⃣1⃣


Zuhudnya Umar


Tak terhitung banyaknya lembaran sejarah mencatat kezuhudan Umar. Salah satunya adalah saat diserahkan kepada beliau harta rampasan perang yang diambil dari istana Kisra (Pemimpin Parsi) di Madain oleh Sa'ad bin Abi Waqqash radhiyallahu'anhu.

Pasukan kaum muslimin menyerang maju memasuki Madain. Tampak lengang kerana banyak yang telah melarikan diri. Kaum Parsi itu telah meninggalkan sekian banyak harta-benda mereka yang belum sempat diselamatkan. Harta-harta benda yang sangat banyak dan besar nilainya. Sa'ad bin Abi Waqqash memasuki Istana Putih Madain. Beliau menyuruh Salman al-Farisi untuk berdakwah kepada pasukan yang bersembunyi di istana itu selama 3 hari. Pada hari ketiga mereka keluar dari istana. Sa'ad pun menguasai istana tersebut dan menjadikannya tempat solat. Beliau membaca firman ALLAH ﷻ:

كَمْ تَرَكُوا مِنْ جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (25) وَزُرُوعٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ (26) وَنَعْمَةٍ كَانُوا فِيهَا فَاكِهِينَ (27) كَذَلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا قَوْمًا آَخَرِينَ. (28) 
"Betapa banyak taman dan mata air yang mereka tinggalkan. Kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah. Kesenangan-kesenangan yang mereka nikmati. Demikianlah, KAMI wariskan semua itu kepada kaum yang lain."
[Q.S Ad-Dukhan ayat 25-28]

Sa'ad bin Abi Waqqash kemudian mengumpulkan harta rampasan perang yang berlimpah. Beliau melihat ada beberapa patung di istana itu. Salah satu patung ada yang menunjuk ke arah tertentu. Ternyata itu mengisyaratkan pada tempat penyimpanan simpanan harta Kisra yang sangat banyak. Pasukan kaum muslimin mengambil simpanan harta-harta tersebut yang sangat menakjubkan, belum pernah mereka lihat seperti itu sebelumnya.

Di antara harta rampasan perang itu, terdapat mahkota Kisra (raja Kisra) yang sangat megah. Berhiaskan batu-batu mulia yang sangat indah. Mahkota itu sangat besar dan berat, digantung dengan rantai emas dari atas singgasana raja. Jika raja duduk di singgasananya, mahkota itu diturunkan hingga dikenakan pada kepala raja.

Terdapat pula permadani indah berbentuk persegi panjang yang panjang dan lebarnya 60 hasta. Belum lagi pekakas dari emas dan perak yang juga berlimpah.

Sa'ad bin Abi Waqqash meminta agar sebahagian harta itu dibawa ke Madinah untuk ditunjukkan pada Umar bin al-Khaththab. Sesampainya di hadapan Umar, Umar merasa terharu dengan sikap amanah para prajuritnya. Beliau menyatakan:

"TIDAKLAH AKAN SAMPAI KE SINI BARANG-BARANG berharga INI KECUALI DIBAWA OLEH ORANG-ORANG YANG AMANAH."
Ali bin Abi Thalib menimpali:

إِنَّكَ عَفَفْتَ فَعَفَّتْ رَعِيَّتُكَ ، وَلَوْ رَتَعْتَ لَرَتَعَتْ
"Mereka melakukan hal ini kerana anda bersikap _iffah_ (menjaga diri). Jika anda bersikap tamak (terhadap dunia), nescaya mereka juga akan bersikap tamak (terhadap dunia)."
[al-Bidaayah wan Nihaayah karya Ibnu Katsir (7/78)]

Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu juga merasa bahawa dibukakannya harta yang berlimpah ini adalah ujian bagi kaum beriman. Bukan bererti bahawa mereka yang berhasil menaklukkan wilayah-wilayah kafir tersebut lebih utama dibandingkan Nabi dan para Sahabat sebelumnya. Umar bin al-Khaththab menyatakan:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ مَنَعْتَ هَذَا رَسُولَكَ وَنَبِيَّكَ، وَكَانَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنِّي، وَأَكْرَمَ عَلَيْكَ مِنِّي، وَمَنَعْتَهُ أَبَا بَكْرٍ، وَكَانَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنِّي وَأَكْرَمَ عَلَيْكَ مِنِّي، وَأَعْطَيْتَنِيهِ، فَأَعُوذُ بِكَ أَنْ تَكُونَ أَعْطَيْتَنِيهِ لِتَمْكُرَ بِي
"Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU mencegah (limpahan harta rampasan perang ini) pada Rasul dan Nabi-MU. Padahal beliau lebih ENGKAU cintai dibandingkan aku. Dan ENGKAU mencegah ini kepada Abu Bakr, padahal ia lebih ENGKAU cintai dan lebih mulia dibandingkan aku. Namun ENGKAU memberikan hal ini kepadaku. Aku berlindung kepada-MU agar jangan sampai pemberian-MU ini sebagai makar terhadapku."
[al-Bidayah wan Nihaayah karya Ibnu Katsir (7/79)]

Kemudian Umar menangis hingga membuat orang di sekeliling beliau merasa kasihan terhadap beliau. Umar selanjutnya berkata kepada Abdurrahman bin Auf:
"Aku bersumpah kepadamu, hendaknya engkau jual barang-barang ini, kemudian engkau bahagi-bahagikan (kepada pihak yang berhak) sebelum datangnya petang hari."

Subhaanallah, demikian zuhudnya khalifah kedua ini. Beliau sebenarnya sangat mampu untuk hidup bergelimang harta, namun itu tidak beliau lakukan. Harta-harta rampasan perang itu dibahagikan secara adil.


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar11

Friday 24 January 2020

024.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 🔟


Kisah Umar dan Para Sahabat Saat Akan Memasuki Wilayah yang Terkena Wabah



Umar dan para Sahabat lain yang masih hidup saat itu pernah hendak memasuki wilayah Syam. Namun, ketika belum masuk wilayah itu, ada laporan dari Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan pasukannya bahwa di Syam sedang terjangkit wabah penyakit.

Umar kemudian bermusyawarah dengan memilih orang-orang pilihan secara bertahap untuk memutuskan apakah pasukan ini terus masuk ke Syam atau kembali pulang. Awalnya, Umar mengajak bermusyawarah khusus Sahabat Muhajirin yang masih hidup. Para Sahabat Muhajirin ini tidak satu suara. Mereka berselisih. Ada yang berpendapat terus masuk ke Syam, ada juga yang berpendapat kembali ke Madinah.

Kemudian Umar mengajak musyawarah kaum Ansar. Demikian juga, ada perbezaan pendapat di antara mereka. Selanjutnya, Umar mengajak musyawarah masyayikh Quraisy yang berhijrah menjelang _Fathu Makkah_. Mereka tidak ada yang berselisih, berpendapat bahwa sebaiknya kembali pulang.

Umar pun mengumumkan agar pasukan bersiap pulang esok pagi. Kemudian datang Abu Ubaidah bin al-Jarrah radhiyallahu'anhu bertanya kepada Umar: Apakah anda lari dari takdir ALLAH?
Umar menjawab:

نَفِرُّ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ إِلَى قَدَرِ اللَّهِ أَرَأَيْتَ لَوْ كَانَتْ لَكَ إِبِلٌ فَهَبَطَتْ وَادِيًا لَهُ عُدْوَتَانِ إِحْدَاهُمَا خَصْبَةٌ وَالْأُخْرَى جَدْبَةٌ أَلَيْسَ إِنْ رَعَيْتَ الْخَصْبَةَ رَعَيْتَهَا بِقَدَرِ اللَّهِ وَإِنْ رَعَيْتَ الْجَدْبَةَ رَعَيْتَهَا بِقَدَرِ اللَّهِ
"Kita lari dari takdir ALLAH menuju takdir ALLAH. Bukankah jika engkau memiliki unta kemudian berhenti (ada pilihan) pada 2 lembah yang memiliki 2 tempat. Satu tempat subur dan tempat yang lain tandus. Bukankah jika engkau gembalakan untamu di tempat yang subur, engkau menggembalakannya dengan takdir ALLAH? Dan jika engkau gembalakan di tempat yang tandus engkau menggembalakannya dengan takdir ALLAH?"

Setelah itu datanglah Abdurrahman bin Auf radhiyallahu'anhu yang sebelumnya tidak hadir kerana ada suatu keperluan, menyampaikan hadits yang pernah didengarnya dari Nabi ﷺ. Abdurrahman bin Auf menyatakan:

إِنَّ عِنْدِي فِي هَذَا عِلْمًا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
"Sesungguhnya aku memiliki ilmu tentang hal ini. Aku mendengar Rasulullah ﷺ  bersabda:"*
"Jika kalian mendengar di suatu tempat (terjangkit wabah) jangan masuk ke dalamnya. Jika (wabah itu) menimpa suatu tempat sedangkan engkau berada di dalamnya, janganlah keluar kerana lari dari wabah itu."
[H.R al-Bukhari dan Muslim]



Kisah dalam hadits Sahih al-Bukhari dan Muslim tersebut memiliki sekian banyak pelajaran berharga bagi kita. Sedikit faedah atau pelajaran berharaga tersebut di antaranya adalah:

Faedah Pertama
Tawadhu'nya Umar. Meski beliau memiliki ilmu yang luas, pemahaman yang kukuh dan akal yang cerdas, bahkan Nabi mengatakan bahwa ia termasuk yang mendapat ilham, namun beliau tetap bermusyawarah. Apalagi hal itu terkait dengan urusan orang banyak.

Faedah Kedua
Hendaknya yang diajak musyawarah adalah orang-orang pilihan. Sebaiknya yang diikutkan dalam musyawarah adalah orang-orang yang berjumlah sedikit. Agar tidak banyak perselisihan. Umar pada awalnya mengumpulkan hanya Muhajirin, kemudian Ansar saja, kemudian masyayikh Quraisy yang berhijrah sebelum Fathu Makkah. Hal itu juga menunjukkan bahwa pihak yang diajak bermusyawarah secara terpisah memiliki kekhususan tersendiri. Misalkan, awalnya mengajak musyawarah para pemimpin, kemudian berikutnya mengajak musyawarah tersendiri para Ulama dan seterusnya.

Faedah Ketiga
Melakukan aksi atau tindakan-tindakan tertentu sebagai penyebab adalah bahagian dari takdir ALLAH. Bukan penafian terhadap takdir ALLAH. Seseorang yang tidak mahu masuk ke suatu wilayah yang terkena wabah, ia menghindar dari wabah itu kerana takdir ALLAH juga.

Faedah Keempat
Musyawarah adalah untuk hal-hal yang tidak memiliki nas hujjah yang jelas. Jika telah ada hujjah dalil yang tegas, itulah yang diambil. Tidak perlu dimusyawarahkan lagi.

Faedah Kelima
Diterimanya khabar ahad dalam hadits. Meski pun yang menyampaikan hadits hanya seorang, iaitu Abdurrahman bin Auf radhiyallahu'anhu saja, itu sudah cukup dan diterima.

Faedah Keenam
Kadangkala seseorang yang berilmu tidak mengetahui suatu hadits. Ada orang yang tingkatan keilmuannya di bawahnya, pernah mengetahui adanya suatu hadits. Sekian banyak Sahabat termasuk Umar tidak pernah mendengar hadits Nabi itu. Barulah mereka tahu setelah disampaikan oleh Abdurrahman bin Auf.
[disarikan dari penjelasan Syaikh Ibnu Utsaimin dalam syarh Shahih Muslim (7/20-26)]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar10