Friday 17 July 2020

033.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian  1⃣9⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.3


Wasiat Umar kepada Pemimpin yang Akan Menggantikannya


Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu berwasiat kepada pemimpin sepeninggalnya untuk memberi perhatian lebih kepada beberapa kelompok orang, iaitu: Kaum Muhajirin, kaum Ansar, kaum muslimin yang tinggal di pinggiran (wilayah perbatasan) serta orang-orang Arab Badwi. Demikian juga para Ahlul Kitab. Umar juga berpesan agar pemimpin sepeninggal beliau janganlah sewenang-wenang dalam memungut zakat atau jizyah. Jangan pula membebani rakyat dengan hal-hal yang di luar kemampuan mereka. Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu berkata:

أُوصِي الْخَلِيفَةَ مِنْ بَعْدِي بِالْمُهَاجِرِينَ الْأَوَّلِينَ أَنْ يَعْرِفَ لَهُمْ حَقَّهُمْ وَيَحْفَظَ لَهُمْ حُرْمَتَهُمْ وَأُوصِيهِ بِالْأَنْصَارِ خَيْرًا { الَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ } أَنْ يُقْبَلَ مِنْ مُحْسِنِهِمْ وَأَنْ يُعْفَى عَنْ مُسِيئِهِمْ وَأُوصِيهِ بِأَهْلِ الْأَمْصَارِ خَيْرًا فَإِنَّهُمْ رِدْءُ الْإِسْلَامِ وَجُبَاةُ الْمَالِ وَغَيْظُ الْعَدُوِّ وَأَنْ لَا يُؤْخَذَ مِنْهُمْ إِلَّا فَضْلُهُمْ عَنْ رِضَاهُمْ وَأُوصِيهِ بِالْأَعْرَابِ خَيْرًا فَإِنَّهُمْ أَصْلُ الْعَرَبِ وَمَادَّةُ الْإِسْلَامِ أَنْ يُؤْخَذَ مِنْ حَوَاشِي أَمْوَالِهِمْ وَيُرَدَّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ وَأُوصِيهِ بِذِمَّةِ اللَّهِ وَذِمَّةِ رَسُولِهِ ﷺ أَنْ يُوفَى لَهُمْ بِعَهْدِهِمْ وَأَنْ يُقَاتَلَ مِنْ وَرَائِهِمْ وَلَا يُكَلَّفُوا إِلَّا طَاقَتَهُمْ
"Aku wasiatkan kepada khalifah sepeninggalku untuk memperhatikan kaum muhajirin awal agar mengenal hak mereka, menjaga kehormatan mereka. Aku juga wasiatkan agar berbuat baik kepada kaum Ansar:"

{الَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ}
"Orang-orang yang menempati (Madinah) dan beriman sebelum hijrahnya kaum muhajirin."
[Q.S al-Hasyr 59:9]

"Hendaknya menerima kebaikan mereka dan memaafkan kesalahan mereka. Aku juga wasiatkan penggantiku untuk bersikap baik kepada para penduduk di negeri-negeri (perbatasan). Kerana mereka adalah penjaga di perbatasan dalam Islam, pengumpul harta dan membikin marah musuh. Jangan ambil dari mereka kecuali harta yang berlebih dan sesuai keridhaan mereka. Aku juga berwasiat kepada penggantiku untuk bersikap baik terhadap orang-orang Arab Badwi (pedalaman) kerana mereka adalah asal bangsa Arab dan bahan dasar Islam. Hendaknya penggantiku mengambil dari harta-harta mereka yang dipinggirkan (bukan harta pilihan) dan dikembalikan kepada fakir-miskin di antara mereka. Aku wasiatkan dia dengan perlindungan ALLAH dan perlindungan Rasul-NYA ﷺ (kafir dzimmi; Ahlul Kitab) agar memenuhi janji mereka dan agar orang-orang berperang di belakang mereka (para pemimpin) dan janganlah mereka dibebani di luar kemampuan mereka."
[H.R al-Bukhari]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar19