Sunday 17 June 2012

Al-Muqaddimah

بسم الله الرحمن الرحيم
،الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه أجمعين
;أما بعد



Secara rasminya, blog ini hanyalah sekadar blog peribadi. Yakni perkongsian pengalaman dalam pencarian dan membela bi'idznillah dengan jujur terhadap manhaj as-salaf ash-shaleh serta membantah mana-mana manhaj yang menyimpang darinya samada melalui pendidikan rasmi dan tak rasmi disertai pengalaman yang telah ditempuh. Yakni secebis pengalaman peribadi dalam menuntut ílmu sebagaimana yang terdapat pada label Alam Antah-Berantah, Caravan of Facepalm dan Misteri Sakti Wasabi termasuklah Dawrah Ilmiah. Dan pada label Artikel Pilihan pula adalah adalah perkongsian tanpa mengubah makna isi kandungan karya aslinya. Adapun pada label Sirah adalah siri redaksi bahasa Malaysia dari bahasa Indonesia walhasil diskusi dan keizinan penulis asal. Di label-label lain pula bertindak sebagai curhat bebas penulis dalam merenung diri dan imbasan melalui interaksi bersama alam sekeliling yang dicoret seringkas mungkin diselit bersama arkib rujukan di dalamnya. Wallahu mustaán.

Jesteru itu, diulang-tegas bahawa setiap karya tulis di blog ini hanyalah arkib persendirian penulis yang disertakan bersamanya pautan-pautan yang bertindak sebagai rincian penerangan yang-insyaa-ALLAH-telah disaring seupaya mungkin. Yakni pautan(sumber-sumbernya) terdiri daripada hasil muhadarah/dawrah, baik yang telah dihadiri mahupun yang didengar akan rakamannya. Selain itu, hasil pembacaan karya tulis úlama' serta duát ahlussunnati wal jamaáh turut menjadi sumber rujukan utama.  Namun yang pastinya tetaplah isi kandungan karya tulis tersebut  tidak selamat dari sebarang kesilapan dalam penukilannya. Penulis memohon ampun setinggi-tingginya kepada ALLAH Subhanahu wa Taála. Mohon maaf kepada pembaca pada hal-hal yang mungkin saja memusykilkan.

Penulis memohon perlindungan kepada ALLAH agar terselamat daripada fitnah yang mana asbab-musababnya banyak berpunca dari lisan dan sebarang kejelekan yang terpapar pada karya tulis terhidang. Ini kerana pedang itu tidak sentiasa memuji tuannya. Jesteru itu, sebarang teguran konstruktif amatlah dialu-alukan.

نسأل الله لنا ولكم العافية

كتبت وقد أيقنت يوم كتابتي بأن يدي تفنى ويبقى كتابه

Ketika saya menulis saya yaqin bahwa 
tanganku akan binasa sedang tulisanku kekal

واعلم أن الله لا بد سائلي فيا ليت شعري ما يكون جوابه
Dan saya tahu bahwa ALLAH pasti akan menanyaiku, 
aduhai, apakah nanti jawabnya?

.ﻭﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﻋﺒﺪﻩ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ ﻧﺒﻴﻨﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ، ﻭﻣﻦ ﺗﺒﻌﻬﻢ ﺑﺈﺣﺴﺎﻥ ﺇﻟﻰ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺪﻳﻦ
,اخكم في الدين


أبو مريم محمد الماليزي