Tuesday 17 February 2015

Dawrah Malaysia Rabi' ats-Tsani 1436H

Bismillah,


Jika diperhatikan, dawrah-dawrah yang terhidang di awal tahun 1436H ini nampaknya bersekitar pada nilai hidayah, kejujuran hati dan disertai dengan tentang pengukuhan manhaj secara berterusan[1]. Mulai dengan taghib wa tarhib dalam medan dá'wah yang bermacam ragam mehnahnya. Disusuli pula peringatan akan peri-pentingnya dalam menjalani kehidupan agar sentiasa mengikut diri dalam keberadaan úlama'[2].

Dan(dawrah) yang terdepan sekarang ialah di antara asas pancaroba yang menyebabkan sebuah kegelinciran fatal tatkala sedang menelusuri jalan menuju Tuhan. Yakni ancaman kerosakan hati[3] hasil memenuhi tuntutan selera hawa-nafsu.  Jelas keterkaitannya dawrah ini saling berurutan dengan yang lepas dengan singgungan soal ílmu dan úlama'[4], pertemanan[5], akhlaq[6], godaan[7], fitnah kecerdasan[8], kesamaran fakta[9], ghuluw[10], lambaian dunia[11] dan banyak lagi.

Jesteru itu, disamping mengulang-dengar kajiannya maka amatlah sesuai sekiranya dapat dikongsikan manfaát tersebut kepada kenalan-kenalan yang masih mencari jalan untuk diikuti[12]. Malahan jika yang tertanya-tanya mengapa ummat Islam pada hari ini berpecah-belah[13] dan bermunculan segala macam persepsi negatif, insya-ALLAH akan terkuaklah minda kita melalui kajian ini. Baarakallahu feekum!

Dawrah kali ini(disamping syaír-syaír Árab, perumpamaan dan sebagainya), menghidangkan sebuah kitab yang kurang lebih sudah berusia 21 tahun ya! Tajuknya Sallus Suyuf wal Asinnah ála Ahlil Hawa wa Ad'iya'is Sunnah[14], susunan Asy-Syaikh Ábdullah bin Shalfiq azh-Zhufairi hafizhahullah. Dan penyampainya pula ialah Al-Ustadz Muhammad bin Umar as-Sewed hafizhahullah[15], seorang pengasuh dari Má'had Dhiya as-Sunnah, Cirebon, Jawa Barat. Dipersilakan untuk mengambil peluang meraih manfaátnya. Turut tak dilupakan dawrah yang bakal muncul kelak bi'idznillah, masa tetapkan berlalu samada kita mengaturnya atau mensia-siakannya. Hayakumullah.

Nas'alullahat taufiq wal hidayah lana wa lahum wa liljamiíl muslimeen.


Ahad | 18 Rabi' ats-Tsani 1436H