Tuesday 10 September 2013

3-12.JT - Pabila Filsafat Menghurung Suasana

Persoalan awal sekarang ialah daripada mana sumbernya taárifan kalimat syahadah ini sehingga difahami dengan lafazh;

ALLAH Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa. Kejayaan manusia dan jin terletak hanya di dalam agama(islam) yakni menthaáti ALLAH cara Nabi shallallahuálaihi wa sallam.
Dan percakapan-percakapan mengenainya banyak berkisar dalam rangkuman Tauhid Rububiyah yakni menjelaskan sifat-sifat penciptaan(Khalq), pemilikan(Malik) dan pentadbiran(Mudabbir). Apa Abu Jahl dan kuncu-kuncunya tidak mampu menjawab apabila ditanyakan siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta segala isinya? Apa beliau tidak mengetahui haqiqatnya makhluk tidak dapat mendatangkan sebarang kesan manfaát dan mudharat? Pun jawapannya telah terjawab di dalam al-Qur'an. Jadi apa yang mereka faham dengan sebenar-benar faham dá'wah tauhid yang dibawa oleh Nabi shallallahuálaihi wa sallam?

Maka adakah mungkin dá'wah ini terkhusus buat kaum mulhid(atheis)? Sulit untuk mengiyakan kerana yang nampak jelas dá'wah yang C.o.F bawa tertuju kepada masyarakat awwam kaum Muslimin. Namun untuk mendá'wahkan kaum mulhid imma musyrikin itu jauh sekali dalam silibus mereka. Atau pernah anda lihat mereka mengetuk pintu rumah-rumah orang kaafir musyrik? Sepanjang pengalaman saya sendiri, rumah-rumah itu sebaiknay dihindari dalam program ghust/jaulah(ziarah rumah ke rumah). Gamaknya setakat itulah yang dapat difahami oleh mereka(C.o.F) akan tujuan penciptaan manusia dan jin untuk beríbadat semata² hanya untuk ALLAH Jalla wa Άla. Demikian nyata cara mereka memahami dá'wah Nabi shallallahuálaihi wa sallam.

Selain itu, kepalang rojaknya manhaj C.o.F ini sudah tidak terbendungkan lagi. Malah menular bebas melalui lisan-lisan karkun yang bermuzakarah ataupun mendekat. Pernah terpacul bukan dari seorang-dua bahkan di dalam sesi induksi sebelum khuruj(keluar bersama mereka) yang dikenali sebagai bayan tasykil mengatakan ulat dalam batu pun boleh hidup. Maka jangan dirisaukan kepada tanggungan yang bakal ditinggalkan. Dengan khuruj maka rezqi boleh muncul tiba-tiba, tanpa disangka-sangka malahan akan lebih melimpah-ruah. Disulamlah kisah-kisah magis mencarik ádat hasil pengalaman peribadi karkun-karkun lain sebagai dalilnya. Dalil yang diagung-agungkan kaum pemuja  áqal ini iaitu pengalaman dan mimpi khayali. Bukan itu saja, dimanipulasi juga ibrah tanpa bimbingan úlama' bagi mendapatkan kefahaman yang betul. Yakni ibrah dari kisah Nabi Ibrahim álaihissalam yang meninggalkan Siti Hajar di lembah Makkah dan juga kisah pengorbanan Abu Bakr radhiyallahuánhu dalam Ghuzwah al-Badr. Mereka menyerukan untuk meninggalkan usaha dan mencukupkan diri dengan tawakkal semata-mata. Άqidah apakah ini jika bukan Jabariah?!!! Ά'dzubillahu minhum.

إذا ما الأصل ألفي غير زاك

Apabila asasnya tidak kuat,
 
فما تزكو مدى الدهر الفروع
Maka cabangnya pun akan demikian sepanjang masa


Itu baru sesi taklimat sebelatau gipsi Islamik bersama mereka lagi. Macam mana pula nanti apabila sudah berpindah-randah dan kemudiannya memilih lokasi dari mushalla ke mushalla? Kelak dianjurkan pula salah satunya tarbiah áqidah buat kadet-kadet karkun iaitu dilarang daripada meminta-minta sesama makhluk pada hal yang diperbolehkan. Kononnya latihan pengukuhan tauhid. Contohnya saat sesi makan berjemaáh, aku tak boleh meminta pertolongan kepada karkun yang sedang berkhidmat didapur jika aku nak tambah nasi atau lauk. Yang perlu aku lakukan ialah,"Ya ALLAH, saya mau tambah nasi." atau "Ya ALLAH, saya mau tambah lauk." Kerana apa? Kerana untuk mengelakkan meminta dan berharap kepada makhluk katanya. Demikian mereka memahami istiánah, istiádzah, istighasah dan pelbagai penyamarataan doá dalam hal tersebut, syirk katanya. Memang C.o.F.


DI MUSHALLA
Enta kalau buat sungguh-sungguh kerja ni tentu meletoppp mahallah enta.
Ujar seorang mudir madrasah dalam cubaan menyambung siri pujukannya. Qadarallahu wa maasya faál, tasykil(pujuk-rayu) beliau saya seret kepada persoalan yang kelak akan menyerlahkan di mana kami berdiri.
Wahhabi tu apa, ustadz?

Oh...Wahhabi tu Mujassimah! Menjisimkan ALLAH.

فحسبكم هذا التفاوت بينن
Cukuplah bagi kalian perbedaan diantara kita,
وكل إناء بما فيه ينضح
Dan setiap bejana memercikkan isinya.

Thayyib, insya-ALLAH kita akan sambung al-kisahnya dialog sang ustadz di atas secara terperinci pada bab ushul ke-4 nanti, Ikram al-Muslimeen. Sebagai muraj.aáh, jom kita ulangkaji pelajaran tentang kalimat La Ilaha Illallah dan Muhammad Rasulullah menurut pemahaman yang menyeberangi fahaman C.o.F terlebih dahulu ya. Diharap agar dapat membantu diri sendiri dengan memanfaátkan pautan yang telah saya sisipkan tadi. Tenang-tenang ya.

Fahaman yang dianuti oleh para Salaf ash-Shaleh ya. Teringat pula perkataan seorang juhallak muqalliq á'ma kepada saya dalam ia menegaskan siapakah yang sebenarnya Salafi.

Inilah haqiqatnya Salaf; membuat kerja-kerja kenabian(dáwah wa tableegh). Pergi lorong ke lorong, pintu ke pintu, hati ke hati manusia. 3hari, 40hari, 4bulan.

Mereka malu untuk mengaku ilham maulena-maulena mereka bak wahyu, jadi mereka menyandarkan setiap ámal perbuatan adalah walhasil kerja kenabian. Innaalillahi wa innaa ilayhi raajiúuún.