Friday 31 December 2021

054.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian 2
Pernikahan Ali dengan Fathimah


Sebenarnya, Abu Bakr dan Umar pernah meminang Fathimah radhiyallahu'anha. Namun, Nabi ﷺ menyampaikan kepada beliau berdua bahawa Fathimah masih kecil. Kemudian di lain waktu, saat Ali bin Abi Thalib meminangnya, Nabi menikahkan Ali dengan Fathimah.

خَطَبَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَاطِمَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ  إِنَّهَا صَغِيرَةٌ فَخَطَبَهَا عَلِيٌّ فَزَوَّجَهَا مِنْه
"Abu Bakr dan Umar –semoga ALLAH meridhai keduanya- meminang Fathimah. Rasulullah ﷺ menyatakan:
"Sesungguhnya ia masih kecil."
Kemudian Ali meminang Fatimah, Nabi menikahkannya."
[H.R an-Nasai dari Buraidah, disahihkan Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi' dalam al-Jami'us Sahih Mimma Laysa fis Sahihayn)]

Sebahagian Ulama' menjelaskan makna hadits tersebut adalah bahawa saat Abu Bakr dan Umar meminang Fathimah, memang Fathimah masih belum cukup umur. Kemudian ketika beranjak usianya menjadi 15 tahun, saat itu Ali meminangnya lalu diterima oleh Nabi. 

Mahar yang diberikan Ali saat menikahi Fathimah adalah baju besinya.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا تَزَوَّجَ عَلِيٌّ فَاطِمَةَ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ  أَعْطِهَا شَيْئًا قَالَ مَا عِنْدِي شَيْءٌ قَالَ أَيْنَ دِرْعُكَ الْحُطَمِيَّةُ
Dari Ibnu Abbas ia berkata: "Ketika Ali menikahi Fathimah, Rasulullah ﷺ bersabda kepada Ali:
"Berikanlah sesuatu kepadanya (Fathimah)." Ali menyatakan: "Aku tidak memiliki apa-apa." Nabi bersabda:
"Manakah baju besi al-Huthamiyyah milikmu?"
[H.R Abu Dawud, an-Nasaai, dishahihkan Ibnu Hibban dan al-Albani]

Sedangkan kisah bahawa mahar Ali adalah 400 mitsqal perak yang ditawarkan Nabi, kemudian Ali meridhai, adalah riwayat yang dinyatakan palsu oleh Ibnul Jauzi.

Pernikahan yang benar-benar barakah. Sungguh besar kemuliaan Ali dengan adanya pernikahan dengan Fathimah tersebut.

Sebaik-baik mertua adalah Rasulullah ﷺ. Fathimah, sang isteri, adalah pemuka para wanita di syurga. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

سَيِّدَاتُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ أَرْبَعٌ: مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ ، وَفَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ  ، وَخَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ ، وَآسِيَةُ
"Para wanita yang menjadi pemuka wanita penduduk syurga ada 4, yaitu: Maryam bintu Imran, Fathimah puteri Rasulullah ﷺ, Khadijah bintu Khuwailid dan Asiyah."
[H.R al-Hakim, dinyatakan sahih sesuai syarat al-Bukhari dan Muslim oleh adz-Dzahabi]

Sedangkan dua putera yang terlahir dari pernikahan Ali dengan Fathimah, iaitu al-Hasan dan al-Husain adalah pemuka para pemuda di syurga.

الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ سَيِّدَا شَبَابِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
"Al-Hasan dan al-Husain, keduanya adalah pemuka para pemuda penduduk syurga."
[H.R Ahmad, disahihkan Syaikh Muqbil dalam al-Jaami'us Sahih mimma Laysa fis Sahihayn]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli2