Saturday 7 December 2013

12-12.JT - Madu Atau Khamr

Ya tubuh kita masih di dunia walaupun hati tersangat merindukan kampung akhirat. Namun, ketahuilah para Shahabat yang mulia radhiyallahuánhum álaihim ajmaín bukan bersikap ghuluw untuk sengaja menampal-nampal pakaian mereka. Kurus-keringnya mereka tidak sama dengan semakin gemuknya kita sekembali dari 40 hari, 4 bulan yang kononnya kerana terlampau-lanpau beratnya fikir, risau dan bimbang untuk ummat. Berittiba'us sunnahlah dengan tuntunan úlama' salaf bukan dengan mimpi-mimpi, ayat-ayat mustasyabihat maupun dengan menyamar-nyamarkan ayat muhkamat. Masih belum terlewat untuk bijak di sana dan bijak di sini selagi modal hayat masih bersama. Bukankah dulu kita sama-sama berbaiah di IPB. Sebagaimana pengalaman saya sendiri di berbaiah kepada Maulena Jamsyid hadahullah di Pakistan, kepada Prof.Dr.Nadir Ali Khan di India dan di Bangladesh(saya lupa namanya). Amboi sampai 3 kali baiahnya. Baiah yang menyatakan bahawa hidup ini untuk dá'wah. Menyeru manusia kepada ALLAH. Baiah yang didirikan atas kefahaman sebagaimana tuan-tuan karkun veteran yang lebih fasih menuturkannya;
Iman perlu dijaga sebaiknya kerana iman itu ibaratnya ais. Jadilah masjid sebagai satu²nya peti beku yang dapat mengekalkan ais tadi daripada cair. Rumah² pula adalah sebagai peti beku mini yang memerlukan hubungan baik dengan masjid.

Hanyasanya kejayaan seluruh manusia dan jin dalam ugama(Islam).
Yakni thaát ALLAH Subhanahu wa Taála cara Nabi shallallahuálaihi wa sallam.

Dalam sunnah pasti ada kejayaan.
Bukankah ini di antara kalimat-kalimat sakti yang sering didendangkan dulu dan mungkin masih lagi berterusan? Kalimat yang menyeru untuk kita kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Oleh demikian, maka secara peribadinya di sini yang ingin diserukan kembali kepada mereka ialah agar direalisasikan kalimat tersebut. Yakni dengan meninggalkan segala macam syubhat yang telah dibongkarkan secara ringkas sebelum ini; Ikhlashun niat dengan sebenar-benarnya. Lucutkanlah baju-baju firqah menyimpang yang dipakai selama ini. Bersihkan 6 ushul tadi dari noda-noda ra'yu, filsafat dan mantiq bahkan bersih dari menyandarkan As-Sunnah pada hadits-hadits dhaif dan munkar. Sayugia keutamaannya ialah penyucian áqidah dan pembaikan ámal-íbadah, agar tidak hanyut ditelan arus sebagaimana permisalan 'bahtera Nuh' yang dikhabarkan kalian sendiri dulu.
لاَ يَحْمُدُ السَّيْفُ كُلَّ مَنْ حَمَلَهُ
Pedang itu tidak memuji setiap orang yang membawanya.
Maaf jika terlanjur menegur. AJK surau masjid juga perlu peka. Bukan sekadar memenuhkan carta organisasi tapi tak kelihatan batang tubuh saat shalat fardhu di setiap masa. Atau hanya pandai mengait fatwa di kalangan sesama mereka. Sudah masanya surau masjid disegarkan dengan sarana-sarana ílmu yang jelas. Bukan cedokan pendapat tukang-tukang ceramah picisan yang licin dagunya, labuh kainnya(isbal) lantas  menyuntik agenda politik kepartian masing-masing. Jika tidak, akan wujudlah dua kecelaruan; Caravan of Facepalm dan ahli kariáh itu sendiri.
Duduk tenang-tenang dan renungkanlah pada apa yang diserukan kepada ummat selama ini. Apa benar ini sunnah Nabi? Apa setiap perkongsian maklumat itu murni? Mudah-mudahan dengan sedikit penjelasan berdasarkan pengalaman dan kajian hasil rujukan kepada fatwa-fatwa úlama' akan memberi manfaát. Jadilah madu bukan khamr yang diberi jenama baru untuk memperdayakan agar kelihatan halal. Mohon maaf seandainya terdapat perkataan yang kurang difahami atau kurang menepati. Hanya ALLAH jua yang mampu memberi petunjuk pemahaman.
حَيْثُمَا تَسْتَقِمْ يُقَدِّرْ لَكَ اللَّهُ نَجَاحًا
Sekiranya engkau menempuh jalan yang lurus niscaya
ALLAH akan memastikan kesuksesan bagimu.

Wallahul muwaffiq.

Abu Maryam Mohammad

Monday 2 December 2013

11-12.JT - Caravan of Facepalm II

Bertafakkur memerhati ciptaan Tuhan adalah wajar bagi orang-orang yang beráqal. Pun begitu, dalam memperhalusi sesuatu permasalahan terkait dengan tauhid, sunnah dan thaát tetap memerlukan bimbingan Rasul. Dan kini melalui para pewaris beliau, úlama' salafush shaleh. Úlama'lah yang menghubungkan kita kepada kejauhan jarak lebih 1400 tahun dahulu melalui hujjah-hujjah yang murni. Atau apakah mungkin ada yang ingin mengatakan bahawa istihsan(menganggap baik sesuatu perbuatan tanpa dalil), perasaan, mimpi-mimpi dan karamah(yang pada haqiqatnya bisikan dan ilham dari syaithan) dapat membantu dalam hal ini? Wallahul muwaffiq.

Ála kulli hal, yang benar-benar ikhlas bi'idznillah kan mendapat pertolongan-NYA daripada talbis iblis yang senantiasa cuba mendatangi dari segenap penjuru. Adapun terpaan musibah yang datang daripada C.o.F ialah semangat mendedikasikan diri untuk agama dengan cara tersendiri. Kreativiti berekayasa melakar kalam-kalam filsafat walhasil cambahan revolusi-revolusi analogi  yang akhirnya memunculkan beragam jenis ta'wilan dan segala macam tamtsilan. Ada yang terpesona dan ada juga yang tidak mempedulikan seperti membiarkan angin lalu. Pintu-pintu
pidato, berdebat, berbantah-bantah terbuka luas dan mengiring para kadet untuk acap berpindah dan bersilang pendapat.


Bukanlah asing satu slogan yang pernah berbunyi,
Dengan C.o.F inilah kita kan memiliki rumah besar dan ni'mat malam pertama.
Iaitu gelandangan lena di masjid-masjid dan keghairahan pulang bertemu isteri setelah berhari-hari, berminggu, berbulan hatta bertahun jauh dari tanggungjawab berkeluarga. Kita berlindung kepada ALLAH daripada kekhusyu'an perekayasa dalam agama ini. Jalan kerahiban sebegini hanya mengelirukan masyarakat dari mengenal haqiqat hidup sebagai Ahlus Sunnah. Firqah A mengaku sebagai Ahlus Sunnah. Begitu firqah B, C dan seterusnya. Maka terpinga-pingalah orang awwam yang berkehendakkan agama dengan variasi seruan dari firqah-firqah tersebut. Wallahul mustaán, sampai setakat di sini saya berharap tidak ada yang agak pening kerana kurang faham atau meloya kerana membosankan. Wallahul muwaffiq.

Jesteru itu, inilah seringkas mungkin berkenaan penyakit warisan kebathilan dan kejahilannya para ahlul kalam yang mengenderai para kadet serta pemimpinnya Jamaátut Tableegh di serata dunia. Ternyata apa yang berlaku bukanlah cakupan yang bersifat individualistik semata. Iya, masakan pohon tamar membuahkan gandum! Sungguh disayangkan, dengan rendah hati serendah bumi dan bersama tekad sekukuh gunung, mereka memburu impian yang setinggi angkasa untuk memperisai diri dari dá'yah kekufuran melalui dáwah tauhid. Memperisai diri dari bid'áh dengan upaya mau menghidupkan sunnah Nabi. Memperisai diri dari kemungkaran dengan mendirikan shalat. Memperisai diri dari kejahilan dengan menuntut ílmu. Memperisai diri dari kealpaan dengan memperbanyakkan dzikrullah. Memperisai diri dari hasad serta keakuan dengan belajar untuk memuliakan kaum Muslimin. Mau mengikhlashkan niat dari sebarang kecurangan. Dan akhir sekali, mau memperisai diri dari keterasingan dengan duduk bersama jamaáh. Sayang seribu kali sayang kerana tanpa tuntunan daripada as-salaf ash-shaleh upaya 6 ushul ini menjadi debu yang berterbangan. Kasihan lagi menyayat hati, sudah entah berapa ramai manusia yang terbelit dengan solekan ini. Wallahu taála á'lam.

Benarlah yang pada apa yang diperingatkan oleh úlama(Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani) bahawa mereka adalah kaum Shufi al-Ásr. Yakni shufi moden yang wujud pada hari ini. Berjalan di atas tuntunan pendirinya yang berpaksikan anutan tareqat shufi seperti Naqsyabandiyyah, Jistiyyah, Qadiriyyah dan Sahrawardiyyah dengan nafas baru. Nafas baru atas nama satu gerakan ulung yang memiripi manusia mulia di qurun emas yang pertama. Wallahu taála á'lam, tidak saya pasti samada masih ada lagi atau tidak nukilan-nukilan kisah mencarik ádat yang cuba diwaraskan dalam kitab Fadhail Á'mal C.o.F. Sebagai contohnya, dongeng Ahmad ar-Rifaa'í(Shufi ar-Rifaa'íuyyah) yang telah dijabat tangannya oleh Nabi shallallahuálaihi wa sallam dari dalam qubur beliau shallallahuálaihi wa sallam sambil melantunkan bait-bait karutnya? Bahkan dinukilkan lagi kononya ia berlaku dengan persaksian ribuan manusia! Barangsiapa yang pernah ke Masjid Nabawi mungkin lebih memahami padanan suasananya. Apa anda tergamakkah untuk menukil kisah sebegini?
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul(yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik(berpaling tadah menjadi kafir)? Dan(ingatlah), sesiapa yang berbalik(menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan(sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur(akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). [Ali Ímran : 144]

Jesteru, agama bukan bahan eksperimentasi di halqah-halqah sebegitu. Pernah saya usulkan di mesyuarat harian ketika di India dahulu. Usulan tentang peri-pentingan kita memastikan isi penyampaian seharusnya datang dari sumber yang benar. Respon yang diterima adalah kurang memberansangkan. Penekanan agar ditumpukan kepada pemurnian áqidah agar terlaksananya pengislahan íbadah difahami dengan membicarakan Tauhid Rububiyah  semata. Penjelasan terkait dengan Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma wa ash-Shifat seolah-olah tak perlu diterapkan atas alasan mau menghindari perpecahan ummat. Jeaslah kesatuan ummat yang diupayakan itu sedang melalui proses penerangan yang tidak sempurna. Pun kemudian ditafsirkan pula bahawa gerakan mereka adalah sebagaimana yang firman ALLAH Tabaraka wa Taála,
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu(wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasiq. [Ali Ímran : 110]
ترجو النجاة و لم تسلك مسالكها
Kau dambakan keselamatan, tapi engkau tak menempuh jalurnya

إن السفينة لا تجري على اليبس
Sungguh bahtera tak kan pernah berlayar di daratan.
Sayugia, semoga jelaslah sedikit-sebanyak pada ringkasan yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan terpampanglah warna sebenar yang cuba didakwa-dakwikan sebagai gerakan ulung mirip generasi emas qurun pertama. Jumlah pengikut yang ramai bukanlah ukuran kebenaran. Persetujuan sebahagian úlama' yang sejajar mereka juga bukan ukuran. Ukuran kebenaran itu letaknya pada merujuk al-Qur'an dan as-Sunnah mengikut kefahaman para salafush shaleh.
Wallahu á'lam