Friday 10 December 2021

053.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman hafizhahullah
*ALI BIN ABI THALIB RADHIYALLAHU'ANHU*
bahagian  1⃣


Tidakkah engkau ridha jika kedudukanmu terhadapku adalah bagaikan kedudukan Harun terhadap Musa.
[H.R al-Bukhari]

Tumbuh dalam pengasuhan dan didikan Nabi Muhammad ﷺ sejak kecil. Hingga menjadi anak kecil pertama yang masuk Islam. Saat usia sekitar 7 atau 8 tahun.

Di antara para Khulafaur Rasyidin, beliaulah yang paling dekat nasabnya dengan Rasulullah ﷺ. Kerana beliau adalah sepupu Nabi. Abu Thalib adalah abang kandung Abdullah, ayah Rasulullah ﷺ. Sedangkan Ali adalah putra Abu Thalib. Tidak hanya itu, Ali juga menjadi menantu Rasulullah ﷺ dengan menikahi Fatimah bintu Muhammad ﷺ.

Abu Thalib adalah seseorang lelaki yang miskin, memiliki banyak anak. Keadaan gawat membuat keadaan semakin sulit. 

Sebagai bentuk tanggungjawab dan keinginan membalas jasa, Nabi Muhammad ﷺ mengajak pamannya Abbas untuk mengasuh sebagian anak Abu Thalib. Untuk meringankan beban kehidupannya.

Mereka berdua mendatangi Abu Thalib dan menyatakan:

إِنَّا نُرِيْدُ أَنْ نُخَفِّفَ عَنْكَ مِنْ عِيَالِكَ حَتَّى تَنْكَشِفَ عَنِ النَّاسِ مَا هَمْ فِيْهِ 
Kami ingin meringankan beban tanggungan keluargamu, hingga nantinya masa sulit ini berlalu dari manusia.

Abu Thalib mempersilakan mengambil anaknya yang manapun untuk diasuh, selain Aqil. Rasulullah ﷺ pun mengambil Ali untuk diasuh, sedangkan Abbas mengambil Ja’far.

Mujahid menyatakan:

فَلَمْ يَزَلْ عَلِيٌّ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ حَتَّى بَعَثَهُ اللهُ نَبِيًّا فَاتَّبَعَهُ وَصَدَّقَهُ
Ali terus menerus bersama Rasulullah ﷺ hingga ALLAH mengutus beliau sebagai Nabi. Ali mengikuti dan membenarkan beliau.
[H.R al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dalailun Nubuwwah, dan at-Thabari dalam Tarikh]

Berada di bawah pengasuhan Nubuwwah, menjadikan Ali sebagai peribadi yang kokoh keimanannya, pemberani, dan berilmu.



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Muslim Malaysia
#SirahAli1