Friday 24 May 2019

006.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
ABU BAKR ASH-SHIDDIQ RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 6⃣
Segera Menyesali Kesalahan


Abu Bakr dan Rabiah bin Kaab pernah mendapatkan bahagian tanah berdampingan. Tanah milik Abu Bakr berada di sebelah tanah Rabiah. Sempat terjadi sedikit perselisihan antara Abu Bakr dengan Rabiah terhadap tandan kurma yang berada di perbatasan antara kedua tanah tersebut. Siapakah yang berhak atas tandan kurma itu? Pohonnya berada di lahan satu pihak, sedangkan tandannya berada di lahan pihak yang lain.

Saat terjadi perselisihan itu, sempat terlontar ucapan keras dari Abu Bakr terhadap Rabiah yang kemudian segera disedari oleh Abu Bakr dan beliau menyesalinya. Beliau sangat berharap agar Rabiah membalas dengan ucapan yang sama sebagai qisos (balasan yang setimpal). Abu Bakr radhiyallahu anhu menyatakan:

يَا رَبِيعَةُ رُدَّ عَلَيَّ مِثْلَهَا حَتَّى تَكُونَ قِصَاصًا
"Wahai Rabiah, balaslah ucapanku tadi dengan semisalnya, hingga menjadi qisas."

Tapi Rabiah tidak mahu. Sampai-sampai Abu Bakr _sedikit mengancam_ Rabiah akan menyampaikan kepada Rasul hal tersebut. Ketika keduanya mendatangi Rasulullah ﷺ, Rasul bertanya apa yang terjadi. Rabiah pun menyampaikan bahwa terjadi sedikit perselisihan antara dia dengan Abu Bakr, sempat terucap suatu ucapan yang kemudian disesali Abu Bakr. Abu Bakr meminta agar Rabiah membalasnya. Namun Rabiah tidak mau.

Mendengar penjelasan itu yang juga disemak oleh Abu Bakr, Nabi ﷺ  membenarkan sikap Rabiah yang tidak membalasnya, justeru Nabi menganjurkan Rabiah mendoakan Abu Bakr agar mendapatkan ampunan ALLAH:

فَلَا تَرُدَّ عَلَيْهِ وَلَكِنْ قُلْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ يَا أَبَا بَكْرٍ
"Jangan balas ucapannya. Tapi ucapkanlah:
Semoga ALLAH mengampuni anda wahai Abu Bakr.
(H.R Ahmad)

Rabiah pun segera mengucapkan: "Semoga ALLAH mengampuni anda, wahai Abu Bakr." Mendengar hal itu, Abu Bakr berlalu sambil menangis.



Mengumpulkan Berbagai Kebaikan dalam Sehari

Di hadapan para Sahabatnya, Nabi pernah bertanya: "Siapakah yang hari ini berpuasa?"
Abu Bakr menjawab: "Saya."
Nabi bertanya lagi: "Siapakah yang hari ini mengantarkan jenazah?"
Abu Bakr menjawab: "Saya."
Nabi bertanya lagi: "Siapakah yang hari ini memberi makan seorang miskin?"
Abu Bakr menjawab: "Saya."
Nabi bertanya lagi: "Siapakah yang hari ini menjenguk orang sakit?"
Abu Bakr menjawab: "Saya."
Nabi kemudian bersabda:

مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Tidaklah berkumpul perbuatan-perbuatan ini pada seseorang dalam sehari kecuali ia akan masuk syurga."
(H.R Muslim dan al-Bukhari dalam Adabul Mufrad)

Para penghuni syurga ada yang memiliki suatu amalan yang menonjol dilakukan. Apakah ia senang berpuasa, senang bersedekah dan sebagainya. Pada banyak orang, yang menonjol dilakukan adalah suatu amalan tertentu. Orang yang menonjol pada amalan tertentu, akan dipanggil melalui pintu syurga untuk amalan tersebut. Misalkan, seorang yang menonjol mengerjakan amalan solat, akan dipanggil melalui pintu solat.

Abu Bakr radhiyallahu'anhu adalah yang akan dipanggil melalui banyak pintu syurga, kerana beliau mengumpulkan banyak perilaku kebaikan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَة
"Barangsiapa yang suka mengerjakan solat, akan dipanggil dari pintu solat. Barangsiapa yang banyak berjihad, ia akan dipanggil dari pintu jihad. Barangsiapa yang gemar berpuasa, ia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyaan. Barangsiapa yang banyak bersedekah, akan dipanggil dari pintu sedekah."

Mendengar hal itu, Abu Bakr radhiyallahu'anhu bertanya:

فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا
"Apakah ada orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu seluruhnya?"

Nabi ﷺ menjawab:

نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ
"Ya, dan aku berharap engkau termasuk di antara mereka."
(H.R al-Bukhari)


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
📚 https://t.me/IkhwahSalafyMalaysia
📻 https://t.me/radiomuslimmy