Friday 3 May 2019

Dawrah Malaysia Sya'ban 1440H

Bismillah,



Alhamdulillah, setelah sukses 2 episod dawrah sebelumnya [1], lalu satu lagi episod dawrah baru selesai diadakan menjelang tiba Ramadhan. Walhamdulillahilladzi bi ni'matihi tatimmus solihat.

Walaupun tempoh dawrah ini agak singkat yakni berlangsung pada hari Sabtu-Ahad, 21-22 Sya'ban 1440H (27-28 April 2019M) namun intisarinya sangat mengesankan di hati. Bertemakan Istiqamah, Penyelesaian Menghadapi Liku-liku Kehidupan disusuli ringkasan Panduan Syar'i Tatacara Berpuasa [2]. Pemateri undangannya ialah Al-Ustadz Usamah Mahri LC hafizhahullah yang merupakan alumni Universiti Islam Madinah al-Munawarrah dan kini bertugas sebagai pengasuh di Ma'had As-Sunnah, Batu, Malang, Jawa Timur, Indonesia. Kali terakhir beliau mengisi dawrah di Malaysia sekitar 4 tahun [3] lalu di Johor Darul Takzim.

Walhamdulillah, sambutan para ikhwah dari segenap negeri termasuklah negeri jiran bagi memanfaatkan peluang yang dikurniakan-NYA amatlah menggalakkan. Hanya dengan taufiq dari  ALLAH ﷻ untuk kita dapat merealisasikan hakikat tajuk awal pembahasan. Ya, mudah-mudahan kita dikurniakan keistiqamahan untuk terus mempelajari ilmu agar tidak tersesat lalu istiqamah pula beramal dengan ilmu tersebut agar tidak dimurkai-NYA. Demikian cabaran hidup di dunia sementara ini bagi kita untuk memakmurkannya dengan amalan akhirat melalui keistiqamahan dalam menjalankan kebaikan serta istiqamah pula dalam menjauhi kejelekan. Tanpa taufiq dari ALLAH, mana mungkin dapat kita laksanakan. Kita mohon kepada-NYA akan keselamatan dan keafiatan iman, hati dan lisan pada hal yang tersebut.

Istiqamah memainkan peranan penting di saat berkecamuknya fitnah akhir zaman ini. Dengannya tersingkaplah warna sebenar seseorang, apakah yang dilakukannya dalam menuju akhirat selama ini ikhlas mengharap wajah ALLAH atau telahpun ia tertoleh... menoleh pada imbuhan dunia berupa materi, kedudukan, kemahsyuran dan selain dari ALLAH. Wal'iyadzubillahi minal haur wal ba'dal kaur. Telahpun datang pedoman dari sunnah ar-Rasul ﷺ.
Adapun telah berlalu dalam dawrah ini pada kisah nikmat dunia dibandingkan dengan adzab akhirat dan ujian dunia dibandingkan dengan nikmat akhirat, doa-doa memohon istiqamah, persiapan hati dan jasad, kisah-kisah keteladanan para Salafunnassoleh terkait bab istiqamah hatta ada yang sedang dikuliti hidup-hidup oleh orang kafir. Maka apakah definisi istiqamah di sisi syariat? Yakni definisi yang diwariskan oleh ahli ilmu sejak dulu-dulu. Lantas apa pula kaitannya dengan Ramadhan al-Mubarak yang tinggal beberapa hari akan muncul ini? Maka dengarkanlah dengan teliti arkib rakaman dawrah ini. Semoga kita saling memanfaatkan demi mengharap wajah ALLAH ﷻ.

Jum'at | 27 Sya'ban 1440H
Nota kaki: