Friday 8 November 2013

7-12.JT - Ke Medan Tempur Tanpa Senjata II

Untuk mendapat kefahaman dan haqiqat kita kena ulang...cakap lagi dan lagi.
Untuk faham memerlukan pengorbanan, jadi kita kena keluar mengikut nishab(jangka masa).
Inilah sebahagian kaedah C.o.F dalam menimba ílmu. Apalah yang mau diulang jika masih kelabu? Dah memang gelap gambar, habis semua pembicaraan hendak disondol dengan berbagi ra'yu(analogi). Kenapa? Kerana ternyata pada haqiqatnya mereka memilih untuk berámal tanpa didasari ílmu. Cukup sekadar latihan ulang cakap. Latihan agar fasih berpidato di sesi bayan nanti. Ini sudah seperti burung kakatua jadinya. Ya, memang itupun produk tipikal C.o.F. Sedangkan dalam dunia pemasaran produk/servis pun memerlukan kefahaman ílmu yang sewajarnya. Inikan pula agama yang hendak didá'wahkan. Perlu juga dilihat daripada siapa kita mengambilnya dan kepada siapa pula dikongsikan. Daripada ahli ílmukah atau tukang cerita dan penglipur-lara / penghikayat? Wal íyadzubillah, tentulah tak pantas diambil daripada ahli maksiat. Terlebih lagi tidak sekali-kali daripada ahli bid'áh. Juga bukan dari halqah bacaan kitab yang digilirkan sewaktu khuruj. Akhirnya inilah mereka, jurujual burung kakatua.
Kitab ini(Fadhail Á'mal/Muntakhahab Hadits) pun belum khatam, pun belum hafal untuk diámal-sampaikan, inikan mahu belajar kitab lain.
Bukankah kitab(Fadhail Á'mal) ini adalah saringan isi-isi terpenting daripada sekian banyak kitab muktabar yang ada?

Ya Subhanallah, betapa remehnya ílmu di sisi mereka dalam dá'wah. Hebat sungguh mereka dalam memahami perkataan Imam Bukhari rahimahullah di dalam shahihnya;
"Ílmu sebelum ucapan dan perbuatan."

Sementelah kecenderungan hati sudah kepada agama maka patut padannya kecintaan terhadap ílmu pun akan sama naik suburlah juga. Tapi  ini terbalik tergolek entah ke mana, lain macam alergik dengan ílmu? Ditambah pula dengan sikap memusuhi ulama' rabbani yang memimpin ummat kepada al-Quran waas Sunnah menurut kefahaman salaful ummah. Mereka mengumpamakan diri sendiri sebagai awan yang membawa air menghujani bumi di daerah kontang. Sedang úlama' itu hanya tasik yang terbelenggu di balik bukit, sedikit yang dapat memanfaáti berbanding mereka para karkun C.o.F. Tamtsil(perumpamaan) lagi. Nah itulah pun ílmu mereka yang acap dibahaskan. Mabuk tamtsil sepanjang waktu.

Perlu diketahui bahawa ílmu bukan sekadar mengenal mana yang baik dengan mana yang buruk tetapi menunjuki yang terutama baiknya dari sekian banyak yang terbaik dengan yang terjelik buruknya dari sekian banyak yang terburuk. Dan ílmu yang tertinggi itu keberadaannya adalah pada ílmu tauhid. Mengenal DIA dengan sebenar-benar kenal. Namun, sayang sekali khuruj yang dilakukan berterusan setiap tahun 40 hari-4 bulan itu lompong tanpa ílmu. Pergi berdá'wah tanpa ílmu ibaratnya pergi berperang tanpa senjata. Jika ada yang 'cerdik' maka akan berputar-belit pada alasan para Shahabat pun pergi berperang tanpa persenjataan yang cukup. Lihat, ya Subhanallah, berbuat sesuatu hanya dengan zhan semata tanpa benar-benar mengambil pemahaman yang jernih dari sumber yang murni. Atas tuntunan siapakah kalian berámal sedemikian rupa? Dan dengan kacamata apa kalian C.o.F melihat baik-buruknya sesuatu perkara itu? Wallahi, tidaklah itu hanya qias-qias yang dungu. Sengaja membinasakan diri...sengaja membunuh diri dengan terjun ke medan tempur tanpa senjata.
يقولون قولا لم يفهموها
Mereka berucap suatu ucapan yang mereka sendiri tidak memahaminya

وإذا قيل لهم حققوا لم يحققوا
 Dan bila dikatakan: buktikanlah, maka mereka tidak mampu membuktikannya