Friday 8 May 2020

028.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣4⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 1.1



Kaum muslimin kembali berduka dengan kehilangan pemimpin yang sangat dicintai rakyatnya. Pemimpin terbaik setelah Nabi dan Abu Bakr. Pemimpin yang zuhud, adil dan berbagai berderet pujian yang mungkin sulit terangkum dalam kata-kata. Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu, dibunuh dengan tikaman curang saat beliau solat Subuh. Sebenarnya, Umar telah berfirasat akan dekatnya masa kematian beliau melalui mimpi yang dialaminya.

Dalam suatu khutbah Jumat, Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu menyatakan:

إِنِّي رَأَيْتُ كَأَنَّ دِيكًا نَقَرَنِي ثَلَاثَ نَقَرَاتٍ وَإِنِّي لَا أُرَاهُ إِلَّا حُضُورَ أَجَلِي
"Sesungguhnya aku melihat, seakan-akan ayam jantan mematukku tiga kali. Sesungguhnya tidaklah aku melihat hal itu kecuali menandakan sudah dekatnya ajalku."
[H.R Muslim]

Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu pernah berdoa:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ ﷺ
"Ya ALLAH kurniakanlah kepadaku mati syahid di jalan-MU, dan jadikanlah kematianku berada di negeri Rasul-MU ﷺ."
[H.R al-Bukhari]

Empat hari sebelum kematian, Umar masih bermusyawarah dan memberikan arahan kepada Sahabat Hudzaifah bin al-Yaman dan Utsman bin Hunaif tentang masalah jizyah untuk penduduk Iraq, apakah terlalu berat bagi mereka atau sudah sesuai. Umar sangat perhatian dalam hal itu. Kerana jizyah adalah bagian dari perintah ALLAH, mesti ditunaikan bagi pihak-pihak yang sesuai dengan ketentuan. Namun, beliau tidak ingin memberatkan rakyatnya. Beliau musyawarahkan kadarnya. Beliau benar-benar tidak ingin ada kezhaliman di tengah-tengah mereka. Begitu perhatiannya Umar kepada penduduk Iraq, sampai-sampai beliau berkata:

لَئِنْ سَلَّمَنِي اللَّهُ لَأَدَعَنَّ أَرَامِلَ أَهْلِ الْعِرَاقِ لَا يَحْتَجْنَ إِلَى رَجُلٍ بَعْدِي أَبَدًا
"Sungguh jika ALLAH masih memberikan keselamatan kepadaku, aku akan tinggalkan para janda penduduk Iraq (berkecukupan) hingga tidak memerlukan seorang lelaki pun sepeninggalku."
[H.R al-Bukhari]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar14