Thursday 11 June 2020

031.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣7⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 2.1


Pertemuan Umar dengan Abu Lu'lu'ah Sebelumnya
Siapakah Abu Lu'lu'ah? Mengapa ia boleh masuk Madinah? Apa yang membuatnya membunuh Umar?

Abu Lu'lu'ah adalah seorang Majusi dari Parsi. Saat penaklukan Parsi di masa pemerintahan Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu ia tertawan sebagai budak (hamba sahaya). Selanjutnya ia menjadi budak milik al-Mughirah bin Syu'bah. Abu Lu'lu'ah mahir bertukang seperti membuat pisau dan senjata lainnya, kemudian menjualnya. Al-Mughirah bin Syu'bah meminta kepada Umar agar diizinkan hamba sahayanya itu bekerja di Madinah mencari penghasilan di sana.

Sebenarnya Umar berat hati untuk memberikan laluan kepada orang-orang kafir non-Arab memasuki Madinah. Namun, akhirnya permintaan al-Mughirah bin Syu'bah tersebut dituruti oleh beliau.

Abu Lu'lu'ah boleh mencari penghasilan di Madinah, memanfaatkan keahliannya menghasilkan kerja tangan. Namun, sebagai budak tentunya ia tidak memiliki kekuasaan penuh terhadap harta yang dimilikinya. Kerana harta yang dimilikinya adalah juga milik tuannya, al-Mughirah bin Syu'bah.

Sebenarnya, al-Mughirah bin Syu'bah radhiyallahu'anhu yang merupakan Sahabat Nabi juga, bukanlah seorang yang zhalim. Beliau faham hak-hak orang lain, walaupun itu budak yang di bawah kekuasaannya. Meski beliau tahu bahawa budaknya mampu mencari penghasilan dengan menjual (hasil) kerja tangannya, beliau tidak membebani pekerjaan yang banyak untuk budaknya itu. Beliau tidak semena-mena. Beliau hanya meminta 120 dirham tiap bulan atau 4 dirham tiap hari. Itu bukanlah jumlah yang besar jika melihat penghasilan yang mampu didapatkan oleh Abu Lu'lu'ah. Akan tetapi Abu Lu'lu'ah ini selalu mengeluh.

Suatu ketika, Abu Lu'lu'ah mengadukan hal itu  kepada Umar. Ia merasa al-Mughirah bin Syu'bah telah membebaninya dengan beban yang berat. Namun, setelah Umar tahu berapa penghasilan Abu Lu'lu'ah dan berapa pekerjaan yang harus diberikan kepada tuannya, Umar melihat bahawa itu masih ringan. Apalagi, Abu Lu'lu'ah ketika mengadu kepada Umar itu hanya menceritakan penghasilannya dari menjual alat penggilingan saja. Ia tidak menceritakan pendapatan dari kerja lain yang dihasilkannya. Umar bin al-Khaththab pun memberi nasihat kepada Abu Lu'lu'ah;

لَقَدْ كَلَّفَكَ يَسِيْراً، انْطَلِقْ فَاعْطِ مَوْلَاكَ مَا سَأَلَكَ
"Sebenarnya al-Mughirah bin Syu'bah hanya membebanimu dengan suatu
yang sedikit. Pergilah, berikan kepada tuanmu seperti yang dia minta."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqat]

Umar telah benar dalam nasihatnya tersebut. Perasaan penolakan dalam diri Abu Lu'lu'ah boleh jadi merupakan motivasi tambahan baginya untuk membunuh Umar. Selain boleh jadi kerana dia adalah seorang Majusi yang membenci Islam, sangat benci pada Umar yang kerana di masa kepemimpinan beliaulah Parsi ditakluk hingga Abu Lu'lu'ah menjadi budak. Wallahu A'lam. Saat beliau mengtahui bahawa yang membunuhnya adalah Abu Lu'lu'ah, Umar menyatakan:

قَاتَلَهُ اللَّهُ لَقَدْ أَمَرْتُ بِهِ مَعْرُوفًا
"Semoga ALLAH membinasakan dia, sungguh aku telah
memerintahkan hal yang ma'ruf (baik) kepadanya."
[H.R al-Bukhari]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar17