Friday 15 May 2020

029.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣5⃣

Musibah Besar Saat Terbunuhnya Umar 1.2



Tibalah pagi hari peristiwa yang telah ditakdirkan ALLAH, Umar tertikam saat memimpin solat. Subhanallah, benar-benar pengecut sang pelaku! Tidak mungkin ia berani menentang Umar terang-terangan duel meski usia Umar telah lanjut. Kerana ia sedar, dalam keadaan demikian ia tidak akan menang. Maka ditempuhlah cara culas, curang, berbungkus pengkhianatan.

Sang pelaku mengendap di sudut masjid. Di masa itu, saat Subuh bererti gelap-gelita masih menerjang. Belum ada penerangan yang memadai untuk memperluas jarak pandang. Umar sebelumnya masih sempat membangunkan orang-orang untuk bersiap solat saat fajar menjelang. Kebiasaan Umar sebagai pemimpin, menjadi imam solat Subuh mengumandangkan Kalam Ilahi memecah keheningan, merasukkan kesejukan dalam sanubari. Cukup panjang ayat-ayat Al-Qur'an yang beliau baca dalam solat Subuh. Dalam satu rakaat seukuran surat Yusuf atau surat An-Nahl sampai akhir surah.

Ketika takbiratul ihram berkumandang, sang pengkhianat bergerak cepat. Ia menyergap menikamkan pisau bermata dua. Dihunjamkannya pisau itu 3 kali tusukan, yang menyebabkan 6 luka tikaman di bawah pusar. Umar pun sempat berucap:

"Aku telah dibunuh atau dimakan oleh seekor anjing."

Ini juga isyarat bahawa beliau membatalkan solat, tidak mampu meneruskan tugas sebagai imam. Tapi tidak semua makmum mendengar suara Umar tersebut. Jangan bayangkan seperti di masa kita bacaan imam terdengar dengan bantuan pengeras suara sampai pada makmum di saf terakhir. Di saat itu, para makmum di deretan belakang tidak mengetahui apa yang terjadi. Mereka hanya kehilangan bacaan surat yang dibaca sang imam. Mengapa imam tidak meneruskan bacaan? Sehingga merekapun mengumandangkan tasbih untuk mengingatkan imam:
Subhanallah...subhanallah.

Kejadian di saf pertama dekat imam berlanjut dengan kengerian. Setelah menusuk Umar, sang pengkhianat ini menikamkan pisaunya ke kanan dan ke kiri, hingga 13 orang makmum yang hadir di saf pertama saat itu menjadi korban. Dari 13 orang makmum tersebut, 7 orang meninggal!

Saat-saat genting yang dikhuatirkan bertambahnya korban, ada satu orang makmum yang menjerat sang pelaku dengan _burnus_ (sejenis pakaian bertudung, pen). Terperangkap dalam kain itu, sang pelaku sedar bahawa ia akan tertangkap, ia pun melakukan bunuh diri.

Umar menarik tangan Abdurrahman bin Auf untuk menggantikannya sebagai imam. Demikianlah semestinya. Jika imam berhalangan untuk meneruskan, ia pilih makmum di belakangnya untuk menggantikan. Kerana itu orang-orang terdekat dengan imam adalah orang-orang yang paling layak menggantikan imam. Rasulullah ﷺ bersabda:

لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى
"Hendaknya yang kedudukannya dekat denganku adalah orang-orang berilmu di antara kalian."
[H.R Muslim dari Abdullah bin Mas'ud]

Abdurrahman bin Auf sedar bahwa beliau menggantikan posisi sebagai imam dalam situasi yang tidak normal. Solat tetap berlanjut, namun lebih ringkas dari biasanya. Dalam sebahagian riwayat, Abdurrahman bin Auf membaca surah Al-Kautsar dan An-Nashr. Umar pun sempat tak sedarkan diri. Selepas solat, Umar dibawa menuju rumahnya. Pagi sudah agak terang sebelum terbit matahari saat Umar terbangun siuman. Umar memandang ke arah wajah orang-orang. Beliau bertanya:

"Apakah manusia sudah solat?" Orang-orang berkata: "Ya." Umar pun berkata:

لاَ إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ
"Tidak ada keislaman bagi orang yang meninggalkan solat."
[H.R Ibnu Sa'ad dalam at-Thabaqatul Kubra]

Umar pun berwudhu' dan segera solat. Dalam riwayat Ibnu Sa'ad dari Ibnu Umar, pada saat solat Subuh tersebut dalam keadaan terluka parah, di rakaat pertama Umar membaca surat Al-Ashr dan di rakaat kedua membaca surat al-Kafirun.

Darahnya masih terus mengucur. Bahagian luka menganga terlalu lebar untuk sekadar dibendung jari tengah dan telunjuk.

Selepas solat, Umar memanggil Ibnu Abbas. Umar berfikir  apakah beliau memiliki dosa terhadap orang-orang sehingga layak mendapatkan perlakuan ditusuk seperti itu. Beliau juga menyuruh Ibnu Abbas untuk menyelidiki siapakah yang telah menusuk beliau.


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar15