Friday 24 April 2020

027.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣3⃣

Umar adalah Pintu Penutup Fitnah (Kerosakan) Bagi Umat


Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu pernah bertanya kepada para Sahabat dan Tabi'in yang hadir di sekitar beliau saat itu:
"Siapakah di antara kalian yang pernah mendengar hadits Nabi tentang fitnah?" Hudzaifah bin al-Yaman radhiyallahu'anhu berkata:
"Aku pernah mendengar hal itu dari Nabi. Fitnah yang melanda seorang laki-laki pada keluarga, harta, anak-anak, dan tetangganya, dapat dihapus dengan solat, puasa, sedekah, memerintahkan kepada yang ma'ruf dan melarang dari kemunkaran." Umar berkata:
"Bukan itu yang aku maksudkan. Fitnah yang aku ingin tanyakan adalah fitnah yang datang bergelombang bagaikan gelombang laut." Hudzaifah menyatakan:
"Jangan khuatir wahai Amirul Mu'minin, sesungguhnya anda tidak akan mengalaminya. Kerana ada pintu tertutup yang menghalanginya." Umar bertanya:
"Apakah pintu itu nanti akan terbuka atau rosak?" Hudzaifah menyatakan:
"Pintu itu akan rosak, tidak akan kembali menutup selamanya."*

Percakapan Umar dengan Hudzaifah tersebut terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Para Ulama yang mendengar hadits tersebut pernah meminta kepada Masruq untuk bertanya siapakah yang dimaksud dengan pintu itu? Masruq bertanya kepada Hudzaifah dan Hudzaifah menjelaskan bahwa


PINTU ITU ADALAH UMAR SENDIRI.
Ertinya, Umar tidak akan mengalami fitnah itu kerana beliaulah yang merupakan pintu penutup fitnah melanda umat Islam. Saat beliau meninggal dunia, yang diibaratkan sebagai pintu yang rosak atau pecah, gelombang fitnah itu masuk dan menimbulkan kerosakan.


☝🏻..insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa 🇲🇾. Juga terdapat di dalam bahasa 🇲🇨 terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy 🇲🇾
📚 t.me/IkhwahSalafyMalaysia
📻 t.me/radiomuslimmy
#SirahUmar13


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar13