Thursday 28 November 2013

10-12.JT - Caravan of Facepalm I

Kerana faham nilai jerit-payah sebuah kelangsungan hidup di dunia, kita begitu teliti memikirkan tentang kemajuan. Sebuah peningkatan dari masa ke semasa. Demikian juga urusan akhirat di sisi para pencintanya. Sama sekali tidak sanggup diperjudikan bukan. Mau saja dipertingkatkan kuantiti ámal walhasil dorongan kualiti iman yang dijulang oleh ílmunya yang benar.
Berlainan dengan C.o.F. Untuk itu semua...untuk faham nilai iman perlu khuruj bersama mereka dalam rangka merealisasikan ke lima-lima ushul sebelum ini. Maka inilah kemuncak jihad fisabilillah yang dita'wil-ta'wil berkonsepkan pengurbanan diri, masa dan harta demi memperolehi iman yang mantap sekukuh gunung, sesuci kain putih bersih dari noda kesyirikan walaupun sebesar debu. Diperingatkan, tanpa khuruj(pengurbanan di sisi mereka) maka haqiqat iman dan saling bertaáwwun bil birri waat taqwa(bahu-membahu dalam kebaikan dan ketaqwaan) tidakkan tercapai. Macam indah je...
Silibusnya tersusun rapi dengan kalimat² yang menawan hati;  
Dá'wah, tá'lim wa tá'lum(ajar dan mengajar), íbadah dan khidmat. Adapun 4 hal ini terikat dengan 2 saluran pula; 

1.Usaha Maqami(Tempatan):- Terikat dengan nama 5 ámal masjid(tidak termasuk malam shabguzari atau dikenal juga sebagai malam markaz mingguan di masjid kelolaan C.o.F di setiap daerah dan negeri);
i. 2½ jam sehari-semalam untuk berdá'yah.
ii. Fikir harian yakni sesi muhasabah sesama kadet.
iii.Tá'lim kitabi yakni bacaan-bacaan Kitab Fadhail Á'mal atau Hayatus Shahabah terbitan C.o.F. Berbeza dengan jamaáh Árab Saúdi yang lebih maju menggantikannya dengan Kitab Riyadhush Shaalihin(Al-Imam An-Nawawi rahimahullah).
iv. 2 ghust/jaulah yakni berziarah selepas shalat Ásar bagi menjemput penduduk ke majlis bayan(fikir iman dan
ámal)  seusai shalat Maghrib. 1 ghust dilaksanakan di dalam kariáh dan 1 lagi di luarnya.
v. 2 mesyuarat yakni untuk sesi tempatan dan pembentangan laporan di markaz.

2.Usaha Bairani(Keluar dari kariáh ke kariáh yang lain):- Sebuah kesinambungan usaha maqami setelah dimesyuaratkan oleh syura di markaz. Sayugia inilah yang mahsyur kelihatan di mata masyarakat.
i. Khuruj pada tempoh yang telah dimesyuaratkan seperti 3hari, 40hari, 2bulan berjalan kaki, 7bulan, 1tahun dan sebagainya ke luar kariah atau daerah hatta negeri dan negara.
ii. Syubhat tempoh tersebut ditamsil daripada angka-angka yang terdapat di dalam Al-Qur'an seperti kisah Musa álaihissalam pergi meninggalkan kaumnya pada suatu tempoh untuk mengadap ALLAH Subhanahu wa Taála, tempoh janin di dalam rahim  ibu dan lain-lain.
iii. Tak ketinggalan disamakan dengan kadar tempoh pelajar IPTA/IPTS yang mengambil sijil, diploma, ijazah dan seterusnya.
iv. Tempoh yang singkat adalah sebagai pengenalan kepada ahli baru dan tuntutan bulanan bagi ahli veteran. Maka, kecondongan hati akan semakin terpaut dengan kadar tempoh yang lebih panjang. Jesteru bertambah dalamlah  kecintaan dan ketaáshuban terhadap jamaáh ini. Demikianlah pengaruh pertemanan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Kesemua aktiviti ini dinisbatkan pengámalannya kepada ámalan para salafush shaleh yang terdahulu dari awal qurun pertama hingga ketiga. Jadi tidak hairanlah cita-cita besar mereka untuk menduduki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi masih lagi segar hingga ke hari ini melalui keyaqinan tersebut.
Kesamaran pada hal-hal di atas membingitkan minda dengan pelbagai persoalan;

■ Tidak pula ditemukan nash-nash di dalam kitab-kitab yang menyatakan Nabi dan Para Shahabat beraktiviti persis sedemikian. Yang ditemui ialah riwayat antara dialog Ámirul Mukminin Úmar radhiyallahuánhu bersoal-jawab dengan Ummul Mu'minin Hafsah radhiyallahuánha berkenaan isteri yang ditinggalkan suami untuk keluar pergi menjaga perbatasan negeri selama beberapa bulan. [lihat HR Abdurrazzaq dalam Kanzul Úmal dan HR Baihaqi dalam bab Jihad, Hayatus Shahabah]
■ Bagaimana dengan anjuran untuk bersafar syar'í ke 3 masjid ini; Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsha? Mana mungkin dapat ditandingi oleh Masjid Banglawali, Nizamuddin(India), Masjid Rai Win(Lahore, Pakistan) dan  Masjid Kakrail(Dhaka, Bangladesh) dan sekian banyak masjid yang mengandungi quburan di dalamnya?
■ Bagaimana dengan kepedulian mereka tentang hukum bersafar ke negeri kaum kuffar tanpa alasan syar'í? Sedangkan ílmu  agama masih lagi banyak di negeri-negeri kaum Muslimin?
■ Suatu keanehan apabila yang didengung-dengungkan bahawasanya kegemilangan tamadun Islam dapat tercapai melalui keistiqamahan pada gerak-usaha C.o.F ini. Walhasil dari situ yang zhahir pula adalah kebanjiran ahli pidato yang menyandarkan kekhusyu'an mereka pada ra'yu semata.
(?)
■ Sanggupkah kita biarkan anak-anak lelaki kita yang kegersangan ílmu disirami dengan istihsan(menyangka baik pada sesuatu tanpa dasar-dasar syar'í)? Sanggupkah pula kita nikahkan anak perempuan kita dengan kadet-kadet C.o.F?
 

 Wallahul muwaffiq