Sunday 24 November 2013

9-12.JT - Kelam Pandangan Kerna Karam

والطيور على أشكالها تقع 
Dan burung itu akan hinggap di tempat yang sesuai dengan jenisnya.

Sayugia syubhat daripada ushul ke-3 itu terus berjangkit kepada ushul ke-4 pula iaitu Ikramul Muslimeen. Maksud daripada ushul ke-4 ini ialah menunaikan hakhak kaum Muslimeen melalui cara menziarahi mereka dengan membawa risalah dáwah C.o.F. Turut dirincikan oleh mereka maksud ushul ini ialah dengan memuliakan úlama, menghormati orang tua dan mengasihi kanak-kanak. Maka dengan pemahaman ringkas itu kadet-kadet diasuh untuk bersikap ramah-tamah terhadap para pengimarah mushalla serta penduduk sekitar. Lalu melalui ushul inilah didekati masyarakat agar turut serta terjun ke dalam halqah-halqah mereka sebelum dipujuk-rayu untuk khuruj bersama.

Mengimbau kenangan berdialog dengan seorang mudir C.o.F dahulu.

Wahhabi tu apa, ustadz?
Oh...Wahhabi tu Mujassimah! Menjisimkan ALLAH. Enta kena berjaga-jaga dengan kuliah-kuliah di KL.
Jadi kat mana markaz diorang di Malaysia? Arab Saudi tu negara Wahhabi la kan, Ustadz?
Entahlah di Malaysia ni.
Jadi, dah tentu áqidahnya berbeza. Apa sah ke shalat orang kita di belakang imam-imam diorang di Makkah-Madinah selama ni?
Kita HUSNU ZHAN sajalah.

Hah itu dia, Mujassimah(menjisimkan ALLAH)! Maha Suci ALLAH dari sebarang persekutuan. Baginya Mujasimmah terhitung sebagai ahlus sunnah! Inilah dia, huznu zhan(bersangka baik) pada rangka Ikramul Muslimeen(memuliakan kaum Muslimin) versi C.o.F. Dari peringkat bawah sampai ke peringkat atasan memang begitulah caranya, caca-marba ghaflah jingga. Kenapa sewenangnya masih lagi berhusnu zhan walau dah tahu áqidah saling bertentangan? Kenapa masih boleh bermudah-mudah duduk bermajlis bersama firqah yang bertentangan? Walhal pihak yang menyimpang hanya akan menularkan jangkitan syubhat-syubhat mereka sahaja. Ála kulli hal, inilah kerosakan ushul ke-4 tersebut. Memperlecehkan al-haq yang seolah-olah nampak sengkek sangat.

Bukan itu saja. Pemutarbalikan pada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim álaihissalam bersama Siti Hajar dengan Nabi Ismail álaihissalam di lembah Makkah serta Abu Bakr as-Siddiq radiyallahuánhu dalam menyikapi Ghuzwah al-Badr. Kisah-kisah semisal ini adalah di antara kisah yang memotivasikan para kadet agar terus istiqamah dalam dá'yah C.o.F. Dengan motivasi ini jugalah mereka mulai melampaui batas sepertimana yang telah dikhabarkan di sini. Iaitu penyelewengan maksud usaha dan tawakkal pada sisi beriman dengan taqdir terutama dalam soal rezeqi...atas nama husnu zhan kepada ALLAH.

Bahkan terhadap barisan maulena dan buzruk juga serampangan husnu zhan dikalungkan. Sebagaimana contoh perhimpunan mereka di Sepang beberapa tahun kebelakangan dulu. Salah seorang karkun celupar menisbatkan bahawa turunnya hujan pada hari tersebut adalah disebabkan disebabkan fikir, risau dan bimbangnya maulena mereka(?!!!). ALLAH sebagai saksi pada pendustaan tersebut! Wallahu yahdihum. Disangkakan ummat yang menderita dalam permasalahan iman dan ámal. Namun melupakan diri sendirilah sebenarnya yang semakin tenggelam asyiq-masyuq dalam falsafah dan mantiq walhasil ketaksuban diri. Hak kaum Muslimeen apa yang mau ditunaikan jika berterusan begini? Kes-kes isteri terpaksa berkerja menyara keluarga sedang suami sibuk mengendung syubhat menjaja ke merata tempat bukan satu berita rekayasa. Anda atau saudara-mara terdekat hatta kenalan mungkin punya pengalamannya, wal íyadzubillah. Dari kariah ke kariah, pintu ke pintu, lorong ke lorong atas nama pengislahan diri sambil menunaikan hak kaum Muslimin.

Permasalahan pada ushul ini dengan ushul-ushul sebelumnya  memang saling terkait pada permasalahan ílmu. Contohnya di dalam ushul ke-4 ini, C.o.F tidak mengajarkan hal berkaitan wala' wal bara'(cinta dan benci) sesama Muslim dan juga manusia. Tidak pula diajarkan tentang adab-adab bermajlis hatta ada di antara mereka di atas nama ushul ke-4 ini sanggup duduk bersama pembuat bid'áh dan pengekor hawa-nafsu yang lain. Maka disebabkan itu jualah maka C.o.F turut dipertikaikan ke mana hilangnya sifat ámar maáruf nahi munkar yang sepatutnya dituangkan ke dalam dá'yah mereka. Atau mungkin juga kerana jawapannya, husnu zhan? Yakni dengan konsep cukup sekadar menyeru manusia datang ke mushalla. Kerana melalui shalat berjamaah nanti kemungkaran akan dinyahkan tanpa perlu lagi dicegah. Jelasnya ikramul muslimeen di sini berkonsepkan sangka teka C.o.F terhadap sesuatu perkara. Mendidik satu sikap untuk tidak mau memeriksa dengan teliti pada sesuatu perkara kemudian rela mengaburi pandangan matanya sendiri. Dialog saya dengan seorang karkun di suatu masa dahulu,
Kenapa kita perlu duduk meraikan acara ádat orang kampung di surau sedangkan kita tahu itu bukanlah datang dari tuntunan As-Sunnah?
Kita ikramul muslimeen-lah dulu. Lama-lama dioarang faham agama, diorang tinggalkanlah.
Semoga dengan peredaran zaman yang dipenuhi pelbagai prasarana hari ini mampu menjadi sebab-musabab terselamatnya ummat dari kekeliruan yang dibawa oleh C.o.F. Mungkin dalam hal ini saya akan di'husnu zhan'kan sebagai karkun sejuk kerana berlepas diri daripada mereka. Husnu zhan yang disangka-sangka tanda mendapat hidayat itu hanyalah dengan menyertai firqah mereka. Mudah-mudahan suatu hari nanti, lantaran penekanan pada konsep keikhlasan niat dalam menthaáti ALLAH cara Nabi akan menyedarkan karkun dari buaian mimpi menuju realiti kehidupan dunia yang sementara dan kekekalan akhirat.
ALLAHumma ameen.