Friday 15 November 2019

021.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 8⃣a

Pendapat Umar Tepat yang Sesuai dengan Turunnya Ayat al-Quran


Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu termasuk orang yang terbimbing dan mendapatkan ilham yang tepat sesuai kebenaran.

عَنْ عَائِشَةَ عَنِ النَّبِىِّ ﷺ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ « قَدْ كَانَ يَكُونُ فِى الأُمَمِ قَبْلَكُمْ مُحَدَّثُونَ فَإِنْ يَكُنْ فِى أُمَّتِى مِنْهُمْ أَحَدٌ فَإِنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ مِنْهُمْ »
Dari Aisyah –semoga ALLAH meridhainya- dari Nabi ﷺ bahwasanya beliau bersabda:
"Pada umat sebelum kalian, terdapat orang-orang 'muhaddatsun' (yang diberi ilham). Jika hal itu terdapat pada umatku, sesungguhnya Umar termasuk di antara mereka."
[H.R al-Bukhari dari Abu Hurairah dan Muslim dari Aisyah]

قَالَ عُمَرُ وَافَقْتُ رَبِّى فِى ثَلاَثٍ فِى مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ وَفِى الْحِجَابِ وَفِى أُسَارَى بَدْرٍ
Umar berkata: "Pendapatku sesuai dengan (wahyu) Rabbku dalam 3 keadaan: tentang Maqam Ibrahim, tentang hijab, dan tentang tawanan-tawanan Badr."
[H.R al-Bukhari dan Muslim, lafadz sesuai riwayat Muslim]

Dalam riwayat tersebut, Umar menyatakan ada 3⃣ keadaan. Namun, itu bukanlah pembatasan. Dalam beberapa riwayat al-Bukhari dan Muslim, setidaknya ada 5⃣ kejadian yang Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu pendapatnya tepat sesuai turunnya Al-Qur'an:

1⃣ Solat di belakang Maqam Ibrahim
Umar pernah berkata kepada Rasulullah ﷺ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ اتَّخَذْنَا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
"Wahai Rasulullah, bagaimana kalau seandainya kita menjadikan maqam Ibrahim (tempat berdiri Ibrahim saat membangun asas Ka'bah) sebagai tempat solat?"
Kemudian turunlah firman ALLAH ﷻ:
...وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى...
"Dan jadikanlah maqam Ibrahim sebagai tempat solat."
(Q.S Al-Baqarah ayat 125)
[H.R al-Bukhari]


2⃣ Hijab
Umar berkata kepada Nabi:

يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ أَمَرْتَ نِسَاءَكَ أَنْ يَحْتَجِبْنَ فَإِنَّهُ يُكَلِّمُهُنَّ الْبَرُّ وَالْفَاجِرُ
"Wahai Rasulullah, kalau seandainya anda memerintahkan kepada para isteri anda untuk berhijab, kerana sesungguhnya yang berbicara kepada mereka adalah orang-orang yang baik maupun yang fajir."
[H.R al-Bukhari]
Kemudian turunlah firman ALLAH:

يَٰأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٥٩
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan para wanita orang-orang beriman, hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Q.S Al-Ahzab ayat 59]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar8