Friday 29 November 2019

023.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 9⃣

Sangat Tunduk Jika Dinasihati dengan Al-Qur'an



Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu adalah orang yang sangat tegas, kemahuannya kuat. Namun beliau adalah orang yang langsung tunduk jika disampaikan ayat-ayat Al-Qur'an.

Suatu hari ada seseorang yang bernama Uyainah meminta pertolongan kepada anak saudaranya, iaitu al-Hurr bin Qais untuk bertemu langsung dan menyampaikan sesuatu kepada Umar. Al-Hurr bin Qais termasuk orang yang dekat Umar kerana beliau adalah penghafal Al-Qur'an yang alim. Umar mengumpulkan para penghafal Al-Qur'an yang alim sebagai teman dekat untuk diajak musyawarah dalam hal-hal yang penting.

Saat Uyainah ini ada kesempatan berbicara kepada Umar, ternyata ia menyampaikan hal-hal seakan-akan Umar tidak adil dalam kepemimpinannya. Sempat terbetik kemarahan dalam diri Umar terhadap Uyainah. Namun, segera al-Hurr bin Qais mengingatkan Umar bahwa Uyainah ini termasuk orang yang tidak tahu, sedangkan Al-Qur'an memerintahkan untuk berpaling (memaafkan; membiarkan) orang yang tidak tahu yang berbuat hal tidak sepantasnya kepada kita. Al-Hurr bin Qais menyatakan:

يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ لِنَبِيِّهِ ﷺ  { خُذْ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنْ الْجَاهِلِينَ } وَإِنَّ هَذَا مِنْ الْجَاهِلِينَ وَاللَّهِ مَا جَاوَزَهَا عُمَرُ حِينَ تَلَاهَا عَلَيْهِ وَكَانَ وَقَّافًا عِنْدَ كِتَابِ اللَّهِ
"Wahai Amirul mukminin, sesungguhnya ALLAH ﷻ  berfirman kepada Nabi-NYA,  ﷺ:

خُذْ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنْ الْجَاهِلِينَ 
"Bersikaplah memaafkan, perintahkan kepada yang ma'ruf, dan berpalinglah dari orang-orang yang tidak tahu (bodoh)."
[Q.S al-A'raf ayat 199]

Abdullah bin Abbas radhiyallah'anhuma yang mengisahkan kejadian tersebut menyatakan:

وَاللَّهِ مَا جَاوَزَهَا عُمَرُ حِينَ تَلَاهَا عَلَيْهِ وَكَانَ وَقَّافًا عِنْدَ كِتَابِ اللَّهِ 
"Demi ALLAH, Umar tidaklah melampaui batas dalam bersikap ketika dibacakan ayat tersebut. Beliau (Umar) adalah orang yang benar-benar berhenti (tunduk) saat dibacakan Kitab ALLAH."
[H.R al-Bukhari]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar9