Friday 8 November 2019

020.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah

UMAR BIN AL-KHATHTHAB RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 7⃣


Syaithan pun Lari Menjauh Darinya
Rasulullah ﷺ bersabda kepada Umar:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ قَطُّ سَالِكًا فَجًّا إِلَّا سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ
"Demi (ALLAH) yang jiwaku berada di Tangan-NYA, tidaklah syaithan bertemu denganmu pada suatu jalan, kecuali ia akan berusaha mencari jalan lain selain jalan yang akan kau lalui."
[H.R al-Bukhari dan Muslim dari Sa'ad bin Abi Waqqash]

Dalam hadits lain Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَخَافُ مِنْكَ يَا عُمَرُ
"Sesungguhnya syaithan benar-benar takut kepadamu wahai Umar."
[H.R at-Tirmidzi dari Buraidah]
Rasulullah ﷺ juga bersabda:

إِنِّي لَأَنْظُرُ إِلَى شَيَاطِينِ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ قَدْ فَرُّوا مِنْ عُمَرَ
"Sesungguhnya aku benar-benar melihat syaithan manusia dan jin telah lari meninggalkan Umar."
(H.R at-Tirmidzi dan an-Nasai dari Aisyah) Dalam riwayat lain dalam hadits, dinyatakan:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَلْقَى عُمَرَ مُنْذُ أَسْلَمَ إِلَّا خَرَّ لِوَجْهِهِ 
"Sesungguhnya syaithan tidaklah bertemu Umar sejak ia masuk Islam kecuali akan tersungkur pada wajahnya."
[H.R at-Thabarani dari Asma', dinukil oleh al-Hafidz dalam Fathul Bari]

Hadits itu menunjukkan bahawa menjauhnya syaithan dari Umar adalah kerana keIslamannya, kerana keimanannya yang sangat kuat. Bukan kerana rupabentuk fizikal atau tabiat bawaan yang sudah ada sebelum ia masuk Islam.

Memang, syaithan dapat ditundukkan oleh orang-orang beriman tertentu, bukanlah khusus pada Umar sahaja. Setiap orang beriman yang sangat kuat keimanannya, syaithan takut dan menjauh darinya. Syaithan juga dapat ditundukkan. Akan tetapi, Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu adalah termasuk yang terdepan mendapatkan keutamaan demikian.

إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُنْضِي شَيَاطِينَهُ كَمَا يُنْضِي أَحَدُكُمْ بَعِيرَهُ فِي السَّفَرِ
"Sesungguhnya orang beriman benar-benar menaklukkan syaithan-syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian menaklukkan untanya saat safar."
[H.R Ahmad dari Abu Hurairah, disahihkan Syaikh al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah]



...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUmar7