Saturday 19 October 2013

6-12.JT - Ke Medan Tempur Tanpa Senjata I


Itulah akibatnya apabila memperleceh-lecehkan ílmu. Penyempitan C.o.F terhadap pembahagian ílmu bukan saja sekitar 2 bahagian; ílmu fadhail(kelebihan ámal) dan ílmu masail(hukum-hakam) sahaja. Bahkan ílmu di sisi mereka adalah yang datang dari hasil muzakarah mereka dan fatwa-fatwa mereka. Muzakarah pun haqiqatnya berlegar pada sesi bertukar-tukar pendapat bukan berkongsi ílmu. 10 ahli muzakarah makanya 10 sudah pendapatlah kita kan dengar. Oh ya, selain 2 bahagian ílmu tersebut masih ada lagi 2 sisipan sandaran sebagai penegak hujjah yakni mimpi & kasyaf ílmu 'ladung'. Demikianlah kefahaman ílmu yang meliputi gerak-gerinya C.o.F dalam membina buah keyaqinan yang menjadi dambaan setiap kadet. Semakin lama anda bersama C.o.F, alamatnya semakin jauhlah anda dari keterbukaan minda untuk menilai dikeranakan semakin jauh anda terseret ke lembah kejahilan yang gelap pekat. Gelap gambar sungguhlah jika anda berangan-anda hendak melihat keluasan ílmu Islam dan memetik buah-buah hikmahnya..

Wallahul muwaffiq. Saya berharap dengan sedikit perkongsian tentang cerita-cerita mimpi nanti tidak akan menimbulkan salah-faham pula. Al-maklumlah, karkun-karkun dan semisal mereka minat benar dengan cerita mimpi. Jom....

  • Tertubuhnya C.o.F adalah berdasarkan mimpi. Mimpi bertemunya Maulena Ilyas al-Kandahlavi(semoga ALLAH mengampuninya) dengan Rasulullah shallallahuálaihi wa sallam yang mana Rasulullah mengatakan bahawa tanggungjawab ummat dalam menyampaikan risalah kenabian yakni dá'wah akan diteruskan oleh beliau.
  • Disusuli pula isu perlantikan pimpinan pada generasi ke-3. Disokong oleh mimpinya Maulena Úmar Palanpuri yang bermimpi di bawa ke tengah padang pasir kemudian ditunjukkan pimpinan ke-3 tersebut yang duduk bersama Khulafa' ar-Rasyidin radiyallahuánhum.
  • Contoh lainnya ialah ílmu fadhail berkenaan kethaátan kepada ámir. Seorang karkun yang bertugas di dapur masakan telah bertanya di mana tempat tidurnya pada waktu malam nanti. Maka ámir memerintahkan beliau untuk tidur saja di suatu ruang kosong yang kurang selesa. Dikeranakan thaátnya beliau maka beliau telah bermimpi ditemukan Rasulullah shallallahuálaihi wa sallam yang kononnya redha dengan sikapnya yang thaát itu. Wallahu taála á'lam

Kenapa, tak percaya?Sememangnya kisah-kisah ini telah lama meniti bibir ke bibir para kadet C.o.F. Bagi yang berámal untuk menuntut karam-ah tentu mudah dibeli pendengaran mereka walau dengan sekadar cerita kosong' saja. Tetapi tidak sekali-kali bagi yang berámal dengan istiqamah demi mengharapkan wajah ALLAH. Lalu, apa benar mereka bencikan kesyirikan?