Friday 26 February 2021

039.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

 ••{ Bismillahirrahmanirrahim }••

SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 4️⃣
Berhijrah Dua Kali


Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu termasuk Sahabat Nabi yang berhijrah 2 kali. Hijrah dilakukan atas dorongan keimanan, berpindah ke wilayah yang aman dan memungkinkan untuk beribadah dengan tenang kepada ALLAH ﷻ. Utsman bin Affan radhiyallahu'anhu menyatakan:

إِنَّ اللهَ -عَزَّ وَجَلَّ- بَعَثَ مُحَمَّدًا بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ، فَكُنْتُ مِمَّنِ اسْتَجَابَ للهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَآمَنَ، فَهَاجَرْتُ الْهِجْرَتَيْنِ الْأُوْلَيَيْنِ، وَنِلْتُ صِهْرَ رَسُوْلِ الله، وَرَأَيْتُ هَدْيَهُ (فضائل الصحابة لأبي عبد الله أحمد بن حنبل
"Sesungguhnya ALLAH ﷻ telah mengutus Muhammad ﷺ dengan kebenaran dan menurunkan Kitab kepada beliau. Aku termasuk orang yang memenuhi seruan ALLAH dan Rasul-NYA serta beriman. Aku berhijrah 2 kali. Aku mendapatkan kedudukan sebagai menantu Rasulullah dan aku melihat petunjuk beliau."
(Fadhail as-Sahabah li Abdillah Ahmad bin Hanbal) 

Hijrah yang pertama menuju Habasyah. Ke negeri yang dipimpin Najasyi, di lingkungan banyak kaum Nasrani. Namun, Najasyi adalah pemimpin yang tidak menghendaki ada siapapun di wilayahnya terzhalimi. Najasyi pimpinan Habasyah itu nantinya masuk Islam dengan sebab dakwah Sahabat Nabi yang berhijrah itu. Beliau masuk Islam sembunyi-sembunyi. Sendirian, di tengah-tengah kaum Nashrani.
Hijrah kedua adalah ke Madinah. Membangun peradaban baru Islam di bawah kepemimpinan dan bimbingan Nabi ﷺ.

Seorang yang berhijrah sekali saja, memiliki keutamaan tersendiri. Apalagi jika berhijrahnya sampai 2 kali, seperti Utsman bin Affan. 
ALLAH ﷻ berfirman:

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"Barangsiapa yang berhijrah di jalan ALLAH, ia akan mendapati di bumi (tempat perlindungan aman) yang membuat jengkel musuh dan kelapangan (dalam rezeki di tempat baru). Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kemudian ia meninggal, telah tertulis pahalanya di sisi ALLAH, dan ALLAH adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Q.S An-Nisaa' 4:100]

Berhijrah juga merupakan amalan penghapus dosa. Rasulullah ﷺ bersabda kepada Amr bin al-Ash radhiyallahu'anhu:

أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْإِسْلَامَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ وَأَنَّ الْهِجْرَةَ تَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهَا وَأَنَّ الْحَجَّ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ
"Tidakkah engkau tahu bahawasanya masuknya seseorang ke dalam Islam itu menghapuskan dosa-dosa sebelumnya, dan berhijrah itu menghapus dosa-dosa sebelumnya dan berhaji itu menghapus dosa-dosa sebelumnya?"
(H.R Muslim) 

Syariat hijrah masih akan terus berlangsung hingga hari kiamat. Selama seseorang muslim tertindas di negerinya, tidak mampu lagi mengerjakan kewajiban-kewajiban syar'i, saat itu disyariatkan baginya untuk berhijrah ke tempat lain, ke wilayah kaum muslimin.

لَا تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ حَتَّى تَنْقَطِعَ التَّوْبَةُ وَلَا تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
"(Syariat) hijrah tidak akan terputus sampai terputus (kemungkinan) taubat. Tidak akan terputus taubat hingga terbitnya matahari dari arah barat."
(H.R Abu Dawud dari Muawiyah)

Hanya saja, khusus untuk penduduk Makkah, tidak akan ada syariat kewajiban berhijrah menuju tempat lain. Kerana Makkah akan terus menjadi negeri Islam.
[Disarikan dari penjelasan Syaikh Ibnu Utsaimin dalam Fathu Dzil Jalaali wal Ikraam syarh Bulughil Maram (5/449)]

Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ
"Tidak ada hijrah lagi (bagi penduduk Makkah) setelah Fathu Makkah."
(H.R al-Bukhari dari Ibnu Abbas dan Ibnu Umar, juga diriwayatkan oleh Muslim dari Aisyah, Ummul Mu'minin radhiyallahu'anha)


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman4