Monday 7 October 2013

5-12.JT - Shalat Kuncup Dan Kesot

2002 : Antara prata dan teh tarik di Old Delhi... dengan cuaknya di Surat, Gujerat.

Tiba di Masjid Banglawali, Nizamuddin, Old Delhi di saat awal pagi. Kedapatan segelintir karkun yang sedang qiamullayl berbaki dengan sabung-menyabung berdengkur lainnya. Nak diceritakan nanti meleret-leret. Maka dipendekkanlah ya. Baik, rombongan kami telahpun diputuskan oleh majlis syura(sekumpulan ahli mesyuarat tertinggi) untuk dihantar ke Surat, Gujerat. Satu negeri yang masih hangat lagi dengan peristiwa berdarah di antara masyarakat Muslim dengan Hindu. Yakni ringkasnya isu berkaitan dengan keretapi Godhra dan  kuil Akshardham. Baarakallahu feekum, bukan di sinilah rinciannya ya.

Rimas saya melihatkan saminya. Comot bersanggul dengan selempang oren sambil memegang besi ala-ala pencucuk kebab tercegat berdiri. Memandang sinis kita yang mundar-mandir di negerinya. Sukar pula nak membezakan antara orang awwam Muslim dengan Hindu dikeranakan penerampilan yang hampir-hampir sama. Bak orang anak Melayu dengan anak Cina atau India dalam disko perumpamaannya. Atau saat mengecam mangsa kemalangan jalanraya, yang eksiden anak Melayu tapi malangnya mangsa yang auratnya sejak awal lagi sudah percuma tertayang seperti.... Wallahu á'lam, malu saya nak ulas. Adapun di India ini, jika berkurta(qamish) dan berkopiah serta berjanggut maka itu lebih mudah untuk dikenal sebagai Muslim tempatan.

Walaubagaimanapun, kemuyskilan segera mengetuk minda saya yang masih terpinga-pinga 1001 persoalan. Salah satunya, kebanyakan masjid di sini mengandungi quburan. Sulit sekali jika tak ada, macam satu kemestian. Sah atau tidak, diperbolehkan atau dilarang atau tidak shalat di dalam masjid sedemikian? Teringatkan kampung di utara yang qubur terletak di bahagian luar depan masjid. Nak kena belajar juga bab masjid dan qubur memandangkan ada satu syubhat yang cuba dikaitkan dengan Masjidil Nabawi dengan terpisahnya dari maqam Rasulullah shallallahuálaihi wa sallam bersama dua shahabat radhiyallahuánhuma. Usah bertanya kepada C.o.F, nanti pusing kepala mendengarkan fatwa-fatwa mufti mee segera lulusan kem 40 hari mereka.


Masjid Di Kampung

Alhamdulillah, kini hampir kurang lebih 10 tahun saya selamat dari kebejatan C.o.F. Sudah tidak lagi bermajlis dengan mereka. Kenalan-kenalan lama pun sudah maklum. Karkun sejuk, satu label yang terkhusus buat kadet C.O.F yang telah berbara'ah(membenci/berlepas diri) terhadap mereka(ketergelinciran C.O.F). Tak mengapalah andai saya diklasifikasikan sebagai karkun sejuk dari kelompok mereka.
Itu ámir shahab(ketua jemaáh) 40 hari yang khuruj ke Myanmar baru-baru ini...Buzruk(orang lama).
Sapaan pembuka daripada seorang kenalan lama saat menanti iqamah dikumandangkan. Taqdir ALLAH, saya berdiri disebelah ámir shahab tersebut bagi menantikan kemunculan imam rawatib. Entahlah, hati ini rasa tak sedap, lain macam berdiri di sebelahnya.

Buzruk...ámir shahab 40 hari...maknanya otai. Tahu tak? Ohhh orang lamaaaa..

Lazimnya yang berkelayakan untuk menjadi ámir shahab bagi jemaáh 40 hari mestilah pernah ke IPB (India, Pakistan dan Bangladesh) selama 4 bulan(±40 hari bagi setiap negara tersebut). Dan untuk ke IPB pula lazimnya harus punya pengalaman khuruj 40 hari di dalam negara. Lainnya kes saya, dengan pengalaman khuruj dalam negara hanya 15 hari saya telah diluluskan untuk ke IPB asbab tazkiyah(rekomendasi) salah seorang ahli syura dan beberapa orang senior


Caravan of Facepalm!!!

Berbalik pada kisah ámir shahab itu tadi. Ámir shahab ini nampaknya sedang mengeksklusifkan posisi qiam mengikut saiz sejadah sepertimana perilaku sang juhallak kebanyakan. Sudahpun begitu, nak dikatakan dia sakit tapi nampak sihat. Dengan keadaan terkuncup, terkemut, terkepit-kepit qiamnya. Uluran atau angin pasangkah? Pastinya dia bukan dara pingitan. Saya merapati kaki dan bahunya dia mengensot. Saya rapatkan lagi dia kegelisahan mengensot. Ya ALLAH, dia mahu shaf yang renggang! Serabut dan kecewa dibuatnya. Bukan karkun ini macamlah mere bhai, dosto or buzruko. Ini KARTUN! Dah lebih kurang bekas teman sepejabat saya. Kartun jugak. Memang fotostat paten shalatnya. Hasil belajar shalat di IPB. (?)

Bab sifat shalat memang satu bab yang hilang daripada C.o.F. Walhal, Nabi shallallahuálaihi wa sallam bukan sekadar menyeru untuk shalat awal waktu di tempat adzan dilaungkan tanpa ketinggalan takbiratul wula. Bahkan banyak lagi perkara yang sepatutnya kita beratkan dalam ber'ittiba'issunah ini. Telahpun diajarkan tatacara shaf shalat. Begitu juga sifat-sifat shalat Nabi shallallahuálaihi wa sallam. Tidaklah pulang dari 4 bulan dengan shalat yang meleweh qiamnya. Berdiri bak tiang letrik dibantai lori sawit, lain macam lengkungnya. Sujudnya pun menguncup-nguncup siku rapat ke rusuk dan kaki yang adakalanya terawang-awang tidak tegak. ALLAHu yahdihum, cukup-cukuplah menambah kejengkelan ke atas orang awwam seperti saya. Sudah lidah Melayu yang fasih menyebut 'ALLAH' lagi mahu dipelat-pelatkan ala lidahnya orang Pakistan. Kasihan jikalau sedemikian rupa istiqamah mereka sejak entah berapa belas-puluh tahun yang lalu. Bayangkan entah bagaimana pulalah agaknya hasil didik terhadap anak-anak buah yang menjadi tanggungjawab selama khuruj 40 hari nanti? Yang menurut sangkaan mereka apa yang dipertontonkan oleh ámir shahab tersebut adalah sunnah.  Generasi ke generasi pula nanti saling mewariskan. Saling melaungkan bahawa merekalah pendukung sunnah di akhir zaman. Walhasil haqiqatnta ternyata sedang membunuh sunnah satu persatu dan memperkenalkan pula kejahilan diri yang itu wajar diteladani.

Semoga tidak ada ámir shahab yang menjawab dengan jawapan kebodohan yakni mengatakan perbuatannya itu sunnah dalam lingkungan yang dicontohkan oleh maulena-maulena. Atau cukup sekadar ikut-ikutan...tiru-tiruan...atau paling tidak alasannya untuk bertaáshub kepada mazhab Hanifiah.
Nas'alullahaas salamah waal áfiyah.

Kenapa ya sampai begitu sekali tenatnya perkhabaran yang telah disampaikan?Saya mau lena dulu.