Wednesday 2 October 2013

4-12.JT - Salju Ramadhan Di Lahore

Assalamu'alaykum bhai shahab. Anda dari mana mau ke mana?
Saya, budak yang baru nak belajar beramah-mesra dalam rangka dá'wah sambil mengasah lidah berbahasa Urdhu menegur seorang lelaki berjanggut lebat lagi panjang yang sendirian di penjuru koc. Yelah, mengisi waktu senggang dalam perjalanan berkeretapi yang ±selama 22 jam dari Karachi ke Lahore.


Di sini rata-rata kaum lelaki memang berjanggut. Tidak seperti di Malaysia yang kesedaran tentang janggut masih lagi miskin baik di kalangan orang awwam maupun penglipur lara mereka yang bergelar ustadz. Penyudahnya sunnah yang melekat di wajah ini bertukar menjadi wajahnya majusi(misai tanpa janggut) atau khunsa(licin tanpa misai/janggut). Ada juga yang mencukur sebahagian hadapan dagu kemudian membiarkan di belakangnya selain dari yang dirapikan cukup makan ala-ala rumput padang bola atau sebahagian habaib yang janggutnya bak lukisan di tepi pipi, tipis sekali. Mungkin masih pening langau antara beza hukum sunnat(fiqh) dengan sunnah(ushul). Janganlah pula nanti dibawa kalam Murjiah moden;
Dont judge a book by its cover.



Saya baru pulang dari Chechen. Sekarang menuju ke Afghanistan. Anda mau ikut serta?

Sambil membetulkan beg galasnya yang rupanya berisi AK-47. Ambik kau! Berderau darah dibuatnya! Dengan perlahan-perlahan saya pun berundur diri sambil menolak pelawaannya. Bukan takut tapi kerana sedar diri tak punya ílmu yang tepat tentang jihad yang sebenar. Emosi dan semangat saja tak cukup.


Swabi, Utara Pakistan

Saya sangka itulah pertemuan terakhir dengan orang sepertinya. Serban hitam dan jubah putih yang saya pakai rupanya sekali lagi telah menarik perhatian seorang anggota al-Qaeda at-Takfiri. di kawasan rombongan dá'yah kami berkampung. Selama 3 hari berturut-turutlah beliau datang berziarah sambil membacakan petikan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadits tentang jihad dan mati syahid. Akhirnya penolakan demi penolakan disertai bantuan ketua rombongan telah berjaya menjarakkan kami berdua. Pun begitu, kedapatan menjadi adat tempatan yang mana mereka akan akan muncul pada saat Éidul Fitr dengan membawa tabung-tabung infaq serta tembakan ke udara dari senjata api bak mercun layaknya di negara kita.

Sejujurnya, saya tak pasti apakah persepsi orang awwam di kalangan C.o.F terhadap mereka. Yang saya fahami pada masa itu boleh dikatakan umum masyarakat mengatakan mereka sebagai mujahiddeen. Walhal rupanya mereka adalah penganut fahaman Khawarij. Kelak dikenali sebagai kumpulan teroris terbesar di dunia hari ini. Sebahagian buktinya;
■ Menyatakan bumi Afghanistan adalah satu-satunya negara yang tertegak Daulah Islamiyah. Satu-satunya bermaksud selain daripada Afghanistan adalah negara kuffar.  Negara kuffar yang mana menjadi HALAL untuk diserang jika perlu. Namun, lenyaplah sudah Daulah Islamiyah yang didengung-dengungkan itu apabila penjajahan Amerika dengan bantuan sekutunya(Syiáh) telah mencabul setiap ruang daerah. Apa benar negara lain seperti Árab Saúdi, Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain itu bukan negara Islam? Dikeranakan miringnya pemahaman takfiri(mengkafirkan manusia sewenangnya) ini maka;
■ Negara kaum Muslimin yang lain telah dicop sebagai kaafir. Kesinambungan tersebutlah terbitnya
   seruan untuk memberontak kepada pemerintahan yang sah di setiap negara.
■ Kemudian menghalalkan penyerangan dibuat secara terbuka di tempat awwam.
■ Menghalalkan darah kaum kuffar pada jalan yang tak sepatutnya;
   □ Kaafir Dzimmi
      Kaum yang di bawah takluk pemerintahan Islam dan mereka membayar jizyah.
   □ Kaafir Mu'ahad
      Kaum yang tinggal di negara mereka lalu mematerai perjanjian damai untuk
      tidak saling menyerang dengan negara Islam.
   □ Kaafir Mu'tamin
      Kaum yang datang ke negara Islam kemudian mendapat perlindungan
      keselamatan ke atas mereka.
■  Serangan mereka yang ke atas negara kuffar dibalas oleh pihak musuh sehingga ke hari ini dengan menjarah dari negeri Muslim ke setiap negeri Muslim yang lain. Baik atas nama kebebasan hak, demokrasi, memerangi keganasan dan sebagainya. Wallahu mustaán.

Apa kaitannya ini dengan C.O.F? Kaitannya ialah penglibatan segelintir pengikutnya dalam menghulurkan bantuan. Baik dari segi moral maupun fizikal. Bahkan tidak membantah permasalahan yang ditimbulkan. Jadi bagaimana kemurniaan manhaj dan áqidah dapat diperolehi apabila berada di atas laluan ini? Asalkan mengucap dua kalimah syahadah maka setiap yang haram menjadi halal? Lembik, itulah yang sesuai dikalungkan kepada mereka. Lembik dalam mencegah kemungkaran. Inilah serba ringkas bahagian ushul pertama yang mampu saya ingat dan kongsikan Insyaa-ALLAH, Ushul yang kedua nanti ialah Shalat Khusyu' wa Khudu'. Yakni shalat yang berkonsentrasi dan penuh ketundukan jiwa.



Wallahul muwaffiq.