Tuesday 30 April 2013

3.5-Maktabah Caca-Marba Ghapla Jingga

Setelah sembuh dari gila meroyan(maqam fana') itu tadi barulah akan berpindah ke maqam baqa'. Yakni hidup kembali pulih menjadi normal sama seperti sebelumnya. Apa benar? Rupa²nya di maqam ini kegilaan masih ada cuma berlainan warna. Shalat atau mana² syariat terangkat taklifnya kerana berí'tiqad sudah sampai menggapai yaqin.

Mereka(kaum Shufi) pantas menjawab sebelum pertanyaanku ajukan. Mereka telah menggambarkan wajahnya syariat umpama potongan kulit limau yang membalut isinya haqiqat. Inilah salah satu gula² untuk mudah menarik bagi orang² yang alergik terhadap dalil supaya kelak mudah dapat ditinggalkan shalat, saum, zakat dsb. Peringkat terkhusus buat orang khawwas(khusus) semestinya bukan buat orang awwam(kebanyakan). Kononnya terus melihat kepada intinya melalui pendakian ílmu tareqat dalam menuju má'rifat bagi mencapai haqiqat. Tetapi... apabila bersama masyarakat, ada yang berlakon mendirikan shalat dsb. Dah macam puak Rafidhah pun ada. Άla kulli hal, sememangnya lama-kelamaan akan dituntun ke situ akhirnya. Samada menjadi seorang rafidhi dan khariji. Dalam versi yang lebih perisa lemah-gemalai sopan-santun.

Jesteru untuk mengurangkan persoalan² yang   menyesakkan, aku semakin galak menelaah kitab²  tasawwuf. Mencari sandaran memandangkan jawapan yang kurang 'akademik'. Bukan tak ada Shahih Bukhari dan Shahih  Muslim di rumah, komik-komik pun berkenjah. Tetapi  al-kisah² mistik tetap menarik perhatian. Maka mulalah melibatkan diri dengan menyalin semula kitab  Haqiqat  Insan karangan Haji Ahmad Laksamana(Indra  Bongsu). Ngeri! Kitab  inilah modal dá'yah kaki kedai  kopi. Selain itu, ada beberapa karangan yang turut menjadi rujukan, antaranya;

■   Al-Hikam, karangan Ibn Athaillah Askandary.
■   Tanbihul Ghafilin, karangan Abul Laits As-Samarqandi.
■   Ihya' Úlmuddin, karangan Syaikh Abdul Hamid al-Ghazali.
■   Futuhul Ghaib, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, Qamaruddin Fahri
     [Jasmin Enterprise].
■   Asraaruddin, Amdan bin Hamid [Perniagaan Jahabersa].]
■   Lasyful Asraar, Syeikh Mohd Salleh bin Abdullah Mengkaba,
     Amdan bin Hamid [Perniagaan Jahabersa].
■   Tazdkiratul Auliya', karangan Syaikh Fariduddin Attar.
■   Pelajaran Ilmu Al-Tauhid, Budiman Radzi.
■   Mengenal Diri dan Wali ALLAH, Mustapha Mohamed al-Jiasi
     al-Ahmadi [Pustaka Aman Press Sdn Bhd].
■   Pengantar Ilmu Tarekat dan Tasauf, Prof.Dr.H.Aboe Bakar Atjeh
     [Pustaka Aman Press Sdn Bhd].
■   Kunci Untuk Mengenal Tuhan, Mustafa Zahri aka Mustafa Mandar
■   Jalan Sufi, Idries Shah [PT Dunia Pustaka Jaya, Jakarta].
■   Ad-Darun Nafis, Syeikh Muhammad Nafis Diris al-Banjari,
     Amdan bin Hamid [Perniagaan Jahabersa].
■   Irshadat(Ana'l Haqq Mansur Al-Hallaj), Ibrahim Gazur-I-Ilahi
     al-Farisi, HR Bandaharo&Joebaar Ajoeb [Ikraq Kuala Lumpur].
■   At-Ta'arruf li Madzhab Ahl at-Tashawwuf, Abu Bakar Muhammad
     al-Kalabadzi [Pustaka, Perpustakaan Salman Institut
     Teknologi Bandung].
■    Himpunan Syair Jalaluddin ar-Rumi.

Lama-kelamaan lain macam rasanya. Macam cerita kartun bukan juga, janggal semacam. Segala puji bagi ALLAH yang mengurniakanku sikap suka membaca, nak mencari. Dapat jugak aku menelaah daripada bermalasan untuk makan suap atau di'kencing' oleh manusia yang sifat dirinya tak dapat dipisahkan dengan berdusta. Lazimnya mereka bijak bersilat bahasa dan manis² perkataannya. Mangsa² mereka adalah orang yang tidak suka membaca dan tiada cinta terhadap ílmu. Tiada cinta terhadap pengajar, penuntut waima majlisnya sekalipun.
Wal'iyadzubillah.