Monday 19 August 2013

1-12.JT - InginKu Maki Seni Hati Pak Pi'e

Bismillah,
Alhamdulillah, wash-shalatu wassalamu ála rasulillah
wa ála aalihi wa ashhabihi wa man waalah.
Amma ba'du,

Setelah bertungkus-lumus merangkak keluar dari belitan Alam Antah-Berantah, saya tekadkan usaha terus mencari dan mencari. Dan akhirnya(memang) telah ditaqdirkan saya akan ditemukan dengan satu kelompok shufi moden yang dikenali sebagai Jamaátut Tableegh(JT). Jadi perkongsian tak seberapa di sini adalah secebis pengalaman peribadi sendiri dalam duduk bermajlis bersama  mereka secara serius selama 3 tahun. Itupun setelah tenggelam-timbul beberapa tahun sebelumnya. Semoga-bi'izdnillah-dapat menjentik hati untuk berfikir dengan sihat dan mudah-mudahan ada pelajaran yang dapat diambil daripadanya.
Baarakallahu feekum.


Oh enta baca buku tasawwuf. Tasawwuf means 'The art of HEART'.

Saya hanya mengangguk tanda setuju sambil memegang buku yang baru dipinjam dari perpustakaan tadi. Pada waktu itu, penggunaan internet masih belum meluas lagi maka perpustakaanlah kaedah 'tradisional' yang efisyen bagi mencari sesuatu bahan rujukan. Itupun seingat saya tahap statitistik suka membaca rakyat Malaysi masih lagi faqir-miskin papa-kedana. Buktinya, paparan berita di media-media elektronik dan cetak rancak mengwar-warkan gosip, skandal dan spekulasi yang mengundang pelbagai andaian masyarakat. Buktinya lagi, masyarakat lebih condong untuk berpijak di atas emosi dalam menilai sesuatu peristiwa berbanding bersusah-payah mendapatkan fakta haqiqat sebenar.

Baik, jom kita berbalik kepada kisah JT. Maaf kerana selingan tadi. Sang penanya tadi adalah pensyarah fotografi saya. Salah seorang pengikut tegar JT yang amat disegani di kampus. Jesteru, kejadian tadi mula mengimbas bermacam jenis dialog yang hampir serupa namun maksudnya tetap sama. Yang membantutkan niat pula untuk terus bersama ialah apabila suatu hari di Kedah;

Enta faham apa makna Islam?"
Soal Ustadz Syafi'í, seorang ustadz JT yang menjadi pembesar rombongan 3 hari kami di satu masjid yang terletak di daerah Jitra. Segera saya jawab dengan mengemukakan hasil rujukan daripada Hadits Arbain Imam an-Nawawi Rahimahullah. Berkenaan hadits Jibril Άlaihissalam yang datang bertemu Rasulullah shallallahuálaihi wa sallam lalu bertanyakan beberapa soalan. Disaksikan pula oleh Para Shahabat radhiyallahuánhum álaihim ajmaín. Namun dia(Ustadz Syafi'í) pula dengan tenang berkata,
tak tepatlah jawapan tu.   erkkkk...
Islam itu adalah Iman dan Άmal.
 Disusuli syarah ringkas buatan falsafahnya sendiri.
Serentak itu sedaya-upaya saya cuba sembunyikan 3 hal;
  1. KEMARAHAN. Kerana dia telah membenarkan rumusan falsafahnya kemudian menafikan kalam Rasul.
  2. KASIHAN. Nak ku ketawakan nanti jatuh air mukanya... Ustadzzz, yang disembah banyak orang.
  3. DOA. Aku pohon perlindungan kepada ALLAH daripada lelaki ini. Sebangsat aku ni pun tak berani nak menafikan hadits Nabi.

Ok, dah sampai.

Saya dikejutkan dari lamunan. Sempat juga dia, sang pensyarah, selitkan iklan ringkas sebagai umpan yang akan terngiang² di benak ini nanti,
Untuk menghasilkan kefahaman atas semua ini perlu ada pelaburannya iaitu pengurbanan.
Saya, langsung ke bilik hostel tanpa mengiyakan atau menafikannya setelah mengucapkan terima kasih kepadanya. Harapan hati cuma beliau tidak sama seperti ustadz selenge yang dulu.


DI MUSHALLA HOSTEL

Akhi, ummat sedang tenat. Ílmunya tertinggal di gerobok usang. Akhi, ummat maáruf tentang kewajipan mendirikan shalat fardhu. Hanyasanya mereka tiada upaya. Iman mereka samada lemah, cacat atau mereput rosak.

Oh tidak, kini Ramzi, imam rawatib mushalla hostel pula cuba menakluki emosi. Barangkali dia adalah follow-up dari seruan pensyarah² kami di kolej. Setiap hari dia muncul dengan hidangan kisah² fikir agamanya. Demi untuk menuntun minda agar membenarkan seruannya. Slogan gula-gula dihulurkan,
KERJA AGAMA - satu tanggungjawab sosial yang telah lama diabaikan.

Ya ALLAH,
Benarkah ini jalannya yang saya cari selama ini? Sungguh, ia lebih manis lebih harum bahkan lebih asyiq-masyuq dari jalan sebelumnya. Untuk kesekian kali pintu hati ini terbuka untuk menerima 'usaha agama' ini dan berazam. Berazam bahawa kekurangan individu bukan lagi alasan bagi memikulkan kesalahan secara pukal ke atas semua pihak.


Namun, apakah benar ini pilihan yang tepat?