Saturday 6 April 2013

2.5-Dzikr Angguk² Geleng² Mustika Pulau Kenchana

"Barangsiapa mengenal dirinya, maka ia kenal akan Tuhannya."
Kalam rekayasa yang disandarkan sewenang-wenangnya kepada Nabi Shallallahuálaihi wa sallam. Kemudian dijaja ke sana ke mari.

Manunggaling Kawulo Gusti

Pertama kali mendengarkannya melalui kisah yang terkait antara Syeh Siti Jenar dengan Wali Songo. Disedapkan perisanya pula dengan kisah Mansur al-Hallaj dan Jalaluddin ar-Rumi. Tak dilupakan panutan mereka firqah Qaramithah / Bathiniah. Kalau belajar shufi yang subjeknya tasawwuf lama-kelamaan akan menuju ke sinilah, Wihdatul Wujud adik-beradik titih-menitih Hulul / Tanassukh. Bahasa kebanyakan otai kedai kopi ialah 'nikah bathin'. Ada pulak zahir-bathinnya. haha...Untuk lebih rinci lagi makna mudahnya ialah penyatuan antara Khaliq dengan Makhluk. Jiwa yang sedang asyiq-masyuq kononnya bermusyahadah(saling menyaksikan) antara diri kepada diri mulai melebur, meresap, merasuki oleh-NYA, wal'iyadzubillah. Nampak agama ini sungguh rumit. Kalau biasa dok mendengar kawan-kawan yang buta kayu mencari ugama menyebut-nyebut nak belajar ilmu ketuhanan, ilmu mengenal diri-mengenal Tuhan...hah inilah bendanya! Setakat di sini aku rasa ada sebagian orang sudah mula pening langau untuk faham. Harapnya bukan kerana bahasaku tapi kerana doktrin itu sendiri.
Wallahu mustaán

Apa barang dzikr 100kali sehari-semalam. Ini biji tasbih saja kurang² 5000biji! Bak kata seorang shufi Indon kepadaku, dia mendengar dari seorang shufi Bangla bahwa beliau berkata yang sehari sekurang-kurangnya dia akan berdzikr 25,000kali dan seolah-olahnya sudah terbuka pintu langit untuk dia kembali ke syurga. Ha..faham tak faham tak? Ilmu buluh  kasap dah nak mula dah.

Untuk asyiq-masyuq tentulah kena sentiasa menyeru nama yang dicinta. Diseru melalui dzikir²  ijazah(karunia bimbingan musryid). berdzikirlah sehingga dipanggil manusia sebagai majnun. Dulu nampak teratur, salahkan cinta Tuhan terus jadi selebet hidup tak tentu hala. Makan-minum tak berjaga. Anak-bini pun entah ke mana. Berdzikirlah penuh tawajjuh kerana dah mabuk cinta haqiqat, Syariatnya yang shufi bejat berkependitaan laksana seorang Nasrani. Haishh..apakan daya inikan maqam fana', sememangnya terputus sementara dia dengan dunia kerana musyahadah tadi. Lebih hebat dia daripada Nabi yang shalat hingga bengkak² kaki. Lebih tinggi maqam kewaliannya dari Abu Bakr, Úmar, Útsman dan Άli. Hatinya jauh lebih bersih daripada nama² tersebut. Ini baru maqam fana' belum yang seterusnya lagi....

Itu yang namanya berdzikr. Nanti disulam pula nyanyian, musik dan sebagainya. Cinta Nabi tidak seperti yang diperintahkan untuk mencintai. Lenggok bahasa Arab yang tidak difahami jadi modal tarikan awal.