Friday 15 January 2021

036.Kisah 10 Sahabat Pemetik Janji Syurga

••{ Bismillahirrahmanirrahim }••
SIRAH SAHABAT
KISAH 10 SAHABAT PEMETIK JANJI SYURGA
✒ Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafizhahullah
UTSMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU'ANHU
bahagian 1⃣ 

Pengganti Umar yang Terbaik


"Tidakkah selayaknya aku malu terhadap seseorang (Utsman) yang para Malaikat pun malu kepadanya."
[H.R Muslim]

Umar bin al-Khaththab radhiyallahu'anhu telah menunjuk 6 orang yang diberi khabar gembira oleh Nabi akan masuk syurga, bagi memilih pemimpin pengganti beliau. Beliau memberi waktu selama 3 hari.

Kumpulan kecil yang akan memilih pemimpin ini kemudian bermusyawarah. Abdurrahman bin Auf radhiyallahu'anhu menyatakan bahawa beliau tidak ingin dipilih, tapi jika beliau diberi kepercayaan, beliau akan berkeliling meminta pendapat dan bermusyawarah dengan banyak pihak hingga memilih salah seorang di antara mereka.

Tentang terpilihnya Utsman bin Affan sebagai pemimpin yang menggantikan Umar, Ibnu Mas'ud radhiyallahu'anhu menyatakan:
أَمَّرْنَا خَيْرَ مَنْ بَقِيَ وَلَمْ نَأْلُ
"Kami dipimpin oleh orang terbaik yang masih tersisa dan kami tidak salah memilih."
[H.R at-Thabarani dalam Mu'jamul Kabir, al-Khallal dalam as-Sunnah, al-Ajurri dalam asy-Syariah]

Abdullah bin Umar radhiyallahu'anhuma menyatakan:
كُنَّا نُخَيِّرُ بَيْنَ النَّاسِ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنُخَيِّرُ أَبَا بَكْرٍ ثُمَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ ثُمَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ
"Kami memilih di antara manusia di masa Nabi ﷺ. Kami memilih Abu Bakr (yang terbaik setelah Nabi), kemudian Umar bin al-Khaththab kemudian Utsman bin Affan semoga ALLAH meridhai mereka."
[H.R al-Bukhari]


...insyaa-ALLAH akan bersambung
(Siri bahasa Malaysia. Juga terdapat di dalam bahasa Indonesia terbitan AtTuqa.)
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ikhwah Salafy Malaysia
#SirahUtsman1