Friday 30 June 2017

Di Mana Pendirianmu Berlabuh? (1)

Bismillah,



Fikir agama di kalangan orang awwam adalah satu anugerah yang sangat mahal. Yakni berupa kecondongan hati untuk memilih kehidupan di alam akhirat yang kekal-abadi. Ke mana saja hatinya dihadapkan, sering agama dikedepankan sebagai timbang-tara. Tanpa mengira status sosialnya samada apakah ia seorang doktor, perekabentuk, akauntan, jurutera, penyelia, pelajar waima penganggur hatta gelandangan sekalipun. Walhamdulillah, beruntunglah orang-orang yang memanfaatkan nikmat-nikmat media sosial buat membantunya ke arah 'fikir agama' tersebut. Adapun soal pro-kontra di antara berita palsu dengan yang asli terhidang bersama sudah tentunya ada. Hanya ALLAH ﷻ jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkehendak kepada siapa yang perlu dikurniakan-NYA atau ditahan petunjuk daripadanya. Mudah-mudahan kita termasuklah golongan yang direzeqikan nikmat fikir agama ini [1]. Punya kehendak dan semangat untuk fikir agama ini.


MENOLEH NOSTALGIA
Walhamdulillah, lembaran sejarah banyak menghidangkan kita pedoman untuk menyuluh masa depan. Masyaa-ALLAH wa tabaarakallah. Lihatlah, alangkah beruntungnya mereka penghuni generasi emas Islam yang pertama, iaitu para Shahabat radhiyallahu'anhum ajmain. Tumbuh dalam asuhan fikir agama yang murni lagi asli. Terang-benderang hati mereka disuluh dengan ilmu, langsung dari Nabi junjungan mulia ﷺ. Demikian pula kejernihan aqal mereka yang terlihat apabila mencermati sesuatu peristiwa agar terus dapat meniti di atas jalan yang dipusakai oleh sebaik-baik manusia, Muhammad ﷺ. Cinta dan benci mereka teruntuk kerana ALLAH dan Rasul semata. Lantaran itu terzhahirlah sempadan pemisah antara manusia kepada 2 kelompok. Samada seseorang itu meniti ia di atas jambatan al-haq (kaum mu'minin) atau al-bathil (kaum musyrikin dan munafiqin). Seumpama benang putih dan hitam,  jelas tiada lagi kesamaran yang tinggal. Kerana setiap syubhat yang datang, bi'idznillah, dibongkar habis oleh Nabiyyuna Muhammad ﷺ.


Seterusnya yang datang setelah mereka, adalah generasi kedua di qurun emas Islam (zaman para Tabiin), kemudian disusuli generasi yang ketiga (zaman Tabiut Tabiin). Ketiga-tiga generasi ini mendapat pengiktirafan dalam berittiba' as-sunnah (mengikuti sunnah). Namun, zaman mulai mendung dek awan-awan fitnah, tidak seperti qurun pertama sebelumnya yang terang-benderang disuluhi matahari ilmu. Pada waktu ini, fikir agama kian dinodai  pemahaman menyimpang berikutan kemunculan kelompok-kelompok ekstrim seperti Khawarij[2], Syiah[3], Qadariah[4] dan Murjiah[5].  Contohnya, fikir agama lahir melalui pemberontakan terhadap penguasa dan ketaksuban kepada individu tertentu. Selain itu, termasuklah juga tragedi kecanduan khamr dan senandung kaum Shufi[6] (nasyid) seperti yang pernah diingkari Al-Imam Muhammad[7] bin Idris asy-Syaffi rahimahullah. Diikuti pada zamannya Al-Imam Ahmad[8] bin Hanbal rahimahullah dalam menghadapi porak-porandanya penafsiran Al-Qur'an sebagai  hikayat atau makhluq (bukan kalamullah) berserta lain-lain kejahatan kaum Jahmiyyah[9] dan Mu'tazilah[10]. Fikir agama kita bagaimana?


Fitnah Syiah
Keadaan ummat lebih parah dek jenayah syariat songsang buatan kaum  Syiah. Zina 'halal' atas nama nikah mut'ah (kontrak), ritual penyembahan terhadap Ahlul Bait (yang telah mereka sendiri tumpahkan darahnya), melukai tubuh sendiri di bulan Muharram, mencela Para Shahabat radhiyallahu'anhum, merendah-rendahkan Jibril alayhissalam, fabrikasi  terhadap Al-Qur'an, menghalalkan darah kaum Muslimin, merencana makar terhadap jamaah haji dan kota suci Makkah,  bahkan tergamak bagi mereka bergelumang merenangi najis para ugamawan mereka sendiri! Beberapa hal[11] yang disinggung ini telah berabad lamanya menjadi al-haq di sisi mereka. Jesteru, dapat dibayangkan kepalang songsang sekali pemikiran majoriti yang lahir di sana pada hari ini. Sebuah negara resmi agama Syiah Rafidhah yang paling terkedepan menaungi gerakan esktremis dan radikal atas nama Islam di seluruh belahan bumi. Walhamdulillah, hanya ALLAH ﷻ jua layak menganjari budi dan jasa ulama' yang giat memperingatkan kita akan kesesatan mereka. Tak terbayangkan keperitan mereka untuk terus kokoh istiqamah memperjuangkan keaslian syariat ini dari terus dicabuli oleh penunggang-penunggang agama seperti kaum Syiah ini.


Fitnah Akhir Zaman
Di hari-hari mendatang, bak potongan malam yang hitam gelap-gelita, gumpalan fitnah nan berkeping-keping itu terus-menerus datang menerpa. Demikian derasnya kejelekan filsafat-filsafat ilmu kalam meresapi ke dalam darah dan nafas masyarakat disarung menjadi pakaian anjakan paradigma (kononnya) dalam beragama. Saat itu, penilaian manusia terhadap salah dan benar terukur pada emosional dan bersifat kontemporari (suara majoriti). Maka, niat amal shaleh yang kelihatan akan menjelaskan melalui tatacaranya bahawa itu semua hanyalah drama yang dikenderai hawa-nafsu. Bukan lagi suatu keanehan apabila seseorang itu menjadi kaafir di siang hari kemudian kembali beriman di waktu malamnya atau sebaliknya. Ala kulli hal, corak keyaqinan ini telah membuahkan al-haq versi baharu serta memperdaya setiap juhalak yang ingin kembali ke jalan yang lurus. Ya, sebagaimana peringatan daripada para Salafush-shaleh, kebathilan itu hanya laris apabila berbalut dengan sedikit kebenaran. Walhasilnya, akan didustakanlah insan-insan jujur  untuk diamanahi orang yang berkhianat. Keterbalikan dari perihal zaman yang dahulunya dihuni sekian ramainya para fuqaha (ugamawan yang  bijaksana) dan sedikit sekali para khutaba' (penglipur lara) kini terserlah. Fahaman 73 kelompok yang berserakan kian galak berkembang-biak. Masing-masing mendakwa merekalah Ahlussunnah wal Jamaah (ASWJ)[12] (juga disebut sebagai Firqatun Naajiyah [13], Ath-Thaifatul Manshurah [14], Ahlul Hadits [15], As-Salafiyyah [16]). Dengan Al-Qur'an dan Hadits yang sama, dengan rukun Islam dan rukun iman juga yang sama tiap kelompok ini turut sama berhujjah namun mengikut kefahaman masing-masing. Wallahul mustaan. Seiring masa, satu daripada 73 kelompok itu yakni ahlul haq (ASWJ) kembali menjadi minoriti[17] sepertimana di zaman awal kegemilangannya.


Baarakallahu feekum. Adapun kita yang lahir di bumi bertuah ini. Sudah tentu kita amat mengagumi nostalgia[18] kegemilangan Islam di qurun emas terawal tadi bukan. Qurun nan jauh jaraknya kurang lebih 1400 tahun yang lalu. Jesteru itu dengan berpanjikan dakwaan yang serupa, kami berfahaman Ahlussunnah wal Jamaah makanya, ayuh kita tanyakan pada diri sendiri.

  1. Tahukah kita akan ciri-ciri / prinsip-prinsip dasar ASWJ dalam rangka memahami rukun Islam, rukun Iman dan Ihsan?[19] [20]
  2. Bagaimana pula dengan ciri-ciri 72 kelompok sesat yang turut mengajari rukun-rukun tersebut? Kenalkah kita akan mereka? Sedangkan mereka turut mendakwa berpanjikan Al-Qur'an dan Sunnah yang sama. Malah mereka wujud hingg ake hari ini!
  3. Majoriti daripada kita mendakwa bermazhab fiqh Syaf'iyyah, maka bagaimana menyingkapi 3 mazhab fiqh (Hanafiah, Malikiah dan Hanabilah) lainnya pula? Apa benar cukup dengan taqlid buta (semberono ikut-ikutan) untuk selamat dari murka ALLAH lalu masuk ke dalam ridha-NYA? [21]
  4. Dari sudut aqidah, mengapa tidak kita dalami prinsip-prinsip aqidah para Imam Mazhab rahimahumullah? Contohnya aqidah Al-Imam asy-Syafii itu sendiri yang telah dinukilkan oleh muridnya serta pengikutnya, Al-Imam Ismail bin Yahya bin Isma’il al-Muzani atau Al-Imam ar-Razayn rahimahumullah [22]. Apa berseberangankah dengan aqidah guru beliau, Al-Imam Malik atau muridnya, Al-Imam Ahmad? Apa tidak sama menjalani aqidah yang diwariskan oleh Nabiyyuna Muhammad ﷺ melalui para Shahabat radhiyallahu'anhum kepada para Tabi'in, kepada Atba' Tabi'in hingga ulama' seterusnya sampai hari ini?
  5. Ada juga yang mendakwa kaitan aqidah ASWJ dengan Asy'ariyah [23] dan kaum Shufi [24]. Di sini kita ukur di mana timbang-taranya kita untuk menyatakan salah dan benar dakwaan tersebut. Ayuh, sebelum kita menutup mata. Bersegeralah.
  6. Renungkan, sang anak dididik oleh ibunya. Sedang agama sang isteri (ibunya) pula tergantung pada sang suami (ayah), si kepala rumahtangga. Oleh demikian, melalui kita (para suami) diperkenalkan al-haq dan bathil ini kepada mereka. Namun persoalannya, di bangun atas dasar apa? Yakni saya dan anda sebagai suami dan bapa, aqidah yang berdasarkan ilmu mana datangnya telah kita ajari mereka?[25] Cuba lihat wajah isteri-isteri dan anak-anak kalian. Ke manakah hendaknya mereka itu di bawa, nikmat jannah atau adzab jahannam kelak? Baik, dari skala sepetak kecil rumah lalu berkembang kepada struktur sosio budaya yang jauh lebih besar... Apa keberangkalian masyarakat yang ada pada hari ini rata-ratanya berkongsikan jalan fikir agama yang hampir kurang lebih sama?

Wallahul muwaffiq.

...insyaa-ALLAH bersambung.



Rajab 1438H

Nota kaki:
[1] http://asysyariah.com/prinsip-prinsip-mengkaji-agama/
[2] http://bit.ly/KaumKhawarij
[3] http://dalamkembaraini.blogspot.com/2014/01/7-salafi-dari-parsi-bersarat-dendam-i.html
[4] http://asysyariah.com/al-qadariah-majusi-umat-ini/
[5] http://asysyariah.com/kelompok-sesat-murjiah-pendangkal-keimanan-umat/
[6] http://bit.ly/KaumSufi
[7] http://bit.ly/ImamAsySyafii2
[8] http://www.ilmusyari.com/2016/10/imam-ahmad-bin-hambal-rahimahullah.html
[9] https://www.alfawaaid.net/2015/03/kisah-seorang-arab-badui-membantah-jahm_22.html
[10] http://bit.ly/KaumMuktazilah
[11] http://dalamkembaraini.blogspot.com/2014/02/8-salafi-dari-parsi-bersarat-dendam-ii.html
[12] http://asysyariah.com/siapakah-ahlussunnah/
[13] https://www.alfawaaid.net/p/manhaj-salaf.html
[14] http://asysyariah.com/siapakah-ath-thaifah-al-manshurah/
[15] http://asysyariah.com/peran-ulama-hadits-dalam-menjaga-kemurnian-islam/
[16] http://asysyariah.com/mengenal-dakwah-salafiyah/
[17] http://bit.ly/OrangAneh
[18] http://asysyariah.com/rembulan-di-langit-zaman/
[19] http://bit.ly/Prinsip2ASWJ
[20] http://www.alfawaaid.net/2012/06/ushulus-sunnah-imam-ahmad-bin-hanbal_13.html
[21] http://qonitah.com/haruskah-berpegang-pada-mazhab-fikih-tertentu/
[22] https://archive.org/details/KitabAshlusSunnahWaItiqaduddin
[23] http://bit.ly/Asyariyah
[24] http://bit.ly/KaumSufi
[25] http://bit.ly/Prinsip2ASWJ