Tuesday 27 August 2013

2-12.JT - Dáwah Hujung Dunia Dáyah Pangkal Rupa

Dipermudahkan cerita, saya mengenali firqah ini sebagai Caravan of Facepalm(C.o.F). Alasannya bisa diramal tak perlu diteka, mungkin. Terminalogi mereka seperti; karkun - juru dáwah, majlis bayan - pidato, 6 prinsip - 6 rukun JT dan banyak lagi yang akan terbiasa dengannya. Slogan mereka pula ialah perjuangan memurnikan tauhid dan memerangi kesyirikan. Dan inilah slogan yang selalu diperingatkan kepada para kadetnya(karkun) sepanjang masa.



Kurang Lebih 30 TAHUN Yang Lalu...

Kesian, rupa-rupanya Abah pernah terbelit juga sekitar tahun 80an dahulu. Dia berkesempatan bersama rombongan Kuantan ke Kubang Bujuk, Terengganu untuk bertemu Hadratji(Maulana) yang datang dari Nizamuddin, India. Ála kulli hal, tak lama daripada itu dia berjaya 'balik'. Tidak terbelit dengan alasan C.o.F hanya berkisar pada ílmu fadhail á'mal semata. Tragislah apabila saya pula yang terjangkit nak berjinak-jinak. Degil untuk membelek kutayb(kitab-kitab) yang pernah Abah beli sewaktu bersama JT dulu. Itulah kitab fadhail á'mal, satu manual yang termuatkan sebilangan subjek wajib untuk dipelajari di kala bersama C.o.F kelak.
ALLAH Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa. Kejayaan manusia dan jin terletak hanya di dalam agama(Islam) yakni menthaáti ALLAH cara Nabi shallallahuálaihi wa sallam.
Satu ushul ringkas yang má'ruf di setiap peringkat sebagai tá'rif kepada dua kalimah syahadah. Juga menjadi salah satu pesona yang terdapat di dalam Ushul as-Sittah. Di Malaysia ia dikenali sebagai 6 perkara, 6 prinsip, 6 hal dan beragam jenama yang intinya tetap sama. Maka tersebutlah Ushul as-Sittah ini sebagai rukun kehidupan sehari-hari. Kemudian terdapat lagi 3 qawaid(kaedah) yang menghuraikannya. Melalui 3 qawaid inilah dapat difahami Ushul as-Sittah secara lengkap iaitu:
  1. Taárif kalimat ushul agar kefahaman yang dikehendaki tercapai.
  2. Targhib wa tarhib(Dorongan dan ancaman) daripada istilah  kalimat tersebut. Berlegar sekitar fadhail-fadhail á'mal dan masailnya.
  3. Jalan-jalan untuk memperolehi secara haqiqat yakni  dengan mentasdiqkan di hati, mengiqrarkan dengan lisan melalui cara sering bermuzakarah pada hal terkait dan menyampai serta menyerukan ke atasnya sebagai praktis. 


Nasihat C.O.F, dengar  saja dan thaát serta jangan banyak soal kerana dikhuatiri nanti takalluf(memberat-beratkan) dari mana sumber tá'rifannya. Dalil-dalil yang menyokong pastinya tidak terlepas untuk diteguk dari kitab induk C.O.F, kitab fadhail á'mal. Sudah mahsyur kitab tersebut kononnya telah dipadati sekian banyak kitab-kitab yang ada.  Juga jangan dipertikaikan keabsahan isi kandungan kerana pengarangnya adalah muhaddits tersohor benua India sana Walaupun pengarangnya sendiri tidak mema'shumkan dirinya sendiri. Jelas qawaidnya adalah qias daripada makna iman; tasdiq di hati, iqrar di lisan dan zahir pada ámal yang bertambah dengan kethaátan dan berkurang dengan kemá'shiatan. Tapi...apalah yang nak dimuzakarahkan sebenarnya bila dia(karkun) sendiri gelap gambar? Silibus mereka terus kejong tidak berubah. Syubhat C.o.F lagi, masakan hendak beralih ke kitab-kitab lain seandainya kitab ini gagal untuk difahami dan diámalkan.


Daripada naik lemak pula asyik semua benda nak spoonfeed  baik saya paksakan diri untuk mencari, membaca dan memerhati. Jesteru yang saya dapati C.o.F tidak memperkenalkan kepada karkun-karkun apa itu jahiliyyah secara tuntas(komprehensif). Hanya baru semenjak-dua inilah baru didengar tentang Syiáh. Itupun tidaklah selainnya seperti Khawarij, Mu'tazillah, Murjiah dll. Jika di India dulu, saya cuma diperkenalkan kepada apa itu Barelwi dan Syiáh sebagai mazhab Quburiyyun. Pun tak dibantah...tidak dingkari. Tidak dicela dengan bersungguh-sungguh di dalam majlis-majlis mereka. Nak bantah macam mana lagi waima di dalam pusatnya C.o.F itu sendiri yakni Masjid Banglawali di Delhi terdapat quburan yang dikunjungi manusia untuk bertawassul. Walhasil bersoraklah para Habib ash-Shufiyah di keranakan syariát mereka seolah-olahnya telah mendapat restu. Syubhat C.o.F, mereka semua(hizbiyyun tadi) adalah saudara kita juga kerana melafazkan kalimah syahadah yang sama. Ajak mereka dengan kasih-sayang. Perlu didá'wahkan kepada C.o.F, kelompok yang menjalankan kerja agama warisan qurun pertama.

Dan...tidak juga hal-hal yang membatalkan iman diterangkan secara jelas. Mungkin alasannya husnu zhan(sangka baik) ala C.o.F yakni di dada-dada hizbiyyun itu terdapat kalimah tauhid katanya? Mereka juga 'ikhlas' bertaábbud(dengan cara tersendiri). Atau apa mungkin beralasankan mau mengjauhi sebarang perselisihan yang boleh menjadi sebab perpecahan di kalangan karkun? Kerana karkun pun ada beragam jenisnya. Jadi, yang lazim kedengaran ialah kaedah yang tiada pertimbangan, habis semua manusia dijadikan mad'ú-nya yakni kita dá'wahkan saja terlebih dahulu. Tolong jangan kata yang penting ikhlassss. Tolong jangan kata juga kerana alasan tidak mau manusia lari kononnya inilah bagian hikmah dalam berdá'wah. Wal'iyadzubillah.

Begitulah dilihat kemampuan mereka sebagai pembawa panji Asya'irah dan Maturidiyah yang mana filsafat menjadi modalnya. Kaum pemuja áqal nan mabuk dengan tamtsilan untuk memahamkan manusia. Ada saja cakap pandainya. Memerah otak mencungkil kreativiti diri berpidato untuk berdá'wah. Akhirnya kuranglah dirujuk akan dalil-dalil daripada Qur'an dan Hadits melainkan yang mencocoki kehendak sendiri sahaja Tak dinafikan memang mereka menjauhi debat atas alasan boleh merosakkan iman dan menegangkan keadaan. Di samping itu, menjauhnya mereka adalah demi kebersamaan dalam meyaqini filsafat sendiri. Aduhai alangkah jauh sekali dakwa-dakwi mereka pada meneladani para pendahulu qurun emas.
Wallahul mustaán.