Showing posts with label Alam Antah-Berantah. Show all posts
Showing posts with label Alam Antah-Berantah. Show all posts

Monday, 10 June 2013

5.5-Ίlmu Alunan Mimpi Batu Ladung


Kata orang, setiap manusia yang berhijrah kepada lebih baik itu ada wake-up call. Anugerah hidayah-taufiq daripada ALLAH. Susulan persoalan dalam diri sentiasa timbul setiap kali aku cuba membahaskan beberapa isu kepada guruku. Mungkinkah ini tandanya untukku sendiri? Aku sudah letih untuk berharap kepada goose bump, mimpi² atau berbicara sesuatu yang tergantungan pada hujjah yang sering berpindah² kerana diinderai hawa-nafsu 'bersih' ini. Memanjanglah asyik² ikon tanda soal. Inikan pula ternanti² kejadian aneh untuk muncul.  Faktanya hanyalah hantu yang tak wujud. Semakin pula berbolak-balik  hati untuk menerima nash² secara songsang setelah perburuan  dari setiap persoalan melewati sisi ayat² mutasyabihah  untuk dipermasalahkan.

Tentunya lesu mencari jawapan dengan áqal tapi  inilah antara latihan untuk berfalsafah. Melandaskan pengalaman  kerohanian agar dapat mengungkapkan bait² indah, haktuih! Semakin lama semakin jelas kalam² shufi ini hanya bersendikan kekeliruan yang ditabiri kesamaran. Penyamarannya adalah dengan topeng menjadi ahlullah yang haqiqi. Zaman sekarang ini pun ada lagi yang masih mau diperbodoh²kan. Terpedaya dengan janggut dan serban serta akhlak 'obor²'. Nampak lemah-lembut, biasanya? Wallahu mustaán.

Akhirnya  yang aku dapati ia(filsafat) hanyalah umpama satu luka yang tepat ke  atas titik yang membunuh. Merosakkan rohani dengan  khayalan secara perlahan². Mengapa perlu dzikir ijazah; Ah, Hu, Hu Allah, Allahhu, Haq dan sebagainya setelah Rasulullah telah  mengajarkan kita sebaik-baik dzikr? Rasulullah atau Khidr itu Khatamun Nabiyyin? Syariat itu tidakkah telah merangkumi setiap permasalahan tanpa perlu saringan "oh fiqh itulah oh itulah syariat, tareqat ini begini dan haqiqatnya dzauq begini lalu ma'rifatnya begitu".

Ghuloow

Terlalu memberatkan persoalan-persoalan yang tidak dibicarakan oleh ulama mutaqaddimin hingga menyusahkan diri dan ummat. Umpama iblis yang membelit hati dengan soalan siapakah yang menjadikan langit dan bumi lalu dijawab, ALLAH. Kemudian  ditanya lagi maka siapakah yang menjadikah ALLAH? Ada juga kisah ALLAH mentajallikan nur-NYA setelah sekian lama bersunyi diri lantas dari nur tersebutlah terbit pula nur Muhammad. Akhirnya  dari nur Muhammad itulah terbit pula nur sekian makhluk. Dari kisah ruh  ini jugalah dikutip sumber áqidah bagi mazhab² sesat  yang memulai didikan dengan falsafah dan áqal. Maka dihormatilah akan orang gila yang mengutip sampah atau bercakap seorang diri dan tidak berkelamin. Kononnya itulah maqam fana'(ketidaksedaran diri) sebelum mencapai maqam baqa'(kembali normal). Innalillahi wa inna ilaihi rajiún. Aku tak pasti samada mereka bodoh atau berdusta mereka-reka cerita juga hadits untuk disandarkan atas nama Rasulullah ataupun terpedaya oleh iblis. Mereka pada kaum Muslimin adalah kala jengking yang menyembunyikan sengatnya. Lihat saja di zaman ini, munculnya mereka secara terang-terangan di media massa mengusung senandung syaithan mengarangi bait² cinta Nabi atas nama cintakan Tuhan. Sungguh, ALLAH berhak memilih sesiapa sahaja untuk dikaruniakan petunjuk atau kesesatan.
Wallahul muwaffiq.



Monday, 20 May 2013

4.5-Alam Melekit Alam Jabarut Alam Lempeng

Merantai mazmumah agar mahmudah terserlahkan lalu kemudian istiqamah berjalan di atasnya. Ini antaranya kaedah asas di dalam kebanyakannya ajaran shufi(tareqat). Menuju doktrin untuk menjadi diri yang tidak dimiliki dan tidak pula memiliki(?). Diserapi lagi pelbagai doktrin  berdasarkan tokoh² shufi yang lazimnya diperbahaskan. Doktrin cinta la, khauf la dsb. Contoh lainnya pula seperti; dalam kesibukan merenung diri, tidak dilupakan melihat kepada diri yang banyak. Juga dalam melihat diri yang banyak tidak terlupakan merenung diri yang satu. 'Diri' yang dimaksudkan di sini menyatu dengan pemilik mutlaq sang diri, Tuhan. Akhirnya sisipan wihdatul wujud mula menjalar menyelimuti segenap pemikiran. Aduhai banyak sungguh falsafahnya dalam menebarkan pesona² munkarnya. Terlalu sedikit pula untuk ditemukan kalamullah wa kalamurrasul. Jika adapun yang telah ditakwil semberono bersanadkan guru fulan bin fulan yang entah siapalah yang mentashihkannya. Selebihnya adalah kata² palsu dan dhaif bagi menggambarkan doktrin mereka. Daripada itu mereka(shufi) mentazkiyah(rekomendasi) diri sendiri untuk diambil ílmunya. Maka bermulalah siri pelecehan ke atas ílmu syariat. Ayat² mutasyabihah dalam al-Quran menjadi pilihan untuk ditakwilkan. Mazhab Syafi'i bukan isu lagi kerana ini memang mazhab sendiri²?

Setiap hari aku tertunggu² untuk merasai sebagaimana mursyidku. Didatangi ruh² auliya'ullah untuk membimbing sewaktu bersuluk. Inilah ílmu yang segar diambil dari orang² yang 'hidup' yakni tidak sepertimana ahli hadits yang mengambil ílmu dari orang mati(Rasulullah Shallallahuálaihi wa sallam dan pengikutnya yang benar), innaliallahi wa inna ilaihi rajiún. Itupun masih ada juga mengunjungi quburan! Semua orang pada masa itu áqalnya berada di punggung.  Lagi gempak bila masyaikh mereka telahpun didatangi Khidr Άlaihissalam sebagai pelurus jalan mereka sebelumnya. Lebih sadisnya Khidr terlepas untuk menyertai Ghuwah al-Badr, Uhud, Hunain sehinggalah ke perangí salib. Khidr mereka menghilangkan diri saat bumi Palestin diinjak Yahudi, bumi² ummat Islam yang lain dijarah oleh kafir musyrikin. Sungguh panjang usia Khir mereka, namun entahkan sempat atau tidak bertemu dengan Imam Mahdi dan Isa Álayhissalam nanti. Serasa mau saja aku luku Khidr mereka jika berjumpa. Orang² kuatnya adalah mereka yang berserakan membentang guni gula menjual ubat kuat, batu cincin dan sebagainya, Yang bertali leher pun ada juga. Άla kulli  hal, dia sudah ghaib bersama wali² qutub utara-selatan, wali amma melukut jeruk, wali auta 4penjuru angin, wali bedal 7musim, wali menimba jejak wira, wali jojoba, wali hawwin, wali bulan hijrah, wali ketam dsb. Nama maqam² auliya' ini pun sekadar nama. Tidak ada manfaátnya aku jelaskan nama sebenar mereka yang tidak dapat dibuktikan secara ílmiah melainkan rasa-dirasa. Aku rasa kau tak rasa, kau rasa aku tak rasa dan kita sama² rasa atau tak rasa. Akhirnya sama² pening kepala dek kerana merasa betapa rumitnya ugama.

Lebih merumitkan dan membuat otakku senak ialah jika benarlah hal ini baik(haq) mengapa pergerakan tidak dilakukan secara terbuka? Aku tak dapat menerima alasan bahwa dikhuatiri akan membuat orang awam berdosa bahkan boleh membawa mereka kepada kekufuran akibat penolakan dan penentangan daripada mereka. Jalan ini hanya untuk yang terpilih sahaja, eksklusif. Kerana bijaklah sangat  aku terpilih jugak. Terpilih untuk diperbodohkan. Berbalik kepada orang awwam, mereka diibaratkan sempadan áqal yang tidak dapat menjangkau pertentangan lojika. Άqal diumpamakan mereka sebagai Jibril Άlaihissalam yang tidak dapat menyertai Rasulullah Shallallahuálaihi wa sallam untuk mengadap ALLAH Tabaraka wa Taála. Yakni malam beliau diisrakkan, nanti binasa terbakar. Demikianlah orang awwam melihat alam ini dengan mata ikan, sedangkan mereka melihat dengan mata burung. Bebas menoropong ketelanjangan alam maya. Haqiqatnya merekalah munaffirin yakni orang yang menyebabkan manusia menjadi lari petunjuk dan pimpinan sebenar. Jangan ditegur kerana ada di antara mereka tegar menyanyi lagu 'Bangau oh Bangau' sebagai kritikan balas(defensif).

...

Tuesday, 30 April 2013

3.5-Maktabah Caca-Marba Ghapla Jingga

Setelah sembuh dari gila meroyan(maqam fana') itu tadi barulah akan berpindah ke maqam baqa'. Yakni hidup kembali pulih menjadi normal sama seperti sebelumnya. Apa benar? Rupa²nya di maqam ini kegilaan masih ada cuma berlainan warna. Shalat atau mana² syariat terangkat taklifnya kerana berí'tiqad sudah sampai menggapai yaqin.

Mereka(kaum Shufi) pantas menjawab sebelum pertanyaanku ajukan. Mereka telah menggambarkan wajahnya syariat umpama potongan kulit limau yang membalut isinya haqiqat. Inilah salah satu gula² untuk mudah menarik bagi orang² yang alergik terhadap dalil supaya kelak mudah dapat ditinggalkan shalat, saum, zakat dsb. Peringkat terkhusus buat orang khawwas(khusus) semestinya bukan buat orang awwam(kebanyakan). Kononnya terus melihat kepada intinya melalui pendakian ílmu tareqat dalam menuju má'rifat bagi mencapai haqiqat. Tetapi... apabila bersama masyarakat, ada yang berlakon mendirikan shalat dsb. Dah macam puak Rafidhah pun ada. Άla kulli hal, sememangnya lama-kelamaan akan dituntun ke situ akhirnya. Samada menjadi seorang rafidhi dan khariji. Dalam versi yang lebih perisa lemah-gemalai sopan-santun.

Jesteru untuk mengurangkan persoalan² yang   menyesakkan, aku semakin galak menelaah kitab²  tasawwuf. Mencari sandaran memandangkan jawapan yang kurang 'akademik'. Bukan tak ada Shahih Bukhari dan Shahih  Muslim di rumah, komik-komik pun berkenjah. Tetapi  al-kisah² mistik tetap menarik perhatian. Maka mulalah melibatkan diri dengan menyalin semula kitab  Haqiqat  Insan karangan Haji Ahmad Laksamana(Indra  Bongsu). Ngeri! Kitab  inilah modal dá'yah kaki kedai  kopi. Selain itu, ada beberapa karangan yang turut menjadi rujukan, antaranya;

■   Al-Hikam, karangan Ibn Athaillah Askandary.
■   Tanbihul Ghafilin, karangan Abul Laits As-Samarqandi.
■   Ihya' Úlmuddin, karangan Syaikh Abdul Hamid al-Ghazali.
■   Futuhul Ghaib, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani, Qamaruddin Fahri
     [Jasmin Enterprise].
■   Asraaruddin, Amdan bin Hamid [Perniagaan Jahabersa].]
■   Lasyful Asraar, Syeikh Mohd Salleh bin Abdullah Mengkaba,
     Amdan bin Hamid [Perniagaan Jahabersa].
■   Tazdkiratul Auliya', karangan Syaikh Fariduddin Attar.
■   Pelajaran Ilmu Al-Tauhid, Budiman Radzi.
■   Mengenal Diri dan Wali ALLAH, Mustapha Mohamed al-Jiasi
     al-Ahmadi [Pustaka Aman Press Sdn Bhd].
■   Pengantar Ilmu Tarekat dan Tasauf, Prof.Dr.H.Aboe Bakar Atjeh
     [Pustaka Aman Press Sdn Bhd].
■   Kunci Untuk Mengenal Tuhan, Mustafa Zahri aka Mustafa Mandar
■   Jalan Sufi, Idries Shah [PT Dunia Pustaka Jaya, Jakarta].
■   Ad-Darun Nafis, Syeikh Muhammad Nafis Diris al-Banjari,
     Amdan bin Hamid [Perniagaan Jahabersa].
■   Irshadat(Ana'l Haqq Mansur Al-Hallaj), Ibrahim Gazur-I-Ilahi
     al-Farisi, HR Bandaharo&Joebaar Ajoeb [Ikraq Kuala Lumpur].
■   At-Ta'arruf li Madzhab Ahl at-Tashawwuf, Abu Bakar Muhammad
     al-Kalabadzi [Pustaka, Perpustakaan Salman Institut
     Teknologi Bandung].
■    Himpunan Syair Jalaluddin ar-Rumi.

Lama-kelamaan lain macam rasanya. Macam cerita kartun bukan juga, janggal semacam. Segala puji bagi ALLAH yang mengurniakanku sikap suka membaca, nak mencari. Dapat jugak aku menelaah daripada bermalasan untuk makan suap atau di'kencing' oleh manusia yang sifat dirinya tak dapat dipisahkan dengan berdusta. Lazimnya mereka bijak bersilat bahasa dan manis² perkataannya. Mangsa² mereka adalah orang yang tidak suka membaca dan tiada cinta terhadap ílmu. Tiada cinta terhadap pengajar, penuntut waima majlisnya sekalipun.
Wal'iyadzubillah.



Saturday, 6 April 2013

2.5-Dzikr Angguk² Geleng² Mustika Pulau Kenchana

"Barangsiapa mengenal dirinya, maka ia kenal akan Tuhannya."
Kalam rekayasa yang disandarkan sewenang-wenangnya kepada Nabi Shallallahuálaihi wa sallam. Kemudian dijaja ke sana ke mari.

Manunggaling Kawulo Gusti

Pertama kali mendengarkannya melalui kisah yang terkait antara Syeh Siti Jenar dengan Wali Songo. Disedapkan perisanya pula dengan kisah Mansur al-Hallaj dan Jalaluddin ar-Rumi. Tak dilupakan panutan mereka firqah Qaramithah / Bathiniah. Kalau belajar shufi yang subjeknya tasawwuf lama-kelamaan akan menuju ke sinilah, Wihdatul Wujud adik-beradik titih-menitih Hulul / Tanassukh. Bahasa kebanyakan otai kedai kopi ialah 'nikah bathin'. Ada pulak zahir-bathinnya. haha...Untuk lebih rinci lagi makna mudahnya ialah penyatuan antara Khaliq dengan Makhluk. Jiwa yang sedang asyiq-masyuq kononnya bermusyahadah(saling menyaksikan) antara diri kepada diri mulai melebur, meresap, merasuki oleh-NYA, wal'iyadzubillah. Nampak agama ini sungguh rumit. Kalau biasa dok mendengar kawan-kawan yang buta kayu mencari ugama menyebut-nyebut nak belajar ilmu ketuhanan, ilmu mengenal diri-mengenal Tuhan...hah inilah bendanya! Setakat di sini aku rasa ada sebagian orang sudah mula pening langau untuk faham. Harapnya bukan kerana bahasaku tapi kerana doktrin itu sendiri.
Wallahu mustaán

Apa barang dzikr 100kali sehari-semalam. Ini biji tasbih saja kurang² 5000biji! Bak kata seorang shufi Indon kepadaku, dia mendengar dari seorang shufi Bangla bahwa beliau berkata yang sehari sekurang-kurangnya dia akan berdzikr 25,000kali dan seolah-olahnya sudah terbuka pintu langit untuk dia kembali ke syurga. Ha..faham tak faham tak? Ilmu buluh  kasap dah nak mula dah.

Untuk asyiq-masyuq tentulah kena sentiasa menyeru nama yang dicinta. Diseru melalui dzikir²  ijazah(karunia bimbingan musryid). berdzikirlah sehingga dipanggil manusia sebagai majnun. Dulu nampak teratur, salahkan cinta Tuhan terus jadi selebet hidup tak tentu hala. Makan-minum tak berjaga. Anak-bini pun entah ke mana. Berdzikirlah penuh tawajjuh kerana dah mabuk cinta haqiqat, Syariatnya yang shufi bejat berkependitaan laksana seorang Nasrani. Haishh..apakan daya inikan maqam fana', sememangnya terputus sementara dia dengan dunia kerana musyahadah tadi. Lebih hebat dia daripada Nabi yang shalat hingga bengkak² kaki. Lebih tinggi maqam kewaliannya dari Abu Bakr, Úmar, Útsman dan Άli. Hatinya jauh lebih bersih daripada nama² tersebut. Ini baru maqam fana' belum yang seterusnya lagi....

Itu yang namanya berdzikr. Nanti disulam pula nyanyian, musik dan sebagainya. Cinta Nabi tidak seperti yang diperintahkan untuk mencintai. Lenggok bahasa Arab yang tidak difahami jadi modal tarikan awal.


Wednesday, 27 March 2013

1.5-Liga Superhero Mambang Coklat


Apa itu paku bumi? Apa bisa tangan, pemanis, penggerun dan
sebagainya?


        Pengaruh dunia mistik ke atas orang Melayu masih mendalam akarnya.  Kalau bab² superstitous  tentulah kemain suka. Teruja sangatlah segelintir intelek-biol Melayu kita. Magis sana-sini; meniaga tak laku kononnya disantau, tak kahwin² kononnya kerap sangat jadi pengapit, pun dah kahwin pulak katanya diguna-gunakan, biawak melintas itu sialan alamatnya dan bermacam-macamlah alasan orang pemalas ini. Malas nak mengaji dan malas nak mengkaji...dari tadika sampailah universiti. Makan suap, tidur mau lelap dan semuanya nak sedap² belaka. Dasar pemalas terutamanya bila soal ugamalah. Membaca novel cintan-cintun, novel merepek merapu meraban dan lagu²(muzik) siang-malam sanggup pula bersusah-payah untuk disebatikan dengan diri. Selebriti pun lebih dikenal daripada...(sambunglah sendiri). Maknanya, agamanya telah menjadi acara sampingan.

Adapun tanda inshaf yang sering didengari ialah kehendak untuk mempelajari tajwid, mau dengar nasyid(muzik), mau kenal makhraj dan mau asyik mendengarkan tazkirah melebihi daripada menadah kitab. Dan bukan mau kenal Tuhan dengan sebenar-benar kenal terlebih dahulu. Alamat baik inshafnya apabila dia berjaya jadi tekong tahlil atau  marhaban(baca, meraban) maupun maulid(sambut harijadi), qasidah dan barzanji. Asyik² kena kencing dengan ustadz 25% ajelah jawabnya. Dari berhingus sampai terbongkok terhincut. Innalillahi wa inna ilayhi raajiún!

Tangan atas bahu-mata terbelalak ke atas
(Wallahi aku bukan mujahir!)


Tak laser kan? Kalau nak tacing²  toksah baca sebab perkongsian akan datang ada manfaatnya, insyaALLA, sememangnya ubat kebenaran yang pahit untuk ditelan.. Jadi, sediakan hati untuk tahan lasak bagi menelaah ayat-ayat seterusnya. Fatafadhdhal...

Shufi(Sufi)
Aku sendiri pun pernah terkesan. Nak kena tempuh jugak rupanya aku dengan kebodohan itu. Jadi kelas pertama pemalas dan bodoh melekat setepek di muka sendiri. Bermula dengan silat kebathinan kemudian entah macam mana terjebak pulak dengan sudut lebih jauh, lebih gelap. Boleh bayangkan gelapnya tak? hahaha. MALAS nak bukak  lampu sebab itulah masyarakat kita suka bergelap kan? Maki-hamun pada kegelapan aje yang tau.

Baiklah.
Punyalah bersusah-payah nak menguak dimensi yang tak masuk dek áqal. Aku pun belajarlah perubatan alternatif lalu tentunya menerima tumpuan sebahagian manusia. Alternatif  bagi khurafiyun (penggemar khurafat)! Hadanahallahu ánhum. Episodnya melarat bila aku meng'islam'kan beberapa kerat jampi-keramat supaya nampak lebih religious  gitu, ahaaa.....Itupun disebabkan terpikatnya dengan kisah² mencarik adat. Kononnya magis itu semua adalah al-ma'unah. Kanak² lain ralit bermain, aku seorang diri terperuk di dalam bilik sibuk menelaah dan menyalin pelajaran mistik itu dan ini. Tentulah mengujakan kalau dah setiap jampi tersebut mendatangkan kesan segera yang selama ini hanya dapat didengar dan ditonton sahaja. Laksana mee segera gamak cepatnya.

Hurmm... Teringat berlalunya masa melepak dengan kaum tua sebaya abah. Ada geng 'bawah pokok', ada geng Restoran Mubarak dan macam bagailah. Jesteru bila sebut saja mencarik adat terus ada saja ceritanya. Contohnya tentang orang yang baru pergi dan pulang dari menunaikan haji di Makkah dengan sekelip mata sehari-semalam atau ditemui di beberapa tempat yang berlainan dalam satu masa(?). Apalah budak hingusan seperti aku ini reti selok-belok berkenaan ibadat haji untuk membagaimanakan kemampuan manusia dalam menunaikan haji pada suatu jangka masa yang singkat? Entahkan wukuf entahkan tidak di Arafah? Selain itu, didengarkan kisah seorang laki² yang boleh terbang di pucuk pisang, tak lut bakar dek api ataupun berbasikal merentas lebuhraya Karak dari Kuala Lumpur ke Kuantan hanya kurang ½ malam(?). Sehinggalah kisah tersohor yakni mesyuarat jemaah para wali di Bukit Qauf, Makkatul Mukarramah. Di manakah lokasi Bukit Qauf? Menggaruk kepala bukan kerana gatal bagi budak secerdik aku...hihihi...Cuma memikirkan takde pulak watak² tersebut muncul saat kegawatan masyarakat. Manalah tau boleh jadi superhero kan? Kan? Kannnnn?

Sunday, 17 February 2013

■ Cemerlangkah Cahaya Di Lubuk Jiwa? ■


Kala heningku menilik diri,
Dihanyut khayal haruman setanggi,
Diganding cahaya dian gemilang indah berseri,
Namun, wangiannya pupus dimakan bara,
Peri kilauan kian turut sirna,
Tiada sakti tiada abadi.

Ku sangkakan márifat si mata burung,
Rupanya pesona perangkap menanti dari bawah tempurung,
Ku kira suluk meningkat berpindahnya maqam,
Hanyasanya ujub di hati kian subur menghitam,
Akulah yang terperusuk di penjuru rindu,
Aku jua yang keliru dan buntu,
Pada dambaan kasih masih belum ketemu.

Ku menongkah bangkit dari rebah.
Merangkak-merangkak berdikit mencari arah,
Biarlah punah angan biarlah lesap bersama igauan,
Dariku hanyut dibawa arus tak berhaluan,
Dari tersesat meniti simpang-siur beribu jalan,
Ku rencanakan kembali mencari pedoman.

Demi mengisi kontang taman sanubari hidup mau berTuhan.





Abu Maryam Muhammad'96